Raja Drama

Posting Terkini

Thai pantau kegiatan hina raja,Malaysia?

Filed Under ( ) by pisau on 30.9.09

Thai pantau kegiatan hina raja

BANGKOK 25 Sept. - Menteri Pertahanan Thailand, Jeneral Prawit Wongsuwon mengarahkan 300,000 anggota tentera negara ini dan keluarga mereka agar memantau kegiatan menghina kepada raja, kata jurucakap kementerian.

Seruan itu meningkatkan lagi tindakan keras dalam undang-undang ketat berhubung penghinaan terhadap raja, yang menyatakan sesiapa didapati menghina Raja Bhumibol Adulyadej atau kerabat diraja lain berdepan dengan hukuman sehingga 15 tahun penjara.

Langkah ini diambil ketika Raja Bhumibol semakin pulih akibat gering di hospital.

Prawit pada mesyuarat majlis pertahanan berkata, semua pasukan tentera darat, laut dan udara serta keluarga masing-masing perlu memantau ketat 'maklumat palsu'.

"Kami meminta semua anggota dan keluarga mereka agar sentiasa memerhatikan laman web atau media lain yang menghina raja. Kami mahu mereka menjadi mata dan telinga kami.

"Ini bukan tugasan langsung kementerian tetapi ia adalah isu keselamatan nasional," kata jurucakap tentera, Kolonel Thanathip Sawangseang.

Katanya, anggota tentera perlu memaklumkan polis, Kementerian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) atau Kementerian Pertahanan sendiri sekiranya terlihat kenyataan menentang monarki.

Kementerian ICT menyatakan, 'bilik perang' khas untuk melindungi keluarga diraja telah menutup atau menghalang akses kepada 19,000 laman web



komen pisau: kala ini ramai yang menghina institusi kesultanan melayu hasil daripada bobroknya politik murahan oleh anwar dan para pencacainya. mereka dengan mudah memperlekehkan sultan hanya kerana kepentingan dan kemahuan politik mereka tergugat.
Pisau masih teringat apabila umno dituduh mengunakan perkataan "natang" terhadap sultan,walhal yang perkataan itu kita sedia maklum ditujukan kepada perhubungan negeri dan paklah.

baca petikan blog pakatan haram yang menghina sultan pahang dengan cara paling kurang ajar malah menuduh tanpa bukti

http://kerajaanrakyat-news.blogspot.com/2009/09/di-mana-daulatnya-sultan-daulat-apa.html



Nota : Di siarkan sepenuhnya kandungan blog ini :

Saturday, September 26, 2009
Di Mana Daulatnya Sultan? Daulat Apa?

Saya terbaca tulisan seorang wartawan "Jangan terlalu suka mempertikaikan segala sesuatu sehingga tanpa sedar kedaulatan Raja-Raja Melayu sedang cuba diheret ke tahap yang rendah" di sini.

Alahai kenyataan jenis membodek ini memang memualkan. Hello, tolong beritahu di mana daulatnya sultan? Boleh dijadikan tambang ke Syuga ke daulat tu? Kalau sultan menyundal, apa cerita?

Posted by Admin at 8:19 PM
Labels: Raja

1 comments:
wan said...
pegi jahanam dgn sultan pahang!!

sumber:arifomar


Pisau menyeru kepada pihak berkuasa agar mengambil tindakan yang lebih tegas agar perkara ini tidak berterusan.

Popular Posts