Berita Hot Terkini

Manek Urai : Ali Baba Dah Tak boleh Cari Makan

Filed Under ( , , ) by pisau on 1.7.09

Penstrukturan semula Jawatankuasa Pelaburan Asing FIC yg diumum oleh Perdana Menteri hari ini adalah langkah bijak & berani kerajaan untuk memangkin pertumbuhan ekonomi, menjana aktiviti pelaburan & meningkatkan penyertaan bumiputera secara lebih mapan.

Apabila ekuiti bumiputera tidak bertambah dlm jangkamasa yg lama hanya sekitar 19%, antara faktor yg dikenalpasti perlu dikaji & dtambahbaik ialah FIC..selama ini ia menjadikan pegangan ekuiti tidak efektif dan usahawan bumiputera yg terlibat tidak aktif (sleeping partners).

Penubuhan Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) mampu utk membantu membangun usahawan Bumiputera..pada ketika yg sama, dgn "deregulation" ini, objektif 30% penyertaan Bumiputera di peringkat makro masih kekal..adalah diharapkan agar kerajaan dapat mencapai hasrat pegangan 30% atau lebih dalam masa yg tidak terlalu lama dgn adanya penstrukturan semula FIC yg diumumkan.

Unit Perancang Ekonomi EPU yg membuat pemantauan pula diharapkan agar sentiasa pastikan bahawa penstrukturan yg dibuat adalah utk kebaikan semua pihak, pelabur, usahawan bumiputera dan syarikat2 bukan bumi..laporan & pemantauan berkala perlu dibuat.

Jika didapati pelaksanaannya merugikan mana2 pihak terutama bumiputera, maka tanpa teragak2 FIC yg telah distruktur semula hari ini wajar sentiasa ditambah baik..jgn kita mengambil masa yg terlalu lama utk menukar sesuatu yg telah terbukti tidak menguntungkan semua pihak spt syarat2 FIC sebelum ini..terima kasih
[Kenyataan khas sms YB Ahmad b Maslan..Ketua Penerangan UMNO M'sia]


Kali ini Pisau bersetuju dengan tindakan PM agar syarat FIC dikaji semula,tahukah anda, hasrat murni kerajaan ketika syarat FIC diadakan untuk membantu bumiputra agar terlibat didalam sebarang pelaburan asing sejak zaman 70an lagi,sasaran agar kaum melayu dapat menguasai 30% didalam FDI tidak tercapai,sehingga kini cuma 19%.

Tetapi didalam 19% itu adakah semuanya usahawan bumiputra yang benar benar terlibat ?
Percaya lah kebanyakannya adalah ali baba atau pun hanya boneka sebagai memenuhi syarat yang ditetapkan,di beri elaun tetapi di layan seperti sampah.

Golongan Alibaba ini cukup banyak pada zaman Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan, kroni kroni anwar menjadi jutawan sekelip mata dengan hanya memenuhi syarat hanya semata mata dia itu seorang "melayu" yang di endorse sebagai penyokong Anwar.Sekarang ini legasi Anwar di pasaran saham cukup banyak ali baba.

Hasrat murni kerajaan untuk membantu bumiputra di salah guna oleh Anwar untuk mengumpul kekayaan bersama kroni kroni nya.Apakah ini yang mahu kita teruskan? Semestinya langkah PM untuk mengkaji semula & menambah baik sistem yang sedia ada amat di alu alukan.

Bagi Melayu Bangsa Pakatan rakyat yang giat berkempen di Manek Urai, cukup cukup lah berbohong kepada orang sana, Umno tidak mengadai hak orang melayu,Umno sedang membaik pulih imej orang melayu agar tidak di pandang sebelah mata oleh bangsa lain.

Anwar Ibrahim sibuk di manik urai mengatakan Umno mengadai hak bumiputra,sedangkan UMNO menghapuskan HAK ALI BABA.

SIAPA YANG MENJADI ATAU BAKAL ALI BABA PASTI AKAN MENENTANG AKAN PERIHALNYA FIC INI.


Lihat betapa gemuk nya ali baba,makan tidor makan tidor dapat duit buta.

Pisau kata "
Selalu nya tindakan kurang popular lah menjadi ubat untuk kebaikan negara"

Comments:

One Response to “Manek Urai : Ali Baba Dah Tak boleh Cari Makan”

  1. WA SOKONG BRO..ALI BABA LAH PEROSAK NEGARA..PENSABOTAJ EKONOMI NEGARA..PENJAHANAM NEGARA..LEBIH BAIK CANTAS SKRG SEBELUM MELARAT!..SKRG NI PENBANGKANG SENTIASA CARI POINT MENGENAI ISU NI..TP SKRG BILA DS NAJIB DH HALANG, MAKA TERKEBIL2 LA MATE DIORANG KEHKEHKEH

Artikel Hot Minggu Ini

Followers

Anda Setuju Guan Eng Pembohong?

Join FB Pisau

www.pisau.net