Berita Hot Terkini

PR : Anwar Ibrahim & Pakatan Rakyat Sokong Ideologi Komunis?

Filed Under ( ) by pisau on 14.5.09

Analisis Kumbang..

Kemelut politik Perak mengundang persoalan, adakah negara Malaysia semakin hampir untuk menjadi sebuah negara republik di bawah Pakatan Rakyat jika memerintah nanti?

Kumbang telah ulas perkara ini 2 kali di blog Kumbang sebelum ini. Klik sini. dan juga sini.

Slogan fahaman sosialis yang hampir dengan fahaman komunis berlegar di ceramah-ceramah Pakatan Rakyat antaranya 'negara berkebajikan', 'kerajaan rakyat' dan 'ketuanan rakyat'.
Slogan ini digunapakai oleh Pakatan Rakyat untuk mewujudkan sentimen kuasa rakyat yang akan menentukan segalanya. Usaha ini kita dapat lihat dengan kuasa Sultan dinafikan dalam melantik negeri besar baru di Perak baru-baru ini dengan Nizar menyembah derhaka terhadap Sultan. Mereka juga dengan angkuh mengatakan bahawa Sultan kini sudah pandai berpolitik dan ingin rakyat menentukan kerajaan Perak yang baru melalui pilihanraya.

Adakah mereka terlupa, jika mereka menang di dalam pilihanraya. Siapakah yang akan melantik Menteri Besar baru kalau bukan Sultan?
Kalau Sultan tidak mengizinkan dan tidak melantik mereka, apa yang mereka akan lakukan?
Menjatuhkan Sultan?
Jika benar, perkara ini berlaku, ia tidak ubah seperti keadaan di negara Cina suatu ketika dahulu yang menjatuhkan Maharaja dan menaikkan kerajaan Komunis.
Adakah perkara ini akan berlaku di Perak?

Adakah golongan ini adalah golongan desperado yang mabuk kuasa sehingga melupakan maruah dan lambang bangsa?
Amat menyedihkan lagi Sultan yang bertindak sebagai ketua agama dikecam hebat.
Mufti yang Perak yang dulu pada satu ketika disanjung mereka kerana seakan-akan menyokong Pakatan Rakyat kini dikecam oleh mereka semula kerana menegur sikap mereka yang derhaka pada sultan.
Kini mereka merasakan mereka semua betul dan orang lain semua salah.

Persoalannya, berpandukan kesemua perkara di atas adakah Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat menyokong idealogi komunis?

Pada pilihanraya umum yang lalu Parti Sosialis Malaysia yang memperjuangkan fahaman sosialis iaitu fahaman yang paling hampir dengan komunis telah dibenarkan bertanding di bawah lambang PKR. Hasilnya 2 kerusi dimenangi oleh Parti Sosialis Malaysia iaitu Parlimen Sungai Siput dan Kota Damansara.

Begitu juga dengan Hishammuddin Rais penulis blog Tukar Tiub (blog pengkritik kerajaan) dan penyokong kuat Anwar juga adalah ahli Parti Sosialis Malaysia.
Kini tulisan beliau kita boleh saksikan di laman web Malaysiakini, beliau banyak membuat ulasan mengenai peranan-peranan raja melayu di situ . Di dalam Mastika juga (jikalau Kumbang tidak silap) Hishammuddin Rais turut menyatakan beliau adalah anti feudal bermakna beliau adalah seorang yang anti atau menentang kepada kerajaan monarki atau dalam konteks Malaysia adalah raja-raja melayu.
Adakah idealogi anti-feudal ini menjadi idealogi Pakatan Rakyat?
Jika benar, adakah ini bukti Parti Sosialis dan Pakatan Rakyat menyokong idealogi Komunis?

