
Komunis tolak agama, Umno asingkan agama - Nik Aziz
|
| KUALA KRAI, 27 Jun (Hrkh) - "Hendak sebut apa lagi kerana Umno benar-benar memisahkan agama dan politik. Umno buat kerja tidak serupa dengan kehendak Nabi Muhammad s.a.w." "Tidakkah komunis juga tidak percaya kepada agama. Begitu juga dengan Umno yang menolak agama. Tidakkah perumpamaan itu hampir serupa. Serupa satu pun sudah cukup," kata Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mursyidul Am PAs mengulas tindakan Pergerakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis terhadapnya berhubung kenyataannya yang menyamakan Umno seperti ajaran sesat Ayah Pin dan komunis :selanjutnya sini
|
Selepas membaca kenyataan Nik Aziz, Pisau tidak terkejut apabila dia menyamakan Umno dengan Komunis, masihkan pembaca ingat Nik Aziz menyokong agar Chin Peng dibenarkan pulang? Nik Aziz berkata Komunis juga pejuang nasionalis pasca kemerdekaan?
Malah dia mengambarkan UMNO sebagai parti yang tidak percaya kepada agama?apa makna nya? kafirkah UMNO? Apa justifikasi nya sehingga dia menuduh orang orang UMNO sebagai kafir sehingga menyamakan dengan golongan yang tidak percaya agama.
Ini membuktikan Tok Guru PAS ini memang benar benar nyanyuk & pelupa,layak di gelar mursyid flip flop.Tidakkah beliau sedar perbuatannya itu mengambarkan seorang yang munafik?
Penyokong taksub PAS, takkan perkara sebegini mudah anda tidak nampak? Pemimpin yang anda agung agungkan mengeluarkan kenyataan berbelit & tidak konsisten.Malah lebih kepada ikut sedap mulut & hati.
Ya allah,engkau beri lah hidayah kepada Nik Aziz,berilah petunjuk dan keampunan kepadanya.Berilah petunjuk & hidayah kepada penyokong penyokong PAS agar tidak sesat dalam mencari jalan yang benar.Pisau kata
" makin lama makin teruk dah orang tua ni"
Related Posts : PAS,
pilihanraya
Nik Aziz barcakap,tak de fikir dulu ke?Main hentam aje.Tak macam ulama lagi.
Lagi teruk ,ulama2 PAS lain senyap aje.Inikah ulama2 harapan negara?Harapan agama.
Nizar Dah Cakap kat DUN PERAK..PAS X perjuangkan Islam..Tak ada Perlembagaan islamm..Tak ada mana-mana dokumen...
So jadi PAS sama Kominis le ye???
Ini NIZAR yang cakap..tak caya bukak Video nya..jelas sanngat....
ini lah dia namanya ulam ma bukan ulamak, suka mengata orang ikut sedap mulut. Aku pun orang berpartikan UMNO mengucap dua kalimah syahadh, sembahayang lima waktu, berpuasa dibulan ramadhan bayar zakat an fitrah, dan akan mengerjakan haji jika dizinkan ALLAH. adakah bila aku melakukan perkara tersebut aku sesat seperti komunis, kafir dan serupa ajaran Ayah Pin wahai Tuan Guru Dat'o Nik Aziz bin Nik Mat. Cuba nyatakan dan berikan penjelasan?
Saya sokong komen JJ said... PAS ni boleh di kategori sebagai ajaran sesat bertopengkan politik. Lebih teruk dari komunis.