Sampai hati Nik Aziz SENYUM MESRA sambil memberi tanda BAGUS kepada salah seorang tokoh Harbi TERBESAR di Asia Tenggara ini. Tidakkah Nik Aziz tahu bahawa dia baik dengan kapitalis Thaksin Shinawatra yang sanggup menjual satelit telekomunikasi (SinCorp) negaranya sendiri kepada Temasek Holding? Dan Thaksin itu adalah provokator yang telah membunuh Melayu-Islam di Selatan Thailand, komuniti yang secara tidak langsung merupakan saudara Kelantanmu wahai Nik Aziz. Juga apa jadi dengan nasib Melayu-Islam di Singapura? Fikirlah.
1) Kepada rakan-rakan yang selama ini MEMUJA Nik Aziz bagaikan maksum, penulis minta maaf kerana tidak dapat lagi berselindung untuk menjaga hati kalian dalam posting kali ini yang melibatkan NIK AZIZ. TEGURAN KERAS perlu dibuat kepada seseorang yang sudah merasakan dirinya amat tinggi ilmu dan amalnya sehingga tidak sedar lagi di manakah KEPENTINGAN yang patut diutamakan sebagai Melayu-Islam di Malaysia ini.
2) Seperti penulis pernah tegur secara terbuka seorang bekas PEMIMPIN TERTINGGI dalam kerajaan yang pincang sebelum ini (cucu ulama besar juga), maka tidak ada bezanya dengan Nik Aziz ini. Sedangkan Saidina Umar R.A sebagai seorang sahabat Nabi, pejuang fisabilillah dan Khalifah kedua Dunia Islam pun meminta dirinya ditegur, inikan pula Nik Aziz seorang bangsawan Melayu dari keturunan RAJA BERSIONG (moyang Raja Jembal). Tidak kira ASAS ILMU apa yang Nik Aziz ada tetapi jika banyak tindak-tanduk Nik Aziz memberi FITNAH kepada Islam itu sendiri, maka sia-sia jualah ASAS KEILMUAN Nik Aziz itu. Apabila Islam terfitnah, maka golongan yang kecewa dan keliru dengan Islam ini akan cenderung membentuk golongan LIBERAL-SEKULAR yang menjauhi retorik agama mainan PAS Nik Aziz ini. Lagi jahanamlah generasi Melayu-Islam kita di Malaysia.
Tidak salah mahu main snooker. Tetapi bayangkan jika gambar seperti ini tokohnya orang UMNO, sudah tentu tokoh itu akan dicerca suka berfoya-foya bermain mainan orang muda. Tapi jika "Tok Guru" yang memainkannya, maka tidak mengapa kot.
3) Kenapa Nik Aziz menentang PERPADUAN MELAYU-ISLAM di saat-saat kita kian berpecah di bumi bertuah ini? Kenapa masih berdendam? Sedangkan dia arif bahawa dalam Islam tiada konsep dosa warisan/asal, maka bukankah itu bermakna Islam selalu membuka pintu kemaafan? Perbuatan individu-individu UMNO masa lampau tiada kaitan dengan MAJORITI orang UMNO masa kini yang mahu melihat perubahan. Tapi kenapakah Nik Aziz tidak mahu menyahut, berdamai dan mungkin berdakwah secara lebih dekat sesama Melayu-Islam dari parti UMNO? Kenapa begitu angkuh mempertahankan PAKATAN dengan golongan MUNAFIK-HARBI yang secara terang-terangan menolak segala unsur-unsur KETUANAN MELAYU yang mendukung KEDAULATAN ISLAM di Malaysia selama ini?
4) Kenapa rela Nik Aziz menafikan nasihat dan pujuk rayu mufti Perak, Dato Seri Dr Haji Harussani bin Haji Zakaria untuk berdamai dengan UMNO Perak demi kesejahteraan orang Melayu-Islam di Perak? Kenapa Nik Aziz ingkar hasrat SULTAN PERAK yang mahu melihat Melayu-Islam yang berkuasa memimpin negeri? Kenapa Nik Aziz tidak menegur tindakan-tindakan Nizar secara terbuka yang terus hingga ke hari ini membuat kacau bilau dalam politik negeri Perak? Kenapa Nik Aziz tidak nasihat pengikutnya supaya taat akan Sultan sebagai Amirul Mukminin sesebuah Kerajaan negeri itu selagi baginda bersolat dan tidak mengarahkan kegiatan maksiat? Kenapa Nik Aziz? Kenapa?
Kenapa perlu Nik Aziz MESRA dan PERCAYA kepada golongan LIBERAL-SEKULAR seperti Zaid Ibrahim dan Anwar Ibrahim ini? Kenapa Nik Aziz rela menjadi Kadi kepada perkahwinan anak Zaid Ibrahim yang terkenal menyokong BAR COUNCIL dalam membela kes murtad Lina Joy? Kenapa berpakat dengan Anwar yang telah menghentam sistem Islam dan memuja demokrasi bebas di Amerika Syarikat? Mereka ini proksi agenda NEW WORLD ORDER!
5) Kenapa Nik Aziz dahulunya pernah menghentam Parti Rakyat Malaysia (PRM) sebagai golongan sosialis yang sama dengan komunis dalam Harakah, kemudiannya menerima pula Parti Keadilan Rakyat yang telah menyerapkan golongan "sosialis" PRM ini tadi? Kenapa Nik Aziz tidak menegur Anwar apabila dia mahu Chin Peng Komunis itu kembali? Kenapa sering berubah pendirian wahai Nik Aziz? Kenapa tidak pernah ada walau satu pun ucapan dari Nik Aziz secara terbuka untuk mempertahankan badan bersenjata Malaysia (Melayu-Islam) yang menentang komunis suatu masa dahulu? Lupakah Nik Aziz bahawa komunis juga telah ramai membunuh para imam dan ketua kampung yang alim? Lupakah Nik Aziz? Atau Nik Aziz sengaja melupakan segalanya demi undi popular dari kaum/agama lain?
