Berita Hot Terkini

N11 Permatang Pasir : Jawapan Kepada Penfitnah Calon BN

Filed Under ( , ) by pisau on 18.8.09




Aduan telah dibuat oleh hj che ani pengerusi koperasi pekebun getah pulau pinang kepada majlis peguam terhadap firma saif-ariff-t.jayaraj dan rohaizad.

perkara ini mengenai pembelian hartanah untuk koperasi dan ianya diuruskan oleh BEKAS RAKAN KONGSI rohaizad bernama yusri isahak. pembelian itu telah dibatalkan dan koperasi telah membuat aduan di majlis peguam.

rohaizad tidak terlibat dalam urusan jualbeli tersebut. semua urusan dilakukan oleh yusri isahak yang meliputi urusan akaun dan tandatangan surat jual beli. rakan kongsi rohaizat telah keluar dari firma ini pada tahun 2003.

oleh itu didalam aduan koperasi pekebun getah pulau pinang, rohaizad telah dinamakan. beliau menjadi mangsa keadaan untuk menyelamatkan firma dan rakan kongsi.

rohaizad tidak dapat memberi keterangan kepada lembaga tatatertib majlis peguam kerana beliau jatuh sakit pada hari tersebut dan beliau punyai surat cuti sakit yang sah. namun rohaizad tetap dijatuhkan hukuman oleh lembaga tatatertib majlis peguam dan namanya telah 'dikeluarkan' daripada senarai daftar peguambela/cara.

rohaizad telah menyelesaikan hal koperasi bagi pihak rakan kongsi yang telah keluar. pada tarikh 28/3/2008 koperasi telah menghantar surat kepada lembaga tatatertib majlis peguam dan telah menarik balik kesemua aduan terhadap rohaizad. kes ini masih lagi dalam proses rayuan.


Pisau kata " fitnah makanan ruji Pakatan Haram"

Comments:

2 Responses to “N11 Permatang Pasir : Jawapan Kepada Penfitnah Calon BN”

  1. Nampak sangatlah jenis "keadilan" yang diamalkan oleh Majlis Peguam Malaysia. Selalu melaung-laungkan tentang ketidakadilan pihak lain, tetapi pihak sendiri yang kuat menjadikan orang lain mangsa.

    Baru betullah slogan "Justice delayed is Justice denied". Sudah hampir satu setengah tahun Sdr Rohaizad dalam keadaan "limbo" dan dibiarkan begitu oleh Pak Tam Pak Tam kita di Majlis Peguam.

    Syabas dan terima kasih kepada saudara kerana menjelaskan perkara ini kepada umum. Kalau tidak, umum akan terus mempersoalkan kebijaksanaan UMNO memilih calon.

  2. UMNO memang mampu memberi banyak alasan dan hujah tetapi rakyat bukan buta. Ngko berilah hujah lagi bagi mengampu pemimpin mu kerana polis, mahkamah dan segala undang2 adalah milik UMNO. Kau mampu berkata2 selagi hidup tetapi diakhirat pembohongan akan terungkai jua

Artikel Hot Minggu Ini

Followers

Anda Setuju Guan Eng Pembohong?

Join FB Pisau

www.pisau.net