Raja Drama

Posting Terkini

KJ Siege Mentality: Melayu Rasis?

Filed Under ( , , ) by pisau on 19.10.09

Pisau tidak berkesempatan meniliti ucapan Ketua Pemuda semasa perhimpunan Agung kerana agak sibuk,kepenatan dan keadaan kesihatan tidak mengizinkan .

Setelah meniliti ucapan Ketua Pemuda semasa Perhimpunan Agung, Pisau begitu tidak bersetuju dengan dengan saranan beliau agar membuang siege mentality.Pisau bersetuju dengan ucapan beliau berapi api menyeru agar ada perpaduan dikalangan pemuda,namun soal bangsa melayu jangan harus dipertikaikan .

apa maksud siege mentality? petikan dari blog kacamata melayu

'Seige" bermaksud serang dan 'seige mentality' bermaksud minda orang yang rasa terserang. Orang yang ada sifat seige mentality sering tidak mahu mengalah dan hanya memikirkan diri sendiri saja. Mereka perlu bertahan dan bersungguh melawan dari sebarang tolak ansur atau kompromi.


Tidakkah KJ sedar, sememangnya bangsa melayu diserang, kita dihentak dan himpit dari segala segi ,masakan perlu sifat tidak apa dan mengalah harus diambil? Ya sememangnya atas semangat 1Malaysia kita harus bertolenransi, tetapi sejauh manakah bangsa lain bertolenransi keatas hak hak bumiputra,yang jelas sekarang ini begitu hangat diperkatakan.

KJ berkata melayu bukan lemah,melayu bukan bodoh tetapi berapa ramai dalam keadaan yang kuat dan pandai benar benar terlepas dari himpitan dan hentakan dari bangsa lain?

Jika benar benar melayu bangkit & melawan dalam segala segi,maka tidak mengapa siege mentality harus dibuang.

Mereka diluar sana yang bukan melayu begitu bersetuju atas saranan KJ, Ya,mereka bersetuju kerana bertepatan dengan kehendak mereka, Kenapa harus KJ terikut ikut dengan rentak permainan pakatan haprak?,perkara ini harus diteliti sebelum beliau membuat kenyataan, adakah beliau sendiri turun berjumpa dengan rakyat marhain, yang berkerja kilang,yang berniaga di tepi jalan,yang makan gaji ,petani dan dari pelbagai lapisan masyarakat melayu .Melayu seperti ini harus didekati,jika benar benar beliau serius, tidak harus ada kenyataan siege mentality.

Mengajak sesuatu dengan penuh semangat berapi api tetapi tidak memandang kebawah apa masaalah yang sebenar tidak akan memberi dan membawa maknanya

Didalam konsep 1Malaysia sekali pun Ds Najib tetap tidak membelakangi nasib nasib orang melayu,beliau jugak mengajak bangsa melayu bangun secara berhemah tanpa melukakan hati sesiapa.

KJ harus belajar menjadi rakyat biasa agar dapat merasai denyut nadi rakyat, agar dapat merasai rintihan & permasalahan mereka, dan selepas itu baru kita boleh bercakap soal siege mentality.

Teliti artikel Pisau berkenaan ekonomi perut terjajah :klik sini sebelum berbicara soal siege mentality.

Baca artikel Melayu rasis sebelum memikirkan soal siege mentality


Melayu Rasis 1 :klik sini
Melayu Rasis 2 :
klik sini
Melayu Rasis 3 : sini
Melayu Rasis 4 : sini

Melayu rasis 5: sini

Comments:

One Response to “KJ Siege Mentality: Melayu Rasis?”

  1. Kan aku dah kata, KJ selalu bersuara pembangkang, kenapa ya?

Popular Posts