Video lucah punca jalur lebar lembap
JELEBU 30 Jun - Sebanyak 20 peratus perniagaan yang menjalankan aktiviti memuat turun video lucah daripada Internet dikenal pasti sebagai salah satu punca kelembapan kemudahan jalur lebar di negara ini.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, tindakan golongan itu memonopoli penggunaan Internet dengan menjalankan aktiviti berkenaan menyebabkan pengguna lain mengalami masalah kelajuan ketika menggunakannya.
"Ini kerana kumpulan peniaga ini menjalankan aktiviti tersebut menggunakan masa yang panjang untuk memuat turun video lucah dan ini secara tidak langsung mengganggu serta mempengaruhi kelajuan Internet masyarakat umum.
"Buat masa ini, kita masih menyelidik berhubung masalah ini, namun kita telah kenal pasti beberapa pihak yang terlibat dan kita akan ambil tindakan terhadap pihak terbabit," kata beliau.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Perhimpunan Hari Guru Daerah Jempol dan Jelebu di sini hari ini.
Ramai pengguna Internet di negara ini tidak berpuas hati serta membuat banyak aduan terhadap tahap kelajuan kemudahan jalur lebar yang diperoleh mereka.
Pada masa yang sama, ramai pengguna turut mendakwa kelajuan yang diterima tidak sepantas seperti mana yang dijanjikan oleh syarikat pembekal tempatan perkhidmatan berkenaan.
Rais mengakui pihaknya telah menerima banyak aduan tentang masalah tersebut serta menyifatkan golongan peniaga yang tidak bertanggungjawab itu sebagai dalang di sebalik kelembapan kemudahan berkenaan.
"Saya akui memang kita terima banyak aduan dan kita akan ambil tindakan sewajarnya bagi memastikan masyarakat umum dapat menikmati kemudahan tersebut pada kelajuan yang sepatutnya," ujar beliau.
Mengenai tindakan dan hukuman kepada kumpulan itu, Rais memberitahu, ia bergantung terhadap kesalahan dilakukan.
Pisau kurang bersetuju dengan dakwaan Menteri Penerangan punca jalur lebar lembab disebabkan oleh 20% perniagaan memuat turun gambar lucah.Dimana justifikasi punca talian menjadi lembab?
Adakah dengan hanya 20% yang memuat turun gambar lucah,80% lagi terganggu & menjadi lembab? Kenapa tidak memberi fakta dengan lebih jelas,berapa kelajuan sebenar Gateway TMNET & Jaring.
Rujuk Internet Gateway sejak Jun 2000,
Setakat bulan Jun 2000
TM Net International Gateways comprises of 1 X 155 Mbps (Teleglobe),
1 x 45 Mbps (MCI),
1 x 45 Mbps (MCI Satellite),
1 x 45 Mbps (AT&T) ,
1 x 45 Mbps (ABONE),
2 x 2 Mbps (MCI, 2nd link) and 1 x 512 kbps (MCI) to the USA. Also, a 1984 kbps (KDD),
1024 kbps (IDC) and 1024 kbps (Japan Telecom) links Japan. There is more connectivity - a 1984 kbps (Telstra, Australia),
2 x 1984 kbps (SingTel, Singapore),
512 kbps (IndoSat, Indonesia),
1984 kbps (Kornet, Korea),
1984 kbps (Dacom, Korea),
1984 kbps (CHTI, Taiwan),
512 kbps (CAT, Thailand),
1984 kbps (CWHKT, Hong Kong),
1984 kbps (Etisalat, UAE) and 100 Mbps to Jaring.
Ini belum lagi termasuk Eastgate-:
EastGate has redundant one-hop connection to the internet cloud: 1 x 155Mbps via US(Teleglobe) and the other is 1 x 45Mbps via Japan (Abone)
TMnet International Gateway dengan kelajuan dari E1 (2Mbps) to STM1 (155Mbps)
Dan Infra terkini TM(sila klik utk lebih jelas)
Boleh di katakan jika di hitung kesemua sekali conection termasuk yang terbaru ada lebih dari beberapa Gigabyte sesaat.
Pisau persoalkan kenapa kerana 20% menyebabkan keseluruhan jalur lebar menjadi terganggu?Kadangkala sebab sebab yang di berikan agak kurang masuk akal, bayangkan jika perniagaan yang menyediakan khidmat muat turun berkelajuan 155MB sesaat, barang kali satu file yang saiz nya 700MB di download tidak sampai 10minit.155MB sesaat conection yang tidak di kongsi adalah berbeza dengan pelanggan TMNET yang mempunyai conection 2Mbps yang di kongsi oleh beberapa ratus node pelanggan. Adalah tidak adil kepada pelanggan yang membayar bil bulanan tidak mendapat kelajuan yang sepatutnya.Cuba bahagi 2Mbps kepada 400 node(setiap pelanggan)
Malah perniagaan seperti itu dihostkan di data center yang jelas mendapat talian terus ke gateway antarabangsa yang mendapat kelajuan seperti di atas tanpa berkongsi node pelanggan.
(Data center mendapat kelajuan 155Mbps + 3x2Mbps)ini bermakna 1 data center mempunyai 4 backbone berkelajuan tinggi
Kenapa tidak melaporkan 4 Gateway dan beberapa DNS TM sering crash(down)?Jangan menutup kelemahan sendiri dengan menunding kepada orang lain.Kenapa masaalah ini hanya terjadi kepada TM tidak kepada Jaring?
Pihak Kementerian jangan salahkan pelanggan,sepatutnya mereka harus menaik taraf sejajar dengan negara yang mempunyai "MSC" sendiri. Agak memalukan negara seperti Vietnam jauh lebih hebat dari Malaysia,penguna mereka sudah mempunyai jalurlebar lebih 8MBps,Korea 22MBps.Kita kononya negara maju masih jauh ketinggalan dan masih mengunakan peralatan yang sudah ketinggalan zaman.
