PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan
KELANTAN
Y.A.B. Tuan Haji,
PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993
DI NEGERI KELANTAN
Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26)
Bertarikh 8 Jun 1994
Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.
1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kapada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu “tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum).” Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.
2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW. sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya dizaman itu.
3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.
4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:
(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran.
Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan. Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.
(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.
Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.
Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan ia adalah satu kezaliman yang dahsyat.
5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya .
6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.
7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.
DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 Julai 1994
Komen Pisau:
Jika inilah tuntutan PAS,ternyata mereka sudah lari dari Hudud asal dan ini hanyalah Hudud versi PAS dan bukan Hudud yang sebenar. Patutlah dengan mudahnya Nik Aziz dan Hj Hadi berkata Hudud menjadi persoalan kedua buat masa sekarang.Rupanya hudud versi PAS ternyata mempunyai kelemahan dan kezaliman yang ketara.
Jika mereka betul betul ikhlas,carilah jalan bagai mana mahu menegakkan hukum hudud yang adil dan saksama.bukan hanya menjalankan hukuman terpilih(untuk orang islam sahaja).
Tun Mahathir telah memperhalusi tuntutan PAS,dan jelas terpaksa menolak Hudud versi PAS kerana tuntuntan Hudud mereka tidak lengkap dan benar benar tidak memberi keadilan.
Jika hudud PAS tak boleh pakai,apa lagi yang mahu diperjuangkan oleh PAS? Dan kenapa mereka tidak meneruskan kajian agar hukum hudud yang lebih adil dan dapat diterima oleh kerajaan persekutuan.
Di mana keikhlasan PAS untuk memperjuangkan Hudud?
Wajarnya kita sebagai seorang Islam, wajib patuh pada segala arahan Allah. Sesungguhnya hukum hudud bukanlah untuk menyeksa atau menzalimi umat Islam, tetapi ia sebagai pengajaran. Sekiranya benar-benar fahami, pelaksanaan hukum hudud bukanlah satu-satunya cara untuk melaksanakan undang-undang Islam sebaliknya masih ada khazaf-undang2/hukuman yang digunapakai oleh pemerintah selain daripada hudud. Dan pelaksanaan hukum hudud bukanlah semudah ABC, berat syarat2 dan sekiranya tidak menepati syarat2 hukum hudud, laksanakan hukum khazaf. tak timbul isu mengatakan Malaysia belum bersedia untuk melaksanakan hukum hudud, kerana Islam itu sesuai pada setiap masa, zaman dan di mana-mana.
Kenyataan Saudara ANWAR IBRAHIM semasa ceramahnya di Kuala Terengganu
"Menurut IMAM SHAFIE perkara yang pertama yang perlu menjadi asas kepada membentuk hukum HUDUD adalah sesebuah negara itu perlu membangun dan sudah mencapai taraf maju."
Artikel Hot Minggu Ini
-
Abby Abadi sebelum ini dilaporkan naik diatas pentas PAS ,berkokok sakanlah para penyokong khawarij PAS. Kata mereka Abby dah jadi ustazah...
-
Pisau pernah dedahkan mengenai skandal khalifah kesayangan PAS yang mengentot gadis cina hingga mencetuskan pergaduhan si isterinya seorang...
-
Seorang siak di hentam hebat oleh khawarij PAS apabila menyentap baju kuning yang kotor ketika beribadat. Tindakan Siak ini pada pendapat P...
-
2 gadis bertumbuk berebut blogger Media Permatang Pauh atau nama manjanya MPP,sungguh sungguh bertumbuk sampai ada yang dipijak dan dipukul ...
-
Selepas Ustazah Aisyah disahkan sebagai ahli syurga PAS kini yang terbaru adalah Abby Abadi,beliau dikhabarkan akan mengikut jejak langkah U...
-
Sebentar tadi jam 3 petang Perkasa mengadakan demonstrasi bantahan dihadapan Maybank Komtar.Seramai 50 orang terdiri daripada ahli Perkasa,P...
-
Ambiga dan Anwar hari ini disahkan berdarah hidung akibat pihak peniaga melancarkan Bersih 4.0 dengan sasaran untuk menarik sejuta penyokong...