6) Jika Nik Aziz tuduh UMNO buat jahat banyak lagi, habis itu kenapa pula Nik Aziz yang kononnya mengetuai PAS membiarkan PAS melakukan SEDIKIT jahat (salah)? Kenapa perlu banding dengan "kejahatan" UMNO? Tidak bolehkah Nik Aziz nasihat PAS supaya jangan buat jahat (salah) langsung? Tidak bolehkah Nik Aziz menahan diri dari menggadai prinsip dan nama baik Islam yang tegas lagi jelas ini? Nik Aziz mengaku sebagai NAKHODA PAS seluruh Malaysia, tetapi gaya pertuturan Nik Aziz seringkali tidak jelas, berubah-ubah dan mungkin hanya difahami oleh orang KELANTAN sahaja, jika orang luar silap faham, Nik Aziz salahkan media kerajaan, tetapi pernahkah Nik Aziz JELASKAN dalam Bahasa Malaysia secara terperinci untuk memberi kefahaman yang jelas kepada orang Melayu luar Kelantan ini? Dan akhirnya Nik Aziz minta orang datang mendengar ceramahnya secara langsung atau beli CD ceramah Nik Aziz, adakah itu paksaan secara halus dalam berdakwah? Padahal Islam anjurkan kaedah berdakwah yang menyenangkan orang FAHAM dan JELAS seperti cara bekas mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, bukan cara yang membuatkan orang semakin KELIRU atau FANATIK. Apakah maksud Nik Aziz apabila mengiyakan perkataan "ALLAH" boleh digunakan oleh agama lain di Malaysia ini? Apakah situasi kaum, budaya dan agama di Malaysia ini sama seperti di Timur Tengah? Fahaman apa yang Nik Aziz cuba terapkan ini?
Ucapan demi Kuasa Rakyat? Rakyat yang mana? Rakyat yang MUNAFIK-HARBI? Rakyat yang mahu kesama-rataan? Rakyat yang mengawal ekonomi? Rakyat yang mahu menghapuskan institusi Ketuanan Melayu dan Kedaulatan Islam di Malaysia? Rakyat yang mahu hidup BEBAS seperti di Amerika Syarikat? Nik Aziz fikir Ketuanan Rakyat akan memihak kepada agenda Islam sebenar?
7) Nik Aziz mengaku Kelantan (Kota Bharu) membangun walaupun kononnya didiskriminasi oleh kerajaan pusat, tapi sedarkah siapa yang maju di Kelantan itu? Siapa yang membangun sebenarnya? SBJ bukan? Siapa itu Syarikat Bina Jaya (SBJ)? Melayu-Islam? Adakah benar Melayu-Islam semakin berjaya dan maju di Kota Bharu hanya kerana jasa kerajaan PAS? Perasankah Nik Aziz bahawa bilangan bukan Melayu-Islam dari luar semakin bertambah di Kota Bharu? Apa sudah jadi? Adakah mereka itu sekadar datang melawat atau membeli-belah sahaja? Kenapa semakin besar rumah ibadat bukan agama Samawi di Serambi Mekah ini? Apa sudah jadi? Ada ke contoh Serambi Mekah di tempat lain dalam dunia ini yang rumah ibadat agama bukan Samawi nya semakin membesar? Tidak hairan bagi penulis jika golongan ini begitu makmur dan suka kepada PAS sehingga menyertai KELAB PENYOKONG PAS!
8) Andai kata jika suatu hari nanti Melayu-Islam di Kelantan ditimpa bencana seperti mana negara jiran kita, barulah kita insaf bahawa kita yang memegang status ULAMA ini sudah pun memberi FITNAH kepada perjuangan sebenar para mujahid kita. Tidakkah Nik Aziz insaf melihat kesengsaraan saudaramu di SELATAN THAILAND, yang hidup tanpa institusi Sultan, yang hidup bawah golongan kuffar Harbi yang tidak beragama Samawi. Tapi saudara-saudara Patani kita itu tidak seperti Nik Aziz, mereka tetap melaungkan Allahuakbar bersama dengan HIDUP MELAYU PATANI! Mereka tidak tinggalkan identiti bangsa mereka sepertimana Nik Aziz menuduh KEMELAYUAN itu Assobiyyah, mereka tetap tidak tinggalkan ISTILAH MELAYU pada perjuangan mereka, kerana mereka tahu sepertimana sesungguhnya Nik Aziz pun tahu, bahawa MELAYU yang dilaungkan itu adalah fitrah yang tidak bertentangan dengan Islam itu sendiri.
"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu." (Surah Al-Baqarah, ayat 208)
9) Memang banyak lagi kekecewaan penulis yang terpendam selama ini kepada Nik Aziz. Kerana dia tidak "makan" teguran lembut dari mereka yang sebaya, apatah lagi dari insan muda seperti diri penulis ini. Ya, kita semua tidak sempurna, seperti juga penulis yang masih menimba ilmu melengkapi diri yang semakin meniti usia ini. Tetapi beban status sebagai ULAMA adalah berat! Nik Aziz yang sepatutnya memberi tunjuk ajar dan contoh teladan yang baik kepada generasi muda, bukan sekadar di luar pentas politik, bukan sekadar pada poster-poster Nik Aziz yang meminta doa sambil berlinangan air mata itu, bukan modal politik seperti itu. Berkenaan dengan istilah Melayu yang Nik Aziz alergik selama ini, ulama-ulama kita terdahulu ada meletakkan nama asal bangsa atau tempat masing-masing di belakang nama Islam mereka, contohnya Al-Fathani (orang Patani) atau Al-Kelantani (orang Kelantan). Inilah yang dinamakan konsep NASIONALISME (Kebangsaan) dalam Islam. Para ulama-ulama silam ini tidak menafikan bangsa asalnya, sebab itu mereka masih lagi menyebut tempat asal dan bangsanya pada hujung nama mereka. Bukan menafikan MELAYU seperti yang Nik Aziz selalu katakan sehingga istilah Melayu itu menjadi jijik dan diperlekehkan kerana dendam politik.
10) Walaupun KERAS segala teguran yang dibuat oleh penulis yang tidak sempurna ini, tetapi hati penulis tetap mendoakan semoga TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT akan rasional dan kembali ke jalan ULAMA yang sebenar, ulama yang tegas dengan prinsip Islam sebenar, ulama yang berlapang dada bebas dari dendam politik, ulama yang faham akan kepentingan yang patut diutamakan dalam situasi Melayu-Islam di Malaysia dan Muslim di dunia ini yang semakin tertipu dengan mainan golongan KUFFAR HARBI yang ingin melenyapkan akidah kita semua. Semoga Allah membuka pintu hati "Tok Guru" ini dan menggunakan ilmu agamanya untuk memimpin Melayu-Islam di Malaysia ke arah yang benar. UMNO pun ada silap, dan PAS pun ada silap, dua-dua telah terlanjur demi politik, yang jadi mangsa ialah kami, generasi muda Melayu-Islam di Malaysia. Penulis sayang kepada Nik Aziz dan Dr. Mahathir sebagai tokoh politik nasional yang banyak mencorakkan cara berfikir Melayu-Islam kita selama ini.
