Berita Hot Terkini

Pembangunan di Manik Urai Hadiah daripada kekalahan BN

Filed Under ( , , , ) by pisau on 20.7.09

BN jadikan Manik Urai model pembangunan di Kelantan

19/07/2009 5:27pm

KOTA BHARU 19 Julai — Barisan Nasional (BN) akan menjadikan modul pembangunan yang akan dilaksanakan di Manik Urai sebagai model bagi pembangunan berterusan di Kelantan walaupun parti itu kalah dalam pilihan raya kecil kawasan itu, Selasa lepas.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed berkata langkah itu menunjukkan Umno dan BN ikhlas dalam melaksanakan program pembangunan walaupun parti itu tewas dalam pilihan raya.

selanjutnya sini



Pisau amat bersetuju apabila Tok Pa tetap meneruskan janji pilihanraya kecil di Manik Urai walaupun BN kalah,ini membuktikan BN tidak hanya memberi janji kosong & lebih bersifat prihatin kepada rakyat Manik urai. Kepada 5,283 pengundi Manik urai,inilah hadiah kepada anda sebagai tanda BN berterima kasih kepada anda yang mempercayai & menaruh harapan untuk perubahan di sana.PAS hanya mampu memberi janji palsu dan tidak mampu menunaikan tanggungjawab sebagai pemerintah di Kelantan.

Teruskan berkhidmat kepada rakyat

Tahniah Tok Pa

Pisau kata " PAS patut perbanyakkan istiqamah,jika buruk yang anda cari,buruklah yang anda nampak"

Comments:

One Response to “Pembangunan di Manik Urai Hadiah daripada kekalahan BN”

  1. Terima Kasih dan Tahniah BN. Begini lah sepatutnya sikap sebuah kerajaan demokrasi.

    Walaupun BN gagal di Manek Urai, namun MU masih sebagian dari Malaysia. MU tidak mengharapkan pembangunan menggunakan duit UMNO atau BN tetapi peruntukan Kerajaan Malaysia lagipun Kerajaan Pusat masih berhutang hampir RM1 billion dengan Kerajaan Negeri dalam bentuk Royalti. Percayalah Kalau Kelantan bukan dalam Negara Malaysia, Petronas tidak akan berada dalam kerjasama tiga negara mencari gali minyak di Teluk Siam itu.

    Lebih tepat lagi Pembangunan di Manik Urai bukan Hadiah Kekalahan BN tetapi tanggungjawab seorang bapa kepada anak2 mereka. Seorang bapa tak boleh pilih kasih walaupun anak2 lebih sayang kan ibu mereka..hinggakan kalau bercerai sekalipun mereka wajib membayar nafkah.

    Saya harap Pisau dapat belajar lagi mengenai konsep demokrasi dan 1 Malaysia.

Artikel Hot Minggu Ini

Followers

Anda Setuju Guan Eng Pembohong?

Join FB Pisau

www.pisau.net