Berita Hot Terkini

Pas serah pada Dewan Ulama tentukan tindakan Nizar,Ulama PAS nak tibai erdorgan?

Filed Under ( ) by pisau on 23.7.09


22/07/2009 8:30pm

RANTAU PANJANG 22 Julai - Pas menyerahkan kepada Dewan Ulama untuk mengeluarkan fatwa atau hukuman terhadap tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Dr. Mohd. Nizar Jamaluddin yang menyertai majlis nyalaan lilin di Ipon bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik kepada seorang anggota Exco Selangor.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob berkata, pihaknya tidak mahu terburu-buru mengeluarkan sebarang kenyataan dan membiarkan Dewan Ulama Pas untuk kemukakan sebarang pandangan.-bernama


Pisau sarankan agar Husam jugak di ambil tindakan oleh Dewan Ulama, kerana mempertahankan tindakan Nizar.


Selepas tu kita lihat bagaimana golongan ulama PAS akan dihentam di blog blog PR atau pun akan dihalalkan perbuatan mereka. tunggu dan lihat.

petikan dari blog Dr Novandri:

Di antara lain Husam mengatakan bahawa dalam Islam memegang lilin dibolehkan tetapi jika ia bertujuan untuk turut serta dalam upacara keagamaan adalah haram.

Yang menarik dan perlu diberi perhatian yang sewajarnya oleh seluruh rakyat Malaysia ialah kata-kata Husam yang seterusnya :-

"Pegang lilin untuk mengikuti upacara keagamaan seperti memegang lilin dan menunduk-nunduk itu tidak boleh. Tetapi jika pegang lilin sebagai tanda protes boleh," katanya.

Husam membuat definasi bahawa 'menunduk-nunduk itu tidak boleh'. Tetapi :- Apakah yang akan dikatakan oleh Husam jika beliau melihat foto di bawah ?

Jelas bahawa DS Anwar Ibrahim dan abang disebelah kiri beliau telah menundukkan kepala apabila berdepan dengan mayat mendiang Teoh Beng Hock!

(Penulis tidak menyebut nama Chua Jui Ming yang berada disebelah kanan Anwar Ibrahim kerana beliau adalah sore loser dan sudah tidak mendapat tempat lagi di dalam parti lama beliau serta tidak diperlukan lagi oleh kaum Cina.)


Anwar Ibrahim dan abang disebelah beliau sedang menundukkan kepala tetapi Shaharuddin (berkopiah putih) tidak melakukan yang sama.

Kenapakah Shaharuddin dan rakan-rakan beliau yang berkopiah putih dibelakang Anwar Ibrahim tidak menundukkan kepala mereka seperti Anwar Ibrahim?

Adakah ianya menyalahi dari segi agama Islam?

Apakah penjelasan Shaharuddin kepada isu menunduk-nunduk ini?

Apa pula yang akan diperkatakan oleh Anwar Ibrahim untuk menjawab persoalan di atas?

Husam sendiri telah menerangkan bahawa menunduk itu salah dan Shaharuddin tidak menundukkan kepala tapi rakan politik beliau, Anwar Ibrahim telah melakukannya!


Pisau kata " Agak lucu jugak,tindakan jenis apa yang akan diambil?Ulama PAS kena ingat,nanti anda di serang oleh team tidor atas jalan PERAK"

Comments:

3 Responses to “Pas serah pada Dewan Ulama tentukan tindakan Nizar,Ulama PAS nak tibai erdorgan?”

  1. Bukan ada apa cuma dalam tu gelap sikit , tu yang pasang lilin tu . Tak dak niat lain .

  2. Kalau pegang lilin budaya cina .... salah ....
    Kalau Gambar ni apa Mufti nak comment ye agaknye....

    http://www.kualalumpurishome.com/wp-content/uploads/2007/02/cny_paklah.JPG

  3. hashim...
    dah x boleh beza gambar "nak makan" dgn "sembah orang mati"...

    teruk budak2 PR ni...

Artikel Hot Minggu Ini

Followers

Anda Setuju Guan Eng Pembohong?

Join FB Pisau

www.pisau.net