Jika budaya dan perayaan agama kaum lain Nik Aziz boleh turuti dan meriahkannya, mengapa budaya dan tradisi kaum sendiri Nik Aziz cerca dan anggap sebagai bertentangan dengan Islam? Kenapa perarakan Burung Petalawati untuk sambutan Hari Keputeraan Sultan Kelantan tidak lama dahulu diboikot sedangkan replika yang tidak sempurna itu hanya untuk sementara kerana diperbuat dari bunga-bunga? Kenapa berat sebelah anti unsur kebudayaan Melayu yang umumnya tidak pun berkaitan dengan penyembahan? Demi meraih undi popular dari kaum/agama lain? Demi politik mendendami UMNO yang dikaitkan dengan Melayu itu?
"Sungguh celakalah orang-orang yang menulis Al-Kitab dengan tangan mereka, lalu mereka katakan, "Kitab ini dari Allah", untuk mendapatkan keuntungan yang sedikit. Sungguh celakalah mereka kerana tulisan tangan-tangan mereka dan sungguh celakalah mereka kerana usaha mereka." (Surah Al-Baqarah, ayat 79)
sumber:sahabatpisau Pisau kata " Islam tiada konsep dosa warisan/asal, maka bukankah itu bermakna Islam selalu membuka pintu kemaafan?"
13 Responses to “Manek Urai PAS :Nik Aziz -malaysiakini”
Anonymous
on 6/17/2009 10:47:00 PM #
Betul tu. Dalam Islam tidak ada inheritance of sins. Allah Maha Pengampun, inikan seorang bernama Nik Aziz. Saya terkejut seorang 'Wali' bercakap dengan penuh emosi dan dendam. Moga-moga dilembutkan hati Tuan Guru ini...
Saya dibesarkan didalam keluarga yang merupakan penyokong tegar PAS. Pintu rumah saya dicat dengan lambang PAS...dikabinet TV, Dinding rumah dan peti ais terpotret gambar "tok guru" Nik Aziz...saya disogok dgn kaset-kaset ceramah Nik Aziz, arwah Ust. Fadhil, Mat Sabu dan lain2. Malah saya dibawa bersama ke majlis ceramah atau program anjuran PAS. Di situlah saya "belajar" mengenai PAS...saya juga pernah dibawa ke Kelantan bertemu dgn "Tok Guru" ni...
Sebenarnya, dahulu saya memandang tinggi beliau sebagai tokoh agama di Malaysia walaupun beliau berada dipihak pembangkang. Namun, semakin hari, semakin hilang rasa kagum saya padanya. Dari tahun ke tahun, Nik Aziz mula merapu dan merepek dgn "fatwa2"nya yang konstroversi dgn muamalah Islam yg saya pelajari. Saya tidak puas hati, memandangkan ilmu agama saya agak cetek berbanding Nik Aziz, saya kerap bertanya dgn Ustaz2 yang setanding ilmu dgn Nik Aziz. Ada dari mereka lulusan Azhar, Madinah, Scotland dan mahir dgn "kitab-kitab kuning" dipondok2. Adalah amat memeranjatkan saya apabila mereka sependapat dengan saya. Dan kini, hasilnya...saya sudah kurang hormat kepada Nik Aziz. Jika hormat pun, saya hanya hormat beliau sebagai saudara seIslam dan insan yg lebih tua dari saya. Ilmunya tidak lagi saya kagumi apabila "fatwa2"nya lebih berbau politik berbanding hakikat ilmu dan muamalah yg diseru oleh agama kita. Itulah Nik Aziz yg saya kenal sekarang. Seorang politician dan beliau tidak lagi layak berdiri sebagai seorang ulama. Dr. Harun Din pernah memberitahu bahawa "seorang ulama yang menceburi bidang politik maka hilanglah ciri dan label ulama yg ada padanya".
Saya juga terperanjat dgn akhlak Nik Aziz apabila menghalau Ust Nasha keluar dari PAS. Apakah ini akhlak yg Rasulullah ajar padanya? Setahu saya, Baginda Rasulullah tidak begitu akhlaknya! Kenapa tidak disuruh juga Hj. Hadi keluar PAS? Kenapa pula perlu ada double standard? Sedangkan yg lebih vokal dalam mengutarakan idea ini ialah Hj Hadi! Nik Aziz takut ke hak halau Presiden?
Demikianlah jika sudah berkawan dengan "syaitan", orang yg bersatu di dalam jemaahnya pun dihalau! Mungkin baginya Nasha, Hadi, Mustapha Ali itu "munafik". Tapi munafikkah seseorang itu yang menganjurkan perpaduan di kalangan umat Islam di Malaysia??? Haru biru betoi...
Salam, Wahai saudara yang budiman, Sungguh terguris hati saya dengan apa yang ditulis oleh saudara itu. Apakah perkara yang terpendam dalam hati saudara itu? Mengapa hendak mencaci Nik Aziz dengan begitu rupa. Jauh apa yang saudara khabarkan itu banyak yang tidak benar. Janganlah saudara cuba untuk memanipulasi dan meracuni fikrah orang lain dengan tohmahan-tohmahan saudara itu. Bayangkan sekiranya terdapat segelintir pembaca yang membaca penulisan saudara itu tanpa menyelidik mana yang sahih dan mana yang batil. Sudah tentu rasa benci mereka membuak-buak terhadap Nik Aziz.
Silalah saudara baca keluaran terbaru Harakah keluaran BIL 1448 (19-21Jun). Salahkah Nik Aziz menerima kunjungan Lee Kuan Yew? Saya berpendapat tidak salah. Malah Perdana-perdana Menteri Malaysia sebelum ini pun ada yang bertemu dengan Menteri Mentor Singapura itu. Adakah pada masa itu, PM Malaysia sebelum ini tidak mengetahui yang Singapura itu adalah sekutu terkuat Amerika di Asia Tenggara selain Thailand. Jika hendak dibandingkan dengan Thaksin Shinawatra, Amerika lebih lagi teruk. Kenapa? Adakah PM sebelum ini tidak mengetahui yang Amerika itu telah membunuh ratusan ribu umat Islam di Afghanistan, Iraq, Pakistan dan banyak lagi. Ini tidak lagi dikaitkan dengan pembunuhan oleh sekutu-sekutu Amerika seperti di Somalia, Kashmir, Bosnia, Sudan, Mindanao dan banyak lagi. Jika saudara peka, Amerika itulah THE SUPERPOWER KAFIR HARBI in the world? Tetapi Malaysia masih boleh tersenyum melihat kekejaman dilakukan oleh Amerika. Lihatlah apa peranan Abdullah Ahmad Badawi semasa menjadi Pengerusi OIC. Saya melihat beliau hanya menggoyang kaki apabila Amerika berlaku kejam terhadap umat Islam. Setidak-tidaknya, keluarkanlah kritikan yang AMAT KERAS kepada Amerika.