Dalam pada itu, Anwar Ibrahim juga turut dikaitkan dengan komunis pada tahun 1970-an tetapi beliau menafikan tuduhan ini dengan menyatakan bahawa beliau bukan menyokong gerakan itu tetapi cuma hanya menyokong orang yang dituduh terlibat dengan gerakan itu iaitu A. Samad Ismail.(betulkan Kumbang kalau silap)

PAS juga turut dikatakan menyokong komunis apabila buku 'The Spear and The Kerambit' tulisan A. Navaratnam turut mengulas mengenai sokongan PAS terhadap komunis ini.
Adakah pernyataan ini benar?
Kalau pernyataan ini benar, sejarah telah membuktikan PAS pernah menyokong idealogi komunis yang banyak melakukan kekejaman di tanah melayu ini.

Nilai sokongan PKR terhadap komunis juga dipaparkan melalui satu artikel yang bertajuk 'PKM – Parti Komunis Malaya Muncul Kembali' tulisan Amin Iskandar@Black seorang pemimpin PKR. Dalam artikelnya itu beliau menyatakan anggota tentera Parti Komunis Malaya juga perlu diberi penghormatan kerana memperjuangkan kemerdekaan.
Adakah Amin Iskandar sudah terlupa dengan Tragedi Bukit Kepong yang memperlihatkan kekejaman komunis dan meragut nyawa ramai anggota polis dalam tragedi itu?

Selain itu beliau turut menggambarkan idealogi komunis ini sebagai bersifat humanis antarabangsa, menyanjung keadilan sosial, perpaduan kaum dan demokrasi kerana ia disertai jua oleh semua kaum, termasuk Melayu, India dan lain-lain.
Gambaran yang diberikan beliau ini hampir seiras dengan idealogi perjuangan Pakatan Rakyat pada masa kini.
Adakah ini jelas membuktikan Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat menyokong idealogi Komunis?

Sama-sama kita fikirkan.
Nasihat Kumbang yang kecil ini. "Janganlah hanya menang sorak, tetapi kampung yang kita pertahankan tergadai".

Pendapat anda bagaimana tentang isu ini?

sumber dari:kumbang

Pisau kata : " Rakyat malaysia & melayu secara tak sedar menganut ideologi komunis & sosialis,bagi mereka yang berlapang dada,muhasabahlah"

Comments:

23 Responses to “PR : Anwar Ibrahim & Pakatan Rakyat Sokong Ideologi Komunis?”

  1. betul jugak yer,

    hmm..dok pikiaq

  2. Memang betul...bunga-bunga sudah banyak buah saja belum kalau jadi lompat katak pada 16 sept, ops 24 sep ops tunda ke tarikh yg akan di beritahu kelak, mungkin buahnya akan nampak.

  3. salam ziarah..
    ana tersangatlah bersetuju dengan statement ni..eh..bukan kat ceramah PR kat luar je guna slogan tu...dalam kampus pun ada...pengikut2 puak ni turut mengadaptasikan slogan komunis ni dengan menggunakan slogan " STUDENT POWER".bahaya ni..dah menular ke kampus..ana risau ni..teruskan perjuangan....pedangsrikandi.blogspot.com

  4. msg pnting.

    fahaman jahat tlah merosak msuk ke
    benak fkirian org2 melayu.

    kita hapuskan fahaman jahat ini.

    paling penting 999 thun tanah itu
    mesti diharamkan !

    itu hak melayu !

    melayu tuan !

    itulah cara cucu cicit ketua pengganas mnyelinap msuk fahaman & idealogi mreka.

  5. Ingat balik sejarah. Kita nak capai tahap nie bukan sikit yang mak bapak hilang anak, anak jadi yatim piatu, bini jadi janda dek sebab ramai pasukan keselamatan tak kira apa kaum berjuang lawan komunis. Melayu, china dan india gabung dalam pasukan keselamatan lawan komunis dan hasilnya kita dapat hidup senang. Kalu sapa nak kata komunis tu pejuang komunis, selidik la perasaan orang-orang yang lawan komunis tu dala jangan main cakap je

    keta_besi

  6. sori silap eja sepatutnya
    kalu nak kata komunis tu pejuang kemerdekaan kaji balik dengan orang yang lawan komudis tu jangan main cakap je

    keta_besi

  7. nampak nya korang bagi gelaran nizar bintang tiga tu mmg tepat lah.. hehe

  8. Walau apa pun pencacai UMNO hendak kata kan, BN/UMNO tetap akan terkubur pada PRU13 se lewat2 nya.

    Kaum melayu sudah berpecah kepada tiga kumpulan - UMNO, PAS dan PKR.