-
Irshad Manji masuk ke Malaysia adalah dijemput oleh golongan liberal pakatan,anda boleh lihat kenyataan beliau adalah cerminan pemikiran lib...
-
AIDCNews- 21/05/12 – Sebuah buku baru yang ditulis oleh Jonathan Smith bertajuk “The “I” Files”, yang membongkar cerita sebalik tabir Dat...
-
Sebelum ini Pisau malas untuk komen mengenai isu terbaru muzakarah diantara PAS dan Umno.Sejak dari awal lagi Pisau tidak pernah bersetuju U...



Sepatutnya sebab2 kenapa menolak hudud pas diberitahu umum supaya rakyat boleh menilai sendiri.sebab itu sekarang rakyat menuduh kerajaan yang bukan2 kerana mereka terlalu percaya pada pimpinan parti mereka.beribu tomahan telah dibuat oleh pembangkang.yang menjadi mangsa ialah rakyat juga.
Surat ini tidak lebih dari alasan dan jawapan politik untuk menolak hudud.
Secara mudahnya, kalau benar Hudud yang dibawa oleh Kerajaan Kelantan ini dikatakan versi PAS, tunjukkanlah bagaimana versi yang dikatakan yang sebenar? Sampai la ni tak dak.
Kalau Hudud di Kelantan dikatakan zalim dan tidak mengikut prinsip keadilan, bagaimana dengan undang2 sekarang yang menghukum pencuri setin susu untuk anak minum sehingga 7 tahun dan menghukum pencuri duit tabung haji puluhan juta hanya 10 tahun. Malah ada juga yang didapati bersalah rasuah berjuta-juta hanya didenda.
So jangan lah nak perbodohkan dengan isu keadilan dan kezaliman.
Berkenaan isu rogol, alasan cukup remeh. Kalau mengikut hudud, saksi yang adil tu boleh jadi DNA, boleh jadi CCTV dan apa2 yang relevan. Islam ini agama yang ikut zaman. Jangan perdungukan diri sendiri.
Ringkas nya..UMNO memang TOLAK ISLAM.
alhamdulillah akhirnya ada juga penjelasan dari pihak umno. nampaknya pas cari makan dengan isu ini berpuluh tahun tapi sebenarnya mereka sendiri tidak ikhlas.
laknatkan lah kepada mereka yang menyembunyikan kebenaran.
hj. siddik
SLM BRO..NO WONDER KARPAL LEBIH "ISLAM" DR PAK AJIS SENDIRI KEHKEHKEH
kontot,
kalau PAS ikhlas bagi lah hudud yang tak berat sebelah.beri lah yang adil.jangan pandai cakap tak reti buat
keris,
PAS la patut tunjuk hudud yang betul betul sama dan menurut al quran,bukan bagi hukuman terpilih pada orang tertentu
PAS memang tak ikhlas .terima kasih pisau kamu dah beri bukti PAS banyak berbohong.
keris .kamu memang jumud
xpkr pmtg pauh
hoi keris hang kata umno tolak islam? ayat paling bodoh aku tengok dari puak haram macam ko keris
PAS sesatkan orang melayu
macam ni rupenya perangai celaka puak pas
saudara keriskontot
setakat ni apa solution yang pas buat? apa usaha ke arah hudud kalau dah tau hudud pas ada kelemahan
hj hizbul tahrir
Sapa yang kaya buat draf hudud tu sampai dibayar beratus ribu. Ha ha semestinya si kroni, RM 270 000.
salam saudara seperjuangan
kenapa kita sempitkan otak.. eh akal.
jangan jumudkan pemikiran kerana aliran politik sempit.
walau kita tak dapat tarbiahkan orang orang pas dan pkr..
kita kena terus berusaha menyedarkan orang umno sendiri yg kebanyakan lupa diri (yg jadik pemimpin la)
mereka juga cuma nak dapat laba..
rakyat macam kita yang semakin tersepit..
bila keperluan mendesak.. kita jadi jahat, fikir negatif.. demi makan pakai anak bini kita mungkin terjerumus dgn kegiatan yg tak elok..
wahai pemimpin yg bijak pandai.. usahlah gadaikan maruah bangsa demi kepentingan diri.. hidup bukan lama pun..
fikirkan kami rakyat, kebajikan kami.. dapat gak pahala.