Untuk pengetahuan saudara, PAS tidak mengharapkan apa-apa dari Lee Kuan Yew. PAS hanya beharap pujian oleh Lee Kuan Yew terhadap Kelantan itu adalah ikhlas. Lagipun, Lee Kuan Yew yang melawat Kelantan sendiri menafikan media-media yang mengkhabarkan berita tentang Kelantan adalah tidak benar. Beliau mengatakan yang Kota Bharu merupakan Bandar yang bersih dan ini tidak seperti dilaporkan oleh banyak media. Satu lagi, berkenaan pemerintahan PAS di Kelantan selama 18 tahun jelas terbukti tiada unsur korupsi dan ini telah dipuji oleh Lee Kuan Yew.
Berkenaan dengan snooker & billiard yang anda tulis itu, betulkah apa yang saudara khabarkan yang Nik Aziz itu sedang bermain snooker. Seseungguhnya itu tidak benar. Fitnah semata-mata. Itu sudah menjadi lumrah bagi tiap-tiap pemimpin masa kini sekiranya mengahdiri majlis pelancaran sesuatu aktiviti. Itu hanya adegan sebagi tanda perasmian sahaja. Kalaulah Nik Aziz bermain pun, saya pasti hanya pada hari itu sahaja dan itu tidak salah dan tidak bercanggah dengan syarak. Tetapi, sudah semestinya tidak. Adakah saudara mengetahui kenapa pada suatu masa dahulu Nik Aziz megharamkan permainan ini? Sebabnya pada masa itu, permainan ini terdapat banyak unsur judi,minuman keras dan pergaulan bebas. Tetapi setelah rakyat dididik dengan lembut dan gejala ini dapat dihapuskan, barulah permainan snooker ini dibolehkan semula. Kalau saudara perasan, sekarang mana ada tempat-tempat snooker di Kelantan yang menyediakan minuman keras. Ini sangat berbeza sekirnya anda pergi ke negeri-negeri lain seperti KL. Orang Islam bebas sahaja untuk minum najis syaitan itu sekiranya mengunjugi tempat snooker itu. Setakat membuat serbuan tidak berkesan sekiranya ia tidak dihapuskan. Inilah kemungkaran yang dilakukan kerajaan Malaysia sekarang. Hanya membiarkan umat Islam mengunjungi disko dan tempat pelacuran. Yang paling peliknya, rumah pelacuran itu ada yang halal & ada yang haram. Yang halal itu maksudnya ada lesen dan yang haram itu maksunya tiada lesen. Kalau di Kelantan memang diharamkan terus.
Berkenaan kerajaan campuran, itu masih dalam perbincangan semua pihak dan saya masih membuat pemerhatian dan tidak mahu membuat apa-apa andaian dan persepsi negatif kerana ia masih awal lagi untuk memberi komen. Tetapi, apa yang saya musykil, betulkah apa yang saudara dakwa bahawa non-muslim di Malaysia ini KAFIR HARBI atau hanya non-muslim dalam Pakatan Rakyat sahaja? Tidakkah mereka itu berstatus KAFIR-ZIMMI? Berbezakah KAFIR PAKATAN RAKYAT dan KAFIR BARISAN NASIONAL? Sebenarnya mereka ialah satu, iaitu kafir zimmi? Adakah saudara mengetahui apa itu kafir harbi dan kafir zimmi?
Dalam konteks syariat Islam, non-muslim terdapat dua, iaitu kafir harbi & kafir zimmi. Kafir harbi ialah orang kafir yang sedang terlibat pertempuran berdarah dengan muslimin atau berperang. Darah kafir harbi itu adalah halal untuk ditumpahkan seperti mana mereka juga mempunyai hak untuk membunuh muslimin.
Kafir Zimmi bermaksud orang kafir yang mendapatkan keamanan dari pihak muslim dan membuat taat setia kepada negara Islam bagi mendapatkan keamanan terhadap diri mereka di dalam negara Islam. Hukumnya haram bagi muslimin untuk mengganggu kafir zimmi, menyakiti, menzalimi atau mengurangi hak-haknya. Apatah lagi sampai membunuh mereka, iaitu perbuatan yang telah diharamkan secara mutlak dalam syariat Islam. Saya bukan hendak mengajar saudara tapi itulah hakikatnya yang saya ketahui dan pelajari. Janganlah saudara menggunakan sewenang-wenangnya istilah seperti yang sedemikian kerana besar akibatnya nanti.
Berkenaan kes Perak, setiap orang mempunyai hak untuk bersuara. Mufti Perak mempunyai pandangan tersendiri dan Nik Aziz mempunyai pandangan tersendiri. Untuk pengetahuan saudara, dua orang ulama ini tidak berkelahi pun. Malah, mereka mengeluarkan hujah masing-masing dalam konteks ilmiah, iaitu mengikut tahap penguasaan ilmu masing-masing. Yang mencetuskan kegawatan ialah media perdana yang memutar belitkan berita dan ingin mensensasikan berita yang kononnya Nik Aziz ini tidak betul. Maklumlah Nik Aziz tidak suka menyaman dan tidak mahu masuk mahkamah. Jadi media-media ini mengeluarkan fakta yang berat sebelah. Alhamdulillah, baru-baru ini Nik Aziz telah membuka saman terhadap Utusan Malaysia kerana menfitnahnya. Harap-harap kemenangan ke atas Nik Aziz.
Betulkah tidak ada maksiat di Perak? Kebanyakan negeri kerajaan pimpinan Barisan Nasional boleh dikatakan banyak pusat hiburan dan maksiat. Bagaimana saudara boleh katakana sebegitu rupa. Petikan saudara: “Kenapa kamu tidak nasihat pengikut kamu supaya taat akan Sultan sebagai Amirul Mukminin sesebuah Kerajaan negeri itu selagi baginda bersolat dan tidak mengarahkan kegiatan maksiat? Kenapa Nik Aziz? Kenapa?” Ini hanya provokasi media untuk menfitnah. Mereka sebenarnya bukan menentang raja, tetapi hanya bersuara untuk mendapatkan hak mereka agar Sultan membubarkan DUN. Tidakkah saudara terfikir sekiranya berbuat demikian konflik siapa yang patut memerintah Perak akan terjawab dan selesai. Sekiranya sistem pemerintahan Barisan Nasional yang bercorak sekular yang ‘menghalalkan’ maksiat di negeri Perak dengan mengeluarkan lesen pusat-pusat maksiat, sesungguhnya walaupun mereka solat lima waktu sehari semalam, pemimpin itu tetap akan menanggung dosa kerana cuba menyesatkan rakyat ke kancah kehinaan di sisi Allah swt. Jadi pemimpin yang sebegini rupalah yang patut kita tentang habis-habisan demi menyahut syariat Islam dalam konsep amar makruf nahi mungkar. Saya percaya saudara memahami apa yang saya maksudkan lebih-lebih lagi saudara merupaka cicit TOK KHURASAN. Moga-moga Allah merahmati moyang saudara.
