Berita Hot Terkini

PAS :Kegiatan Mubaligh Kristian Berleluasa, Atas Endorse Benarkan Nama Allah Oleh Nik Aziz & PAS

Filed Under ( , , ) by pisau on 15.7.09


9 orang Kristian ditahan di UPM

kemaskini 6.30pm Sembilan penganut Kristian termasuk dua pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) ditahan polis semalam berhubung dakwaan cuba menukar agama pelajar universiti tersebut.

Mereka yang ditangkap di kampus Serdang menjelang 10 malam tadi dibebaskan di balai polis Sepang kira-kira 3.45 petang ini, kata peguam Annou Xavier kepada Malaysiakini hari ini.

Kesemua mereka ditahan di sebuah bilik pelajar di Kolej ke-10 sewaktu berkunjung ke situ tetapi aduan polis dibuat dengan dakwaan mereka cuba menyebarkan Kristian.

Selain dua mahasiswa, kumpulan itu termasuklah tiga rakyat tempatan dan empat warga Hong Kong.

Tindakan tersebut diambil susulan satu aduan polis yang dibuat oleh lima pelajar UPM terhadap kumpulan tersebut.

Seorang daripada kumpulan itu Yip Bok Wan, selepas dibebaskan, membuat aduan balas di balai polis terbabit, menafikan pembabitan mereka dan menuduh laporan awal berasaskan maklumat palsu.

Beliau dan peguam tersebut enggan memberikan butiran lanjut saat-saat penangkapan mereka.

Sumber-sumber pelajar memberita Malaysiakini hari ini, kumpulan itu berada beberapa hari di beberapa kolej kediaman UPM dengan bergerak dari bilik ke bilik untuk menyampaikan ajaran mereka.

"Selain itu, mereka juga didapati menyebarkan risalah kepada warga kampus dan bergerak di tiga buah kolej iaitu Kolej Pendeta Zaaba, Kolej Sepuluh, dan Kolej Sebelas," kata Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UPM Safwan Abdul Ghani
dalam satu kenyataan.

"Aktiviti yang berlaku beberapa hari itu akhirnya membawa kepada penangkapan sembilan individu tersebut."

Bagaimanapun tiada pengesahan rasmi diperolehi daripada pihak universiti dan polis, setakat ini.

Undang-undang negara melarang seseorang bukan Islam menyebarkan agama kepada seorang Muslim. malaysiakini

Pisau kata " Pokok takkan bergoyang jika tiada angin atau pun beruk,siapakah beruk beruk itu"


Kegiatan dakwah oleh mubaligh kristian sudah lama bergerak secara diam dalam memurtadkan ramai orang islam terutamanya di IPTA, Masih kah anda ingat ketika heboh nya pemimpin pemimpin bersama penyokong haprak PAS mengambil inisiatif menghalalkan cara apabila nama Allah dibenarkan untuk Heradl Tribune dan termasuk di gunakan didalam gereja.

Agak menarik apabila ada rakan rakan Pisau yang berugama kristian katolik menolak pengunaan nama Allah, sudah pasti ini adalah semata mata modal politik oleh Puak PAS yang menghalalkan cara dengan mengunakan nas dan petikan ayat Quran.
Tok Guru juga menyahut dengan ayat quran dan nas membenarkan pengunaan nama Allah oleh penganut Kristian tanpa memikirkan natijahnya .

Masih kan anda ingat apabila YB PAS Khalid Samad berucap didalam gereja mempelopori pengunaan nama Allah oleh Kristian?


Dan Ucapan Hina Islam oleh Irene Fernandez di sambut oleh tepukan Anwar Ibrahim



Adakah ini yang anda mahu? freedom of expression yang di laungkan oleh Anwar,PKR,PAS, DAP hingga meragut akidah anak anak kita di IPTA. Bersediakah anda apabila melihat anak yang anda asuh dengan ajaran agama dan memberi nafkah dengan rezeki yang halal,tiba tiba di murtadkan oleh golongan dibantu oleh orang kuat PKR dan di endorse oleh YB PAS.

Adakah PAS hanya berani berlawan sesama bangsa(UMNO) dan hanya menikus apabila mengadap junjungan besar Lim Kit Siang & Son?



