Kebelakangan ini ,acap kali kedengaran laungan & saranan agar melayu itu supaya berfikir & bertindak untuk survival sendiri, agar bangun dari lamunan, agar bangkit dari himpitan.
Banyak forum forum,dialog dan macam macam majlis diadakan demi menyedarkan orang melayu.Yang terbaru semasa perhimpunan agung Umno, ada saranan yang bernas dari para pemimpin. ada saranan yang tak menjangkaui 'standart' orang melayu sekarang. Usaha menyedarkan orang melayu sejak zaman Tun Mahathir diteruskan sehingga sekarang.
Kata kata semangat oleh pemimpin pemimpin kita,laungan yang membakar jiwa melayu,yang meruntun naluri agar bangkit dan sedar,Pisau hanya perhatikan ibarat seperti hujan panas,hangat hangat tahi ayam dan telur separuh masak.
Yang menjadi persoalan,sejauh manakah melayu melayu ini dapat menyerap semangat dan bakaran jiwa kearah menterjermahkan kepada tindakan.
Laungan agar bangkit dan sedar, ibaratkan lagu yang keluar dari corong radio,irama yang mazjuk,bait lirik menusuk kalbi,tetapi tiada pengamatan yang jelas oleh sang pendengar.hanya diambil sekadar halwa telinga dan sendiri setuju,tetapi hanya berlarutan sekadar beberapa tika sahaja.
Kita begitu kritikal dalam soal hak hak bumiputra,begitu mempertahankan perlembagaan 153. Ada mereka mereka ini begitu pertahankan hak 30% kuota bumiputra, laungan & desakan yang pertahankan status keistimewaan bumiputra didalam DEB. Masing masing begitu dengan amarah dan kononnya bangkit mahu pertahankan DEB.( Soal melayu yang disebelah sana usah di kata,memang mereka ini hebat hebat belaka dan mahu DEB dihapuskan.)
Sejak DEB ditubuhkan kek ekonomi yang hanya mampu dimiliki oleh melayu berlegar di sekitar 17-19% , tidak sampai 20%,apatah lagi mahu mencecah 30%. ibarat kalau RM100 ,orang melayu hanya ada RM19,nak dibandingkan dengan mereka bukan melayu yang ada RM81. Begitu jauh perbezaan dan jurang ekonomi yang ada sekarang ini.
Yang nak dipertahankan 30% itu,bagaimana?sejak dasar DEB diperkenalkan tidak pernah mencecah 20% . Ya mereka ada menyebut mahu pertahankan yang 30%,tetapi melayu melayu ini tidak berbicara & bertindak bagaimana mahu mencecah 30% pegangan bumiputra didalam ekonomi negara.
Melayu melayu haprak pula yang kononnya sudah selesa dan kononya sudah ada segalanya mahu pula yang 30% itu dihapuskan. Ironinya mereka mereka ini dari golongan marhain,yang berkerja kilang,peniaga kecil,pemakan subsidi kerajaan,penjawat awam dan golongan melayu yang berkerja sektor swasta. Mereka ini Pisau ibaratkan manusia melayu separuh sedar,ibaratkan diatas pengaruh pil khayal cap 'PR'
Kamu yang membaca artikel ini, sejauh mana kamu berfikir & bertindak? adakah hanya sekadar bersetuju tetapi tidak menterjermahkan kepada tindakan.
Pisau ada menulis tentang ekonomi perut terjajah klik sini , entri tersebut menceritakan soal bangsa melayu yang dibawah separuh sedar membenarkan perut sendiri dijajah,malah menyalahkan orang lain apabila keadaan menjadi gundah dan gawat.
Melayu melayu ini bercakap soal barang itu naik,barang ini naik,tetapi tidakkah anda terfikir ekonomi dikawal oleh penguasa ekonomi yang 81% yang mahukan samarata , 81% yang menggawal segalanya hatta kantung poket anda sendiri, anda menghabiskan wang titik peluh anda menjurus dan terarah kepada penguasa ekonomi yang 81% .
Kamu tidak menjurus membantu kepada yang 19%,tidak membantu menaikkan ,membesarkan kek ekonomi bangsa sendiri sehingga 30%.
