Raja Drama

Posting Terkini

Selcat Selangor: Kurang ajar & tunjuk kuasa cara gestapo

Filed Under ( ) by pisau on 19.9.09

Selcat cemar imej pegawai daerah

SHAH ALAM 18 Sept. - Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) dikritik kerana pegawai-pegawai daerah yang dipanggil memberi keterangan dilayan seperti penjenayah dan perlu menjawab soalan mengikut kehendak jawatankuasa itu.

Pegawai Daerah Klang, Bakhtiar Hussin (gambar) menyifatkan Selcat tidak mencerminkan proses siasatan sebenar kerana lebih menjurus kepada serangan peribadi selain menjejaskan imej serta kredibiliti dirinya sebagai penjawat awam sejak 30 tahun lalu.

Beliau adalah antara sembilan Pegawai Daerah di Selangor yang dipanggil memberi keterangan pada 9 September lalu yang berlangsung selama empat jam dan disambung lagi pada keesokkan harinya.

Katanya, siasatan yang diketuai oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Teng Chang Khim itu dilakukan dalam suasana tegang dan tidak berhemah.

selanjutnya sini


Sebelum ini Pisau hanya memerhatikan di TV Antara & Tv Selangor sesi soal jawab Selcat,memang tidak dinafikan cara Speaker yang kurang ajar,dan melayan penjawat awam seolah olah melakukan jenayah,malah mereka juga diherdik seperti paria. Penjawat awam,baru sekarang kamu sedar layanan tahap paria dan pencacai apabila puak pakatan haram menjadi pemerintah. Sebelum ini rata rata penjawat awam sendiri yang menyokong puak pakatan haram ini, nah,ini ubatnya.

Pisau sendiri mendengar rungutan mereka yang bertugas di Pulau Pinang dan Perak,perkara yang sama juga berlaku, dahulunya mereka ini dilayan dengan baik oleh kerajaan BN,tetapi selalunya langsung tidak memberi kerjasama akibatnya BN mendapat nama buruk akibat sistem pengagihan dan penyampaian tidak lancar kerana tidak mendapat kerjasama penjawat awam yang kebanyakkannya pro pakatan haram. Sekarang inilah ubatnya, Pisau tidak dapat bayangkan jika puak pakatan haram ini jika menguasai Putrajaya kelak,barang kali lebih teruk akan dilayan.

Biasalah sebelum ini tak pernah mendapat kuasa,sekali dah rasa berkuasa bila lagi nak tunjuk power.Ibarat kera dapat bunga. Cuba perhatikan gelagat Ngeh,Nga ,Nizar dan Siva.itu adalah contoh yang terdekat.

Dahulunya dihadiahkan penyapu oleh Khir Toyo secara sinis akibat tak buat kerja dan tidak efesien, hasil nya Pejabat Daerah yang mendapat hadiah penyapu telah berubah menjadi yang terbaik di Selangor,walaupun dihadiahkan penyapu,tetapi mereka ini tidak pernah diherdik atau dimaki hamun.

Pisau ingin mendengar pendapat penjawat awam yang bertugas di kesemua negeri pakatan haram. Apa cerita yang sebenarnya. sila sila memberi komen.

Comments:

5 Responses to “Selcat Selangor: Kurang ajar & tunjuk kuasa cara gestapo”

  1. Undi jgn tak undi lg puak2 keparat ni. Bangsa tak tahu malu dan tidak sedar diri. Keturunan dtg merempat, skg ada sidikit peluang, dh tunjuk besar kepala. Kalau org melayu sedar dek untung dan tahu diri, jgn undi mereka ini lagi pada pr yg akan datang.

  2. Ibarat ayam di kepok mati kelaparan, itik di air mati kehausan. Yang pada mulanya senang disusahkan.

    Lepas ni pegawai kerajaan Selangor, Pulau Pinang dan Perak mungkin taknak keluar mengundi.

    Kononnya taknak pilih, dua-dua PR dan BN sama jahat, sudahnya kita tengoklah siapa yang menang.

    Pegawai kerajaan boleh pilih mereka nak terima arahan siapa. Boleh pilih, siapa boss mereka.

  3. ini selcat manyak bagus maa..rakyat dapt tahu itu toyo punya jam sudah sapu manyak duit rakyat..bawa anak bini yalan2 sana pergi guna duit rakyat juga..ini umno mana belani wat selupa selcat maa.

  4. aku sokong cara YB speaker mengendalikan pendengaran tersebut sb mereka yg dipanggil tidak memberikan kerjasama dan tidak telus dlm mnjawb persoalan yg dibangkitkn.memang padan pun kene tengking cam tu.YB Speaker seorang yg berintegriti.cara pertanyaannya amat profosional.cuma mereka yg gagal menjalankan amanah rakyat sahaja yg merasakan mereka di hina.padan muka pd penjawat awam yg korup.

  5. aku sokong cara YB speaker..berani dan berintergrity.prosesional dlm pertanyaan.syabas pada YB Teng..gua angkat topi sama lu.

Popular Posts