Pembohongan PAS,Tetak Tak Luka

Pembohongan PAS,Tetak Tak Luka

Welcome to Republic Of Penang : Agenda Sosialis Kerajaan Pulau Pinang yang anti Islam dan anti melayu

Filed Under ( , ) by pisau.net







Kepada pengundi dan penyokong Pulau Pinang, Pisau ucapkan tahniah kerana mengangkat seorang sosialis Melaka menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

1.Hidden agenda mereka sudah menjadi open secret,sedikit demi sedikit mereka cuba menghapuskan apa yang tertinggal di negeri yang majoritinya berbangsa cina.Hakisan populasi penduduk melayu bermula sejak Ketua Menteri Pertama Wong Pow Nee dari MCA, grand agenda pada waktu itu dengan menaikkan gred tanah pertanian kepada kepada tanah industri .

2.Mereka membeli tanah tanah gred pertanian orang melayu dengan harga yang murah dan menukarkan kepada tanah gred industri.Apabila orang melayu yang terpikat dengan harga yang ditawarkan mereka dengan senang hati menjual tanah tanah mereka,namun dengan nilai yang dijual tidak mampu membeli aset bangunan di Pulau Pinang.

3.Perkara ini berlarutan semasa Ketua Menteri Lim Chong Eu sehinggalah Koh Tsu Koon memegang tampuk pemerintahan.Sebelum itu Dun lebih banyak di kuasai oleh MCA dan Ketika pru 1990 apabila Gerakan memenangi kerusi 7 daripada 11 kerusi yang mereka tandingi dan pada masa yang sama MCA kalah semua kerusi dan menyaksikan DAP memenangi 14 daripada 31 kerusi Dun,hanya kekurangan 2 kerusi untuk mendapat majoriti mudah sementara itu Umno memenangi 12 kerusi,atas dasar mahu menguasai negeri, Umno yang kita ketahui tidak cukup kerusi DUN,bersetuju dan terpaksa menawarkan kepada Gerakan untuk menyertai BN dan di tawarkan kerusi Ketua Menteri.

4.Situasi ini telah mengusarkan kebanyakan pengundi kaum cina dan kembali mengundi kepada BN pada 1995 semata mata tidak mahu melihat DAP mengambil alih kerajaan negeri sehingga DAP hanya mampu menguasai satu kerusi pada 3 pilihanraya berturut turut.

5.Bagi majoriti kaum cina,nilai parti gerakan kepada pengundi kaum cina adalah mudah,iaitu undi mereka kepada gerakan semata mata agar terus menguasai jawatan Ketua Menteri untuk menghalang daripada Umno mendapatkan jawatan Ketua Menteri.Dan kelebihan Gerakan daripada DAP adalah kerana menyertai BN,dan kaum cina mahu suara mereka di Parlimen.


6.Itulah senario politik Pulau Pinang,suara Umno gagal mempertahankan akan hak hak orang melayu walaupun pada ketika itu diperintah oleh kerajaan BN,walaupun didesak dan mahu mempertahankan hak orang melayu pulau pinang,Umno gagal kerana suara mereka jelas terlalu sedikit berbanding parti bukan melayu.Ketua ketua umno bahagian di pulau pinang dan wakil rakyat umno hanya mampu bersuara dalam sesetengah perkara dan hanya mampu memendam rasa .

7.Berlakunya konflik politik antara Umno dan Gerakan Pulau Pinang selepas PRU12 setelah Datuk Ahmad Ismail mengeluarkan kenyataan yang mencetuskan kontreversi dan inilah titik tolak berlakunya punca adegan seorang veteran umno mengoyak gambar bekas ketua menteri setelah terlalu lama bersabar akibat tekanan kepada orang melayu pulau pinang sebelum ini.Kemarahan ini telah dipendam terlalu lama.Hingga mencetuskan tindakan diluar jangkaan




8.Pisau hanya mampu menceritakan serba sedikit situasi yang berlaku,kenapa Umno gagal ,akibat populasi orang melayu di Pulau Pinang dihapuskan sedikit demi sedikit walaupun disedari tetapi gagal ditangani,walaupun pada satu ketika Perdana Menteri asalnya dari Pulau Pinang juga.

9. Penyokong Pakatan haram hanya tahu menuduh Umno mengadai hak melayu di pulau pinang,tetapi tidak nampak perihal yang sebenar menghantui masyarakat melayu pulau pinang yang jelas telah menjadi minoriti akibat dihapus sedikit demi sedikit.

10. Perpecahan masyarakat melayu Pulau Pinang telah memudahkan agenda DAP,dengan adanya sokongan oleh orang melayu sendiri,mereka dengan mudahnya membuat apa saja demi mencapai cita cita chauvanist DAP

Situasi ini berlanjutan:
Sedikit demi sedikit orang melayu berpindah ke tanah besar atau membeli tanah di negeri Kedah kerana harga rumah dan tanah lebih murah.Tawaran harga rumah yang menarik membuat orang melayu berhijrah secara besar besaran pada awal 90an ke Kulim dan Sg Petani di Kedah.

