Berita Hot Terkini

PAS:kurang ajar !

Filed Under ( ) by pisau on 11.4.09

Dalam artikel di malaysiakini mengenai mursyid Nga mengunakan al quran sebagai modal politik & menuduh melayu Islam BN sesat,malah bersetuju Nga mengunakan ayat quran adalah satu kenyataan kurang ajar dari nik aziz.


Orang tua nyanyuk ini sekali lagi tak sedar yang Nga mempermainkan al quran & menuduh melayu islam lain yang tidak sehaluan dengan PR sebagai sesat.

Apa hak dia sebagai kristian menuduh orang islam lain sesat? boleh jadi hasil didikan PAS SESAT melahirkan kristian & hindu yang berkemampuan mengatakan apa yang dia suka.

Tidak ada bahasa lain yang lebih kasar untuk PAS selain dari menjadi Paria dalam masyarakat melayu islam pada am nya,

Kenyataan Nik aziz yang dangkal walau pun berbunyi niat baik ,tetapi disebalik itu seolah olah memberikan lesen besar kepada bangsa lain yang bukan beragama islam untuk mengunakan al quran untuk menghentam melayu islam yang tidak sehaluan dengan PAS SESAT.

YA! kalau nga nak sangat mengaji & mendalami islam jangan babitkan dengan soal politik, kamu orang PAS Sesat amat dangkal dan dungu dalam pemikiran,semua nya dibolehkan malah menyokong,konon nya sangat baik untuk mendalami islam ,sebaliknya mencuri beberapa patah ayat quran untuk menghentam umat islam lain.

Kalau ikhlas berdakwah lebih baik ikut pada cara yang betul,bukan mengunakan quran sebagai modal politik,bukan menjual nama Allah untuk memancing undi.

Nik Aziz ,sekali lagi melalui kenyataan nya terbukti nyanyok, heboh satu negara akan wahyu nik aziz ,akan menjadi perbualan hangat di kalangan PAS SESAT yang begitu berbangga dengan mursyid Nga yang seorang ini.

Comments:

12 Responses to “PAS:kurang ajar !”

  1. PAS memang SESAT dan MENYESATKAN.Pas sejak dulu lelih-lebih lagi setelah keluarnya Amanat Haji Hadi telah MENGKAFIRKAN UMNO kerana bersahabat dengan MIC dan MCA. Bahkan pada masa itu jika ada ayam itik dan lembu kambing orang UMNO atau PAS "berbini" maka puak-puak PAS akan menolak binatang mereka kerana berbaik dengan binatang peliharaan UMNO. Tiba-tiba sejak PR ini,semua yang haram bagi PAS telah menjadi HALAL. Ulamak PAS boleh mengeluar FATWA bila-bila masa sahaja dan pengikut yang jahil dan tongong akan mengikut sahaja. Hari bukan sahaja DAP bersama PAS tetapi bertempuk tampar dan berdakap mesra malah menggunakan AL-Quran. Bacaan Nga disambut dengan takbir dan tepukan.Alangkah SESATnya puak-puak PAS.Semoga Allah akan tunjukkan di dunia lagi wajah-wajah ulamak SESAT ini semasa mereka MATI

  2. Nik Aziz tak nyanyoklah.Dia akan adakan upacara sunat untuk Nga tak lama lagi.Lepas tu dia ajar surah2 relevan untuk Nga pakai diceramah2nya.Nga akan jadi menteri hal ehwal Islam dlm shadow cabinet pembangkang nanti.

  3. Saya memang dah lama heran bin ajaib dengan PAS nie...sebab tu saya katakan PAS tu maksudnya Parti Ajaran Sesat. Tapi saya tak lah katakan PAS Parti Ajaran Setan.

    Semuanya yang mereka buat, semuanya islam...semuanya akan masuk syurga termasuk Ustaz Nga. Tapi bila UMNO dan BN buat....semuanya haram, semuanya kafir...semuanya akan masuk neraka.

