Berita Hot Terkini

Pelajar Terbaik Gagal Mendapat Biasiswa

Filed Under ( ) by pisau on 18.7.09

Biasiswa: Bapa Jia Hui kemuka rayuan kepada JPA

KUALA LUMPUR 17 Julai - Bapa pelajar terbaik kebangsaan, Neo Jia Hui akan mengemukakan rayuan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya mempertimbangkan permohonan biasiswa anaknya untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Neo Say Yeow, 51, berkata, beliau akan ke pejabat JPA di Putrajaya beberapa hari lagi untuk menyerahkan surat rayuan itu, meskipun London School of Economics (LSE) yang menjadi universiti pilihan utama Jia Hui untuk melanjutkan pelajaran tiada dalam senarai universiti terkemuka JPA.

"Selain itu, saya juga akan membuat rayuan dengan menghantar e-mel kepada pegawai berkaitan di JPA," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

selanjutnya sini



Pisau tertarik berkenaan isu pelajar terbaik gagal mendapat biasiswa dari JPA, sepatutnya JPA memberi sedikit kelongaran seperti kes Jia Hui,sepatutnya JPA harus memperhalusi permohonan pelajar tersebut,JPA memang mempunyai garis panduan yang harus diikuti,tetapi kes istimewa begini harus di beri pertimbangan yang sewajarnya,jangan hampakan seorang pelajar yang cemerlang,mana mungkin dia tersilap memilih LSE sebagai universiti untuk melanjutkan bidang yang dipilihnya.Sepatutnya JPA menjadi satu badan yang fleksible dan mengetahui kehendak pasaran.

Pisau kata "moga pelajar ini berjaya di masa hadapan"

Comments:

3 Responses to “Pelajar Terbaik Gagal Mendapat Biasiswa”

  1. Bro

    Aku simpati gak ngan pelajar ni. Tapi dlm era IT ni program dah set. Jadi kalu lain dari yang di set maka automatik TENDANG le jawab nya. Ko ingat senang ke nak buat selection dgn permohonan calon yang ber puluhan ribu tu secara manual. Aku x salah JPA 100%.

    Apa pun ini kes terpencil. Mungkin
    boleh guna saluran tertentu. Sure JPA bleh pertimbangkan. Tapi jangan Sentimen isu dan terus masuk surat kabar jadi national isu.

    itu je pendapat aku Bro.

  2. Salam Pisau,
    Budak ni nak ambik bidang apa?

    kalau LSE takde dalam senarai JPA, maknanya memang tak boleh la JPA nak bagi.. takkan nak paksa.. dah itu polisinya..

    sekarang mmg JPA kurang hantar ke UK, sebab musim ekonomi gawat.. pensyarah2 yang memang "ditugaskan" untuk belajar pun kena QUEUE kalau nak sambung PhD/Masters ke UK.. kalau taknak queue, pegi sambung PhD/Masters kat Oz, NZ atau US....

    tuition fees LSE mahal oooo... Fees IC saya tak tau.. tapi zaman saya ambik degree dulu tuition fees LSE was GBP9,000++.. dekat2 GBP10,000. tak campur duit poket lagi tu..

    kalau JPA nak bagi jugak, jangan sampai ambik quota budak2 melayu/Bumiputera ye!

  3. Anon & Math,

    setuju ,barangkali JPA mempunyai sebab yang kukuh untuk tolak permohonan pelajar tu.

    Harap pelajar tu tukar ke bidang lain atau pilih tempat lain untuk sambung study

Artikel Hot Minggu Ini

Followers

Anda Setuju Guan Eng Pembohong?

Join FB Pisau

www.pisau.net