Berita Hot Terkini

Manek Urai: PRK Bermula

by pisau on 7.7.09

Selepas tamat penamaan calon ,maka bermulalah tempoh berkempen di Manek Urai.Pisau berharap BN dapat menambat hati pengundi MU.

BN menampilkan seorang yang calon yang baik dari segala segi,seimbang sebagai pemimpin masyarakat di MU.Pisau nasihatkan petugas kempen BN berusaha dengan gigih agar beroleh kejayaan menambat hati pengundi.

BN,seperti biasa prihatin terhadap nasib rakyat dimana saja,tidak hanya ketika pilihanraya kecil berlangsung semata mata tetapi selaras dengan 1Malaysia,rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan,BN sentiasa konsisten didalam semua kempen pilihanrayanya,memberi pembangunan & kemajuan kepada rakyat,apa yang menyedihkan di pandang enteng sebagai tidak menepati dengan kehendak rakyat MU,Adakah rakyat begitu selesa dengan keadaan sekarang?sudah pastinya tidak,namun kata kata mereka yang disebelah sana,Islam lebih penting. Pisau tidak nafikan yang pendekatan Islam memang lebih baik,tetapi mahukah kawasan majoriti Islam dilihat mundur & taraf kemiskinan tidak pernah berkurangan.Apakah yang pihak PAS buat?Apa yang mereka buat selama memerintah Kelantan? tiada satu masjid pun di dirikan malah rumah berhala makin bercambah. Jangan menuduh UMNO menolak islam,malah itulah fitnah paling besar PAS keatas UMNO,menolak Islam seolah olah menuduh menolak agama sendiri. Apa? Islam sangatkah PAS?jangan mendabik dada hanya anda saja Islam, Buat pengetahuan pemimpin dan penyokong PAS,Islam bukan harta mak bapak anda,Islam bukan hak Tok guru,Jangan mengangap apabila menyertai PAS,memberi lesen besar untuk memandang rendah terhadap saudara sebangsa & seagama anda hanya semata mata tidak mengikuti politik songsang PAS.

Jika mahu memperkatakan soal Islam,Apakah sumbangan besar PAS terhadap Islam di negara ini? PAS lebih berpolitik dari berdakwah.Buat mereka yang begitu taksub menyertai PAS atas nama Islam,jika anda benar benar ikhlas,tinggalkan parti politik,sertailah pergerakan yang konsisten berdakwah seperti jemaah tabligh.

Gelombang biru bakal menukar lanskap politik Kelantan,perubahan bakal berlaku,permulaan baru BN untuk pembaharuan & meneruskan pembangunan di Kelantan,bukan hanya undi PAS boleh masuk syurga tapi undi BN pun boleh masuk syurga asalkan taat kepada suruhan Allah.

Manek Urai bakal menjadi kawasan angkat kerajaan persekutuan jika BN menang,kerajaan negeri tidak pernah berubah,sejak 19 tahun memerintah,tetapi rakyat MU akan berubah jika BN diberikan peluang menang.

Kerajaan PAS tidak pernah mengakui kerajaan Pusat banyak membantu Kelantan,malah membuat fitnah,menyebarkan fitnah kepada rakyat kelantan yang kerajaan Pusat tidak pernah membantu kelantan,

Rakyat Kelantan harus akui akan fakta ini yang tidak pernah kerajaan Kelantan PAS dedahkan
didalam RMK ke9 ,kerajaan pusat telah meluluskan bantuan kepada kerajaan Kelantan berjumlah RM7.6Billion,ini bukti kerajaan pusat tidak pernah menganaktirikan rakyat Kelantan,BN tidak pernah mengabaikan rakyat Kelantan,berharap rakyat Kelantan mensyukuri dan berlaku adil terhadap kerajaan pusat yang ditujangi oleh Umno.

Tempoh kempen bermula maka PAS dengan lantang menuntut hak royalti minyak,seolah olah kerajaan Pusat merompak hasil negeri Kelantan, Kepada Husam & Saifuddin Nasution,kelantangan anda nampak bodohnya tanpa berfakta,malah mengeluarkan fakta dan hujah2 dangkal yang berat sebelah.Siapa pun boleh keluarkan peta & angka angka,tapi dimana justifikasi kebenaran keatas maklumat anda,Jangan lah memperbodohkan rakyat Kelantan.

