Raja Drama

Posting Terkini

Ekslusif :Pendedahan Oleh Pemimpin PAS kepada blogger BPN

Filed Under ( , ) by pisau on 29.4.09

Selama menulis blog politik,ini lah kali pertama Pisau & kawan kawan menerima jemputan dari pemimpin PAS, agak mengejutkan apabila menerima jemputan dari mereka,walhal sebelum ini PISAU banyak menghentam Pimpinan & Dasar PAS.
Kenapa menjemput blogger yang betul2 anti pada PAS,itu yang timbul di benak hati PISAU.Kenapa tidak menjemput blogger PR.Hairan.
Apabila persoalan ini timbul ,Dengan rasa rendah diri,Pisau menghadirkan diri bersama kawan kawan blogger untuk perjumpaan tertutup di sebuah restoran.

Pisau rasa teruja apabila di hadapan kami adalah pemimpin PAS yang cukup di kenali,tanpa di rancang pada mulanya cuma seorang tetapi dituruti oleh 2 orang lagi pemimpin PAS.

Perbualan kami berkisar politik dalaman PAS yang begitu mengejutkan,namun atas dasar hormat & kepercayaan yang di berikan, hasil perbualan itu tidak dapat didedahkan butir nya.Perkara sulit yang didedahkan di hadapan kami cukup mengemparkan.

Pertemuan yang hingga beberapa jam bersama Pemimpin Tertinggi PAS berlarutan hingga banyak pendedahan yang di ceritakan apa yang sebenarnya berlaku didalam PAS.

Isu bagai mana Pengunaan Nama Allah,Isu YB Ngeh menjual ayat quran,Isu babi,isu rasuah , pertelagahan peringkat tertinggi pimpinan PAS & pertelagahan antara PAS dan PKR.

Selepas di jelaskan secara terperinci,maka PISAU berpendapat PAS sedang mengalami penyakit sawan babi,yang sukar di ubat,vaksin nya hanya dapat diubati jika golongan erdogan di hapuskan semasa muktamar nanti, PAS sekarang lebih liberal hasil air tangan anwar ibrahim bapak liberalisasi & kesamarataan malaysia. Patut lah isu Nama Allah ada percangahan pendapat didalam PAS, golongan liberal yang berpaksi Anwar lebih vokal mengatasi suara ulamak.di sambut & disokong pula oleh blogger PR.

Malang sekali apabila golongan erdogan bermain dengan isu ini telah merosak intipati perjuangan PAS.
Keterbukaan PAS boleh dilihat ketika pilihanraya Bkt Gantang apabila YB Ngeh membaca petikan ayat quran.

Bercakap soal Bkt Gantang, timbul pula nama Mantan MB Nizar. sebetulnya kedegilan nizar betul betul membawa rebah,apabila nasihat & teguran oleh ulamak PAS di tolak mentah mentah,apabila terjadi nya krisis perlembagaan Nizar kembali terhegeh hegeh merujuk kepada ulamak PAS.Namun apabila kematian MP PAS Bkt Gantang nada suara Nizar kembali berubah apabila mendapat saranan daripada YB Nga agar nama Nizar dicalonkan.Di sini kita boleh melihat sombong & riak nya nizar terhadap pemipinan ulamak.

Sebenarnya Siapa yang berkuasa untuk menentukan calon kerusi PAS di Bkt Gantang? PAS Atau DAP?
Nizar mengambil keputusan untuk menolak saranan ulamak didalam PAS dan berpaling kepada Erdogan & DAP.

Selepas itu timbul pula soal kerajaan campuran, cerita ini ketika itu pada dasar nya PAS bersetuju akan tawaran Umno, Umno sanggup memberi kerusi MB & beberapa kerusi exco kepada PAS,asal kan tidak bersekongkol dengan DAP. pada hekmat PISAU,alangkah bagus nya jika kerajaan campuran itu berlaku, walau pun perkiraan kerusi DUN UMNO lebih banyak,namun UMNO sanggup berkorban kerusi MB & exco semata mata kerajaan perpaduan terlaksana.

Namun apakan daya,apabila puak erdogan di Perak menolak mentah mentah saranan itu,mereka lebih rela bersekongkol bersama DAP & PKR untuk memerintah. tawaran menarik Umno di tong sampahkan.

Tuhan maha adil , apabila terjadi nya krisis perlembagaan Perak,banyak perkara sulit & rahsia terdedah, yang pasti nya Nizar tidak mendapat restu daripada golongan ulamak PAS sendiri,jawatan MB hanyalah restu daripada Ngeh & Ngah bersaudara.

Pemimpin PAS yang seorang lagi bercerita tentang muktamar yang akan datang, kempen & politik cantas mencantas sedang berlaku didalam PAS,tak ubah seperti Perhimpunan UMNO. Pelbagai peristiwa berlaku yang di sorok oleh akhbar Harakah untuk tatapan umum, katanya Hakarah sebagai lidah rasmi PAS yang melaporkan hal sebenar, tapi sayang nya Harakah lebih kepada erdogan.

Kebetulan pula pendedahan oleh Nik Abduh tempoh hari ,menambahkan bukti betapa perpecahan didalam PAS adalah benar. golongan Erdogan betul betul menganas didalam PAS, PAS bakal berdepan leberalisasi yang secara total bakal menolak suara ulamak.

Selepas itu timbul soal isu rasuah & skandal balak oleh pemimpin PAS, agak mengejutkan, selama ini PISAU hanya mendapat maklumat dari orang dalam PAS,kali ini Pemimpin PAS sendiri menceritakan betapa kotor nya sebilangan pemimpin PAS yang terpalit dengan najis rasuah.Kes Balak berlaku di Perak & Kelantan,jelas yang terbabit adalah pemimpin PAS sendiri.

Penyokong PAS,janganlah terlalu membenci UMNO , ayat yang sering di laung laungkan UMNO RASUAH betul betul terkena pada batang hidung sendiri. Kali ini nampak nya boleh la UMNO membuat banner PAS RASUAH. PAS KORUP,PAS ANTI ESTABLISHED.PAS SESAT.

Penyokong PAS,terimalah dengan rasa rendah hati dan berlapang dada,pendedahan oleh pemimpin PAS sendiri begitu mengejutkan,
Namun pembaca boleh merujuk akan pededahan skandal oleh Mat Sabu sendiri :klik sini
pendedahan itu adalah sebahagian sahaja, masih banyak yang tidak dapat di dedahkan

Akan ada ahli PAS sendiri akan meminta kami tunjukkan bukti,tapi sayang nya atas rasa hormat & berpegang pada janji kami tidak dpt mendedahkan.

PISAU tidak mahu mengulas secara panjang lebar namun pembaca boleh mengikuti di blog rakan rakan Pisau yang turut serta semasa perjumpaan itu.

Parpukari
Gomo
RBF

Comments:

3 Responses to “Ekslusif :Pendedahan Oleh Pemimpin PAS kepada blogger BPN”

  1. Pisau

    aku rasa dapat agak hang jumpa sapa, takbleh bagi hint skit ka..

  2. http://analisisringan.blogspot.com/2009/04/3-pimpinan-pas-dedahkan-rahsia-pada.html

  3. salam ziarah..ha'ah..betul tu..dalam PAS pun ada gak...ana kena gak isu UMNO rasuah ni kat blog ana..sekarang dah kena kat depa semula..TAKBIR!!!ALLAHHU AKBAR!!!!
    (mohon izin cedok ayat sikit ek)

Popular Posts