…Akan saya sambung lagi komen saya ni. Moga Allah merapatkan ukhuwah antara kita. Maafkan saya sekiranya terdapat kasar bahasa & mengguriskan hati saudara. Anggaplah ini sebagai perbincangan positif. Sekian…
Anonymous
on 6/22/2009 03:42:00 AM #
Salam wahai saudara Ahmad Syazwan atau Abeed,
1) Saudara rasa terguris? Oh kasihannya... memang saya sudah katakan dalam artikel saya itu bahawa artikel saya kali tidak akan menjaga hati mana-mana pihak lagi termasuk hati sahabat-sahabat serta saudara-saudara saya sendiri. Kebenaran itu sememangnya pahit!
2) Mencaci? Kenapa apabila kita mengkritik tokoh dari PAS terutamanya Nik Aziz maka kita dianggap mencaci? Bukankah artikel saya itu penuh PERSOALAN? Ada saya maki hamun Nik Aziz? Ada kata-kata KESAT?... Read more
3) Jika ada orang membaca tulisan saya ini dan MENYELIDIK, maka baguslah, kerana itu yang kita mahu, orang baca dan SELIDIK, bukan percaya terus. Jadi mengapa perlu takut jika Nik Aziz sekarang berada di pihak yang benar?
4) Saya TIDAK PERNAH persoal mengapa perlu menerima kunjungan Lee Kuan Yew itu, yang saya PERSOAL ialah FOTO/GAMBAR Nik Aziz yang bersalaman dengan dia sambil tersenyum mesra dan menunjukkan tanda BAGUS!? Mengapa perlu tanda BAGUS? Apa yang BAGUS sangat Lee Kuan Yew?
Anonymous
on 6/22/2009 03:43:00 AM #
Abeed, 5) Berkenaan Pak Lah, saya adalah pengkritik Pak Lah no. 1 di zaman pemerintahannya kalau saudara hendak tahu. Ankara dialah maka Anwar keluar dari penjara, ankara dia jualah maka Abuya Al-Arqam pun bebas menjadi aktif. Ankara dialah maka golongan LIBERAL-SEKULAR menjadi semakin berani dalam kes murtad Lina Joy (yang didukung juga oleh BAR COUNCIL ... Read morekesayangan Anwar Ibrahim itu). Berapa banyak kali Pak Lah makan semeja dengan Anwar Ibrahim bagaikan sahabat lama :-)
6) Saya pun mengharapkan pujian dari Lee Kuan Yew terhadap Kelantan ini ikhlas, tapi kalau saudara belajar SEJARAH, ada ke pujian dari golongan HARBI seperti Lee Kuan Yew ini ikhlas? Pernah kaji sejarah Lee Kuan Yew? Secara psikologinya MELAYU amat suka dipuji, kepercayaan MELAYU mudah dibeli dengan pujian. Dan kita jarang SELIDIK apa niat tersembunyi di sebalik pujian golongan KUFFAR ini. Islam pun galakkan kita agar waspada kelicikan KUFFAR terutama yang peringkat HARBI yang sudah jelas lagi nyata.
Anonymous
on 6/22/2009 03:43:00 AM #
Abeed,
7) Ada saya TUDUH Nik Aziz MAIN SNOOKER/BILLIARD? Tengok ayat saya balik. Jangan main putar kenyataan saya di sini, nanti jadi FITNAH. Saya tidak persoal Nik Aziz nak haramkan Snooker/billiard tersebut, saya tidak kisah pun hal itu. Yang saya kisah ialah berkenaan persepsi masyarakat apabila menatap foto/gambar tokoh pemimpin kita. Jika tokoh itu ... Read moreUMNO, cepat sahaja tuduhan-tuduhan melulu jatuh ke atas dirinya dari pihak pembangkang, kalau Tok Guru pula kita kena "BERSANGKA BAIK".... Oh adilnya...
8) Jangan samakan negeri-negeri luar dengan Kelantan. Tengoklah betapa ramainya populasi MAJORITI Melayu-Islam di Kelantan berbanding di negeri-negeri lain. Dan Melayu-Islam di Kelantan boleh dikatakan kuat dari segi pengaruh dan pegangan ekonomi berbanding Melayu-Islam di luar yang hidupnya banyak bergantung kepada orang bukan Islam. Sebab itu kuasa "tawar-menawar" Melayu-Islam di luar rendah dan agak sukar untuk hapuskan unsur-unsur maksiat tersebut. Itu realiti PAS luar faham.
Anonymous
on 6/22/2009 03:44:00 AM #
Abeed,
9) Kerajaan Perpaduan dalam perbincangan? Oh iya ke? Sampai ugut Nasharuddin Mat Isa letak jawatan itu hanya perbincangan ke? Aisey....
10) Berkenaan KAFIR HARBI dan KAFIR ZIMMI, saya sudah lama FAHAM maksudnya terima kasih. Dan golongan ini wujud di mana sahaja. Cuma pada DAP, TUJUAN penubuhan parti itu adalah JELAS untuk agenda DEMOKRATIK, iaitu... Read more kesama-rataan supaya Malaysia menjadi negara LIBERAL-SEKULAR. Berbeza dengan TUJUAN penubuhan MCA/GERAKAN yang ingin membela NASIB kaum bukan Bumiputera di Malaysia. Walaupun ada mungkin individu dalam MCA/GERAKAN yang bersifar HARBI, namun ia masih terkawal kerana bersifat individual. Tetapi dalam parti DAP? Tujuan penubuhan mereka pun sudah JELAS.
Anonymous
on 6/22/2009 03:45:00 AM #
Abeed,
11) Ancaman dari kafir HARBI zaman sekarang sudah kian LICIK. Mereka tidak secara terang-terangan memusuhi Melayu-Islam secara terbuka seperti di zaman komunis. Kini mereka bergiat secara halus. Dalam perniagaan, kawalan ekonomi, kawalan sumber bahan mentah kita, kawalan terhadap laporan media luar negara dan lain-lain. Jadi buka mata dan bukalah ... Read morehati. Mereka menggunakan apa jua saluran yang nampak LEGAL agar kegiatannya nampak HALAL. Slogan HAK ASASI MANUSIA dan DEMOKRASI BEBAS adalah wadah mereka kini untuk hancurkan cengkeman sistem Islamik agar kian melemah. Kelak PAS jua menjadi mangsa. Kini PAS sedang dipergunakan.
