Berita Hot Terkini

Manek Urai : Dua ahli Puteri UMNO pengsan dibaling batu

Filed Under ( ) by pisau on 14.7.09


Update:malaysiakini

kemaskini 2.48pm Lebih kurang 300 penyokong PAS dan BN dilaporkan bertembung di pusat membuang undi SK Peria dekat kira-kira 12 tengah hari ini.

Pergaduhan tersebut berjaya dileraikan oleh polis dan empat buah trak unit tindakan ringan diletakkan di situ bagi meningkatkan keselamatan, lapor laman web Utusan Malaysia.

Susulan pergaduhan itu, beberapa orang penyokong kedua-dua belah pihak mengalami kecederaan dan semuanya dihantar ke Hospital Kuala Krai.

Akhbar yang sama juga melaporkan, kira-kira jam 11 pagi terjadi insiden membaling batu dan botol antara kedua-dua belah pihak di sekolah berkenaan.

Sementara itu laman web The Star pula melaporkan, lima anggota Puteri Umno mengalami kecederaan dalam kekecohan dua kumpulan penyokong parti yang bersaing itu di luar SK Peria kira-kira 10.30 pagi.

KUALA KRAI 14 Julai – Dua ahli Puteri UMNO Kelantan terpaksa dikejarkan ke Hospital Kuala Krai selepas dibaling dengan batu ketika bertugas di Pusat Pembuangan Undi Sekolah Kebangsaan (SK) Peria, dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari, masing-masing cedera di belakang dan pengsan di tempat kejadian akibat terkena balingan batu oleh perayu undi parti yang bertanding.

Difahamkan ada kalangan mereka yang cedera sehingga patah gigi kerana masing-masing membaling botol air dan batu ketika meraih undi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kejadian berlaku berikutan provokasi yang dilakukan oleh perayu-perayu undi parti yang bertanding.

Abdul Rahim menasihatkan semua perayu undi supaya banyak bersabar untuk mengelak sebarang insiden yang tidak diingini.

"Kita juga meminta orang ramai supaya lebih banyak bersabar dan tidak cepat marah ketika berada di luar pusat mengundi," katanya. – Utusan


Seperti yang dijangkakan perkara ini akan berlaku akibat tindakan ganas dari penyokong PAS,mereka sudah hilang batas menyerang dengan mengunakan batu, Pisau mengharapakan kedua dua belah pihak dapat mengawal perasaan. Berkempenlah secara aman.


Pisau agak kesal dengan perkara ini,hanya kerana politik ada yang sampai tercedera,Pisau berharap kedua belah pihak bertenang.

Comments:

12 Responses to “Manek Urai : Dua ahli Puteri UMNO pengsan dibaling batu”

  1. Ye ke? Ada bukti ke? Atau saja buat provokasi? Kalau ada gambar lagi bagus. Kemungkinan batu tu dibaling oleh anggota dari group BN lain. XD

  2. Ye la kalu kena je terus tuduh PAS,elok ler letak bukti cam gambar ke,ada bukti?

    Jangan buat fitnah pulak....

  3. ambo ado di tempat tuh...

    jangan membelikkan cerita.

    yo!

  4. ni lah...kalu PAS yg fitnah boleh pulak...,tak ada bukti pun boleh... TDD

  5. kalau cerita ni berbelit maknanya sumber malaysiakini memang pembohong besar la?

  6. kalo kita lihat kejadian dipermatang pauh dan bukit gantang
    sapo yg lebeh melampou org PAS ATAU UMNO? tentu org menudong jari
    pada org PAS.

  7. Orang tengah.

    "Ambo ado ditempat tuuu.."Kalau betul awak berada di tempat tu ceritakan kejadian dari mula sampai akhir dan serta kan gambar sebagai bukti.Kita ingin tahu siapa sebenarnya melakukan fitnah.

  8. Orang tengah

    "ambo ado di tempat tuuu..."
    Sekiranya benar kamu berada di tempat kejadian,minta kamu ceritakan dari mula hingga akhir kalau ada gambar sebagai bahan bukti lagi bagus.Kami ingin tahu siapakah yang melakukkan fitnah.Tolong ye jangan hampakan.

  9. penyokong PAS dari dulu sampai sekrg..

    hmm hmmm hmm..setiap kali pilihanraya akan timbul isu seperti ini specially dari negeri kelantan

  10. PAS = Parti Ajaran Songsang, pengikut PAS, pengikut ajaran sesat, Pemimpin PAS, Kuat mencarut, perangai macam Samseng dan sanggup jadi barua zionist. Kalau Mur Shit Dol Ham PAs kelapa sebagai pemimpin Parti PAS, kencing berlari, pengikut2 tegar memang berak tak chaybok macam teman baik mereka orang2 DAP. ka..ka..ka.. Pemimpin macam samseng dah tentu perangai pengikut2 memang confirm tak makan zaman, pokemon!!!! Dah tua2 plak tu, perangai macam binatang babi!!! babi hutan!!! Parti Islam ke apa? Parti Hamprak!!! Anak2 mereka semua membesar macam bapa2 mereka ni yg semua kurang ajar!! binaweh!!!

  11. aku risau melihat blog ini, aku teringat tanda - tanda akhir zaman yang ALLAH subhanawataala berfirman, lebih kurang maksudnya berbunyi begini: DIAKHIR ZAMAN MANUSIA MEMILIH PEMIMPIN YANG SESAT DAN AKHIRNYA MENYESATKAN ORANG LAIN.

    Rumusannya : diakhir - akhir ini ramai sangat orang kurang arif agama , macam aku ni termasuklah di blog ini yang berani membuat fatwa sendiri.

  12. sya x mau mnyeblah mana2,tapi sya pnah tengok sikap org pas saya tengok macam dah hilang akal.bila kempen. mengucaplah kedua2 pihak.

Artikel Hot Minggu Ini

Followers

Anda Setuju Guan Eng Pembohong?

Join FB Pisau

www.pisau.net