Nampaknya pengkomen2 di sini hanya dari spesis ikut-ikutan sahaja. Mereka bukan sahaja tak tahu apa itu hudud tapi tak tahu apapun soal keadilan.
Ada yang kata buatlah hudud yang tidak berat sebelah. Tuan, kita berhukum bukan atas penilaian mata kasar kita tapi kerana Allah. Kalau ikut pemikiran kepala otak anda, Allah pun awak boleh kata berat sebelah. Contohnya anda telah Islam selama 30 tahun, kemudian jiran bukan Islam anda baru masuk Islam pagi tadi dan tak sampai sejam meninggal. Insya Allah beliau akan terus ke syurga walaupun belum sempat solat satu rakaat pun. Sedangkan anda yang solat ntah berapa puluh ribu rakaat ni belum tentu masuk syurga..adakah adil kalau ikut perkiraan kepala otak anda?
Untuk encik Edan, memang PAS dah tunjukkan HUDUD tapi kamu kata itu bukan HUDUD Islam. Jadi sekarang beban atas kamu pulak tunjuk macamana HUDUD islam tersebut.
PAS tidak ikhlas? Jadi UMNO ikhlas? Dr Mahathir Ikhlas? Kenapa tak suruh anak bini selesai dulu bab aurat baru cakap soal ikhlas. Benda mudah macam tutup aurat pun tak mampu buat jangan tunjuk lagak Alim dalam bab HUDUD.
UMNO Tolak ISLAM adalah fakta. ISLAM mengharamkan Asobiyyah atau perkauman, UMNO pulak memperjuangkan Asobiyyah. Jadi bukankah itu fakta UMNO tolak ISLAM? ISLAM suruh tutup aurat, UMNO tak terima. ISLAM suruh melakukan keadilan, UMNO tahan orang tanpa bicara. ISLAM larang rampas hak orang, UMNO Rampas Royalti KELANTAN dan TERENGGANU. Cukuplah sedikit bukti UMNO tolak ISLAM. Kalau nak senaraikan letih pulak nak taip.
Tuan Haji Hizbul: HUDUD tidak pernah dilaksanakan, jadi macamana Tuan kata ada kelemahan. Belum laksana dah kata lemah. Ini sesuatu kenyataan yang tak akademik. Kalau PPSMI yang terbukti lemah itupun UMNO bermati-matian nak pertahankan. Itu pun melalui proses perlaksanaan dulu. Ini belum laksana dah kata lemah. Lemah tu cuma alasan yang diberikan oleh orang yang lemah.
PAS sesatkan orang Melayu? Sebenarnya statement ini adalah dari orang yang tidak sedar bahawa dia telah pun disesatkan UMNO. Siapa yang memakmurkan hiburan melampau di Malaysia ni? Dah tentu UMNO.Golongan manakah yang paling banyak hanyut dalam hiburan? Dah tentu Melayu. Jadi siapa sesatkan dan hanyutkan orang Melayu?...UMNO Anda sebenarnya sudah jauh disesatkan UMNO sehingga anda tidak sedar bahawa anda sudah SESAT.
Buat KerisKontot,
Sila lihat video dalam youtube ini:
http://www.youtube.com/watch?v=-tqXvbc_A90
Video tersebut adalah rakaman yang membuktikan Nizar menolak bahawa PAS mempunyai matlamat menubuhkan Negara Islam. Di dalam video itu, ketika Tajol Rosli menyuarakan bahawa PAS selama ini bermatlamat menubuhkan Negara Islam, dan dalam masa yang sama, DAP menolak penubuhan tersebut. Lalu Nizar mencelah, dan bertanya,.."dimanakah..dalam mana-mana transkrip PAS yang menyatakan bahawa PAS nak melaksanakan negara islam...saya mintak pandangan dan mintak jawapan...dimanakah dalam transkrip PAS dalam memorendum ke...dalam perlembagaan PAS sendiri ada menyatakan PAS nak melaksanakan negara Islam..."