Rakyat Kelantan harus peka didalam soal ini,perkara yang berbangkit tentang telaga minyak meliputi kawasan bertindih yang di tuntut oleh Malaysia,Thailand & Vietnam,jika bertindih maka hak kerajaan pusat untuk selesaikan secara rundingan.

Kepada pembaca yang akan pulang mengundi di Manek Urai,Islam adalah agama pembangunan, PAS hanya menawarkan jenama politik mereka atas nama Islam,tetapi tidak membawa apa apa pembangunan, Malah jika dibandingkan dengan kerajaan BN,telah berjaya dan begitu amanah membangunkan K Ekonomi,pembangunan Insan,dari segi rohani & akedemik,malah pembangunan prasarana negeri juga tidak dilupakan oleh kerajaan BN.

Apakah yang dibuat oleh PAS Kelantan dalam melaksanakan amanah untuk membangunkan rakyat selama 19 tahun?tiada yang besar jika dibandingkan dengan usaha kerajaan BN yang konsisten dan berterusan.

Perpaduan seagama & sebangsa amat penting dinegara ini,juga baik untuk bangsa bangsa lain demi kestabilan politik pencapaian ekonomi negara idea itu disambut oleh PM & TPM tapi ditolak oleh Nik Aziz,DAP & PKR.
Manek Urai adalah medan bukti sokong perpaduan & tolak Nik Aziz yang lebih rela bersekongkol bersama DAP.



Pisau kata " Selamat Berkempen"



Comments:

3 Responses to “Manek Urai: PRK Bermula”

  1. Mengikut pungutan suara/poll serta reaksi penduduk-pendududk Manek Urai semasa penamaan calon PRK pada 06-07-09(Isnin) harapan BN untuk memenangi kerusi Manek Urai semakin cerah. Ini amat membimbangkan penyokong-penyokong PAS, setelah PRK di Penanti, PAS tidak bertanding, maka di Manek Urai, PAS akan melakukan apa saja untuk menafikan kemenangan BN. Oleh itu penduduk penduduk Manek Urai dinasihatkan supaya:

    1] Kad pengenalan adalah harta anda yang paling penting. Tanpa kad pengenalan anda tidak dibenarkan mengundi.

    2] Simpan kad pengenalan anda ditempat yang selamat. Jangan diberi simpan kepada sesiapa pun walaupun orang itu yang paling rapat dengan anda.

    3]Jika ada pihak yang menawarkan wang ringgit untuk menyimpan kad pengenalan anda secara sementara. Jangan terima. Laporkan segera kpd polis. Jika boleh dapatkan sedia bukti gunakan handphone untuk merakam peristiwa tersebut.

    4]Jika ada pihak memberi anda wang ringgit secara tidak langsung supaya mengundi parti mereka. Terima saja wang tu tapi jangan undi mereka. Nilai anda tidak boleh dijual-beli.Lapor kepada polis.


    5] Jika anda syak sesiapa saja yang mempunyai kad pengenalan lebih satu atau mengundi lebih dari satu tempat , lapor kan segera kepada Polis.

    6] Jika anda melihat perbuatan rasuah politik berlaku ditempat anda . Laporkan terus kepada polis.


    7] Awas, UMNO parti rasuah. Jangan biarkan diri anda terperangkap dan terpedaya.

    8) Awas , UMNO parti perkauman, Jangan campak diri anda kedalam kebinasaan.



    Selamat Mengundi

  2. Selamat berkempen dan selamat mengundi kepada rakyat di M.U...

    Pilihlah yang betul-betul. Jangan pilih yang seperti di P.Pinang...

  3. Tok Mudim,

    PAS cuma bagi hadiah kan?

Artikel Hot Minggu Ini

Followers

Anda Setuju Guan Eng Pembohong?

Join FB Pisau

www.pisau.net