12) Berkenaan kes Perak, mufti Perak dan bekas mufti Perlis mengeluarkan pendapat yang SAMA. Bahkan mufti Perak datang menyembah dan merayu kepada Nik Aziz untuk PAS Perak bergabung dengan UMNO Perak demi Umat Islam di Perak. Itupun jua hasrat Sultan Azlan. Ada masuk majalah Muslim Millenia. Mufti Perak kecewa dengan sikap PAS yang angkuh inginkan ... Read morekemenangan politik walaupun hanya menjadi boneka Harbi DAP di Perak. Habis pemilikan tanah kampung Baru di dilanjutkan menjadi 999 tahun. Saudara tahu siapa yang duduk di kampung baru itu? Dan apa sejarah penubuhan kampung baru itu?
13) Seringkali apabila berita itu keluar dari media perdana, maka ia dianggap FITNAH dan PUTAR BELIT, hanya HARAKAH sahaja yang betul. Itu satu dakwaan yang sudah lama saya dengar dan memualkan. Pernah HARAKAH beri laporan ADIL kepada segala tindakan kerajaan? Takkan semua yang kerajaan buat buruk-buruk belaka? Logik la sikit. Kalau nak tuduh orang TIDAK ADIL maka pastikan dahulu diri kita ini ADIL dalam berita.
Anonymous
on 6/22/2009 03:46:00 AM #
Abeed,
14) Bila saya kata negeri Perak tiada MAKSIAT? Kelantan tiada maksiat langsung ke? Confirm? Yang saya kata ialah taat kepada Sultan selagi baginda bersolat dan tidak memberi arahan buat maksiat. Faham ke tak ni? Atau sengaja buat tak faham?
15) Hak demokrasi orang politik tidak boleh melampaui ajaran Islam yang meletakkan kuasa ke atas Raja ... Read morepemerintah selagi niat raja itu untuk kepentingan MAJORITI rakyat Muslim baginda. Saudara mahu berkata bahawa Sultan Perak pentingkan diri? Sultan Perak jahil perundangan? Nizar lagi bijak dari Sultan Perak dari segi undang-undang negeri Perak? Well... kini semua sudah terjawab apabila mahkamah sudah mengeluarkan keputusan. Akur sahajalah.
16) Lesen dikeluarkan adalah untuk orang bukan Islam yang menjadi MAJORITI yang memegang ekonomi di negeri-negeri luar Kelantan. Tetapi jika orang Islam pula yang menyalahinya, maka itu adalah salah individual kerana sehingga ke hari ini ada saja serbuan terhadap kegiatan maksiat serata negara.
17) Jika iman seseorang itu kuat, letak apa sajalah di hadapan dia, insyaallah dia akan teguh pendiriannya. Jika dia dilahirkan di Kelantan sekalipun, jika imannya lemah, maka mudah saja dia melintasi sempadan dan mendapatkan maksiat di sana. Itu bukan perkara baru di Kelantan. Maksiat boleh berlaku di mana-mana sahaja. Sebab itu kerajaan pusat ... Read morejuga menyediakan penguatkuasaan anti maksiat dan kemudahan-kemudahan AGAMA untuk dimanfaati oleh Muslim. Maka terpulang kepada diri kita juga untuk memilih jalan dalam hidup ini. Kemudahan dan prasarana Islam telah tersedia di hadapan mata untuk semua termasuk untuk golongan Kuffar pun. Tempat maksiat yang wujud itu adalah UJIAN kepada kita dan tujuan asalnya untuk memenuhi tuntutan orang bukan Islam yang KUAT pengaruh ekonominya. PAS luar pun faham hakikat ini. Mikrofon, gelas, bahkan pentas politik yang digunakan PAS pun hasil dari golongan KUFFAR. Inilah hasil dari penjajah British yang LAMA.
Belia tidak wajar dipolitikkan.. - Ahmad Shabery
-
PUTRAJAYA - Kerajaan terbuka menerima pandangan daripada mana-mana pihak
untuk pembangunan belia yang produktif kerana berpegang kepada pendirian
bahawa a...
Peniaga Kecil Burger Hantar ‘Rasa’ Kepada Ambiga
-
AIDCNews – 26/05/12 – Walaupun tidak begitu bersetuju dengan protes burger
di depan rumah S Ambiga, namun Ustaz Fathul Bari Mat Jahya berkata, protes
seump...
Razali nasihat orang Melayu perlu sedar tentang DAP
-
Orang Melayu yang masih menyokong pembangkang khususnya DAP perlu membuka
mata tentang nasib dan masa depan mereka jika terus bersama parti itu.
Bekas S...
23 hours ago
24Jam Blog Anti Pakatan/List Sedang Di Kemas Kini,Tinggalkan link Blog Jika Masih Tak Tersenarai
Betul tu. Dalam Islam tidak ada inheritance of sins. Allah Maha Pengampun, inikan seorang bernama Nik Aziz.
Saya terkejut seorang 'Wali' bercakap dengan penuh emosi dan dendam.
Moga-moga dilembutkan hati Tuan Guru ini...
~FirstTime1234
orang tua ni dah sesat, terlalu jauh sesat... dia ni bukan wali, bukan ulama... mudah-mudahan Allah berikan Nik Aziz petunjuk.
niama cibai nike ajis.....
Saya dibesarkan didalam keluarga yang merupakan penyokong tegar PAS. Pintu rumah saya dicat dengan lambang PAS...dikabinet TV, Dinding rumah dan peti ais terpotret gambar "tok guru" Nik Aziz...saya disogok dgn kaset-kaset ceramah Nik Aziz, arwah Ust. Fadhil, Mat Sabu dan lain2. Malah saya dibawa bersama ke majlis ceramah atau program anjuran PAS. Di situlah saya "belajar" mengenai PAS...saya juga pernah dibawa ke Kelantan bertemu dgn "Tok Guru" ni...