Kalau dah tak dak cita-cita nak tubuhkan negara islam macam mana nak melaksanakan hukum Islam (hukum hudud). Selama ni PAS hanya menipu rakyat dengan agenda islam tetapi mereka sendiri pun menolak islam.
Alah...kalau dah namanya orang pembangkang..
lembu dia mati kena langgar lori pun dia salahkan kerajaan. kenapa kerajaan adakan lori kat malaysia.
lebih kurang macam tu la. pendek kata apa yang kerajaan buat semuanya salah. kalau apa yang dia buat semuanya betul. Orang kafir baca ayat tonggang terbalik boleh.
mencarut , memaki, memfitnah..boleh.
Pendek kata juga..apa yang dia buat semuanya betul.
Sedih melihat kita semua menyalahkan antara satu sama lain dalam ingin menegakkan hukum hudud,qisas dan takzir
tgok penkomen2 sperti hj siddik,hj hizbul..ni la golongan munafik,..komen je la,xyah bgthu ko ni haji..
ade ke dia p tnye ape pas bt dlm memnegakkan hudud,hudud pas la,ape la..asal xtnye umno?hudud umno mane?umno pun parti islam,yg pling berkuasa dimlaysia..pas tiada kuasa spenuhnye keatas petadbiran persekutuan..pas tidak ade kuasa mngubal undang2..
tidak ade seorang pun pemimpin dikhalangan umno berjanji hendak melaksankan hudud..
http://www.youtube.com/watch?v=g8_Jf2j6GB0
dr mashitah secare jelas menghina hukum hudud,..apekah hukum menghina hudud...hudud milik allah..
http://www.youtube.com/watch?v=-tqXvbc_A90
pale hotak ko bukti. xde pun dia ckap terang2 cm mashitah..
Hina hudud = Hina Allah
Allah yg mencipta hudud
Hina Allah = Murtad
xcaye, p search google..tnye ustaz
dil ka hududullah,..hudud itu milik allah
barang siapa yg ragu benda yg datang dri allah = ragu pada allah
Ragu pada allah = murtad..
xpecaye, tnye ustaz,..
tp klu korang sume xcaye pada ustaz..contoh ustaz pas lah,ustaz tipu..search google
tp jikalau korang xpcaye google,konon bleh edit ke..
kaji Al-quran
Jom kte perjuangkan hukum hudud
Assalamualaikum,
Kita janganlah menghukum manusia sampai begini rupa. Hanya Allah yang Maha Mengetahui siapa hamba-Nya. Bukan tugas kita untuk menghukum orang itu munafik atau tidak.
Wallahualam
keris kontot,
kalu pas nak wat hudud mana dia draf hukum hududnya??? yg aku peliknya tak pernah pun si pas ni buat demonstrasi nak perjuangkan hudud? ngape hang pa nak buat hudud nak kena mintak sembah dari tuan garu karpal sigh atau khalifah lim guang eng komunisi? nuu kat selangor, kedah,penang? ngapa tak tutup2 lagi kedai arak n judi, disko? dulu hang pa kata kat BN bila hang dah memerintah tak tutup2 gak? hang takut kat ustazah elizabeth wong bogelsi or ustazah teresa kok jgn bagi azan, or tuan guru angkat sendiri ronnie liu?
keris kontot,
kalu pas nak wat hudud mana dia draf hukum hududnya??? yg aku peliknya tak pernah pun si pas ni buat demonstrasi nak perjuangkan hudud? ngape hang pa nak buat hudud nak kena mintak sembah dari tuan garu karpal sigh atau khalifah lim guang eng komunisi? nuu kat selangor, kedah,penang? ngapa tak tutup2 lagi kedai arak n judi, disko? dulu hang pa kata kat BN bila hang dah memerintah tak tutup2 gak? hang takut kat ustazah elizabeth wong bogelsi or ustazah teresa kok jgn bagi azan, or tuan guru angkat sendiri ronnie liu?