Rumah rumah di sebelah pulau terlalu mahal untuk dibeli oleh orang melayu, hartanah melambung tinggi dan hanya mampu dibeli oleh golongan cina tempatan dan dari singapura atau pun taiwan.

Jatuhnya kerajaan Bn di Pulau Pinang bukan disebabkan kelemahan pentadbiran kerajaan negeri,tetapi pada masa itu rakyat hanya memprotes kelemahan kerajaan pusat semasa Tun Abdulah menjadi PM.Dan akhirnya menterjermahkan bertukarnya tampuk pemerintahan.

"Khabar angin" mengatakan semasa tempoh berkempen PRU12,berlakunya pertemuan antara pemimpin Gerakan ,DAP dan Penang Chinese Chamber. Rundingan antara kepala kongsi kaum cina menyatakan Gerakan telah gagal dan tibalah masanya DAP mengambil alih kerajaan Pulau Pinang bagi meneruskan agenda menguasai terus negeri pulau ini.Lim Kit Siang pernah berkata,jika beliau gagal menguasai Pulau Pinang,anak cucu atau cicit mereka akan terus berusaha menguasai Pulau Pinang,Itulah matlamat mereka.

Gerakan gagal meneruskan aspirasi dan matlamat grand design chauvannist cina ,maka tugas itu telah diserahkan kepada DAP yang chauvanist dan lebih agresif,anda dapat perhatikan tindakan demi tindakan yang disenaraikan oleh dokumen diatas sebagai justifikasi kenapa sosialis dan chauvanist cina mengambil alih.

Survival kaum cina dahulunya hanya mementingkan perniagaan,mereka hanya mahu berniaga dan merebut peluang perniagaan yang ada tanpa memperdulikan soal politik,tetapi senario ini telah berubah ,mereka juga sekarang ini mahu menguasai politik. Kuasa ekonomi dan politik amat penting untuk mereka, PAS & PKR telah menjadi alat untuk menjatuh kerajaan yang terasnya adalah melayu umno.Mereka sedar adalah sukar untuk menjatuhkan kerajaan terasnya melayu melainkan melayu menjatuhkan melayu sendiri.

Anwar Ibrahim hanya mengambil peluang ini hanya ingin meneruskan cita citanya untuk menjadi Perdana Menteri di samping itu beliau tahu peluang ini hanya mampu direalisasikan dengan mempromosi kesamarataan yang jauh menyimpang dari perjanjian Suruhanjaya Reid , Suruhanjaya Cobbolt dan DEB .

Maka pelbagai tohmahan dilemparkan dan pelbagai fakta digunakan sebagai justifikasi untuk menunjukkan kerajaan negeri dan pusat tidak berlaku adil dan rasuah.Perihal ini sudah disedari dikalangan pemimpin politik melayu pakatan haram,namun atas sebab ingin menguasai politik hal ini dipejamkan mata.

Namun ada juga sebilangan pemimpin melayu didalam PKR telah menghidu perjuangan PKR lebih banyak mengadai hak orang melayu selari dengan harapan DAP,maka ramai daripada mereka telah dan akan meninggalkan PKR.

Buat rakyat Pulau Pinang, jika inilah yang anda mahu,pasti suatu hari nanti Pulau Pinang bakal menjadi seperti republic singapura.


Masyarakat cina hanya bertindak atas demi survival ekonomi dan politik mereka Gerakan dan MCA telah gagal dan kini DAP telah mengambil alih, tetapi kenapakah orang melayu tidak melakukan perkara yang sama demi survival bangsa dan agama sendiri?

Jawapannya hanya anda yang mampu menjawabnya,terus terusan mempolitikan isu didepan mata atau ingin mencari jalan penyelesaian.


Pisau kata "orang melayu kalau marah dan politiking,tak tau tarik handbrake"

Comments:

16 Responses to “Welcome to Republic Of Penang : Agenda Sosialis Kerajaan Pulau Pinang yang anti Islam dan anti melayu”

  1. salamz
    melayu cuma nak menang sorak..
    macam pak kaduk..

    siapalah yang dapat menasihatkan mereka mereka yang dah bertanduk..

    muhasabah diri..

    terimakasih atas info

    selamat berjuang menghapuskan kebatilan

  2. 9. Penyokong Pakatan haram hanya tahu menuduh Umno mengadai hak melayu di pulau pinang,tetapi tidak nampak perihal yang sebenar menghantui masyarakat melayu pulau pinang yang jelas telah menjadi minoriti akibat dihapus sedikit demi sedikit.
    ...alamak PISAU br nmpk @ buat2 x nmpk kaa dulu...saya rakyat biasa shja, cuma nk bg tahu PISAU, dalang sebenarnya UMNO...!!!

    cth sy bg, KAMPUNG sy sndiri!!! kononnya tanah ni utk d buat lebuhraya dr kerajaan negeri BN sblum ini...selepas d angkat 6bln, br kami tahu yg kg kami bkn kerajaan negeri yg ambil!!! tp towkey cha ya nun alip yg ambil!!!

    buat apartmnt 20tngkt,tp seorng melayu pon x tggal d apartmnt itu!!