    UMNO sudah keseorangan, kaum india dan cina sudah hampir semua tinggal kan BN, kami sudah bersatu dalam DAP.

    DAP pula di bantu kuat kan pula oleh PAS dan PKR - "Pakatan Rakyat"

    Kekuatan kami sudah terbukti pada PRU12 yang lalu - BN kalah teruk, cuma 'talian hayat' dari Sabah dan Sarawak yang selamatkan BN/UMNO dari berkubur.

    Empat PRK BN/UMNO telah tewas dengan teruk - P Pauh, K Terengganu, B Gantang dan B Selambau. Kini BN/UMNO sedang ketar lutut menghadapi PRK N12 Penanti.

    Di Perak - BN/UMNO sedang bermati matian mengelak PRU negeri di adakan. Kalau di adakan juga, BN/UMNO pasti tumbang terkangkang.

  9. Salam Tn Rumah Izinkan saya,

    Saudara nala,

    saya baru keluar dari blog GOMO terbaca komen serupa disana, sebelum tu di garamanis 2,3 hari lepas di GAP, parpukari dan sy xigt lg selebihnya.

    Apa motif saudara dok kopi paste komen yg sama dr blog ke blog? Tulislah dalam blog saudara yg x diupdate-update tu sudahlah.

    Saudara pisau, saya berada dibelakang saudara. Jgn takut saya bukan anwar, tak perlu saudara pakai cawat besi.

  10. pemburu,

    nala mmg mcm tu..menyalak merata blog,tu la kerja dia .

  11. The Perak case is not a complicated constitutional crisis. It is a simple case of corruption.

    The crisis would not have happened if Malaysia has a truly independent anti-corruption commission like the ICAC of Hong Kong.

    The newly formed MACC has turned out to be a political stooge of BN, answerable to Umno only.

    The ruler could have used the incidence to flush out corruption and money politics. Instead and unfortunately corruption was handsomely rewarded.

  12. Arrogant people - those who think they are more Malaysians than others.

    Corrupt people - those who keep pilfering from the publics, to enrich themselves.

    Hypocritical people - those who say one thing to God and one thing to the people.

    Idiotic people - those who think that by waving the keris, the world will be under their feet.

    Lazy people - those who wait for durian to drop.

    Moronic people - those who go amok, chopping own family members.

    Naive people - those who expect God to drop them food when they pray for it.

    Stupid people - those who think that wearing turban will make them clever.

  13. Bodoh punya melayu babi……….

    Baik balik ke tanah melayu la. We are natives of Sabah and Sarawak land - buat apa kamu punya orang datang sini menjajah kita oh?

    Kita tak suka kamu orang datang sini mengorek sumber petroleum tanah kita - this Sabah and Sarawak land not belongs to your malays.

    Get out from Sabah and Sarawak la!

    Bodoh melayu babi!

  14. Semi Value, Najis, Hisppukidin, Bodowi……….all these idiots of the corrupt Umno government - one thing is certain - majority, a very high majority of the public does not believe anything the stupid, lying and corrupt Umno government says anymore.

    This Umno government has zero credibility with the people of Malaysia and one of the reasons is the public is more knowledgeable and intelligent than all those idiots in government especially those dumb shit heads in Umno.

  15. Got NEP, you complain! Abolish NEP, you make noise!

    Become Ali Baba, you lament! Ask you to work hard, you don't want!

    And you keep on blaming other communities for everything!

    "Pathetic" is the word my malay friends!

  16. saya masih menunggu siapa kah gerangan adun pk atau pas yang nak keluar nanti..

    Kalau tiada..saya anggap saudara melebong saja..maaf.

  17. anon,
    sila baca dalam artikel tu betul2,saya tidak ada menulis bila tarikh & masa mereka ini nak keluar, yang saya tulis mereka 'akan'keluar.so tunggu jer la..