DS Rais harus perhalusi dahulu akan hal ini,jangan terus menerima laporan mereka, yang mahu menutup masalaah operasi dengan menyalahkan kepada pelanggan.
Sebenarnya TM sedar mereka mempunyai masaalah conection apabila terpaksa membeli sejumlah bandwith secara borong dari pihak singapura yang terpaksa di bayar berjuta juta setahun.
Baca petikan akhbar di bawah-
TM joins consortium to build cable systemLaporan diatas membuktikan TM memang mempunyai masalaah kekurangan bandwith dan perlukan kabel bawah laut yang baru.KUALA LUMPUR, May 25 - Telekom Malaysia Bhd (TM) plans to increase the scope and resiliency of its global network by joining a consortium to plan and develop a proposal to build an international undersea cable system.
Called the Asia Pacific Gateway (APG), the system will link Malaysia, Singapore, Thailand, Vietnam, Hong Kong, the Philippines, Taiwan, China, Japan and South Korea.
The system will span 8,000km and use the latest Dense Wavelength Division Multiplexing technologies with a minimum design capacity of four terabits per second, and is expected to be ready for service by end of 2011.
TM group chief operating officer Datuk Adnan Rofiee said today the cable link would improve the resiliency not only to each country, but also help to enhance the survivability of all these cables during simultaneous submarine cable cuts, like what had happened in 2006.
"In addition, the APG will definitely help meet demand for more Internet capacity as it continues to surge upwards. With APG in operation, Internet users in the region can look forward to faster and more reliable international connectivity," he said in a statement.
Adnan said the proposed cable system has the potential to provide an alternative route and/or restoration paths to existing cable systems in the region as it is designed to provide a high degree of inter-connectivity with existing and planned high bandwidth systems.
"As customers worldwide are experiencing an explosive surge in data, voice and video traffic, TM is strengthening its global network to meet their needs by offering more capacity," he said.
The other telcos in the consortium besides TM are China Telecom and China Unicom (China), Chunghwa Telecom (Taiwan), KT Corporation (South Korea), NTT Communications (Japan), PLDT (the Philippines) and VNPT (Vietnam). - Bernama
Yang menyedihkan jangan menunding jari kepada orang lain jika conection lembab,beritahu hal yang sebenar,jangan memperbodohkan masyarakat yang tertipu dengan TMNET selama ini.
Pisau kata " Dah lama orang ramai merungut line internet slow,TMNET terlalu memonopoli perniagaan ini,hingga terlalu selesa hingga tidak mengambil berat rungutan pelanggan"
p/s DAH LAMA PELANGGAN RASA TERTIPU DENGAN MEMBAYAR SEBULAN RM88
Artikel Hot Minggu Ini
-
Abby Abadi sebelum ini dilaporkan naik diatas pentas PAS ,berkokok sakanlah para penyokong khawarij PAS. Kata mereka Abby dah jadi ustazah...
-
Pisau pernah dedahkan mengenai skandal khalifah kesayangan PAS yang mengentot gadis cina hingga mencetuskan pergaduhan si isterinya seorang...
-
Seorang siak di hentam hebat oleh khawarij PAS apabila menyentap baju kuning yang kotor ketika beribadat. Tindakan Siak ini pada pendapat P...
-
2 gadis bertumbuk berebut blogger Media Permatang Pauh atau nama manjanya MPP,sungguh sungguh bertumbuk sampai ada yang dipijak dan dipukul ...
-
Selepas Ustazah Aisyah disahkan sebagai ahli syurga PAS kini yang terbaru adalah Abby Abadi,beliau dikhabarkan akan mengikut jejak langkah U...
-
Sebentar tadi jam 3 petang Perkasa mengadakan demonstrasi bantahan dihadapan Maybank Komtar.Seramai 50 orang terdiri daripada ahli Perkasa,P...
-
Ambiga dan Anwar hari ini disahkan berdarah hidung akibat pihak peniaga melancarkan Bersih 4.0 dengan sasaran untuk menarik sejuta penyokong...
-
Irshad Manji masuk ke Malaysia adalah dijemput oleh golongan liberal pakatan,anda boleh lihat kenyataan beliau adalah cerminan pemikiran lib...
-
AIDCNews- 21/05/12 – Sebuah buku baru yang ditulis oleh Jonathan Smith bertajuk “The “I” Files”, yang membongkar cerita sebalik tabir Dat...
-
Sebelum ini Pisau malas untuk komen mengenai isu terbaru muzakarah diantara PAS dan Umno.Sejak dari awal lagi Pisau tidak pernah bersetuju U...



Walau apapun, 20% drp kegunaan bandwidth untuk layari / video lucah adalah besar untuk capaian Internet. Cuba bayangkan berapa banyak kerosakan yang telah dibuat hasil kerja 20% ini kepada rakyat Malaysia, terutama anak-anak remaja.
Memang tidak dinafikan TMNet menuding jari untuk menutup kelemahannya, tetapi cuba lihat komen ini dari sudut berbeza: Keruntuhan moral! Dan persoalan ini juga perlu dibangkitkan dan diperbahaskan dengan lebih meluas kerana tindakan segera perlu diambil oleh kerajaan bagi menangani isu ini dengan segera. Kalau negara Cina boleh buat tapisan dan halangan untuk capaian porno, kenapa Malaysia sebagai negara Islam tidak melakukannya? Jangan kata atas dasar keterbukaan sehingga menggadai maruah dan moral.
Zamib
zamib,
setuju dalam hal ni,soal moral juga harus di tekankan, kerajaan harus mengambil proaktif untuk menghalang penguna daripada memasuki laman web porno