
PAS mengumumkan calon bagi Pilihanraya Kecil N11 Permatang Pasir merupakan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mohd. Salleh Man. Tidak banyak maklumat yang boleh dibincang mengenai calon ini.
Namun begitu, ujud beberapa isu yang menjadi begitu kontroversi bagi calon dan ketua PAS Pulau Pinang ini. Semasa Pilihanraya Kecil Permatang Pauh setahun lepas, pemimpin PAS Pulau Pinang sendiri membangkitkan bahawa peruntukan untuk jentera pilihanraya PAS sebanyak RM 60,000.00 digelapkan calon ini. Dakwaan serious ini dibuat sendiri oleh Naib Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mujahid Yusof Rawa dan Mantan Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang Zulkifli Lazim.
Selain pada itu, Salleh juga merupakan mudhir kepada Sekolah Agama Pintar tajaan PAS. Beliau juga dituduh mengunakan sebahagian dari peruntukan bagi menguruskan sekolah tersebut bagi mengukuhkan kewangan syarikat persendirian beliau, kemungkinan bagi tujuan perniagaan.
Nampaknya, masalah salahguna kuasa dan amalan korupsi kini makin menular dalam pemimpin Pakatan Rakyat selepas terbongkar isu yang sama berlaku di Selangor. DAP sebagai rakan kongsi kanan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dan kini menjadi tunggak pemerintahan negeri pulau mutiara itu kini dibelenggu dakwaan mengenai perhubungan rapat dengan kongsi gelap dan pejenenyah maksiat.
Ini merupakan peluang baik bagi rakyat untuk membuka mata dan membuat pilihan mengenai kedudukan mereka memberikan sokongan kepada golongan yang hanya berminat untuk mendapatkan kuasa bagi kepentingan peribadi dan agenda tersendiri.
Banyak jugak penyamun berkopiah ini kebas duit, apa apa pun cepat cepat buat repot kepada pihak yang berkuasa,penyamun alim alim kucing bukan boleh dibiar,dalam diam dia suka ngap jugak
Jentera PAS bukan mau duit sangat,diaorang cuma mahu "pahala" pasal tu la calon kebas duit jentera dah orang lain tak mau
Pisau kata "Bang Saleh lepas ni boleh makan kuah la"
Related Posts : PAS,
pilihanraya
Fitnah tuduh Salleh: Mujahid cabar blogger jadi anak jantan
Wartawan Harakahdaily
Thu | Aug 20, 09 | 12:58:55 pm MYT
BUKIT MERTAJAM, 20 Ogos: Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mujahid Yusof hari ini menafikan sekeras-kerasnya beliau pernah mendakwa calon PAS Permatang Pasir, Ustaz Salleh Man menggelapkan wang tabung pilihan raya PAS negeri.
Iklan
"Saya cabar pihak-pihak yang mendakwa saya ini supaya memberikan bukti terhadap dakwaan ini dan jadilah anak jantan jangan pakai baling batu sembunyi tangan sahaja," kata Mujahid kepada Harakahdaily.
Mujahid menjawab laporan yang mendakwa beliau dan Zulkifli Mat Lazim, bekas Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang mendakwa Salleh menggelapkan wang parti.
Dakwaan itu dibuat dalam dua laman web iaitu yang pro Umno dan laman web milik editor sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris. Kebiasaannya, selepas keluar dalam blognya, ia akan keluar dalam akhbar harian itu pula.
Menurut Mujahid, pribadi Ustaz Salleh adalah terpuji dan tidak akan membuat kerja-kerja sedemikian.
"Kalau mahu membuat dakwaan pun biarlah beradab dan penuh akhlak. Biarlah ada hujjah bukan pakai hentam sahaja," katanya.
ImageEditor berkenaan menulis, ketika isu calon BN yang digantung oleh Majlis Peguam sukar untuk mati, kini timbul pula cerita tentang calon PAS menggelapkan wang RM600,000.
Ia dilaporkan oleh satu blog yang dimiliki oleh penyokong Umno, Zakhir Mohamad, tulisnya.
Di blog Zakhir pula, laporan mengenainya dibuat. Zakhir menulis tentang kehilangan wang RM600,000 itu dan dakwaan ini, tulisnya, dibuat oleh Mujahid dan Zulkifli Mat Lazim._