Pisau kata " Kerajaan harus mengambil berat soal murtad yang berleluasa waktu ini"

Comments:

8 Responses to “PAS :Kegiatan Mubaligh Kristian Berleluasa, Atas Endorse Benarkan Nama Allah Oleh Nik Aziz & PAS”

  1. SLM BRO..PAS DH 'MERESTUI" SEMUA 'TABLIGH2" KAFIR SUPAYA MEMESONG AKIDAH UMAT2 ISLAM, BERMULA DGN PENYAMPAIAN "FATWA MERAPU" DLM ISLAM TU SENDIRI, SETERUSNYA MELETAKKAN KESUCIAN ISLAM DLM KEGOYAHAN..NAUZUBILLAHHIMINZALIKKK

  2. aku x sedih pas baloh nga UMNO..sebab meme jat dulu doh dok baloh..tapi aku sedih pas baik nga DAP dan PKR.

    puok duo eko tu tau gapo..tau kecek hal hak asasi manusio jah..hak asasi alah ko dio ado la..tp kalu ko ore lain..gapo dok kato.

    hak asasi palo otok dio..hak asasi taik kucing..god buleh jadi ALLAH..al-quran wat main politik..puok nate..

    nate-nate pas ni pon haram jadah jugok..sebab takut ko nuar brehim nga limkiatsial..semuo bereh..

    kecek hal melayu tokse..tp kecek hal ugamo no satu..padahal ore melayu tu agamo isle jugok..

    bengong dok abih-abih puok haram jadoh ni..

  3. Pertama, UMNO seolah-olah terlalu tergilakan PAS. Sehingga mempertikai dengan siapa PAS hendak berkawan. Macam orang yg cintanya ditolak memburuk2 orang yang dicintainya.

    Kedua, Salahkah orang Islam masuk gereja dan apakah berdosa berada dalam majlis untuk bukan Islam yang terhidang arak didalamnya? Kalau begitu bagaimana dengan pemimpin2 UMNO yang hadir persidangan antarabangsa di mana arak menjadi hidangan utamanya. Malah makanan di dalamnya belum tentu halal? Bagaimana pula dengan orang Islam yang menjual arak atau orang Islam yang mengeluarkan lesen untuk orang Islam menjual arak seperti di Seven Eleven?

    Ketiga, berkenaan perkataan ALLAH. Saya tidak mahu bercakap mengenai hukum kerana saya bukan ahlinya. Cuma untuk memberi pandangan. Mereka bukan menyebut ALLAH tetapi ALAH. Bukan masalah istilah yg perlu diutamakan tetapi soal perlaksanaan hukum ALLAH. Kenapa kita terlalu sibuk nak pertahankan Istilah sedangkan Hukum Allah kita campak merata-rata. Kalau Hukum Allah dilaksanakan dan kefahaman Islam diberikan tak ada masalah langsung dengan Istilah. Sedangkan pemimpin Islam UMNO terang-terangan menghina hukum Islam tidak menjadi masalah kepada anda kenapa anda begitu perihatin hanya kerana istilah?

    Anda marahkan Nik Aziz kerana benarkan penggunaan istilah Allah. Kenapa anda tidak marahkan pemimpin anda yang menolak hukum Islam? Kenapa tidak marah kepada pemimpin Islam anda yang membenarkan pesta2 maksiat berleluasa? Kenapa tidak marahkan pemimpin Islam anda yang membenarkan konsert2 maksiat berkembang subur?

    Apakah anda rasa anda sudah cukup ISLAM dan cukup berilmu dan beramal berbanding Tok Guru Nik Aziz? Apa sumbangan anda kepada Ummah dan Islam berbanding Tok Guru? Apa zikir yang anda amalkan berbanding Tok Guru? Fikirlah dan renungkanlah apakah layak untuk anda menghina Tok Guru Nik Aziz.

    Pergilah berguru dengan guru yang mursyid. daripada membuang masa menabur fitnah dan adu domba di sini lebih baik pergi menuntut ilmu.

  4. KEHKEHKEH SI KERISKEMETOT SUDA MARAA DAAA..JOM KITE MEN KUIZ!

    1. SAPE YG GILE KALI PERTAMA USULKAN KERAJAAN PERPADUAN?

    JWB: HJ HADI..TEEEET! SPLOW MARKAH UTK AKU!

    2. TENGOK SITUASI LERR..KLU PAK AJIS BOLEH RESMI MAJLIS UPACARA AGAMA LAIN..BUKAN KE TU BOLEH DIKHUATIRI AKAN MENJADI SYIRIK?

    JWB: YEEEE..SBB TAKUT AKIDAH AKAN TERPESONG..TEEEET SPLOW MARKAH LG UTK AKU!