Sebenarnya, dahulu saya memandang tinggi beliau sebagai tokoh agama di Malaysia walaupun beliau berada dipihak pembangkang. Namun, semakin hari, semakin hilang rasa kagum saya padanya. Dari tahun ke tahun, Nik Aziz mula merapu dan merepek dgn "fatwa2"nya yang konstroversi dgn muamalah Islam yg saya pelajari. Saya tidak puas hati, memandangkan ilmu agama saya agak cetek berbanding Nik Aziz, saya kerap bertanya dgn Ustaz2 yang setanding ilmu dgn Nik Aziz. Ada dari mereka lulusan Azhar, Madinah, Scotland dan mahir dgn "kitab-kitab kuning" dipondok2. Adalah amat memeranjatkan saya apabila mereka sependapat dengan saya. Dan kini, hasilnya...saya sudah kurang hormat kepada Nik Aziz. Jika hormat pun, saya hanya hormat beliau sebagai saudara seIslam dan insan yg lebih tua dari saya. Ilmunya tidak lagi saya kagumi apabila "fatwa2"nya lebih berbau politik berbanding hakikat ilmu dan muamalah yg diseru oleh agama kita. Itulah Nik Aziz yg saya kenal sekarang. Seorang politician dan beliau tidak lagi layak berdiri sebagai seorang ulama. Dr. Harun Din pernah memberitahu bahawa "seorang ulama yang menceburi bidang politik maka hilanglah ciri dan label ulama yg ada padanya".
Saya juga terperanjat dgn akhlak Nik Aziz apabila menghalau Ust Nasha keluar dari PAS. Apakah ini akhlak yg Rasulullah ajar padanya? Setahu saya, Baginda Rasulullah tidak begitu akhlaknya! Kenapa tidak disuruh juga Hj. Hadi keluar PAS? Kenapa pula perlu ada double standard? Sedangkan yg lebih vokal dalam mengutarakan idea ini ialah Hj Hadi! Nik Aziz takut ke hak halau Presiden?
Demikianlah jika sudah berkawan dengan "syaitan", orang yg bersatu di dalam jemaahnya pun dihalau! Mungkin baginya Nasha, Hadi, Mustapha Ali itu "munafik". Tapi munafikkah seseorang itu yang menganjurkan perpaduan di kalangan umat Islam di Malaysia??? Haru biru betoi...
Salam,
Wahai saudara yang budiman,
Sungguh terguris hati saya dengan apa yang ditulis oleh saudara itu. Apakah perkara yang terpendam dalam hati saudara itu? Mengapa hendak mencaci Nik Aziz dengan begitu rupa. Jauh apa yang saudara khabarkan itu banyak yang tidak benar. Janganlah saudara cuba untuk memanipulasi dan meracuni fikrah orang lain dengan tohmahan-tohmahan saudara itu. Bayangkan sekiranya terdapat segelintir pembaca yang membaca penulisan saudara itu tanpa menyelidik mana yang sahih dan mana yang batil. Sudah tentu rasa benci mereka membuak-buak terhadap Nik Aziz.
Silalah saudara baca keluaran terbaru Harakah keluaran BIL 1448 (19-21Jun). Salahkah Nik Aziz menerima kunjungan Lee Kuan Yew? Saya berpendapat tidak salah. Malah Perdana-perdana Menteri Malaysia sebelum ini pun ada yang bertemu dengan Menteri Mentor Singapura itu. Adakah pada masa itu, PM Malaysia sebelum ini tidak mengetahui yang Singapura itu adalah sekutu terkuat Amerika di Asia Tenggara selain Thailand. Jika hendak dibandingkan dengan Thaksin Shinawatra, Amerika lebih lagi teruk. Kenapa? Adakah PM sebelum ini tidak mengetahui yang Amerika itu telah membunuh ratusan ribu umat Islam di Afghanistan, Iraq, Pakistan dan banyak lagi. Ini tidak lagi dikaitkan dengan pembunuhan oleh sekutu-sekutu Amerika seperti di Somalia, Kashmir, Bosnia, Sudan, Mindanao dan banyak lagi. Jika saudara peka, Amerika itulah THE SUPERPOWER KAFIR HARBI in the world? Tetapi Malaysia masih boleh tersenyum melihat kekejaman dilakukan oleh Amerika. Lihatlah apa peranan Abdullah Ahmad Badawi semasa menjadi Pengerusi OIC. Saya melihat beliau hanya menggoyang kaki apabila Amerika berlaku kejam terhadap umat Islam. Setidak-tidaknya, keluarkanlah kritikan yang AMAT KERAS kepada Amerika.
Untuk pengetahuan saudara, PAS tidak mengharapkan apa-apa dari Lee Kuan Yew. PAS hanya beharap pujian oleh Lee Kuan Yew terhadap Kelantan itu adalah ikhlas. Lagipun, Lee Kuan Yew yang melawat Kelantan sendiri menafikan media-media yang mengkhabarkan berita tentang Kelantan adalah tidak benar. Beliau mengatakan yang Kota Bharu merupakan Bandar yang bersih dan ini tidak seperti dilaporkan oleh banyak media. Satu lagi, berkenaan pemerintahan PAS di Kelantan selama 18 tahun jelas terbukti tiada unsur korupsi dan ini telah dipuji oleh Lee Kuan Yew.
Berkenaan dengan snooker & billiard yang anda tulis itu, betulkah apa yang saudara khabarkan yang Nik Aziz itu sedang bermain snooker. Seseungguhnya itu tidak benar. Fitnah semata-mata. Itu sudah menjadi lumrah bagi tiap-tiap pemimpin masa kini sekiranya mengahdiri majlis pelancaran sesuatu aktiviti. Itu hanya adegan sebagi tanda perasmian sahaja. Kalaulah Nik Aziz bermain pun, saya pasti hanya pada hari itu sahaja dan itu tidak salah dan tidak bercanggah dengan syarak. Tetapi, sudah semestinya tidak. Adakah saudara mengetahui kenapa pada suatu masa dahulu Nik Aziz megharamkan permainan ini? Sebabnya pada masa itu, permainan ini terdapat banyak unsur judi,minuman keras dan pergaulan bebas. Tetapi setelah rakyat dididik dengan lembut dan gejala ini dapat dihapuskan, barulah permainan snooker ini dibolehkan semula. Kalau saudara perasan, sekarang mana ada tempat-tempat snooker di Kelantan yang menyediakan minuman keras. Ini sangat berbeza sekirnya anda pergi ke negeri-negeri lain seperti KL. Orang Islam bebas sahaja untuk minum najis syaitan itu sekiranya mengunjugi tempat snooker itu. Setakat membuat serbuan tidak berkesan sekiranya ia tidak dihapuskan. Inilah kemungkaran yang dilakukan kerajaan Malaysia sekarang. Hanya membiarkan umat Islam mengunjungi disko dan tempat pelacuran. Yang paling peliknya, rumah pelacuran itu ada yang halal & ada yang haram. Yang halal itu maksudnya ada lesen dan yang haram itu maksunya tiada lesen. Kalau di Kelantan memang diharamkan terus.
