N11 Permatang Pasir: Tuduhan Liar Dan Fitnah Kepada Rohaizad
Filed Under ( BN, pilihanraya ) by pisau on 19.8.09
Sejak dari mula,selepas penamaan calon,PAS telah menyerang peribadi calon BN Rohaizad b Osman. Dakwaan dia telah dihadapkan ke makhamah tinggi adalah jelas tidak benar sama sekali.
Untuk makluman pihak PAS menyebarkan fitnah mengatakan calon BN dihadapkan ke makhamah tinggi dan di dapati bersalah.
Pisau cabar penfitnah celaka PAS sila beri bukti jangan hanya beretorik dan menuduh membuta tuli merosakkan kredibiliti calon BN.Buat penyokong tegar PAS nasihat Pisau anda harus berlaku adil terhadap diri anda, jangan memperbodohkan diri sendiri percaya bulat bulat dengan memakan najis najis fitnah dari pemimpin anda yang langsung tak boleh di percayai.
Itulah PAS parti yang kononnya Islam "Tulen" fitnah adalah makanan harian dan halwa hati mereka.Tuduhan & dakwaan oleh pihak Bar Council juga berniat jahat,malah mereka juga seperti yang kita tahu amat berat sebelah kita boleh gelarkan Bar Council seperti Makhamah Makkal Sakhti,umum harus tahu siapakah dibelakang Bar Council ini,mereka yang memperjuangkan IFC dan sangat anti kepada Islam.Melainkan Islam yang ada di Malaysia ini mengikut acuan mereka.
Pisau kata " apa kata kita cerita pula perihal dengan Saleh Man"
Artikel Hot Minggu Ini
-
Abby Abadi sebelum ini dilaporkan naik diatas pentas PAS ,berkokok sakanlah para penyokong khawarij PAS. Kata mereka Abby dah jadi ustazah...
-
Pisau pernah dedahkan mengenai skandal khalifah kesayangan PAS yang mengentot gadis cina hingga mencetuskan pergaduhan si isterinya seorang...
-
Seorang siak di hentam hebat oleh khawarij PAS apabila menyentap baju kuning yang kotor ketika beribadat. Tindakan Siak ini pada pendapat P...
-
2 gadis bertumbuk berebut blogger Media Permatang Pauh atau nama manjanya MPP,sungguh sungguh bertumbuk sampai ada yang dipijak dan dipukul ...
-
Selepas Ustazah Aisyah disahkan sebagai ahli syurga PAS kini yang terbaru adalah Abby Abadi,beliau dikhabarkan akan mengikut jejak langkah U...
-
Sebentar tadi jam 3 petang Perkasa mengadakan demonstrasi bantahan dihadapan Maybank Komtar.Seramai 50 orang terdiri daripada ahli Perkasa,P...
-
Ambiga dan Anwar hari ini disahkan berdarah hidung akibat pihak peniaga melancarkan Bersih 4.0 dengan sasaran untuk menarik sejuta penyokong...
-
Irshad Manji masuk ke Malaysia adalah dijemput oleh golongan liberal pakatan,anda boleh lihat kenyataan beliau adalah cerminan pemikiran lib...
-
AIDCNews- 21/05/12 – Sebuah buku baru yang ditulis oleh Jonathan Smith bertajuk “The “I” Files”, yang membongkar cerita sebalik tabir Dat...
-
Sebelum ini Pisau malas untuk komen mengenai isu terbaru muzakarah diantara PAS dan Umno.Sejak dari awal lagi Pisau tidak pernah bersetuju U...



pisau net,
UMNO tak ada calon ke sampai peguam haprak/pecah amanah /makan duit orang
dibenarkan bertanding lu mesti mau ingat permatang pasir kubu pakatan rakyat aura anwar ibrahim kuat tau yang UMNO binggung ni kenapa serupa le macam kes H1N1 tak tahu nak selesaikan asyik bagi maklumat yang dah mati dan terkena H1N1 je tiap2 FIKIRLE LANGKAH2 DRASTIK macam TUN MAHATHIR kata masalah H1N1 ni serius jangan sampai dah beribu yang mati baru nak bertindak?
salam
mushyidul pas melarang serangan peribadi tetapi yang bantai teruk peribadi calon UMNO
dimanakah letakkannya kepercayaan kita kepada mereka ini
salam
parang tumpul
kepada pisau ,net
mana aku punya komen dekat tulisan kamu tadi, aku tulis dalam bahasa melayu semua orang faham boleh baca kenapa kamu takut nak siarkan komen yang boleh membina pemikiran golongan muda lihat pada hasil penulisan itu bukan jadi pencacai yang tulisan kamu
berjela2 tapi tak ikhlas
selamat beramal
err bro,
rase nyer bukan pas yg wat fitnah.Majlis peguam kot..diorg yg ckp camtuh.tengok press statement ni
Merujuk kepada pertanyaan-pertanyaan dari pihak media, kami ingin menjelaskan status Rohaizat Othman sebagai peguambela dan peguamcara.
Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara menyingkir Rohaizat Othman dari Senarai Peguambela dan Peguamcara pada 7 March 2008 selepas beliau didapati bersalah kerana penyelewengan.
Keputusan Lembaga Disiplin dibuat selepas penyiasatan terhadap aduan yang dibuat terhadap Rohaizat Othman oleh seorang pembeli. Menurut aduan tersebut, Rohaizat Othman telah gagal memulangkan hampir RM 161,000.00 kepada pengadu selepas urusan jual beli dibatalkan.
