Berita Hot Terkini

N11 Permatang Pasir: Yusri rasa bersalah dan 'akui" diguna PR burukkan Rohaizat

Filed Under ( , , ) by pisau on 23.8.09

Sunday, August 23, 2009


Yusri Isahak, rakankongsi kepada calun Barisan Nasional di Permatang Pasir, Rohaizat Osman dalam firma Saif Ariff dan Rohaizat telah datang dari Pulau Pinang untuk memberi sidang akhbar di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur pada pukul 5 petang tadi.

Dalam kenyataan beliau, Yusri menyatakan penyesalan ke atas pelbagai tomahan telah dilontarkan yang menyimpang dari tujuan asal kenyataan akhbar dibuat.

Beliau meluahkan rasa sedih diatas serangan-serangan peribadi yang dilakukan terhadap Rohaizat. Disamping itu, beliau turut meluahkan penyesalan telah dibabitkan sama di dalam usaha memburukkan Rohaizat.

Baru Ogos 20hb hari Khamis lepas, beliau telah bercakap di atas pentas PKR kononnya membersihkan diri dari dikambinghitamkan berhubung dengan pembabitan bekas firma guamnya dengan Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang.

Sidang akhbar hari ini agak anih dan pelik kerana Yusri seolah-olah menyesal menjadi sebab rakannya diburuk-burukkan. Beliau menyatakan pihak pembangkang bersalah melakukan serangan peribadi tetapi tidak menyatakan kesalahan pihak pembangkang.

Setelah disoal bertubi-tubi, terungkai beliau adalah peguam yang menguruskan segala urusan perundangan Koperasi. Mereka boleh dianggap sebagai klien peribadinya.

Buat kenyataan kerana marah?

Kenyataan ini agak pelik dan anih kerana Yusri seolah-olah mahu melakarkan dirinya sebagai seorang yang naif akan akibat dari membuat sidang akhbar di pejabat parti pembangkang.

Apabila ditanya kenapa beliau perlu membuat sidang akhbar di pejabat PKR, beliau berkata kerana beliau tidak ada platform. Hairannya hari ini beliau boleh dengan sendiri mengadakan sidang akhbar di sebuah hotel jauh dari Pulau Pinang dan di Kuala Lumpur.

Yusri menegaskan Rohaizat telah menyelesaikan masaalah dengan Koperasi dan pihak Koperasi telah menarikbalik tuntutan mereka. Perkara ini sepatutnya langsung tidak jadi isu. Apa yang terjadi sepatutnya, kata Yusri tidak jadi hukuman tetapi satu tauladan.

Beliau juga mengakui bahawa beliau telah tampil ke hadapan sebelum ini kerana marah dan kecewa.

Semasa difitnah oleh pembangkang pada hari pertama penamaan calun, Rohaizat telah menjelaskan beliau adalah mangsa keadaan dan akaun ini adalah akaun rakankongsi. Rakankongsi telah meninggalkannya dan membiarkan beliau menyelesaikan sendiri.

Mengaku Koperasi pelanggannya

Apabila diminta untuk mengesahkan beliau adalah peguam yang menandatangani perjanjian jual beli sebagai saksi, beliau memperakui. Beliau juga mengakui bahawa beliau peguam yang menguruskan hal ehwal undang-undang Koperasi. (Sila lihat perjanjian di bawah.)


Bila ditanya adakah Koperasi tersebut 'fail' beliau, Yusri cuba menafikan dengan menyatakan Koperasi adalah akaun firma.

Apabila dikatakan amalan firma-firma guaman adalah membagi-bagi fail antara peguam dan hanya beliau sahaja yang tahu dan berurusan dengan Koperasi, beliau tidak memberi jawapan yang jelas. Penafian beliau tidak cukup untuk menafikan kenyataan bahawa Koperasi adalah 'fail' dan akaun beliau.

Baru menyesal kawan diburukkan?

Yusri menyatakan beliau tidak ditawarkan ganjaran untuk tampil memberi kenyataan. Beliau memohon kesemua pihak bermuhasabah dan hentikan sengketa.

Rayuan dan penyesalan Yusri agak lambat kerana beliau telah memberi peluru dan digunakan oleh pihak PAS untuk mengadakan kempen peribadi terhadap Rohaizat. Kempen peribadi telah mencapai tahap membabitkan perkahwinan Rohaizat.

Agak lambat bagi Yusri untuk baru mengatakan Rohaizat seorang kawan, mengenali hati budinya dan anak jati Permatang Pasir yang boleh membawa perubahan yang baik kepada masyarakat setempat.

Nama Rohaizat telah diburuk-burukkan di dalam pilihanraya Permatang Pasir. Isu-isu telah lari dan kedua-dua belah pihak telah berbalas serangan peribadi dan melampau calun.

Adakah Yusri bertanggungjawab terhadap pembocoran perkara ini kepada pihak lain? Nampak sangat Majlis Peguam bersekongkol dengan Peguam Pro-Pakatan membantu menjadi perkara ini satu isu kempen.