  3. aturan perkara itu membolehkan mereka terus menguasai kerajaan negeri pada pilihanraya akan datang, kerana percaya mudah memenangi undi dari kaum sendiri. maaf sekiranya ianya tidak benar tapi serasanya kesetiaan kepada bangsa sendiri telah dipupuk semenjak mereka di sekolah lagi melalui pendidikan SRJK(C). Sekiranya boleh mereka ingin memberikan kerakyatan kepada Singaporean atau Taiwanese yg mendiami Pulau Pinang di ketika ini utk menambahkan populasi dgn kadar segera.

    melalui hakikat ini, perkara yg sama cuba diapplikasikan di Selangor, kepercayaan mereka kepada undi dari kaum india menjadikan mereka cuba untuk melakukan pemindahan kaum supaya dapat menjamin kuasa politik mereka pada masa hadapan. Campuran undi kaum india + cina memungkin mereka menjamin keadaan ini.

    Di saat itu, melayu yg merupakan tali barut kepada pergerakan mereka sahaja yg akan mendapat kejayaan dunia.


    -ini adalah andaian, terpulang pada pemikiran pembaca

  4. anon,

    sebab tu lah kena faham,walau pun dengan atas nama BN,perkara ni berlarutan,kalau setakat menuduh umno tanpa bukti tak payahlah buang masa.

    apa kata tunjuk bukti dan emailkan pada saya.

  5. Salam,

    Orang Melayu terlalu leka dengan ceramah-ceramah mencaci sesama sendiri, sehingga mereka lupa bahawa Melayu yang mencaci itu adalah penipu dan pengkhianat yang sangup menjual maruah agama dan bangsa.....

  6. SLM BRO..KG TOKONG MUNGKIN AKAN JADI SEPERTI KG BUAH PALA. DAN MUNGKIN X LAMA LG SELURUH KAMPUNG2 YG ADA KT PENANG AKAN DI SODOK DGN ALASAN KONON2 TUJUAN UTK PEMBANGUNAN. TP TENGOK AJE KAT S'PORE. 1 KAMPUNG PUN DH XDE! (CUMA KG GELAM JEK. TU PUN BKN STENDET KAMPUNG LG)..AKHIRNYA ORG MELAYU BAKAL MEREMPAT KT TEPI2 SUNGAI..ADOIYAIII

  7. igt ka dimensi dok johor cerdik, tp bangang berkali2 rupanya...
    PNG jd singapore aku suka sgt, mcm sistem d perkenalkan d singapore...
    biaq x da kg trus pon, lg aku suka...
    bak kata iklan petronas
    "jln msti kehadapan"
    di singapore rokok pon x leh sesuka hati, 1 displin da tuu...
    gaji x mcm d malaysia...starting ja pon RM1.5K keatas...
    nak tgk org melayu d sana merempat susah!!! semua rajin!!!
    negara dia org kecik, mata wang tggi dr malaysia, yg kaya dgn minyak!!! "last sekali beban'n rakyat plk tuu...gd gov"

  8. agak2 kalau 1 malaysia di ambil oleh cina. melayu nak pergi mana ye...

    agak2 kalau 1 malaysia dikuasai oleh orang kafir. Islam jadi apa ye...

    yang kita kena ingat. Dalam Semua bangsa ada Islam.

    agak2 cina Islam kena halau jugak ker...

  9. Taktik Bn sepatutnya.. break them up. Jangan bagi orang Cina kawasan yang dimonopoli oleh orang mereka. Kesudahannya mesti jadi macam singapura. Singapore tu, mana mana perkampungan orang Melayu akan dirobohkan dan dibangunkan, dan orang Melayu akan ditempatkan di rata-rata kawasan, yang pastinya mereka adalah minoriti dalam kawasan tersebut, Maka, apabila pilihanraya, orang Melayu tiada suara kerana mereka adalah minoriti. Ini rakan saya orang Singapore sendiri yang cakap. Inilah nasib orang Melayu di SIngapura

  10. Saya perhatikan, pelbagai pendpt dilontar dan dihamburkan mengenai melayu pp tetapi kebanyakannya berkisar peringkat kecil, ranting atau picisan shj. Perkara utama atau pokok tidak diendahkan iaitu ajaran agama. apabila kita menghayati dan mengamalkan ajaran agama kita Islam maka wujudlah prinsip perpaduan itu. Contohnya org melayu islam zaman dulu gagal dikristiankan oleh penjajah krn pegangan islam mereka kukuh. Contoh pegangan agama yg runtuh ialah apa yg berlaku di palestin suatu masa dahulu sehingga ke hari ini belum menampakkan tanda kemenangan islam.

