Raja Drama

Posting Terkini

Kartika :Jangan halang makhamah syariah menjalankan hukuman

Filed Under ( ) by pisau on 27.8.09

Sebagai seorang Islam, saya tertanya-tanya wajah Islam bagaimanakah yang Malaysia mahukan? Negara Islam, Islam madani, Islam hadhari atau Islam 'hududi'?

Apapun jenamanya, tentu yang kita mahukan adalah Islam yang adil, rahmah, berihsan, penyayang, mesra kepada orang perempuan, prihatin terhadap orang yang kurang bernasib baik dan Islam yang sentiasa bersangka baik pada manusia.

Akan tetapi, cara mahkamah syariah di Malaysia menangani kes Kartika Sari Dewi Shukarno (foto) tidak mencerminkan Islam yang kita impikan itu.

Tambah malang lagi apabila ada orang Islam dan pemimpin-pemimpin yang mengaku memperjuangkan Islam bersorak gembira dengan hukuman keras yang dijatuhkan terhadap model sambilan itu.

Selama ini, ulama dan pemimpin Islam begitu petah dan rancak sekali bila berbicara tentang keadilan dalam Islam.

Namun, apabila timbul masalah sebenar dalam masyarakat, nampaknya ramai yang kelam-kabut dan teraba-raba mencari sinar keadilan itu.
sumber komentar dari SIS:malaysiakini

Pisau menyokong agar hukuman diteruskan,namun kebelakangan ini hukuman terhadap Kartika mendapat perhatian umum lebih lebih lagi dari NGO-NGO dan juga Shahrizat.Pisau berharap Menteri seperti Shahrizat tidak mengeluarkan kenyataan yang memprotes tentang hukuman tersebut.

Pujian hendaklah diberikan kepada PM kerana menyerahkan kepada makhamah untuk menjalankan perintah dan hukuman,Ini bermakna Ds Najib bersetuju dengan langkah menyebat pesalah syariah.

Komentar di atas melambangkan siapa sebenar SIS,yang sering kali mengeluarkan kenyataan yang agak liberal dan seringkali kearah Islam yang lebih terbuka,Jika makhamah sudah mengeluarkan arahan,jalankan saja hukuman tanpa dolak dalik,Jika ini sebagai percubaan salah satu daripada hukum hudud,teruskan saja agar kita dapat melihat bagaimana masyarakat Islam dan majmuk di Malaysia menerima hukuman sedemikian.

Pisau menyokong langkah yang diambil oleh makhamah yang menjatuhkan hukuman sebat, malah lebih elok jika hukuman sebegini di jalankan di seluruh negara.Agar dapat memberi pengajaran kepada Umat Islam agar lebih taat kepada ajaran ugama dan menghormati undang undang syariah.



Pisau kata " patut dah lama jalankan hukuman sebat,jangan tangguh"

Comments:

6 Responses to “Kartika :Jangan halang makhamah syariah menjalankan hukuman”

  1. aku setuju hukuman perlu diteruskan, nk bising apa lg, dulu masa undg2 tu digubal, nape x bising? lgpn, sekurang2nya, hasrat utk jadikan hukuman itu sbg pengajaran kpd tertuduh dan org lain akan tercapai. org yg komen psl hukuman tu keras adalah org yg jahil mengenai Islam. habis, org tu minum minuman keras, nape x diselar?

  2. Pergi jahanam dengan SIS punya pendapat. Untuk pengetahuan semua Datuk Muhammad Burok menyeru supaya Majlis Peguam serta pihak yang tidak berkaitan dengan urusan perundangan Islam supaya tidak mencampuri urusan mahkamah syariah.

    Amaran ini dikeluarkan susulan kenyataan beberapa menteri yang mengulas hukuman sebat terhadap model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno yang bersalah mengambil alkohol oleh mahkamah syariah Pahang.

    Jadi berhati-hatilah sebarang kenyataan yang dikeluarkan. Boleh menyebabkab akidah kita teralih kerana melibatkan hukum agama dan satu lagi bangsa lain akan menyangkakan bahawa hukum Islam dan hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah syariah boleh dipermainkan.

    Jangan biar bangsa lain nampak kita Melayu dan Islam satu agama yang boleh main-main. Awas semua.

    :. Masih menunggu ulasan Ustaz Noh Gadud, Orang teman Harusani dah bagi ulasan

    :. akU pUn raSis

  3. salam

    pada pandangan saya mudah sahaja... kalau mahu melaksanakan hukum sebat maka laksanakan dengan mengikut suruhan Allah dan jangan ada perasaan kesian atau apa terhadap yang dihukum

    yang paling penting ialah kita lakukan kerana Allah dan takutkan Allah bukan tanggapan manusia yang lain...

    ada hadiah mengenai pelaksanaan hukum hudud ini dimana kita dilarang mempunyai perasaan kesian semasa melaksanakan hukum Allah terhadap pesalah jikalau didapati memang bersalah...

    salam

  4. Salam Pisau,

    Saya pun tidak bersetuju hukuman rotan dijalankan sebab ianya bukan disuruh di dalam Quran. Quran itu sempurna, lengkap dan terperinci, kenapa tak dirujukkan kepada Quran. Adakah undang-undang manusia, ulamak-ulamak melebihi undang-undang Allah? Quran itu pemberi berita baik, undang-undang dan juga pemberi amaran. Marilah kita semua rujuk kembali kepada kitab yang suci - Quran, untuk mendapat bimbingan.

    MBMS

  5. MBMS
    al-Quran menyuruh kita solat tetapi tidak dijelaskan bagaimana caranya. Seperti Kristian kah atau Hindu kah atau Buddha kah atau Yahudi kah? Penjelasan cara bersolat hanya dimaklumkan melalui hadis-hadis Rasulullah. Sama juga dalam situasi ini. Terdapat beberapa hadis mengenai hukuman terhadap peminum arak contohnya:
    (1) Nabi telah didatangi oleh seorang lelaki yang telah meminum arak, lalu telah disebatnya dengan dua pelepah tamar sebanyak 40 kali (Riwayat Muslim)
    (2) Apabila mereka minum arak, sebatlah mereka, dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka (Riwayat Abu Daud)

  6. Kalau kita perhatikan,ternyata sistem perundangan syariah belum bersedia untuk menjalankan hukuman,sehingga jawatan tukang sebat pun tidak ada.

    Sebelum hukuman di jatuhkan pihak hakim syarie harus lah periksa sama ada bersedia untuk melakukan hukuman sebat.

    Apabila berlaku pertangguhan,nampak sangat kelemahan sistem perlaksanaan syariah belum betul betul bersedia.

    aku terfikir jugak,jika janji PAS memerintah Kelantan dan terangganu akan ada hudud,malah mereka pernah berjanji jika hari ini menang pilihanraya,esok hudud akan dilaksanakan,kenapa tidak ada langsung hukuman seperti berlaku di pahang ketika ini yang ternyata di perintah oleh kerajaan BN

Popular Posts