Rohaizat Othman merayu terhadap keputusan Lembaga Disiplin ke mahkamah Tinggi, dan rayuan tersebut ditolak pada 12 Ogos 2009. Oleh itu, beliau secara undang-undang, tidak layak untuk mengamalkan undang-undang sebagai peguambela dan peguamcara.
Keputusan Lembaga Disiplin terhadap Rohaizat Othman adalah secara peribadi, dan Lembaga Disiplin tidak akan menghukum seseorang peguam itu atas kesalahan rakan kongsinya.
George Varughese
Secretary
Malaysian Bar
------------
Sape tipu ni bro.Bro kne demo sikit majlis peguam nih
Itulah PAS lidah bercabang jari berkait... Org PAS hatta Nik Aziz tak boleh dipercayai kata-katanya....
eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan
Bekas rakan kongsi Rohaizat dakwa Umno berbohong
Hazayani Zakaria
Thu | Aug 20, 09 | 11:49:31 am MYT
BUKIT MERTAJAM, 20 Ogos: Bekas rakan kongsi Rohaizat Ibrahim, calon BN Permatang Pasir, Yusri Ishak hari ini mempertahankan dirinya dan mendakwa tuduhan terhadap beliau oleh Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan adalah bohong.
Iklan
Yusri yang mengadakan sidang media khasnya di Yayasan Aman hari ini berkata, dia tidak ada kaitan dengan kes pecah amanah itu sebagaimana yang didakwa Ahmad Maslan.
"Itu kenyataan bohong," kata Yusri. Sehubungan itu, beliau akan membuat laporan polis segera selepas berbincang dengan peguamnya.
Yusri keluar mempertahankan diri selepas Ahmad Maslan dan beberapa pemimpin Umno lagi dalam kenyataan mereka berkata, calon BN itu adalah mangsa salah laku rakan kongsinya.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata Rohaizat tidak terlibat dalam sebarang transaksi jual beli tanah yang diuruskan oleh rakan kongsinya bagi pihak Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang Berhad.
Ahmad mendakwa, Rohaizat menjadi mangsa keadaan setelah rakan kongsi beliau meninggalkan firma berkenaan di mana beliau terpaksa memikul tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan rakannya itu.
Beliau seterusnya mendakwa, sebagai menunaikan tanggungjawab syarikatnya, Rohaizat telah membayar balik wang koperasi tersebut.
ImageMenurutnya, sikap bertanggungjawab Rohaizat (gambar) itu menunjukkan beliau seorang pemimpin yang berkualiti dan tidak melarikan diri seperti rakannya itu dan boleh dianggap sebagai "wira".
Menurut Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan (gambar), ekoran keputusan Majlis Peguam memecatnya, Rohaizat telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi terhadap keputusan memecatnya itu.
Namun mahkamah telah mengekalkan keputusan Majlis Peguam itu.
Hari ini, rakan kongsi yang dimaksudkan itu keluar dalam sidang media dan menolak segala dakwan Maslan dan lain-lain pemimpin Umno itu.
"Saya memohon kepada PAS dan PKR agar memberikan pentas mereka kepada saya untuk mempertahankan diri," kata Yusri dalam sidang media hari ini.
CERITA YUSRI
Menurut Yusri, isu bermula apabila pada tahun 2002, Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang Berhad telah memohon pinjaman RM320,000 dari Jabatan Pembangunan Koperasi untuk tujuan pembelian sekeping tanah bagi mengembangkan perniagaan mereka.
Koperasi kemudian meluluskan pinjaman itu dan memasukkan wang RM320,000 itu dalam akaun klien di pejabat guaman mereka, Saif Ariff and Rohaizat.
Image"Saya yang menyiapkan draf perjanjian ini," kata Yusri(gambar bawah).
Namun koperasi mulanya hanya mengambil RM100,000 untuk tujuan perniagaan selebihnya dikekalkan dalam akaun itu kerana masalah traNsaksi dengan penjual tanah.
Seorang pelanggan kenalan Rohaizat kemudiannya meminta Rohaizat membantunya membiayai satu pembelian tanah bernilai RM130,000.
Rohaizat bersetuju dan memberikan pinjaman RM100,000 dengan menggunakan wang koperasi itu dengan syarat ia dibayar balik segera. Namun, kawannya gagal membayar balik wang itu.
Rohaizat bertindak mengambilalih tanah itu dan cuba dijual dengan cara dibuat pecahan lot. Namun, ia gagal dijual sepenuhnya.
Oleh kerana kegagalan mereka menjual semua tanah lot itu, menyebabkan firma mereka gagal membayar balik wang koperasi itu.
Sebahagian wang itu juga digunakan Rohaizat untuk membantu rakannya yang juga pemaju perumahan dan juga ahli politik dari Perak.
Wang itu juga digunakan untuk mengembangkan firma guaman mereka apabila sebuah pejabat dibuka di Ipoh.
Yusri bertanggungjawab menguruskan cawangan firma di Ipoh, sementara Rohaizat menumpu sepenuhnya di firma Butterworth.
Ekoran itu, Yusri tidak lagi memantau akaun-akaun klien di cawangan Butterworth sehinggalah dia meinggalkan firma pada November 2003.