2 hari Pisau telah berada di Bagan Pinang, namun tidak berkesempatan untuk membuat entri.
Sejak dari awal sebelum penamaan calon di Bagan Pinang,PAS sudah mengerakkan jentera & kilang fitnah mereka secara sistematik,pelbagai helah & telahan diolah sebaik mungkin untuk berbohong kepada masyarakat. PAS berbohong tentang Undi POS,menyatakan para pengundi POS membuang undi atas arahan pihak atasan agar memangkah Umno,jika mendapat arahan dari pihak atasan mana mungkin mereka mendapat lebih 1800 undi pos? Jika benar mendapat arahan mana mungkin Puak gerombolan pembohong rakyat ini mendapat undi sebanyak itu. Sejak dari awal pihak pembohong PAS begitu konsisten memainkan isu undi pos kerana mereka menyedari tidak akan mendapat sokongan dari para perajurit atas selera nafsu buas puak pakatan haram ini,sehingga menghalalkan Chin Peng untuk kembali pijak diatas tanah melayu ini.
Gerembolan pembohong rakyat ini sekali lagi menipu dengan cuba memainkan isu calon BN tidak mesra dengan MB Negeri Sembilan, walhal MB sendiri yang mencadangkan nama Tan Sri Isa,malah didalam majlis tertutup diatas pemerhatian Pisau ,kemesraan di antara mereka jelas terserlah. Hari ini pada pukul 12.30 pm nanti ada satu lagi majlis MB bersama Tansri Isa.Pada awal pagi tadi mereka sudah keluar bersama untuk berkempen di UPU Ladang Bradwall.
Sekarang ini rakyat Bagan Pinang di sajikan drama bohong PAS,pisau ibaratkan sudah basi,makin lama yang basi makin membusuk,tengiknya bohong bohong juak berkopiah & berserban ini tidak berpenghujung.Ceramah ceramah mereka sudah dijangka,seperti mana di manik urai dan permatang pasir, ibarat mengulang tayang skrip skrip contohnya Nizar dengan cerita kerajaan DAP dan pelbagai lagi isu isu ruji mereka.
Bagan Pinang, Pisau sifatkan kawasan DUN yang mempunyi pengundi hati yang terang,bijak menolak mana yang buruk dan baik.Pengundi disini lebih kenal siapa pemilik kilang fitnah,maka undi diterjemahkan milik tetap Umno.
Islam mengajar kita bercakap benar,Isle PAS mengajar orang berbohong!
Pisau kata " PAS sudah sudahlah beretorik politik basi pembohong & penfitnah,tuhan maha adil & maha mengetahui"
Artikel Hot Minggu Ini
-
Abby Abadi sebelum ini dilaporkan naik diatas pentas PAS ,berkokok sakanlah para penyokong khawarij PAS. Kata mereka Abby dah jadi ustazah...
-
Pisau pernah dedahkan mengenai skandal khalifah kesayangan PAS yang mengentot gadis cina hingga mencetuskan pergaduhan si isterinya seorang...
-
Seorang siak di hentam hebat oleh khawarij PAS apabila menyentap baju kuning yang kotor ketika beribadat. Tindakan Siak ini pada pendapat P...
-
2 gadis bertumbuk berebut blogger Media Permatang Pauh atau nama manjanya MPP,sungguh sungguh bertumbuk sampai ada yang dipijak dan dipukul ...
-
Selepas Ustazah Aisyah disahkan sebagai ahli syurga PAS kini yang terbaru adalah Abby Abadi,beliau dikhabarkan akan mengikut jejak langkah U...
-
Sebentar tadi jam 3 petang Perkasa mengadakan demonstrasi bantahan dihadapan Maybank Komtar.Seramai 50 orang terdiri daripada ahli Perkasa,P...
-
Ambiga dan Anwar hari ini disahkan berdarah hidung akibat pihak peniaga melancarkan Bersih 4.0 dengan sasaran untuk menarik sejuta penyokong...
-
Irshad Manji masuk ke Malaysia adalah dijemput oleh golongan liberal pakatan,anda boleh lihat kenyataan beliau adalah cerminan pemikiran lib...
-
AIDCNews- 21/05/12 – Sebuah buku baru yang ditulis oleh Jonathan Smith bertajuk “The “I” Files”, yang membongkar cerita sebalik tabir Dat...
-
Sebelum ini Pisau malas untuk komen mengenai isu terbaru muzakarah diantara PAS dan Umno.Sejak dari awal lagi Pisau tidak pernah bersetuju U...



Salam, sebagai umat Islam yang redha bahawa Allh itu Tuhannya, kita kan lihat di atas muka bumi ini juga di atas segala fitnah dan pembohongan mereka melalui agama Islam...
Salam. .
Buh pisau buh. . korek dalam2, dedah bagi habis, gegar satu Malaysia kasi tanam itu pakatan haram hidup2. . sayangnye aku tak dapat turun padang sebab sibuk kerje, kalau tak, boleh join dengan geng gerak gempur. Berkobar2 ni, geram aku dengar cerita fitnah dan kelakuan kurang ajar pas ni, dari isu pukul dato Azzez, sampai la isu undi pos. . semuanya bikin panas je.
Hafiz Azmi. .