Berita Hot Terkini

Kepala Lembu, Lutfi Othman Dan Islam Plastik Pas

Filed Under ( ) by pisau on 5.9.09

Sudah lama tidak menelaah tulisan-tulisan Ahmad Lutfi Othman selepas beliau jatuh sakit ciptaan sendiri beberapa tahun lalu. Namunsemalam penulis berkesempatan membaca tulisan terbaru beliau di Harakahdaily.net. Nyatalah sikap hipokrit, kepura-puraan dan islam plastik masih melingkari jiwa Lutfi Othman.

Dalam tulisan terbaru beliau, "Umno kian terbelit dengan lingkaran sentimen perkauman" Lutfi membuat beberapa komen yang jelas bersifat bersangka buruk dan berniat jahat.

Hairannya, beliau memulakan catatan tersebut dengan menyebut kebesaran ramadhan, bercakap soal keampunan dan kemaafan serta taubat. Namun penamat tulisannya penuh dengan fitnah, adu domba dan kenyataan palsu.

Dalam catatan dua beliau menulis bahawa demontrasi kepala lembu di Shah Alam minggu merupakan sebahagian agenda UMNO dengan restu Datuk Seri Najib untuk merampas kembali Selangor.

Soalnya apakah bukti beliau mengatakan ia mendapat restu Najib? Memanglah sebagai penulis politik beliau bebas membuat tafsiran dan andaian untuk kepentingan politik Pas yang semakin kalut dan melucukan di Selangor.

Namun janganlah tulisan-tulisan memfitnah dan mengadu-domba ini didahului dengan kebaikan dan kerahmatan Islam. Ia seolah-olah melatak Islam bersama dengan tangki najis sahaja.

Bodohlah Datuk Seri Najib dan UMNO untuk menggunakan kepala lembu bagi menghina penganut agama Hindu di Shah Alam kerana UMNO sendiri tidak boleh memerintah negara tanpa sokongan bukan Melayu.

Jika kita mahu membuat andaian politik tentulah kita juga boleh bertanya siapakah yang melompat sakan dalam isu kepala lembu ini dan siapa pula yang akan mendapat laba politik?

Jawapan kedua-dua soalan ini nyata sekali mempunyai satu jawapan sahaja iaitu pemimpin Pakatan di Selangor. Sebab itu mereka melompat sakan melebihi kaum India sendiri.

Apakah tidak mustahil kepala lembu tersebut muncul dalam demontrasi hasil perancangan Khalid Samad untuk mensabotaj demontrasi tersebut? Lebih menguntungkan ada pula penyokong UMNO yang memegang kepala lembu yang dicampakkan tersebut dan menjadi kambing hitam.

Jika dilihat dari sudut ini maka tidak mustahil kepala lembu ini ciptaan Khalid Samad sendiri yang buntu menyelesaikan isu kuil di Seksyen 19.

Berbalik kepada Lutfi sendiri, jika mahu mengutuk, memfitnah atau berprasangka buruk buatlah tapi jangan pula didahului dengan nama agama.

Namun ia bukanlah perkara asing kepada Pas sendiri. Sesiapa yang mendengar ceramah Pas pasti hairan kerana pendahuluan yang begitu hebat dengan doa dan ayat al-Quran diikuti dengan ucapan yang penuh dengan tuduhan dan fitnah yang jauh sekali dengan tuntutan Islam.

Catatan ketiga juga Lutfi membuat tuduhan bahawa kerajaan menaikkan harga petrol. Hakikatnya harga petrol tetap kekal kepada RM 1.80 seliter. Cuma kualitinya sahaja yang sedikit kurang iaitu RON 97 ke RON 95. Kereta masih bergerak lancar, kesan negatif juga tiada seperti yang diakui oleh pakar pemotoran.

Memang benar kenaikan harga RON 95 dari RM 1.75 ke 1.80 seliter. Harga RM 1.75 hanyalah harga promosi ketika itu bagi membolehkan orang ramai mencuba petrol ini. Justeru apabila semua stesen telah dilengkapi dengan petrol ini kerajaan menaikkan RON 97 kepada RM 2 lebih seliter.

Manakala RON 95 yang digunakan oleh kebanyakan kenderaan hari ini diletakkan pada RM 1.80 juga. Ini bermakna tiada perubahan atau kenaikan harga petrol utama negara seperti yang didakwa oleh Lutfi.

Justeru bagaimana Lutfi boleh menyatakan akan berlaku kenaikan harga barang akibat kenaikan harga petrol sedangkan harga petrol sebenar yang digunakan oleh sebahagian besar kenderaan masih seperti enam bulan lalu.

Bukankah ini satu lagi pembohongan oleh Lutfi Othman?

Usahlah bercakap soal lailatul qadar jika masih menulis pembohongan dan hasutan agar rakyat membenci pemerintah atas perkara yang tidak benar.

Inilah golongan munafik yang diperingatkan rasulullah suatu ketika dahulu iaitu kumpulan yang menjual agama untuk kesenangan dunia.

dari:malaysiaInstinct


Pisau kata " Bohong,fitnah dibolehkan oleh PAS,asalkan kena pada UMNO"

Comments:

3 Responses to “Kepala Lembu, Lutfi Othman Dan Islam Plastik Pas”

  1. mamat ni hina penduduk shah alam

    http://hamirdin.blogspot.com/2009/09/kepala-lembu.html

  2. Penulis pro PAS pun sama juga dengan penceramah PAS - mukadimahnya dengan yang baik-baik. Akhirannya juga ditutup dengan ungkapan-ungkapan baik seperti untutan Islam. Tetapi di tengah-tengahnya penuh pembohongan, tohmahan dan fitnah yang bercanggah langsung dari ajaran Islam sebenar.

    Ekeng merasakan depa ni semacam juga penjual ubat "kuat" di kakilima jalan. Bermula dengan Bismillah... Itu saja yang betul, lepas tu yang lain semua kelentong semata-mata untuk melariskan ubat jualannya.

  3. rasa nye org pas ni bukan lah orang islam sebenar .agaknye mereka ni menyamar sebagai penganut ISLAM KUT...

Artikel Hot Minggu Ini

Followers

Anda Setuju Guan Eng Pembohong?

Join FB Pisau

www.pisau.net