Kenapa ustaz2 besar PAS,selalu menyebut,perlunya di tegakkan hukum hudud,tetapi,sekarang ni,pentadbiran PAS berkata sebalik nya? Saya amat sedih tentang perkara ini,kerana harapan sya,hanya PAS lah yg mampu merialisasikan hukum hudud. nak harapkan Umno,memang susah la..skang ni,PAS pula..saya harap,jika ade sesiapa yg mempunyai sumber2 pendapat dari ust Haron Din,atau Ismail Kamus mengenai perkara ini,dapatlah di panjang2 kn di blog ini..
1. Persoalan Niat
------------------
Dari Umar bin Khathab Ra. berkata : "Aku telah mendengar rasulullah saw.bersabda : Sesunggunya segala amalan itu tergantung pada niatnya. dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang ia niatkan. Maka barang siapa yang hijrahnya karena Allah dan rasulNya, ia akan sampai pada Allah dan RasulNya.dan barang siapa hijrahnya menuju dunia yang akan di perolehnya atau menuju wanita yang akan dinikahinya, ia akan mendapatkan apa yang dituju. (HR : Bukhari & Muslim)
Hudud Dalam AlQuran
-------------------
Kewajipan :
al-Maidah:49
al-An'am:57
Amaran Allah Keengganan Pelaksanaan Hudud :
al-Ahzab:36
Xkrelah siapa, berguru jika xmemahami berkenaan agama ... Ssghnya gerakan "secret Society" sllu mcari kelemahan Islam ... Berbicaralah secara ilmiah dan hikmah (data and fact) bkn bdsrkan hawa nafsu ... smga kta boleh rahmat ...
Sisipan :
[1]http://www.anwaribrahimclub.com/forum/index.php?topic=530.0;wap2
[2]http://www.youtube.com/watch?v=diwYMmCcrX8&p=6AF2800267FB57CB&playnext=1&index=75
[3]http://www.youtube.com/watch?v=i00FZzmBV60&p=6AF2800267FB57CB&playnext=1&index=76
mananyaaaa sikeris kontot tuh??dah masuk DAP kut!!!huhuhuhu...
ULAMAK PUKIMAK PAS CKP...HUDUD BUKAN KEUTAMAAN!!pulakkkkkkk...
xkesah diorg ikhlas dan prioriti
ni mslh kita yg bnama ISLAM ...
slagi ad puak/jemaah yg nk praktik ISLAM 100% ikut khendak al-quran dan hadis, kta WAJIB sokong ...
Mentara hidup ni la kta nk tgk ISLAM bangkit dr dtindas scra fizikal dan mental ....
Papepon tahniah kpd Kerajaan Malaysia yg nk mperbanyakkan konsert dan kelab2 hiburan ... NI kot mereka korang kta pejuang MELAYU DAN ISLAM SEJATI
Kalau setakat perjuang hudud niat nak undi dan kuasa lebih baik x payah. Negara Pakistan yang 99.9% rakyat beragama Islam masih kucar kacir dan ramai penipu di sana. Wahai ostat PAS pergilah jenguk negara lain. Ini baru disergah oleh Kit Siang, Kapal Pusing dan Azmin dah ubah kenyataan. Bagi pengomen yang nampak macam berkecuali kat atas tu, rupa2nya kamu juga peminat totok PAS. Tafsiran Al-Quran pun boleh berubah mengikut selera dan musim. LePAS tu kata pulak dalam Al-Quran tak ada negara Islam. Kita orang Islam memang bersaudara tapi mengapa harus kafirkan saudara kamu dan pada masa yang sama berpelukan dengan kafir harbi yang terang2 akan menjahanamkan Islam. Boleh saudara keris bontot beritahu semenjak dilahirkan pernahkah parti cap roket ni perjuangkan Islam? 