Berita Hot Terkini

Ekslusif: PKR LEBIH KEJAM DARI ISRAEL Kenyataan Media oleh Bekas Calon PKR Parlimen Batu Pahat P150 - MALAYSIAKINI

Filed Under ( ) by pisau on 6.4.09

Kenyataan Media



Saya Muhammad Abdullah calon PKR P150 Batu Pahat ketua Penaja Bahagian Batu Pahat,Bekas Ketua Penerangan Negeri,Ketua Penerangan Angkatan Muda,Setelah berkerja keras dalam pilihanraya ke 12 dan tidak ada seorang pun ahli PKR lama yang membantu saya.

Berpuluh ribu saya habiskan untuk perjuangan parti akhirnya ,segala perjuangan sia sia PKR memang pembohong,mana ada keadilan dalam parti,saya hantar surat bantahan kepada PKR Pusat kenapa Timbalan Presiden Syed Husin melantik adik beliau menjadi Ketua bahagian.Sedangkan saya ketika itu sudah ada jawatankuasa penyelaras, dan lebih menyedihkan mereka tidak menjemput ke mesyuarat bahagian.Apabila saya ke PKR Pusat ,pihak PKR telah memperdayakan saya,difahamkan bahawa setiausaha agung membuat semakan keahlian saya baru didaftarkan bulan 6 2008,sedangkan saya telah hantar borang 2005,bermakna saya bertanding tidak sebagai ahli PKR.

Katanya Parti Keadilan tetapi kalau keadilan dalaman parti untuk ahli tidak dapat dilaksanakan.
Bagaimana nak adil dengan rakyat,Dasar yang dibawa oleh PKR tidak betul,pentadbiran lemah,bagaimana nak takbir Negara ?sedangkan didalam parti sendiri tiada keadilan.

Kalau parti berhaluan kiri,yang mengamalkan sosialis DAP,yang menentang Islam,bolehkah Dato Seri Anwar katakan berjuang untuk islam,sedangkan PAS yang dikatakan memperjuangkan Islam membuat kesilapan besar bergabung didalam PR yang ada golongan yang menentang Islam.

Dalam PKR sendiri mengamalkan perkauman,Orang India dan Cina ditipu,Saya tahu apa yang berlaku dalam pemilihan MPT di Kongress Nasional di Seramban,kenapa Xavier dan Sivarasa tidak dipilih,sehingga mereka dilantik.

PKR hanya memperkudakan rakyat untuk kepentingan DS Anwar,tapi DS Anwar cakap ibarat tin kosong menipu rakyat Malaysia mengenai 16 Sept akan menduduki kerajaan pada bulan puasa pun nak menipu ,taubatlah Dato Seri.

Dato Seri hanya mengejar jawatan PM,tetapi Datuk Seri tidak nampak di bawah sana ramai ahli yang menghabiskan wang ringgit demi perjuangan,Ada yang hidup merempat, ada yang dahulunya mempunyai 6 kedai tetapi kini hanya tinggal 2 kedai,ada yang bangkrap terus.

Dato Seri mengatakan mahu membela orang orang melayu,hari ini ramai orang melayu merempat dalam parti.Beginikah Perjuangan Parti Keadilan?

Saya begitu sedih melihat Pakatan rakyat sering mengadakan demonstrasi jalanan sehingga mengaku Islam tetapi tidak berakhlak sehingga menderhaka kepada Sultan,baring atas jalan,maki hamun sultan,Apakah Islam mengajar begini?
Wahai saudara saudara Islam belajarlah Kisah nabi nabi,jadikan tauladan,Islam itu cantik,jangan tunjukkan Islam itu ganas.

Kepada orang melayu,saya mengingatkan jangan pisang berbuah 2 kali , kerajaan Melaka jatuh kerana Tengku Bendahara,hari ini jangan bangsa melayu terpinggir dan merempat di negara sendiri akibat manusia rakus yang berlumba mengejar nak jadi PM,termasuk orang orang cina dan india saya merasakan demokrasi negara hampir dimusnahkan.kembalilah bersatu untuk negara tercinta.Bukan berpecah belah jadikanlah Malaysia harmoni dan dihormati kembali.

Mohammad Abdullah.


P/s
PKR DI AMBANG PERPECAHAN,BERDASARKAN MAKLUMAT DITERIMA BANYAK LAGI KEJUTAN BAKAL BERLAKU SELEPAS PRK INI.

Comments:

5 Responses to “Ekslusif: PKR LEBIH KEJAM DARI ISRAEL Kenyataan Media oleh Bekas Calon PKR Parlimen Batu Pahat P150 - MALAYSIAKINI”

  1. sy ada hantar link artikel ini ke seluruh warga BPN dalam YM saya..

    tq

  2. Aku tak bela mana-mana tapi aku biasa tengok orang macam ni selalunya yang tak dapat jawatan maka buat ulasan.Setahu aku di antara PKR dan UMNO tak berbeza sebab orang PKR asalnya orang UMNO.Selepas tak dapat tempat dalam PKR jilat balik UMNO dengan syarat burukkan PKR.Aku dah masak sangat perangai orang politik kebanyakkannya suka temberang.kalau berjuang inginkan balasan tak payah berjuanglah,duduk kat rumah jaga anak dan bini lagi bagus.

  3. alhamdulillah, semoga bangsa melyu bersatu kembali buka mata dan celik kan hati agar tak di perdaya MAHA munafiq tu, insya'allah..Janagn biarkan bangsa pendatang memecah belahkan bangsa kita..

  4. Anon 2:06PM di atas masih berfikiran kuno. Lagu lama dimainkan lagi. UMNO kini telah berubah. Memang ada begitu tapi tak semua macam itu. Nanti ada pula pemimpin pembangkang akan kata semua ini lakonan UMNO. Gambar itu mungkin Allahyarham. Dunia hampir kiamat! Ulama politik semakin bertambah ramai..pengikut jadi keliru!

  5. perkiraan akhlak umno dan pkr selalu diseiringkan dikala berlaku kemungkaran dipihak pkr. ini untuk menjelaskan akhlak umat2 pas adalah seiringan akhlak keperibadian para nabi2.

    sejarah penjajahan pemerintahan negara2 islam terdahulu dijahanankan oleh hati2 ulama islam yang telah dipukau oleh para jahiliah penjajah.

    ulama2 islam menggunakan ayat2 ALLAH untuk menjual nagara dan agama hasil nasihat , tunjukajar dan tipudaya oleh para cendikiawan pengkaji islam jahiliah..

    maka muncullah ramai ulama2 islam politik, yang hanya berjuang untuk politik semata2 tanpa arah tuju dan sering kesesatan.

    islam tidak dimusuhi oleh kaum jahiliah ,tetapi dikhianati oleh para ulama islam sendiri.

    HATI ISLAM DIDALAM DIRI ULAMA ISLAM HANYA SEKECIL HATI KUMAN,.

Artikel Hot Minggu Ini

Followers

Anda Setuju Guan Eng Pembohong?

Join FB Pisau

www.pisau.net