    Oleh itu saya berseru kpd seluruh org islam di malaysia amnya dan islam pp khasnya, sedarlah, bertindaklah sebelum N A S I M E N J A D I B U B U R.

    -ORG KITA

  11. bro, apa cite ttg wilayah iskandar johor yg skrg dipanggil singapura utara. asyik2 dgn DAP agen s'pura.Di Johor darul umno sapa pulak jd agen s'pura.DULU, KINI DAN SELAMANYA UMNO PENGKHIANAT BANGSA MELAYU.sedarlah woi!

  12. anon,

    wilayah iskandar di buka untuk kawasan pelaburan, apa kena mengena di gadai,kenapa bodoh sangat,dah tak tau beza ka..

    takde tanah wakaf dirampas,takde hak orang melayu di rampas,peluang ekonomi dibuka untuk rakyat johor dan malaysia,kalau tak dibuka peluang pelaburan kepada orang luar,orang tempatan mampu ka melabur? aliran pelaburan masuk berbillion,last sekali anak melayu jugak diberi peluang kerja. takkan buta lagi kot?

    setakat kata umno johor gadai tanah di wilayah iskandar tanpa fakta tak payah la saudara, agaknya standart pemikiran juak pakatan haprak macam ni kot, cakap tadak fakta, senang sangat diperbodohkan.

  13. bro, pr baru pegang p.pinang tak sampai 3thn. umno sudah 50thn. buat apa selama ni tidur kah? mkn gaji buta atau rasuah sudah masuk dlm perut.ini cerita melayu kena jual oleh umno p.pinang sudah berpuluh tahunlah.mimpikah?
    Pelaburan wilayah iskandar sepatutnya bkn makna kena jual tanah atau aset negara pd depa bro. byk sumber pelaburan boleh untung selain jual aset negara pd org luar.serius nih.org johor ramai dah paling tadah pd umno la ni.umno johor dah jd agen s'pore skrg.wake up bro!
    Hari-hari hentam yahudi, org cina. tak sedar diri sistem pentadbiran dan kewangan negara dikuasai yahudi.org melayu skrg ramai yg bekerja di syarikat yahudi di m'sia.nak salahkan pembangkang jugak ke?
    UMNO SUDAH BUSUK HINGGA KE USUSNYA. YG ADA SKRG RAMAI MCM BRO PISAU YG PANDAI ANGGUK2, GELENG2, TUNDUK2, IKUT TELUNJUK.

  14. bro, pr baru pegang p.pinang tak sampai 3thn. umno sudah 50thn. buat apa selama ni tidur kah? mkn gaji buta atau rasuah sudah masuk dlm perut.ini cerita melayu kena jual oleh umno p.pinang sudah berpuluh tahunlah.mimpikah?
    Pelaburan wilayah iskandar sepatutnya bkn makna kena jual tanah atau aset negara pd depa bro. byk sumber pelaburan boleh untung selain jual aset negara pd org luar.serius nih.org johor ramai dah paling tadah pd umno la ni.umno johor dah jd agen s'pore skrg.wake up bro!
    Hari-hari hentam yahudi, org cina. tak sedar diri sistem pentadbiran dan kewangan negara dikuasai yahudi.org melayu skrg ramai yg bekerja di syarikat yahudi di m'sia.nak salahkan pembangkang jugak ke?
    UMNO SUDAH BUSUK HINGGA KE USUSNYA. YG ADA SKRG RAMAI MCM BRO PISAU YG PANDAI ANGGUK2, GELENG2, TUNDUK2, IKUT TELUNJUK.

  15. pulau pinang???? penang???? kah kah kah kah kah kah..... tu la UMNO dari dulu dah tunjuk contoh.... melentur buluh biar dari rebung..... ni dari rebung lagi dah diajar bagi kat cina..... sekarang baru nak gaduh... kah kah kah kah... UMNO..?? kah kah kah... penang?? kah kah kah... apa punya haprak la... dulu enjoy tak ketahuan hala.....kah kah kah.. la baru nak muhasabah.. kah kah kah... awat dulu masa UMNO pegang tak jaga elok-elok... kah kah kah... sampai kampung aku pun dah tak ada masa UMNO..kah kah kah... nasib baik jumpa jodoh org kedah.. ada jugak tanah... kah kah kah kah... apa punya haprak...kah kah kah....

  16. saparate kan jer malaysia dengan penang..biar diorang sedar diri sikit lepas ni...