Berkenaan kerajaan campuran, itu masih dalam perbincangan semua pihak dan saya masih membuat pemerhatian dan tidak mahu membuat apa-apa andaian dan persepsi negatif kerana ia masih awal lagi untuk memberi komen. Tetapi, apa yang saya musykil, betulkah apa yang saudara dakwa bahawa non-muslim di Malaysia ini KAFIR HARBI atau hanya non-muslim dalam Pakatan Rakyat sahaja? Tidakkah mereka itu berstatus KAFIR-ZIMMI? Berbezakah KAFIR PAKATAN RAKYAT dan KAFIR BARISAN NASIONAL? Sebenarnya mereka ialah satu, iaitu kafir zimmi? Adakah saudara mengetahui apa itu kafir harbi dan kafir zimmi?
Dalam konteks syariat Islam, non-muslim terdapat dua, iaitu kafir harbi & kafir zimmi. Kafir harbi ialah orang kafir yang sedang terlibat pertempuran berdarah dengan muslimin atau berperang. Darah kafir harbi itu adalah halal untuk ditumpahkan seperti mana mereka juga mempunyai hak untuk membunuh muslimin.
Kafir Zimmi bermaksud orang kafir yang mendapatkan keamanan dari pihak muslim dan membuat taat setia kepada negara Islam bagi mendapatkan keamanan terhadap diri mereka di dalam negara Islam. Hukumnya haram bagi muslimin untuk mengganggu kafir zimmi, menyakiti, menzalimi atau mengurangi hak-haknya. Apatah lagi sampai membunuh mereka, iaitu perbuatan yang telah diharamkan secara mutlak dalam syariat Islam.
Saya bukan hendak mengajar saudara tapi itulah hakikatnya yang saya ketahui dan pelajari. Janganlah saudara menggunakan sewenang-wenangnya istilah seperti yang sedemikian kerana besar akibatnya nanti.
Berkenaan kes Perak, setiap orang mempunyai hak untuk bersuara. Mufti Perak mempunyai pandangan tersendiri dan Nik Aziz mempunyai pandangan tersendiri. Untuk pengetahuan saudara, dua orang ulama ini tidak berkelahi pun. Malah, mereka mengeluarkan hujah masing-masing dalam konteks ilmiah, iaitu mengikut tahap penguasaan ilmu masing-masing. Yang mencetuskan kegawatan ialah media perdana yang memutar belitkan berita dan ingin mensensasikan berita yang kononnya Nik Aziz ini tidak betul. Maklumlah Nik Aziz tidak suka menyaman dan tidak mahu masuk mahkamah. Jadi media-media ini mengeluarkan fakta yang berat sebelah. Alhamdulillah, baru-baru ini Nik Aziz telah membuka saman terhadap Utusan Malaysia kerana menfitnahnya. Harap-harap kemenangan ke atas Nik Aziz.
Betulkah tidak ada maksiat di Perak? Kebanyakan negeri kerajaan pimpinan Barisan Nasional boleh dikatakan banyak pusat hiburan dan maksiat. Bagaimana saudara boleh katakana sebegitu rupa. Petikan saudara:
“Kenapa kamu tidak nasihat pengikut kamu supaya taat akan Sultan sebagai Amirul Mukminin sesebuah Kerajaan negeri itu selagi baginda bersolat dan tidak mengarahkan kegiatan maksiat? Kenapa Nik Aziz? Kenapa?”
Ini hanya provokasi media untuk menfitnah. Mereka sebenarnya bukan menentang raja, tetapi hanya bersuara untuk mendapatkan hak mereka agar Sultan membubarkan DUN. Tidakkah saudara terfikir sekiranya berbuat demikian konflik siapa yang patut memerintah Perak akan terjawab dan selesai.
Sekiranya sistem pemerintahan Barisan Nasional yang bercorak sekular yang ‘menghalalkan’ maksiat di negeri Perak dengan mengeluarkan lesen pusat-pusat maksiat, sesungguhnya walaupun mereka solat lima waktu sehari semalam, pemimpin itu tetap akan menanggung dosa kerana cuba menyesatkan rakyat ke kancah kehinaan di sisi Allah swt. Jadi pemimpin yang sebegini rupalah yang patut kita tentang habis-habisan demi menyahut syariat Islam dalam konsep amar makruf nahi mungkar. Saya percaya saudara memahami apa yang saya maksudkan lebih-lebih lagi saudara merupaka cicit TOK KHURASAN. Moga-moga Allah merahmati moyang saudara.
…Akan saya sambung lagi komen saya ni. Moga Allah merapatkan ukhuwah antara kita. Maafkan saya sekiranya terdapat kasar bahasa & mengguriskan hati saudara. Anggaplah ini sebagai perbincangan positif. Sekian…
Salam wahai saudara Ahmad Syazwan atau Abeed,
1) Saudara rasa terguris? Oh kasihannya... memang saya sudah katakan dalam artikel saya itu bahawa artikel saya kali tidak akan menjaga hati mana-mana pihak lagi termasuk hati sahabat-sahabat serta saudara-saudara saya sendiri. Kebenaran itu sememangnya pahit!
2) Mencaci? Kenapa apabila kita mengkritik tokoh dari PAS terutamanya Nik Aziz maka kita dianggap mencaci? Bukankah artikel saya itu penuh PERSOALAN? Ada saya maki hamun Nik Aziz? Ada kata-kata KESAT?... Read more
3) Jika ada orang membaca tulisan saya ini dan MENYELIDIK, maka baguslah, kerana itu yang kita mahu, orang baca dan SELIDIK, bukan percaya terus. Jadi mengapa perlu takut jika Nik Aziz sekarang berada di pihak yang benar?
4) Saya TIDAK PERNAH persoal mengapa perlu menerima kunjungan Lee Kuan Yew itu, yang saya PERSOAL ialah FOTO/GAMBAR Nik Aziz yang bersalaman dengan dia sambil tersenyum mesra dan menunjukkan tanda BAGUS!? Mengapa perlu tanda BAGUS? Apa yang BAGUS sangat Lee Kuan Yew?
Abeed,
5) Berkenaan Pak Lah, saya adalah pengkritik Pak Lah no. 1 di zaman pemerintahannya kalau saudara hendak tahu. Ankara dialah maka Anwar keluar dari penjara, ankara dia jualah maka Abuya Al-Arqam pun bebas menjadi aktif. Ankara dialah maka golongan LIBERAL-SEKULAR menjadi semakin berani dalam kes murtad Lina Joy (yang didukung juga oleh BAR COUNCIL ... Read morekesayangan Anwar Ibrahim itu). Berapa banyak kali Pak Lah makan semeja dengan Anwar Ibrahim bagaikan sahabat lama :-)