Adakah Yusri ikhlas dengan penyesalan dan mata hampir mahu melinangkan air? Yusri masih seolah-olah masih mahu memutarbelit untuk tidak mengaku tanggungjawab dan kesalahan dirinya sendiri?

Mustahil Yusri tidak faham perkara peribadi dan tidak benar pun sanggup digunakan pembangkang untuk menjatuhkan lawan.


sumber:A wall


Pisau sudah mendapat berita ini sejak dari petang tadi dan menunggu kepastian dari pengakuan Ikhlas rakan kongsi calon BN Rohaizad.


Setelah meneliti pengakuan beliau, Pisau langsung tidak terkejut apabila perkara ini juga berlaku terhadap Iman Porigi yang membuat pengkuan sekali lagi selepas PK Permatang pauh.

Pihak PR memang cukup suka membuat onar dan menekan agar saksi mengaku hal hal yang tidak benar,mereka dengan sedaya upaya cuba merosakkan kredibiliti calon seperti Pilihanraya kecil sebelum ini.namun akhir nya terbukti segala yang didedahkan adalah tidak benar,dan saksi di tekan.


Buat PAS fitnah anda bakal memakan diri sendiri, moga Allah tunjukkan kebenaran PAS sudah tersasar jauh dari landasan yang sebenar


Anda dapat perhatikan gambar di atas Yusri di temuramah Malaysiakini, sehingga sekarang posting ini di buat ,berita ini tidak disiarkan. ternyata Malaysiakini hanya menyiarkan berita yang mempunyai nilai kepada Pakatan Haram

Dan sudah pasti Yusri bakal di tuduh beliau di bayar untuk menukar pengakuan, Yusri pula bakal di serang oleh PAS,kita tunggu dan lihat kenyataan demi kenyataan oleh puak haprak PAS selepas ini.

Pisau kata " PAS dah buat silap besar menyerang peribadi calon,bakal meruntuhkan masjid"

Comments:

8 Responses to “N11 Permatang Pasir: Yusri rasa bersalah dan 'akui" diguna PR burukkan Rohaizat”

  1. salam

    terima kasih atas info di atas...

    semoga perkara sebenarnya akan diketahui oleh semua pihak dan yang membuat tiduhan dan fitnah akan dimakan fitnah mereka sendiri...

    yang menyedihkan ialah kini kempen pas sudah masuk tahap merobohkan perkahwinan seorang muslim...

    adakah itu yang disuruh oleh Allah???

    semoga Allah memperlihatkan kemungkaran pihak pas ini

    salam

  2. yang berlaku dan yang telah terjadi adalah didalam pengetahuan mereka sesama rakan dan jugak tuhan ....

    pihak PAS serta PKR dan juga DAP tidak patut menangguk diair yang keruh..... tambahan dengan membuat kucar kacir semasa hari penamaan calun dan sehingga hari ini masih mencuba sedaya upaya memerah akal agar dapat mengeruhkan suasana supaya BN, Polis dan juga SPR di lihat buruk oleh mata masyarakat.

    itu sahajalah kelebihan pihak pembangkang..... kepada kawan saya CHAT yang bawa lori perang PAS tu bawaklah beristighfar ........

  3. PAS ni mmg tak serik2 bermain dgn fitnah.

  4. Setuju teman denganPisau.net
    Calon bermasalah UMNO di Permatang Pasir banyak menimbulkan masalah...perbelanjaan pilihanraya terpaksa ditambah untuk membeli sokongan...UMNO Ngok.

  5. jerat yang dipasang pas dan mahfuz dan makan tuan. padan muka dia

  6. Salam,

    Di atas sokongan Yusri, Sekurang-kurang masyarakat Permatang Pasir tahu muslihat PAS untuk memutuskan hubungan silaturrahim antara Yusri dan Rohaizat....

  7. PR KANTOI!! TERSALAH TAKTIK!! KITA TGK SAPA YG KENA!!!

    Cara mereka masuk syurga sama la seperti anugerah bintang yang di perkenankan oleh Nik Aziz dalam mempersembahkan bintang kebesaran negeri Kelantan. Kalau beliau merasakan, Lim Kit Siang boleh masuk syurga, beliau akan cipta satu fatwa yang membolehkan mereka ini masuk syurga, Sesiapa yang berimamkan Anwar Ibrahim dalam solat mereka juga antara mereka yang akan menjadi penghuni syurga. Syurga sudah menjadi seperti satu permainan dan barangan anugerah, Nik Aziz boleh tentukan siapa yang masuk dan siapa yang tidak layak masuk syurga

  8. APE KES NIE....
    BALIK2 ROHAIZAT KENA...
    BG DIA PAKAI TUDUNG LAH...
    WOWWW BINI DIA SATU LAGI TU CUNNN SIOT, DIA X NAK NGAKU X APE WEY, AKU NAK BOLE KEWW....
    LAWA BOSS, IYAA LAWAA....

Artikel Hot Minggu Ini

Followers

Anda Setuju Guan Eng Pembohong?

Join FB Pisau

www.pisau.net