  4. SALAM PISAU..

    ADA UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK

    http://abangtuah.blogspot.com

  5. emm...bukankah lebih baik andai kita bersama berdoa kepada Nga dan yang lain2, samy vellu, koh tsu kun dan yang lain akan bersama2 dengan kita untuk masuk ke Syurga Allah.. sesungguhnya andai dengan usaha kita, Allah memberikan hidayah kepada mereka, pahalanya lebih baik deari dunia dan seisinya...janganlah kita menjadi fitnah kepada Islam yang hanya menjauhkan manusia dari Islam..andai mereka masuk Islam kerana politik sekalipun, kita biarkan niat mereka kepada Allah,siapalah kita untuk menentukan hati mereka ikhlas atau tidak..

  6. Muhd Fadhli,

    Ya saya setuju dengan pendapat saudara,tetapi cara mereka ini tak kena pada tempatnya

    yang saya tekankan apa hak dia mengatakan orang islam lain itu sesat,kenapa tidak ada sangahan dari orang PAS.

  7. pas mmg sudah sesat termasuk blogger mereka spt mso yang ckp apa salahhnya nga kok ming sebut ayat2 al quran ..kalau salah tegur ,gila apa !!!

    depa ni memang dh gila ,ckp mufti tidak lagi didengar kerana percaya tok guru sesat itu yg ckp politik

  8. Agama dipolitikkan, inilah jadinya. Yang salah diagungkan, yang tak bersalah difitnah semahu-mahunya hingga membawa masuk wartawan asing dan menyogok orang asing dgn berita2 dan gambar2 yg diada2kan, semuanya DENGARCAKAP sahaja. Sumpah muhabalah sebut nama Allah SWT, tak nak terima. Surat akuan bersumpah RM5 senang2 diterima. Mengaku orang ISLAM apa begini? Kata tak percaya mahkamah, tak percaya hakim2 Malaysia tp surat akuan bersumpah cap mahkamah Malaysia , boleh pulak terima????

    'Double standard' mainan pembangkang jelas terserlah terutamanya bila keputusan mahkamah tidak menyebelahi mereka. Kalau mereka menang, mereka benar, kalau kalah semua orang lain salah, hakim salah, pendakwaraya salah, polis salah, orang tu salah, orang ni salah...susahnya hidup mereka di bumi Allah ni kerana mereka sendiri menyulitkan keadaan...kerana ada orang yg tutup dua2 belah mata mereka.

    Memang benar perbuatan beberapa kerat ahli UMNO di T'ganu menderhaka kpd Sultan TIDAK mendapat sokongan ahli UMNO di akarumbi. Kami juga terkejut melihat kebiadapan sesetengah orang UMNO ni tetapi kami tidak terikut dan merestui mereka. Bagi ahli UMNO yg masih waras, kami menyuarakan rasa kesal dgn perlakuan melampau mereka itu. Bukan semua ahli UMNO buta hati!!

    Mengenai pengundi hantu pula, ia adalah ciptaan pembangkang yang dari dulu suka menuduh orang lain. Tidak ada istilah itu dalam SPR dan pilihanraya yang dulu2, yg ada cuma nama2 pengundi yg meninggal atau berhijrah ke luar negara tetapi ahli keluarga mereka tidak memberi maklumat untuk membatalkan nama2 mereka. Masalahnya, perayu undi pun jadi pengundi hantu bagi pembangkang!!! Kalau dah hidup penuh syak wasangka...

    Pasal rasuah ni, sama saja dlm PR. Mungkin ada pengikutnya yg tak dapat bahagiannya sebab tu lah ada yg dok teriak2 dlm blog Tun ni!!! Kalau dapat laba, takkan nak bising2 di sini? Pemimpin2 PR ramai yg bila jumpa pemimpin2 kerajaan bertukar2 senyum ada makna, bersalam2 mesra makan semeja, tetapi pengikut2 mereka di bawah mereka api2kan membenci pemimpin kerajaan. HIPOKRIT!!! Sumbangan2, derma2 dari luar negara terutamanya dari US yg mendokong parti mata dajal tu, lumayan sekali dan org2 atasan PKR selama ni dpt duit raya tak kira musim. Bila ke kampung2, mereka minta derma dari ahli2 yg tak teragak2 menderma lagi biarpun anak2 tak berapa cukup nak beli buku...Semakla senarai pemberian dari badan2 amal US nun...