    3. SOALAN SDR KONTOT SEPATUTNYA DI TANYE OLEH PAK AJIS..KENAPA DIA MENCARUT?

    JWB: SB PENYOKONG TAKSUB ANGGAP DIA WALI..TENGOK GMBR DIA DPT PAHALA..DIA JAMIN BUAT FITNAH MASUK SYURGA..TEEEETT!!..SPLOW LG MARKAH UTK AKU! HUHUHU..

    JADI JOM KITA MARAHKAN PAK AJIS SB DIA LAH PUNCA ORG ISLAM PECAH BELAH, TERPESONG AKIDAH, MENGAJAR ORG LAIN FITNAH DAN TOHMAH..JOM RAMAI2 KITA SEPAK TONGKENG PAK AJIS JOM!..YEHAAAAAAAA!!!!

  5. Salam megat..

    just nk kongsi satu video di youtube..taip "hati gusdur dijamah yesus" lihat bagaimana penggunaan nama Allah dalam ceramah Kristian. jgn keliru...

  6. srikandi,

    terima kasih

    jefry

    amboi semua point ko menang kasi chance la

  7. Rupanya ramai tok guru tak bertauliah dan tak berilmu kat sini. Ingatan kepada pengurus laman, anda mempunyai saham ke atas fitnah dan adu domba yang anda mulakan. Jangan kita dalam kerugian menanggung dosa yang dibuat orang lain kerana kita yang memulakan.

    Saya bukan marah, anda sebenarnya yg marah (penggunaan huruf besar menunjukkan anda sgt marah)sy kasihankan anda. Kerana setiap muslim adalah bersaudara. Orang yg beriman tidak akan melihat sahaja saudaranya melakukan dosa. Selebihnya terserahlah kepada anda, saya sudah melaksanakan apa yg patut sy lakukan, sy sudah melepaskan diri sy dari tuntutan anda di akhirat kelak.

    kepada sesiapa yg berkenaan.

    Mengenai Kerajaan Perpaduan. Sy tidak mempunyai maklumat bagaimana ianya bermula. Tetapi apabila PAS sudah menolaknya kenapa UMNO pulak yang seoalah2 gila talak. UMNO pulak yang begitu frust bila PAS menolak Kerajaan Perpaduan. Sampai sekarang UMNO tak habis2 dgn kerajaan Perpaduan walaupun PAS sudah menamatkannya. Bukankah ini perangai orang gila talak? Hidung tak mancung pipi tersorong2.

    Apakah benar TG Nik Aziz pernah merasmikan majlis Keagamaan Agama lain? Banggakah anda menaburkan fitnah ni? Adakah anda rasa sempurna Iman dengan membuat fitnah ini? Tidakkah anda malu pada diri sendiri? Adakah anda tahu makna syirik? Adakah anda rasa aqidah anda begitu sempurna? Contoh perlakuan Syirik ialah mengatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan lebih tinggi dari Al-Quran. Fikir sendiri...adakah anda juga beranggapan sedemikian?

    TG Nik Aziz mencarut? Datangkan saya satu bukti yang TG Nik Aziz mencarut. Saya pasti anda akan terkencing untuk ini.

    Satu jari menunjukkan kpd orang lain, empat lagi menunjukkan kepada diri sendiri. Siapakah yang menanam sifat kebencian. Siapakah yang menguasai media? Siapa kah yang membuat cerita TG Nik Aziz mencarut? Apa tujuan mereka cerita tersebut kalau bukan untuk menanam perasaan benci? Kan saya sudah kata satu jari tunjuk orang empat lagi tunjuk diri sendiri..sekali lagi anda patut malu pada diri sendiri. Kalau anda tidak mempunyai perasaan malu bermakna tidak sempurna Iman anda.

  8. Untuk orang-orang yang dungu dan bebal

    Alla berfirman:-

    Qul huwa llahu Ahad
    katakan wahai muhammad Dia Allah esa (1)
    Allaahu shsomad
    tuhan tempat bergantung (2)
    Lam yalid walam yulad
    Dia tidak beranak dan tidak di peranakan(3)
    Walam yakun llahu kupuwan Ahad
    Dan tidak ada dengan Dia setara seseorang (4)

    Dari firman diatas jelas Allah menggelar dirinya sebagai Allah. (Allah yang satu, tidak beranak dan diperanakan)

    Sekarang ni camna, pas kata Allah ada satu + tiga. Ada anak pulak tu.
    Aku bingung sekarang ni. Orang-orang pas sila jawab.

Artikel Hot Minggu Ini

Followers

Anda Setuju Guan Eng Pembohong?

Join FB Pisau

www.pisau.net