Berita Hot Terkini

N31 Bagan Pinang : Dengar sini 'Tuan' DAP Berucap,

Filed Under ( ) by pisau on 9.10.09



Dalam video ini Polis dipuji kononnya melangit,PBT yang menjalankan tugas atas arahan SPR dihamunnya ,Sebab apa? Ya sebab tidak menurut perintah chauvanist DAP. Apabila mereka menurunkan billboard,dikatanya BN menyalahi undang undang kerana menghasut.

Tetapi apabila tindakan diambil terhadap mereka,maki hamun dihamburkan . sila klik sini





Pisau kata " tuan dap,kalau cakap pengganas PAS mulut ternganga,kagum"

Comments:

One Response to “N31 Bagan Pinang : Dengar sini 'Tuan' DAP Berucap,”

  1. PAS BERSEKONGKOL DENGAN PARTI-PARTI POLITIK YANG MENENTANG ISLAM
    Dilaporkan pada 26 Ogos 2008 Pengerusi DAP Karpal Singh telah mengeluarkan kenyataan menolak Islam sebagai Agama Rasmi Malaysia. Pada 20 September 2008 Karpal Singh juga telah mengeluarkan kenyataan mempertikaikan kuasa Sultan Perak dalam isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, satu perbuatan yang sangat serius. Inilah sikap & wajah DAP yang PAS sanggup bekerjasama untuk menentang UMNO yang dipelopori oleh ahli-ahli & para pemimpin yang beragama Islam. Bukankah PAS telah menyatakan pendiriannya iaitu tidak akan berkompromi dengan sebarang parti yang tidak memberi keutamaan kepada Islam, juga tidak akan bekerjasama dengan kerajaan baru yang Ahli Parlimen Islam hanya menjadi minoriti.

    Pada 10 Ogos 2008 di Konvensyen PAS Pulau Pinang, Presiden PAS TG Hadi Awang secara tegas memberi jaminan bahawa PAS tidak akan bergabung dalam pembentukan kerajaan pembangkang yang didominasi oleh bukan Islam pada 16 September 2008 kerana pesanan oleh Dr Yusuf Qardawi, Ulamak Besar Ikhwan Mesir yang juga merupakan tempat rujuk PAS, supaya menolak kerjasama dengan Anwar Ibrahim yang disokong oleh Nasrani Amerika juga menggunakan dana Yahudi bagi tujuan merosakkan Islam seperti yang disahkan oleh Rand Corporation & Smith Richardson Foundation, di mana selepas itu, ramai dari kalangan pemimpin erdogan PAS, iaitu seperti Dr Hassan Ali, Dr Haron Din & Nasaruddin Mat Isa telah beralih arah berpaling tadah dari menyokong Anwar Ibrahim! Pada 6 November 2008 ketika berucap di satu majlis ceramah di Dungun, Presiden PAS TG Hadi Awang sekali lagi menegaskan tidak akan berganjak dari pendiriannya bahawa ‘PAS tidak akan menyertai sesebuah kerajaan baru persekutuan jika majoriti wakil rakyatnya adalah bukan Islam’.

    Maka jelaslah kini bahawa PAS tetap bersekongkol dengan parti-parti politik yang anti-Islam dan tidak bercita-cita memperjuangkan Islam dalam PR. Sedangkan PAS asalnya merupakan parti yang bercita-cita besar untuk melaksanakan hukum Islam. PAS hendaklah jangan melupakan larangan Allah dalam al-Quran bahawa Allah melarang bersekongkol dengan golongan yang menentang Islam. Surah al-Mumtahanah ayat 9 & Surah ali-Imran ayat 118. Maka jelas Allah melarang Umat Islam mengambil orang bukan Islam yang memusuhi Islam sebagai kawan. Kalau pada lidah zahirnya telah menunjukkan kebencian kepada Islam, tentu dalam hati lebih dahsyat lagi permusuhannya. DAP telah dengan terang-terangan menolak Agama Islam & Negara Islam. Telah nyata jelas bahawa rakan-rakan PAS itu adalah musuh Islam.

    Semasa mencapai kemerdekaan dahulu, tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina & India telah mengadakan perjanjian yang mana ketiga-tiga kaum telah bersetuju antara mereka iaitu:
    1. Toleransi dalam kebebasan beragama
    2. Hak Ketuanan Melayu
    3. Islam sebagai Agama Rasmi

    DAP memperjuangkan ‘Malaysian Malaysia’ dan enggan mengekalkan Hak Ketuanan Melayu & Islam. Ternyata DAP tidak termasuk dalam golongan mereka yang menghormati perjanjian tersebut. Dengan itu ternyata perbuatan PAS bekerjasama dengan DAP adalah bertentangan dengan ajaran Islam!

    http://www.youtube.com/watch?v=PRzYG9vJXAQ

    http://www.youtube.com/watch?v=D8Dw3Pv1Lbc

    http://www.youtube.com/watch?v=LtRlJNbS_Ec

Artikel Hot Minggu Ini

Followers

Anda Setuju Guan Eng Pembohong?

Join FB Pisau

www.pisau.net