13 Mei 1969, apabila menang banyak kerusi, halau orang melayu balik kampung tanam jagung. Konon2 puak2 saudara kata perintah dahulu baru laksana. Betul ke? Baru nak rampas arak kat Selangor, DAP dah menjerit dan ostat2 PAS pun menikus. Kita bukan nak berbalah tak tentu pasal tapi sikap puak anda yang sering menegakkan benang basah itu yang amat dikesali. Suka menyalahkan pemimpin. Anda tidak memimpin tetapi anda pengkritik hentam kromo. Ada pemimpin yang ikhlas dan serah jiwa raga demi negara dan rakyat pun anda hentam. Kalau puak pakatan haram anda buat maksiat, rasuah, salah guna kuasa tak kira Islam ke kafir harbi ke anda bela!Lepas tu cakap apalah melayu sesama melayu suka berbalah, sesama Islam pun nak berbalah. Tapi kami terpaksa mempertahankan diri dan Islam itu sendiri dari dicemari dan dimusnahkan oleh musuh dalam selimut yang konon amat Islam dari orang lain.Kami hulur tangan kepada kamu untuk berdamai dan bersilaturrahim tapi apa tindakan kamu, lebih rela membela kafir harbi demi kelangsungan politik kamu. Buruk-burukkan kerajaan adalah kerja kamu. Orang putih cakap, kalau tak boleh lawan dia kita join dia. Marilah kita umat Islam bersatu demi Islam sebenar dan bukan untuk kuasa. Pemimpin datang dan pergi, jasa yang baik tetap dikenang. Agenda musuh2 Islam lebih hebat. Awaslah, jangan kita menyesal hingga ke anak cucu. Jangan sampai arwah Mat Kilau,Dato'Bahaman, Tok Janggut dan lain2 pahlawan melayu Islam mengutuk kita dunia akhirat. Apabila azan tidak boleh dilaungkan, masjid jadi gajah putih, arak berleluasa diminum oleh kapir laknat ditempat terbuka. Orang Islam tidak ada suara dan kuasa. Pemimpin Islam hanya boneka kapir.Janganlah disesali apabila anak cucu mengutuk apa yang kita dah buat.BERBEZA PENDAPAT BUKAN BERMAKNA BERBEZA AGAMA!
mrV, jangan lupa thaniah kat kerajaan PAS yg masih mengizinkan lesen arak.
Jangan jadi munafik laaa !
Mana pergi perjuangan negara islam PAS tu ? Takut Karpal sekeh kepala ker ?
Tengok, saudara menyalahkan pihak lain lagi. Kata dulang paku serpih. Sedangkan pihak anda di negeri pemerintahan pakatan anda pun ada maksiat dan rasuah serta ada konsert, pemimpin anda terlibat maksiat, parti anda bela peliwat dan penzina sebab nak kuasa. Kalau dah dapat kuasa besok, Islam tah kemana? Asyik penuhkan tombolok sendiri. Itulah saudara ni riak sangat, rasa diri lebih Islam dari orang lain. Ada parti asyik salahkan orang, salah sendiri tak nampak. Kafirkan orang sesedap rasa.Tak pernah akui kesilapan dan tak pernah dengar minta maaf. Selagi orang yang anda tuduh tak maafkan adakah senang roh anda nanti di alam barzakh. Kalau kena puak kerajaan kata ye,ye,ye.....betul walau sekadar dengar cakap tanpa 4 saksi yang baik. Kalau kena puak saudara hampeh pun boleh jadi permata dan anda pertahankan habis-habisan walau bukti dan sumpah dah nyata. Ini ke parti 100% Islam atau setakat Islam kapal selam. Sekejap timbul dan sekejap tenggelam.Dulu cakap lain, sekarang lain. Nak berdebat pun tak guna selagi anda rasa diri anda sentiasa betul dan lebih Islam.Baik masing2 bermuhasabah diri agar diri dan agama tak rugi dek ketaksuban diri sendiri.Dulu aku sokong PAS kerana nampak ISLAM tetapi semenjak dah bersekongkol dengan Kafir DAP, mereka dah nampak KUASA dan Lebih DAP dari DAP. Tiada lagi negara ISLAM tiada lagi HUDUD(cuma 0.0001% kata lebai kamu). Lebih baik...ANGKAT KAKI!
