Berita Hot Terkini

Nor Omar : Larangan Pegawai Pertanian

Filed Under ( , ) by pisau on 22.7.09

Banyak feed back yang saya dapat selepas menghadiri sidang akhbar semalam mengenai Larangan Pegawai Pertanian untuk hadiri mesyuarat di empat negeri pembangkang. Ada yang bersetuju dan tidak kurang pula yang membantah.

Berkuat kuasa serta-merta semua kakitangan dan pegawai agensi Kementerian Pertanian dilarang menghadiri mesyuarat pembangunan yang dianjurkan di empat negeri pembangkang. Ini kerana kerajaan negeri terbabit tidak memberi kerjasama dan peruntukkan kepada agensi dan jabatan Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani (KPIAT) untuk projek membabitkan kepentingan petani, peladang dan nelayan. Jadi apa guna kalau mesyuarat itu dihadiri oleh pegawai pusat...???

Perlukah kita berbuat baik kepada golongan yang tidak pernah tahu mengucapkan TERIMA KASIH kepada kita.Golongan yang hanya tahu mengkritik kesalahan orang lain tetapi berusaha mengaburi mata rakyat di atas ketidakmampuan mereka mentadbir negeri. Arahan larangan para pegawai jabatan dan agensi KPIAT dari hadir mesyuarat anjuran kerajaan negeri di empat buat negeri pembangkang itu tidak bermakna saya mengenepikan hak rakyat dari mendapat bantuan jabatan dan agensi KPIAT cuma saluran mestilah melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dan Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP).

JKKKP dan MPPP ditubuhkan adalah untuk menjadi medium kerajaan pusat menyalurkan bantuan terus kepada rakyat di negeri-negeri pembangkang tanpa sempadan politik. Jadi tidak timbul soal rakyat tidak mendapat bantuan kerajaan pusat. Cuma kita mahu rakyat jelas akan sumber peruntukkan yang disalurkan kepada mereka. Kalau tidak, peruntukkan kerajaan pusat dikatakan duit deme...deme dapat sokongan rakyat...lepas tu, rakyat cakap kerajaan pusat tak buat apa-apa untuk rakyat! Banyakkkk cannteekkk..!!!

Kerajaan negeri pembangkang juga tidak memberikan peruntukkan kepada agensi dan jabatan di bawah KPIAT seperti contoh FAMA, LKIM dan LPP untuk program-program pembangunan petani, penternak dan nelayan. Negeri Selangor contohnya, peruntukkan kerajaan negeri disalurkan menerusi Unit Pembangunan Ekonomi Negeri (UPEN). Kenapa tidak disalurkan juga menerusi agensi dan jabatan di bawah KPIAT..??

Pendek kata..apa yang kerajaan pusat lakukan adalah untuk memastikan bantuan sampai kepada rakyat tanpa perlu melalui birokrasi yang memenatkan.

Pisau kata " Kenyataan Noh Omar harus diperbetulkan,ramai yang tersalah sangka akibat salah lapor dari B.Harian"

Comments:

3 Responses to “Nor Omar : Larangan Pegawai Pertanian”

  1. Salam sejahtera tuan tanah,
    Perkara sebegini memang telah lama berlaku. Walaupun ada sungutan dari kalangan penyokong kjn tetapi tak ada Pak Menteri yg berani bertindak.
    Teman ucap tahniah dan syabas kpd Noh yg berani dan tegas dlm menjalankan amanah yg dipikulnya.

    Adalah menjadi harapan agar tindakan menteri ini akan diikut oleh lain-lain menteri yg berurusan dengan kepentingan rakyat, khasnya diluar bandar.
    Kalau Noh berani buat takkan Shafie Afdal tak buat serupa.

    Diakui atau tidak, memang ramai kakitangan k'jaan yg berpihak kpd pembangkang.
    Cari makan dgn kerajaan, politik ikut pembangkang.
    Akibatnya, rakyat teraniaya kerana sikap mereka yg engkar dgn arahan kerajaan.

    Inilah antara punca kenapa sebahagian besar bantuan kerajaan tidak sampai ke bawah.
    Menteri atau kerajaan buat dasar, kakitangan pelaksana tak ikut arahan kerana fahaman politik yg anti kerajaan.

    Syabas Dato' Noh.
    sanasinigitugini.

  2. kawan2 aku di putrajaya pun ramai yg sokong pembangkang. kalau sokong pakai fakta boleh pakai jugak tapi sokong buta. blient followers.

    kalau tak caya pergi la ke kantin kem. alam sekitar di p.j....duk melonggok, kutuk k,jaan. mcm diorg tu bagus sgnt. pas universiti pun half-pass-six, tu nasib baik k'jaan umno bagi kerja, kalau kerja dgn kompeni cina , panas buntut dia kena tiaww. tiap2 taun update borang JPA nak keje gomen.

    kalau aku la, aku buang aje diorag tu ....ramai lagi yg boleh buat kerja....hehe

    pekerja marhain, di putra jaya.
    Azim

  3. Memang benar, ramai dikalangan pegawai kerajaan, mereka yang buat kotor, makan suap dalam diam2 yang dari parti pembangkang.. aku pun kenal ramai.

    Yang Apek2 bisnes, mereka yang kaki suap, tapi mulut berbuih2 tuduh orang korupsi!

    JKKKP kat kampung aku sangat aktif walaupun dibawah Negeri Pembangkang. Yang hat lagi satu JKKK apa tu.. batang hidung pun kami tak kenal.

    Mai dari cerok kampung mana pun asal usul kami tak tahu! Pakai main bubuh siPolan itu ini...

    lodsle

Artikel Hot Minggu Ini

Followers

Anda Setuju Guan Eng Pembohong?

Join FB Pisau

www.pisau.net