

sumber : sinar harian 27/10/2009
Kira -kira 20 orang ahli Persatuan Silat Minangkabau Pak Darus akan membantah tindakan kerajaan negeri PP yang menghalau sebuah keluarga iaitu keluarga Abdul Najib Darus daripada terus menetap di tanah milik kerajaan negeri di Kebun Bunga. Keluarga ini dan persatuan silat ini nekad akan pertahankan rumah ini dan akam membuat kubu manusia bagi melindungi rumah ini daripada dirobohkan .
Sepatutnya kerajaan negeri berbincang dengan keluarga ini dan mencari jalan penyelesaian terbaik bukan menghalau mereka dan menawarkan rumah sewa kepada keluarga mereka ini yang kais pagi makan kais petang makan petang. Harap pemimpin Melayu dalam kerajaan negeri seperti Dr Mansor dapat ambil perhatian isu ini . Ini nasib keluarga Melayu yang susah dan perlu perhatian bukannya menghalau mereka keluar sahaja sehelai sepinggang .
Menurut sumber dari rakan keluarga ini, lebih memilukan lagi kerajaan negeri mengarahkan Abdul Najib yang tiada pengangkutan ini pergi mengadap Exco Kerajaan negeri untuk mendapat jawapan tetapi akhirnya beliau hanya bertemu Pembantu Khas kepada Exco itu . Sepatutnya Exco ini turun padang menyelesaikan masalah ini bukan anggap mereka ini seperti sampah .
Ini kah kerajaan negeri yang sering melaungkan Cekap ,Akauntabiliti dan telus (CAT) ???
sumber:
dun11Komen Pisau: Kalau nak roboh,bukan setakat rumah pak najib, rumah di weld quay,di kg raja uda,di paya terubung,bukit mertajam,semua tu kawasan cina banyak lagi beratus buah rumah haram di penang, kenapa rumah melayu saja nak roboh,banyak lagi rumah haram yang didirikan tetapi khalifah guan eng ni pandang sebelah mata. Puak sosialis tidak akan sesekali menghalau pengundi DAP keluar dari tanah pulau,semua tu fix deposit.

Mana perginya pemimpin melayu pakatan haprak? Oh,terlupa,mereka ini jadi tunggangan & balaci sosialis DAP saja.
Pisau kata
" pemimpin melayu buat apa? tidor lagi ka? "
Related Posts : Pulau Pinang
"Rumah Abdul Najib akan diroboh kerajaan negeri PP". Perkataan "akan" tidak semestinya berlaku tetapi "jambatan gantung telahpun roboh di Kuala Dipang" hasil buatan kerajaan Barisan Nasional. Lu pikir lah sendiri!...
padan muka ..... sokong lagi pr.....
sebab itulah semangat bangsa melayu mesti kita pertahankan.
nak sangat berubah!.
apa agaknya akan jadi pada tahun2 yang mendatang?
ubn mesti buat tindakan bagi membetulkan semua ini.
nak buat apa org penang suka DAP/PKR, kita tak suka kena suka laa walaupun pahit..mcm hempedu. Ada pemimpin 4 kerat dlm "kabinet dapur" guan eng pun bukan leh buat pa pun dok angguk nganga mulut pai ayaq liur leleh. Cakap kan kena bagi surat tunjuk sebab silap haribulan kena kick-off. Mamat Astro sekor Ahli parlimen PR balik pulau kan laywer, harap cakap lebey baik jgn jadi lawyer, lawyer buruk leh aaa, ni buat org melayu penang sedey...setiap perkara berlaku pasti ada jalan penyelesaian, org dok rumah setinggan pun Gomen BN usaha cari umah PPR bagi duduk atau wang pampasan, sakit mata sgt ka, cuba p tgk kat lebuh chulia, kat belakang GAMA, ayer itam, dan kawasan yg sewaktu dgnnya, bersepah org depa niaga tepi jalan tepi longkang naik sakit mata dan idung tp tak buat apa pun malah buat rumah haram pun ada..cuba org kita siap halau, kalau nak halau pun bagi laa tempat jgn fikir nak tunjuk hero konon Penang leh maju dgn halau org..sikit fair laa sama timbang rasa. Nasib Seberang Perai tak sehebat dugaan kawasan Pulau sbb pemimpin BN cukup prihatin dan memodenkan kawasan mereka, kecuali parlimen c dot dot dot.
Tak puas hati betul aku dgn kerajaan Lim Guan Eng ni.
hang Tuah
Salam utk sedara seagama dan sebangsa denganku...
Utk Dollah 10.14am ....Kalau anda betul2 berjiwa melayu dan sedara seagama rasanya tidak tergamak anda mengaitkan kes roboh rumah saudara kita Abdul Najib dengan kes jambatan gantung dikuala dipang...Jgn politikkan kes jambatan...kerajaan tak terlibat langsung membina jambatan tersebut... Utk saudara Dollah cubalah berlapang dada...jgn asyik menyalahkan BN dalam segala hal...kalau PR salah kita kena betulkan bukannya menyokong membuta tuli...mungkin hari ini anda bernasib baik...bantulah mereka walaupun sekadar sokongan moral kerana dikemudian hari nanti mungkin anda pula memerlukan sokongan dari pihak lain...dunia berputar...walaupun kita tidak sedar....
Azahar
Pisau kata " pemimpin melayu buat apa? tidor lagi ka? "
laaa pisau, jgn kata tdoq, goal paa, sapa yg nk bngkit "pemimpin2" harap ketua2 @ pertubuhan kecik2 ni jaa yg berani, nk harap YB sekarangggg hhmmmphhh x maw ckp lah pisau..... "x mngata, tp sebahagian padangan sj"