HjHadi, berjangi jika pas menang diterangganu sebelum ayam berkokok hukum hudud akan dilaksana, dgn kuasa allah Pas menang dan memerintah Terangganu, lepas tu apa jadi? Sekarang Negara Islam pula tiada dalam Al Quaraan ?
Pada 1/9/09 11:26 AM KerisKontot menulis :
Berkenaan isu rogol, alasan cukup remeh. Kalau mengikut hudud, saksi yang adil tu boleh jadi DNA, boleh jadi CCTV dan apa2 yang relevan.
************
Allah teklah menunjukkan kejadian ini pada 2011. kenapa pas tak mahu siasat?
Jika benarlah pemimpin pas jujur dalam perjuangannya untuk menegakkan hukum hudud sejak dari awal perjuangannya buktikanlah dengan kesungguhan untuk melaksanakannya bukannya hanya asyik dok cakap saje.
Dulu kata Umno jadi penghalang kini parti pas dah cukup kuat sejak pru12 dan ditambah dengan sokongan yang padu oleh sekutu pas iatu dap dan pkr bentangkanlah di parlimen supaya masyarakat boleh menilainya.
Tapi sayangnya belum dibentangkan lagi diparlimen dah digugurkan nak laksanakan hukum hudud.....jadi kini siapa pula yang menjadi penghalangnya.
dulu tak ramai yang arif bab tafsir Al-Qurandan hadis, main ikut apa tok guru kata, sekarang dah ramai yang kaji secara meluas. jadi bila baca surah Ayahnda TDM ni memang tepat apa yang Ayahnda TDM tulis tu, hudud bukan boleh main tibai ikut sedap. nak laksana banyak syarat yang perlu dipatuhi, antaranya tidak ada rakyat yang miskin dan tak cukup makan, hukuman mesti meliputi orang kafir juga. TGNA buat orang makin benci kat Islam. Paling penting kena pastikan semua orang Islam boleh berjaya dan berdiri diatas kakai sendiri tanpa perlu kepada ehsan subsidi.
MORAL: PAS parti MUNAFIQ, KHAWARIJ, SYIAH, PEMFITNAH, PENGHASUT, KAKI AUTA, PUTAR ALAM, BERSEKONGKOL DGN PENZINA, DGN KAFIR HARBI SERTA TAMAK. PERJUANGAN MEREKA PASTINYA DILAKNATI OLEH ALLAH SWT.
YA ALLAH, JAUHIKANLAH KAMI BALA AKIBAT DARI KEBODOHAN SI DURJANA2 PAS INI SERTA HAPUSKANLAH PENGARUH MEREKA DARI BUMI MALAYSIA TERCINTA INI. AMIN!
Keris kontot, jangan cakap pasal cctv. Itu hanya besi tak da mata dan telinga, mana boleh dijadikan bahan bukti. Kan begitu tuan guru Haji Hadi.
mana keriskontot ni.... tak jawab-jawab pun... Apa yang penting sekarang adalah kesatuan umat islam di negara ini. Kita harus bersatu dalam isu berkaitan islam. Jangan terlalu agungkan pemimpin hingga kita lupa untuk menegur mereka. Pemimpin datang dari kita, jadi kitalah kena memantau mereka. Mereka juga ada kelemahan/ kesilapan. Kita saling lengkap melengkapi. Bersatulah.. itulah kunci kekuatan umat islam... Jika tidak kta akan jadi ibarat buih dilautan.. kta perlu sedarkan lebih ramai lagi rakyat malaysia.... teruskan perjuangan dengan berhikmah dan akhlak mulia seperti mana rasullah. Insya Allah, Islam akan subur semula...
MasyaAllah...letaklah diri kalian dalam situasi mencari jawapan siapa benar/salah bukannya mempertahankan pihak yng anda sokong...sesungguhnya ISLAM itu adalah benar...carilah BUKTI yng benar2 boleh DIJADIKAN BUKTI sebelum menyuarakan pendapat kalian...manusia sememangnya bnyak melakukan kesilapan dan janganlah kalian menjadikan kata2 manusia lain sebagai bukti untuk pendapat anda...teliti dan fahamilah..