  18. A WARNING TO SABAHAN N SARAWAKIAN,

    now a group of pendatang claim that they're native of sabah n sarawak. no wonder they're driving 4wd on the road and u sabahan n sarawakan naik bas. They had and will continue to rob from U.

    Rise o people from sabah and sarawak or they will be nothing left for U.

  19. Saya sudah menghidu gerakan sosialis-komunis ini lebih setahun yang lalu. Antara alat mereka ialah penyebaran video 10 tahun sebelum merdeka yang dibuat secara terancang dan profesional. Saya rasa kagum dengan pembikinan video tersebut. Seolah-olah dibuat dengan begitu teliti dan menggunakan kos yang bukan sedikit.

  20. jangan ikut lee kuan yew tuduh pak samad ismail komunis. orang islam yang solat dan tunai haji seperti almarhum sebenarnya nasionalis tulen tetapi didakwa british dan LKY dengan pelbagai tuduhan melulu.
    sebenarnya LKY takut gagasan Melayu Raya - Indonesia dan Malaysia bersatu demi Melayu di rantau ini. Kekuatan Melayu seperti kerajaan Johor-Lingga amat dibenci dan ditakuti LKY.
    Jadi jangan jadi pakturut dan tuduh pak samad sembarangan dong.... - anak tiong, alai melaka

  21. memang betul kata anak tiong tu. pak samad banyak membantu nasionalis indonesia ketika menentang penjajah belanda lantas ditakuti penjajah british. Lee Kuan Yew mula2 gunakan pak samad sebagai umpan pikat melayu singapura sokong PAP. tetapi apabila dia tahu pak samad sokong gagasan melayu raya, kuan yew kelam-kabut dan mahu pastikan nasionalis melayu ini dipenjarakan seperti pada 1976.
    kaji dulu di sebalik sejarah perjuangan nasionalis melayu dan jangan tuduh pak samad bukan2. - Pejuang Duyong, Batu 3 Melaka.

  22. Salam tuan rumah..

    Seeloknya penanti tu BN biarkan saja PKR ternanti-nanti.Mereka ni dah ketagih mengata orang dalam siri kempen2 mereka.Lagipun kagi baik BN tumpukan masalah rakyat.

    Hindraf dah mula tunjuk belang semula himpunan demo kasi akan di lakukan tak lama lagi.Puak2 ni menguasai bar councel....apa jadi pada peguam2 berbangsa melayu...

    Tak terbangkitkah semangat mereka....heran dan takjub....
    Bila lagi mereka akan bertindakk.

    Peguam-peguam terlampau ni menggunakan kebijaksanaan mereka mengkorupkan bahasa undang2 dalam artikel perlembagaan negara.

    Intergreti seorang peguam bukan lagi pada diri mereka..fight for justice konon..

    Sebagai pengamal undang2 mereka bertanggung jawab mematuhi undang2 negara kerana dengan ujudnya undang2 negara ujudlah profesion mereka yang hanya berjuang dengan dokumen dan lidah.Sedangkan polis dan tentera terpaksa menghadapi pelbagai kemungkinan cedera mati dan sebagainya. maluuuuuu
    bekereta mewah sana-sini hasil yuran yang dikenakan kepada pelangggan tapi...menentang kerajaan.Patutnya mereka ini dikenakan hukuman lebih berat bila menyertai perhimpunan haram sebab mereka maklum tentang perhimpunan seumpama ini berbanding orang awam yang tidak faham sepenuhnya tentang undang2 negara.

    Disini saya mensyorkan pengamal undang2 yang melanggar undang2 negara dikenakan hukuman yang lebih berat berbanding orang awam.

  23. Anak tiong & pejuang duyong,

    terima kasih kerana membetulkan fakta, barangkali penulis terlepas pandang tentang perjuangan pak samad.

Artikel Hot Minggu Ini

Followers

Anda Setuju Guan Eng Pembohong?

Join FB Pisau

www.pisau.net