Besar atau jauh sangatkah untuk mencapai 30%? Susah sangatkah? Kalau kata melayu pemalas,ada pula yang tak bersetuju, apa yang tak kena dengan melayu ni?
Sepatutnya bumiputra yang menjadi majoriti 62% seharusnya menguasai ekonomi lebih dari 70% ,tapi jangan harap atau bermimpi,kerana melayu hanya berasa hebat apabila mampu menguasai politik.Namun hebat akan kuasa politik itu Pisau ibaratkan telur dihujung tanduk.
Kerana melayu begitu hampir untuk tidak mempunyai apa apa ditanah sendiri, sudahlah ekonomi dikuasai yang minoriti ,malah melayu melayu yang disana itu mahu pula menyerahkan apa saja hatta membakar kelambu sendiri asalkan matlamat tercapai.Melayu jenis ini semuanya Pisau ibaratkan akan mendapat anti klimaks dipenghujung jalan atas pengaruh doktrin palsu komplot jahat pakatan haprak.
Yang banyak cakap,yang cakap pandai ,yang pandai suruh orang buat itu ini pun belum tentu menterjemahkan membantu melayu sendiri. Ini bukan tertuju kepada ahli politik sahaja ,malah kamu yang tidak terlibat langsung didalam politik.
Melayu apa kamu ini? pendapatan kamu purata sebulan,berapa peratus yang kamu benar benar habiskan untuk membeli produk bumiputra?
Pisau ada mengkritik ucapan KJ, kerana menimbulkan persoalan 'siege mentality' kerana belum sampai masa yang sesuai pada situasi sekarang.Kerana masih ramai melayu melayu ini belum bangun,masih di dodoi ,masih dihimpit,masih tidak mahu lawan,masih ada sifat tidak mengapa didalam diri.masih ada yang menggangap bukannya 'AKU' perlu berbuat sesuatu,kerana BARANGKALI ada melayu lain yang tolong buatkan.
Rata rata kamu yang membaca ,yang berfikir & mendengar pelbagai ucapan adakah kamu bertindak? Jika tidak , barangkali kamu beranggapan ucapan berapi api Pemimpin hanyalah semata mata ucapan tanpa mengesankan hati dan naluri anda.Jika ada pun hanya panas sekejap
Anda pulang ke rumah masing masing, kembali seperti hidup sediakala,'selesa ' dengan apa yang ada,tidak sekelumit terasa gelisah atau menterjermah kepada tindakan.
Akhirnya sampai bila? Apa yang anda mahu tunggu tunggu lagi? apa yang anda mahu fikirkan lagi, atau ada antara kamu berfikiran pergi mampus dengan melayu,samarata lebih perlu.
Usah berbicara soal perjuangan Islam jika ekonomi kamu hancur! Usah berbicara soal perjuangan Islam jika masih perlu tunduk kepada tuan chauvanist sosialis!Usah berbicara soal ketuanan melayu jika ekonomi kamu hancur.
Siapakah yang lebih tuan? Ketuanan Melayukah atau yang mempunyai 81% pegangan ekonominya?Selalunya jika mahu menjadi tuan perlulah berduit. Realiti ketuanan melayu sememangnya sudah tidak ada.
Ekonomi & Politik Orang Melayu Makin Hampir Kepada Kepupusan ,Orang Melayu sibuk berpolitik sehingga terlupa ekonomi mereka terjajah.
....bersambung melayu rasis 9
Pisau kata " ayuh saudaraku,bangkit,sedarlah"

pisau
artikel yang bagus.
ramai yang pandai cakap tapi tak pandai buat kerja
salam. .
Hafiz dah lama sedar keadaan ini cuma kesian dengan ramai orang melayu yang belum sedar bahawa kita hampir di jajah semula di tanahair sendiri. Jangan fikirkan politik fikir apa akan jadi pada anak, cucu kita nanti kalau keadaan ini berterusan, dan melayu hanya menumpang di tanahairnya sendiri, pada masa tu semua dah terlambat. fikirkanlah wahai bangsaku. .