Raja Drama

Posting Terkini

Ada yang tanya Tok Guru…apa macam Syed Hussein dan Zaid Ibrahim ?

Filed Under ( , ) by pisau on 30.8.09

Siapa yang mudah lupa? Datuk Nik Aziz Nik Mat,Dr Syed Hussein Ali atau Datuk Zaid Ibrahim?

Kalau bagi orang politik biasa kita memang boleh cincai kata…itu biasalah orang politik.Namun bagi status seorang ulama ia mungkin lain ceritanya.

Agendadaily kebelakangan ini menerima banyak panggilan telefon dari pembaca yang bertanya apakah Mursyidul Am PAS itu lupa apa yang pernah dikatanya tentang Presiden Rakyat Malaysia Dr Syed Hussein Ali yang kini Timbalan Presiden PKR.

Menjelang pilihanraya umum 2004 terdapat ura-ura pihak pembangkang nak letak Dr Syed Hussein bertanding di kerusi Parlimen Kota Bharu.

Namun ia tidak kesampaian.Nik Aziz berkeras menolaknya.Alasan beliau PRM ialah parti sosialis.Menurutya sosialis ialah adik kepada komunis.

Mereka hairan bagaimana Nik Aziz kini boleh terima PKR yang Timbalan Presidennya ‘ adik kepada komunis’.

Ini bila mana Menteri Besar Kelantan itu cop UMNO parti macam komunis yang jadi polimek sekarang.

Mengenai Zaid pula lebih sensasi.Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang juga bekas Ahli Parlimen BN Kota Bharu selama sepenggal pernah dicop oleh PAS sebagai kafir.

Waktu polimek tentang hukum Hudud dulu Zaid bukan saja telah mempertikaikan mengenainya tetapi pada tahun 2002 beliau mengemukakan saman di mahkamah kerana Kerajaan Kelantan kerana ingin melaksanakan Hukum Hudud.

Dr Syed Hussein dan Zaid mungkin tak lupa.Siapa tau mungkin Tok Guru yang lupa…-30/6/2009

sumber:agendadaily


Bukti masuk PAS boleh cuci dosa,kerja kotor pun boleh di bersihkan,komunis atau sosialis pun boleh jadi ok kalau jadi balaci tok guru


Pisau kata " PAS+PKR+DAP=Pendajal Politik"

Comments:

One Response to “Ada yang tanya Tok Guru…apa macam Syed Hussein dan Zaid Ibrahim ?”

  1. benda ini simple...kalau anda seorang yang beriman anda mungkin tahu konsep taubat..

    Anda semua kena ingat sejarah Islam. Siapa Umar Al-Khattab sebelum Islam dan siapa Saiyidina Umar Al-Khattab selepas Islam.

    Kenapa Syed Hussin bubar PRM? Dan Kenapa Zaid Ibrahim tarik balik saman terhadap hudud?....jawapannya TAUBAT.

    Bagaimana pula dengan anda sekalian? Bila pula nak TAUBAT???

Popular Posts