Yang diperjuangkan Anwar IBRAHIM adalah 'REFORMASI PALSU'. Yang diperjuangkan sebenarnya adalah 'LIBERALISASI' - sama seperti yang telah berlaku di Indonesia. Liberalisasi Sosio-Ekonomi (Penghapusan DEB), Liberalisasi Beragama (IFC). Sekiranya konsep fundamental negara Malaysia berubah menjadi sistem liberal, yang akan beruntung adalah para PEMODAL BESAR baik asing mahupun tempatan. Adakah Melayu sudah BERSEDIA?
(MatahatiBangsa)
Setelah membaca petikan MataHati Bangsa , membuat Pisau terfikir akan perihal nya tentang isu liberalisasi perdagangan & isu 30 % peratus kouta bumi.
soal isu artikel yang terdahulu ada pro & kontra nya melibatkan pemansuhan syarat 30% pemilikan bumi.
Sekali lagi kita di letakkan didalam dilema ,
Ada komentar pertahankan hak & istimewa bumiputra, ada yang setuju & ada yang tidak setuju
namun pemansuhan itu berlaku didalam keadaan melayu lemah & tertekan ekonominya.
Di dalam artikel sebelum ini,Pisau mengatakan DS Najib telah checkmate PR,namun apabila di teliti kenyataan dari MataHati Bangsa nampak nya DS Najib terikut dengan rentak PR.
PR,Anwar atau non bumi checkmate DS Najib?
Pisau tidak mahu "bias" soal ini,namun masih bersangka baik segala tindakan DS Najib & kabinet sudah pasti telah meneliti secara menyeluruh soal sensitif ini.
Ds Najib & Kabinet membuat keputusan ketika kita dalam keadaan tertekan dari dalam dan luar, sama ada mengikut acuan 1Malaysia atau pun terikut dengan rentak PR.
Dari pihak di sebelah sana,memang ini yang di perjuangkan, apabila DS Najib membuat keputusan sebegini telah menimbulkan keresahan bumiputra tetapi di sambut baik oleh bukan bumi.
Pihak PR mendiamkan diri dalam hal ini,adakah mereka bersetuju? tidak ada kritikan tentang soal ini,kalau mereka bersetuju ini menandakan mereka menyokong tindakan DS Najib.
Namun kedengaran nyamuk nyamuk PR membuat bising mengatakan DS Najib & Umno mengadaikan hak bumiputra.Hairan, kenapa mereka bising? kan ini yang di perjuangkan oleh juak juak PR.
Kalau penyokong PR tidak bersetuju,maka konsep Malaysia Malaysian(kesamarataan) & 1Malaysia hapuskan saja, biar orang melayu sama ada dari PR & BN bersatu padu tentukan untung nasib bangsa sendiri.
Dah beri betis nak paha, tuntutan MCA telah melampaui batas, ini lah jawapan nya apabila melayu lemah.Semalam, Setiausaha Agung MCA, Senator Datuk Wong Foon Meng berkata, terdapat sembilan lagi sektor yang masih mengguna pakai syarat peruntukan ekuiti yang perlu dihapuskan selaras dengan semangat Satu Malaysia.
Sektor tersebut ialah hartanah, pertahanan dan penyediaan keselamatan negara, pembekalan utiliti, agensi pelaburan kerajaan, lapangan terbang, penerbitan serta percetakan dan penerbitan semula. (utusan)
Kalau DAP meminta perkara yang sama jika PR memerintah negara,agak nya apa akan berlaku?
“UMNO mesti diperukuhkan bukan kerana kita ghairah dengan kekuatan. UMNO mesti diperkukuhkan kerana hanya UMNO yang kukuh sahaja yang boleh menunaikan segala janjinya. Inilah tanggungjawab kita. Inilah ikrar kita.” (YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, 30hb. November 1990)
Popular Posts
-
Dahulunya Anwar jaguh dimata penduduk bandar,golongan ini yang celik IT dan lebih up to date tentang isu semasa sentiasa tahu apa yang berla...
-
Berlaku satu kes di Lembah Pantai apabila satu program meraikan Tahun Baru Cina di Brickfield mendapat sambutan yang hambar.Kehadiran pada m...
-
Saifudin yang terkenal dengan kerja putar belit dan membuat provokasi sudah kehabisan modal.Kita pernah dengar bagaimana para penyokong paka...
-
Umno bahagian Wall Street disahkan terlibat membuat fitnah terhadap Anwar.Menurut sumber Azmin, beliau telah mendapat maklumat bahawa Umno ...
-
Bayangkan selepas ini jika berlakunya tangkapan terhadap pasangan yang berzina atau yang sedang membuat maksiat.Penguatkuasa agama yang men...
-
Debat diantara Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng mendedahkan belang sebenar apa yang dicita citakan oleh DAP didalam politik negara ini. Kerata...
-
MP Balik Pulau,YB Yusmadi sekarang ini sudah dilihat sebagai bebanan dan tidak popular buat pakatan rakyat . Yusmadi yang terkenal dengan ...
-
Anwar menipu ramai orang,bukan saja ahli parlimen pakatan malah seluruh penyokong pakatan terpalit dengan kencing raja pembohong. Road Put...
-
Seperti yang dilaporkan oleh Utusan,walau pun cubaan untuk sabotaj program ceramah mengenai akidah ini,namun kehadiran lebih 15,000 hadir me...




Post a Comment