Raja Drama

Posting Terkini

Rakyat Kurang Ajar Tidak Hormat Lagu Kebangsaan

Filed Under ( , , ) by pisau on 28.6.09

Malaysia flag 300

Arahan hormat lagu Negaraku

KUALA LUMPUR 27 Jun - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan menempatkan pegawai-pegawainya pada majlis rasmi kerajaan bagi memastikan hadirin termasuk petugas media menghormati lagu Negaraku ketika dimainkan.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menegaskan, arahan yang berkuat kuasa serta-merta itu membolehkan mereka bertindak menghalang petugas media seperti jurugambar daripada berjalan-jalan sambil memetik kamera mereka.

Menurutnya, jika masih terdapat pihak yang ingkar selepas ini, para pegawai kementerian terlibat akan memastikan mereka meninggalkan majlis itu.

Jelas beliau, walaupun masyarakat dan petugas media telah diingatkan sebelum ini mengenai perkara tersebut, namun pihaknya mendapati masih ada segelintir daripada mereka tidak mematuhi serta menghormati lagu kebangsaan itu.

"Di negara jiran seperti Indonesia dan Singapura, mereka tidak buat begitu, mereka menghormati lagu kebangsaan mereka," katanyaselepas menghadiri pelancaran logo serta lagu 1Malaysia dan program senam seni Malaysia di Dataran Merdeka di sini hari ini.



Sepatutnya tidak perlu memaksa agar rakyat menghormati lagu Negaraku,Saranan Datuk Seri Dr. Rais Yatim mengambarkan selama ini rakyat tidak ada semangat kenegaraan,malah rakyat memandang enteng dan langsung tiada rasa hormat terhadap lagu kebangsaan.

Sepatutnya parlimen mewujudkan rang undang undang ,agar tindakan boleh diambil terhadap mereka yang tidak menghormati lagu negaraku termasuk jalur gemilang.Pesalah patut dihukum menghafal lagu negaraku dan di hantar menghadiri khidmat negara agar menghormati dan mempunyai semangat kebangsaan.

Tetapi yang menjadi persoalan,berapa ramaikah yang menghafal lagu negaraku?dan fasih berbahasa malaysia?



Pisau kata "ramai yang tak hafal lagu & cakap bahasa kebangsaan,tapi menuntut bukan bukan"

Reblog this post [with Zemanta]

Comments:

4 Responses to “Rakyat Kurang Ajar Tidak Hormat Lagu Kebangsaan”

  1. SAYA SETUJU! RAKYAT MALAYSIA KALAU TAK RETI NAK HORMAT LAGU KEBANGSAAN SILA BELI TIKET AIR ASIA SEHALA, DAN JANGAN BALIK KE MALAYSIA LAGI! SEKIAN TERIMA KASIH

  2. Salam Pisau net,

    Isshhh..berat juga denda yang disyor sdr Parpukari tu hehehe..nanti bankrap pulak airasia pasal keluar dari Malaysia saja penuh pesawat dia, tapi bila terbang balik kosong jer..mau jatuh pengsan lagi DS Tony Fernandez dibuatnya hehehe...

    Pasal arahan dari DS Rais tu, saya rasa kurang setujulah. Janganlah buat benda-benda yang lama seperti itu lagi. Kementerian Penerangan kenalah berlembut sikit, jangan ulangi kisah lama masa zaman Tok Mat dulu..bimbang pula rakyat tawar hati.

    Kalau pasal orang berjalan-jalan atau badan bergerak-gerak masa lagu Negaraku dinyanyikan sehingga orang itu terpaksa dihalau...bagi saya tindakan seperti itu bukannya budaya kita.

    Jika pendekatan seperti itu terus diguna bagi memaksa orangramai untuk menghormati lagu Kebangsaan, saya fikir itu sudah tidak betul. Risau pula nanti orang akan tambah tidak hormat.

    Cubalah cari cara lain untuk membuat seseorang itu supaya tahu dan harus menghormati lagu tersebut iaitu ketika lagu Negaraku dimainkan.

    Perasaan menghormati lagu Negaraku sememangnya mesti ada pada setiap rakyat Malaysia tanpa mengira latarbelakang kehidupan mereka, tanpa melihat apa fahaman politik yang mereka bawa.

  3. hilbert,

    sepatutnya saranan tu tak perlu ada pun, hal hal mcm ni semua orang kena dan patut dah tau.
    takkan nak hormat lagu negara sendiri kena paksa kot, sampai dah takde keikhlasan dah

  4. Ni tak ada kena mengena dgn ikhlas ke tak..arahan ni simple..untuk semua orang hormat lagu kebangsaan waktu ia dimainkan...disebabkan dah ada orang yg tak reti hormat la arahan ni dikeluarkan....

Popular Posts