    Tuduhan tanpa bukti adalah fitnah. Kalau kerajaan bertindak seperti yg didakwa menggunakan unit khas membunuh orang yg kerajaan tak suka, dah lama pemimpin pembangkang tu tak wujud!!! Tapi sepatutnya dah lama tak wujud sebab kerajaan masa tu dah racun dia dgn arsenik??? Lamanya kesan arsenik tu berjalan ye??? Cakap pakai lutut!

    Tindakan Tun menahan bantuan sekolah agama dulu mungkin ada baiknya kerana apa guna memberi kepada yg tak reti menghargai dan bersyukur, berterima kasih kepada yg memberi?? Anak2 kecil di pasti dan sekolah agama mereka diajar menghina pemimpin2 kerajaan terutamnya Tun sebagai PM, menggelarnya dgn gelaran2 yg terlalu kesat, gambar2 Tun diconteng2, dikoyak2 dan dipijak2 dan Tun dimakihamun semahu2nya. Saya pernah melihat gambar2 Tun diperbuat begitu kerana saya dah lama bertugas di Pantai Timur, dan lebih 26 tahun. Anak2 mereka ini bila naik sekolah menengah, otak mereka dipasak lg dgn fitnah2 dan mereka ditegah mengikuti berita arus perdana, tv haram dan akhbar arus perdana haram. Yg halal berita2 fitnah yg mereka sendiri ada2kan. Kalau kerajaan dianggap taghut, zalim, kejam, tidak Islamik, mengapa terhegeh2 meminta bantuan dari kerajaan? Nak makan share duit dari kerajaan taghut, zalim dan kejam?? Baik jangan subahat saudara saudari.

    PR lagi teruk. Bukan setakat cedok bagi, mereka sendiri yang pergi kaut guna jentolak. Bekas TimbKM PP juga ada bahagian dlm kuari...tu yg diberitahu. yg kita tak tahu??? Sama2la kita lihat apa lg yg pembangkang terutamanya pemimpin no1 mereka yg semakin kuat temberang, berbohong, berangan tak sudah...Hingga hari ini gagal membuktikan dirinya suci, tak bersalah walhal member2 dia di MCKK dulu semua tahu benar siapa dia di kalangan mereka...

    Mereka kata PR telus? Terlalu telus hingga aksi di bilik tidur pun dihidangkan, hubungan dengan suami orang beragama Islam pun dihalalkan 'my dedicated boyafriend' kunun!. Ramai yang berjuang untuk terus menikmati gaji lumayan menjadi MP, MB, EXCO dan sebagainya. Apa jadi dgn MB Selangor? Kenapa hanya isytihar gajinya saja tp tidak kesemua aset yg lain termasuk apa yg isterinya ada? Ingat saham2nya dlm Guthrie shj beratus juta RM. Apa dah jadi dgn beberapa MP dan ADUN PR yg lain? Kes2 mereka pun mencerminkan nafsu lbh besar dari perjuangan untuk rakyat . Yg bersekedudukan dgn perempuan lain sedangkan isterinya ada, yang main gila dgn suami orang dari lain bangsa dan agama, yg dah pasang lebih isteri sedangkan dulu mereka marahkan pemimpin2 UMNO bila ini berlaku? Dan ada yg rakus menghambat persen2 dari ahli2 perniagaan disekeliling mereka. Tolonglah celik2 mata tengok orang2 PR jugak. Kalau rajin memeriksa orang2 kerajaan, sila periksa juga dibelakang tabir org2 PR ni sebab mereka bukan MAKSUM, tak pernah buat salah, tak ada nafsu atau tak terliur dgn duit senang dapat???

