Shahruddin tetap terus hasrat bertanding sebagai calon bebas
PORT DICKSON - Ahli jawatankuasa Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Telok Kemang, Shahruddin Abd Hamid mengumumkan bahawa beliau akan tetap meneruskan hasrat bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang 11 Oktober depan.
Menurutnya tujuannya bertanding adalah untuk menyampaikan hasrat dan visi untuk pembangunan yang komprehensif di daerah Port Dickson.
Shahruddin, 52, berkata, walaupun beliau mendapat tekanan daripada para pemimpin PKR namun beliau akan tetap meneruskan hasratnya itu.
Katanya, beliau rela keluar dari PKR dan melepaskan jawatan AJK PKR Bahagian Telok Kemang bermula hari ini jika ini adalah kehendak pemimpin PKR.
Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) manakala Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Omar calon Pas bagi pilihan raya kecil itu.- Bernama
Pisau perhatikan inilah tandanya mereka yang menganut fahaman politik PKR tidak sebulu dengan PAS, hal ini juga pernah berlaku di Penanti ketika calon PKR akan bertanding namun dituntut oleh PAS.Malah di Permatang Pasir jentera PAS tidak dibantu oleh PKR dan DAP.
PAS & PKR tidak pernah sehaluan,namun atas dasar cintanya kepada Anwar Berahi dan kuasa politik mereka terpaksa bercium mulut walaupun mereka tahu mulut masing masing mempunyai bau najis fitnah yang busuk,kucupan dan kuluman air liur mereka bertukar namun seberapa lama yang boleh tahan dengan hanyir mulut satu sama lain,makanya terjadilah episod lawan cakap ketua atau berlawanan dengan prinsip perkahwinan sumbang mahram parti mereka.Inilah terjemahan daripada PKR yang nak bodohkan PAS,PAS yang nak bodohkan PKR.
Episod sumbang mahram didalam perkahwinan haram DAP,PAS dan PKR saling mencurigai dan bergolak,tetapi hanya berkisar didalam kain sendiri tanpa orang luar mengetahui.Sejauh mana mereka dapat sembunyikan kacau dan porak peranda didalam kain,makin hari kain itu reput dan rompang menampakkan apa yang berlaku didalam.
Kes terbaru apabila Yusmadi ,Ahli Parlimen Balik Pulau merangkap ketua AMK Pulau Pinang bagaikan diherdik kerana menyarankan agar jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang di gilirkan,sehinggakan dituduh rasis.
Mereka ini tidak pernah sebulu,sabitkan hanya wujudnya manusia sesumpah Anwar Berahi yang bagaikan tuan menarik hidung lelembu didalam DAP ,PAS & PKR kalau disuruh bercium mulut,maka berciumlah mereka antara satu sama lain,walaupun didalam hati merodak kerana terpaksa merasa busuk dan hanyir mulut masing masing.
Pisau kata
"3 penjuru sedap sikit bertanding,baru boleh tengok puak PKR londeh PAS"
Related Posts : pilihanraya
Ni salah satu lagi drama bangang dari puak-puak pembangkang dengan harapan adanya pecahan undi...
Takut Tan Sri Isa menang besar!