Berita Hot Terkini

Malaysia Bolos!

by pisau on 6.7.09

Bekas perdana menteri Thailand yang dikehendaki di negaranya Thaksin Shinawatra berjaya melarikan diri daripada pihak berkuasa Malaysia sewaktu berada di Kuala Lumpur baru-baru ini, kata timbalan
menteri dalam negeri Thailand.

Thaworn Sennian berkata, dalam insiden tersebut pegawai kedutaan Thailand memaklumkan kepada pihak berkuasa Malaysia bahawa Thaksin ketika itu sedang menginap di Hotel Shangri-La, lapor Bernama.

Agak menghairankan apabila sesiapa yang dikehendaki oleh pihak polis dengan mudah melepaskan diri lari keluar dari negara ini,Perihalnya kes Thaksin ini,membuatkan Pisau tertanya kenapa begitu mudah mereka ini menghilangkan diri?Adakah wujud tangan ghaib seperti mana Raja Petra melarikan diri.

Mereka ini terlibat dengan kes di makhamah,kenapa pihak keselamatan negara tidak mengambil inisiatif memperketatkan jalan keluar dari negara ini, Pisau tidak terkejut jika pembunuh,perogol atau pun perompak berjaya meloloskan diri keluar dari negara ini,seolah olah amat mudah melarikan diri. Siapa tahu satu hari nanti Anwar Ibrahim juga yang takut dengan tindakan makhamah mengambil langkah yang sama.

Pihak keselamatan negara ,harus mengambil berat agar perkara ini tidak berulang lagi.

Comments:

2 Responses to “Malaysia Bolos!”

  1. Salam bro,

    Begitu mudah pintu negara dibolosi. Begitu senang juga membolos keluar.

    Betul. Saya pun terfikir begitu,..memang ada tangan ghaib yang buat kerja tu...

  2. Hilbert,

    ya saya fikirkan jika sesiapa yang mahu menyerang negara barangkali amat mudah melarikan diri

Artikel Hot Minggu Ini

Followers

Anda Setuju Guan Eng Pembohong?

Join FB Pisau

www.pisau.net