Berita Hot Terkini

PAS: Nik Aziz & Erdorgan musnahkan aspirasi perjuangan PAS

Filed Under ( , ) by pisau on 16.7.09


Salah satu punca kemerosotan undi yang diperolehi calon PAS di Manek Urai adalah kerana pengundi muda di beberapa saluran menyokong BN, kata Setiausaha PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim.

"Saluran (mengundi) orang tua menyokong kita, manakala saluran yang ramai muda, kita gagal di situ," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai semalam, calon PAS Mohd Fauzi Abdullah menang tipis untuk mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti 65 undi sahaja. - malaysiakini

komen Pisau:
Dengan terjemahan undi golongan muda,yang menolak PAS & PR pada am nya menunjukkan mereka mampu berfikir menolak dakyah politik murahan PAS & PR, Impak pengundi muda yang mula menjauhkan diri daripada PR bermula sejak pilihanraya 2 bukit 1 batang baru baru ini.
mereka sudah kehabisan modal dengan lagak mereka semakin hebat,mereka terlupa rakyat memerhatikan gelagat mereka, momentum tsunami politik bakal berakhir apabila rakyat sudah dapat menghidu taktik politik murahan PR yang makin hari cukup mejengkelkan.

baca petikan di bawah dari malaysiakini:
Husam: PAS hampir tewas kerana politik wang

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa mendakwa, kemenangan tipis calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai adalah berpunca daripada politik wang.

Katanya, PAS telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung perkara tersebut dan berharap tindakan selanjut diambil.

Dalam pilihanraya kecil hari ini, calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, menang dengan majoriti tipis 65 undi: selanjutnya sini

Adakah Husam & Pas terlupa Anwar Berahi menyalurkan duit kepada PAS untuk merasuah pengundi rm 50 ke rm 100 seorang setiap malam 2 hari sebelum mengundi.Lupakah Pas? Ini belum dikira lagi wang yang didalam sampul, baca petikan dari blog rbf

Gambar dibawah ini sebagai bukti jelas. Semalam hamPAS buat satu majlis di Pasti Manek Urai Baru. Mereka memberi RM 150 kepada tiap-tiap pengundi yang hadir dan mereka gunakan nama anak yatim. Wang tersebut diisi di dalam sampul surat yang dipegang makcik tersebut. Makcik tu anak yatim juga kot....

KALAU UMNO MEREKA KATA RASUAH. KALAU MEREKA DIPANGGIL ARMALAH. DASAR SETAN



selanjutnya di sini


Oh ya,apabila keadaan begini timbul,PAS mengambil sikap menunding jari & menyalahkan Umno ,apabila TPM memberi jaminan akan membina jambatan,malah isu ini juga gagal dimainkan oleh PAS,apabila gerombolan juak PR termasuk Malaysiakini menuduh Umno mengugut isu bina jambatan baru, taktik mereka ternyata gagal dan nampak bodohnya.

PAS: 'Kita sudah menang 2,000 undi'-malaysiakini

Berdasarkan pengundian sehingga jam 3 petang tadi, Pengarah pilihanraya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun yakin calon parti itu - Mohd Fauzi Abdullah - sudah menang pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Menurutnya, bancian selepas pengundian mendapati calonnya dijangka menang dengan majoriti hampir 2,000 undi.


komen pisau:
kemana perginya 2000 majoriti tu? PAS pakai pengundi hantu ? orang "beriman" pun pakai hantu jugak? oh terlupa ini jawapan nya dari PAS baca di bawah

Kenapa PAS umum menang 2,000 undi? -malaysiakini
Tindakan PAS menghebahkan kemenangan calonnya pada jam 3 petang semalam bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai, bertujuan melumpuhkan kempen BN dua jam sebelum pengundian tamat, kata penasihat pilihanraya PAS Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Ia dibuat oleh pengarah pilihanraya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun bahawa calon PAS Mohd Fauzi Abdullah sudah menang dengan majoriti hampir 2,000 undi. - selanjutnya sini

komen pisau:
cakap jer la PAS dah tak yakin akan menang pada waktu tu,kan senang,tak payah tipu orang ramai kononnya psy war. Ngaku jer korang tipu,habis cerita,kes close.

kata kata sahabat dari PAS
"Kesilapan pengundi PAS, apa masalahanya jika diberi kemenangan kepada UMNO,melayu & islam jugak,negeri tetap di pimpin oleh TGNA juga, Jambatan baru pun dapat"



Pisau kata " PAS syok sendiri"

Comments:

One Response to “PAS: Nik Aziz & Erdorgan musnahkan aspirasi perjuangan PAS”

  1. Salam Megat...
    MEGAT:tak kenal maka tak cinta, mungkin orang di sebelah sana di butakan cinta

    amboi..amboi..amboi..pedas nampk komen kat blog. wakakaakakakaka

    PAS SYOK SENDIRI: kesilapan teknikal & kesilapan analisis yg menjadikn istilah syok sendiri..tepuk sebelah tangan tak menjadi En megat oi. PAS perasan cantik kot..larikkkkkkkkkkkkkkk

Artikel Hot Minggu Ini

Followers

Anda Setuju Guan Eng Pembohong?

Join FB Pisau

www.pisau.net