  9. "...Apa hak dia sebagai kristian menuduh orang islam lain sesat?..."

    Apakah kemungkinan bahawa orang berugama kristian ini berani menuduh orang Islam lain sebagai sesat, kerana rata-rata orang Islam sendiri pun cukup ramai yang berani menuduh orang Islam lain sebagai sesat.

    Dengan jelas kita boleh lihat, kedua-dua pihak saling tuduh menuduh bahawa pihak yang satu lagi adalah puak yang sesat. Dari pemimpin hinggalah pengikut, masing mahu bersuara untuk mempamerkan sokongan kepada pihak yang disokong.

    Siapa yang mula? Penting ke siapa yang mula. Adakah hanya kerana bukan kita yang memulakan maka kita tidak bersalah? Cuba kita ambil satu contoh yang lain supaya kita dapat lihat dari perspektif yang lebih tepat.

    "Semalam dia pukul adik aku, sebab itu aku pukul adik dia hari ini.

    Semalam dia curi basikal aku, hari ini, aku curilah basikal dia.

    Semalam dia maki aku, aku makilah dia balik.

    Dia mula dulu, bukan salah aku."

    Mana satu yang betul. Tidak kira siapa yang mula, perbuatan yang salah tetap salah. Adakah orang kita hari ini sudah tidak tahu lagi apa yang betul dan apa yang salah. Atau orang kita tidak lagi peduli tentang betul dan salah.

    Yang salah hanya boleh dibetulkan dengan usaha pembetulan bukan dengan cara menambah dengan satu lagi perbuatan yang salah. Seorang Muslim wajib tahu bahawa menuduh seorang Muslim yang lain sebagai sesat adalah satu perbuatan yang sangat serius. Ia bukan perkara main-main. Sangat serius.

    Seorang Muslim yang berbuat kesilapan atau kesalahan tidak semestinya sesat. Hanya kerana seseorang PATUT tahu tapi masih membuat kesalahan belum cukup untuk menjatuhkan hukum sesat terhadapnya.

    Tidak kiralah pihak mana yang menuduh, jika tuduhan itu tidak benar, maka tidak benarlah tuduhan itu. Sebagai Muslim, kita tahu melemparkan tuduhan yang tidak benar terhadap seseorang Muslim yang lain merupakan perbuatan FITNAH.

    Apabila satu pihak menuduh satu pihak lain sebagai sesat dan pihak yang dituduh itu pula menuduh pihak yang menuduh juga sesat, maka jelas bahawa sekurang-kurangnya salah satu pihak, kalau bukan kedua-duanya, telah melemparkan FITNAH.

    Kedua-dua pihak dianggotai oleh Muslim. Muslim sama Muslim saling tuduh menuduh. Muslim yang tahu akan dosa dan pahala saling tuduh menuduh.

    Saya tidak hairan mengapa seorang berugama kristian berani menuduh sekumpulan orang Islam sebagai sesat. Kalau yang faham dosa dan pahala pun berani menuduh saudara Islam mereka sendiri sebagai sesat, apatah lagi seorang berugama kristian yang tidak tahu malahan tidak peduli dengan dosa dan pahala.

    Dalam kita cuba menyelesaikan sesuatu persoalan, jangan terlalu cepat menuduh orang lain yang bersalah. Mungkin kita juga telah banyak menyumbang ke arah punca timbulnya masaalah.

  10. Berpolitik biarlah berpada, jangan beri ruang kepada bukan Islam mencari kelemahan kita.. Wallahualam

  11. sedarlah melayu (islam). kembalilah ke pangkal jalan. usah mudah terpedaya atas nama agama bagi org berpentingan politik...

  12. PAS makin sesat ,dah makin teruk puak ni

Artikel Hot Minggu Ini

Followers

Anda Setuju Guan Eng Pembohong?

Join FB Pisau

www.pisau.net