PAS telah lupa sehingga sanggup menggadaikan matlamat asal perjuangan mereka menegakkan negara Islam demi menjaga hati PKR dan DAP
Seperti yang sedia kita maklum perjuangan PAS telah tersasar dari matlamat asal sehingga sanggup mengadaikan perjuangan menegakkan Negara Islam demi menjaga hati PKR & DAP.
Kita sering kali melihat sikap PAS yang lebih banyak membisu berbanding PKR & DAP di Parlimen,adakah PAS telah hilang taring,bacul dan tidak dihormati oleh PKR & DAP
Selepas PRU12, PKR & DAP memperbodohkan PAS sehingga dilihat bersikap dayus dan tidak mampu membuat keputusan tidak kira dalam penentuan dasar di peringkat negeri mahu pun persekutuan.
Umum mengetahui bahawa termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri yang mensyaratkan Menteri Besar merupakan orang Melayu dan Islam. Rentetan daripada itu, jika diimbas kembali kemelut politik yang berlaku sebelum pembentukan Kerajaan Negeri di Perak, kebimbangan telah wujud di kalangan orang Islam sendiri apabila majoriti kerusi DUN yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat adalah DAP 18 kerusi, PKR 7 kerusi dan PAS 6 kerusi. Kemelut berakhir dengan pelantikan Nizar sebagai MB Perak walaupun perkara ini nyata tidak disenangi oleh DAP.
Pendedahan Mohd. Fadzil Jamaluddin, Abang kepada MB Perak, Dato’ Seri Ir. Nizar Jamaluddin bahawa wujudnya ’Perjanjian Pangkor II’ yang ditandatangani dengan DAP sebelum pembentukan Kerajaan Negeri. Intipati perjanjian ini antara lain melarang Menteri Besar menyebut negeri Perak diperintah oleh Islam dan terma-terma politik yang berkaitan PAS atau bahasa Arab seperti hudud dan Qisas.
Sangkaan bahawa Nizar tidak mampu dibeli oleh DAP nyata meleset apabila drama ini akhirnya terbongkar dengan pendedahan bahawa wujudnya ’perjanjian pangkor II’ antara PAS dan DAP kononnya sebagai jalan penyelesaian terbaik bagi mengatasi kemelut yang berlaku. Namun, kesan terhadap orang Melayu/Islam semakin dirasai dan membuktikan kebenaran perjanjian terutamanya dengan dasar-dasar Kerajaan Negeri yang memihak kepada bukan Islam serta tiada dasar-dasar yang menguntungkan orang Islam sebagaimana pemerintahan PAS di Kedah dan Kelantan. Siapa yang harus dipersalahkan? Adakah PAS sanggup mengakui kesilapan mereka?
Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Ahmad Awang. enggan bekerjasama dengan UMNO dan lebih rela bersama DAP yang pasti menolak negara Islam.
Pesuruhjaya PAS sanggup menjual maruah dan menggadaikan perjuangan Islam dengan meletakkan kebencian yang begitu ekstrem kepada UMNO sehingga sanggup mengenepikan kepentingan Melayu/Islam di negeri Perak dan menolak negara Islam. Adakah beliau mewakili kesemua orang Islam? Apabila dilihat kembali manifesto PAS pada PRU-12 lalu, tidak hairanlah Islam tidak menjadi salah satu daripada 12 teras dalam manifesto PAS. Adakah PAS cuba mengenepikan kepentingan Melayu/Islam bagi meraih sokongan masyarakat bukan Islam?
Harus di ingat perjanjian ini dibuat tanpa pengetahuan ahli PAS?Dan nizar menafikan akan hal sebenar termasuk dikalangan Pemimpin PAS.
Antara isi kandungan ’Perjanjian Pangkor II’ yang ditandatangani Nga Kor Ming (Pengerusi DAP Perak) Nizar Jamaluddin ialah
1. Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak tidak boleh menyebut Perak akan menjalankan pemerintahan Islam.
2.Nizar Jamaluddin sebagai MB tidak boleh menyebut mana-mana terma yang berkaitan dengan PAS atau bahasa Arab seperti Hudud, Qisas dan lain-lain lagi.
3.Nizar Jamaluddin sebagai MB tidak boleh membuat keputusan sendiri sebagai kuasa MB sebaliknya semua perkara yang ingin dibuat perlu diperakukan oleh semua Exco Perak terlebih dahulu.(ditunggang DAP)
4. Pembahagian Exco yang diputuskan adalah 6 Exco DAP, 3 wakil Exco PKR dan 1 wakil PAS. DAP juga menuntut wakil speaker DUN Perak dari wakil DAP.
sebahagian kesan dari MB boneka ialah Kuota hartanah orang Melayu dirampas dan mengumumkan untuk menjual semua kuota-kuota hartanah Melayu yang tidak terjual di semua kawasan perumahan di Perak. Adakah ini gara-gara dari desakan DAP?
Maka kita tidak terkejut untuk kerusi calon Parlimen Bukit Gantang dicalon kepada YB Nizar yang sungguh setia kepada tuan DAP nya
*sumber: Anak jati Perak
Artikel Hot Minggu Ini
-
Abby Abadi sebelum ini dilaporkan naik diatas pentas PAS ,berkokok sakanlah para penyokong khawarij PAS. Kata mereka Abby dah jadi ustazah...
-
Pisau pernah dedahkan mengenai skandal khalifah kesayangan PAS yang mengentot gadis cina hingga mencetuskan pergaduhan si isterinya seorang...
-
Seorang siak di hentam hebat oleh khawarij PAS apabila menyentap baju kuning yang kotor ketika beribadat. Tindakan Siak ini pada pendapat P...
-
2 gadis bertumbuk berebut blogger Media Permatang Pauh atau nama manjanya MPP,sungguh sungguh bertumbuk sampai ada yang dipijak dan dipukul ...
-
Selepas Ustazah Aisyah disahkan sebagai ahli syurga PAS kini yang terbaru adalah Abby Abadi,beliau dikhabarkan akan mengikut jejak langkah U...
-
Sebentar tadi jam 3 petang Perkasa mengadakan demonstrasi bantahan dihadapan Maybank Komtar.Seramai 50 orang terdiri daripada ahli Perkasa,P...
-
Ambiga dan Anwar hari ini disahkan berdarah hidung akibat pihak peniaga melancarkan Bersih 4.0 dengan sasaran untuk menarik sejuta penyokong...
-
Irshad Manji masuk ke Malaysia adalah dijemput oleh golongan liberal pakatan,anda boleh lihat kenyataan beliau adalah cerminan pemikiran lib...
-
AIDCNews- 21/05/12 – Sebuah buku baru yang ditulis oleh Jonathan Smith bertajuk “The “I” Files”, yang membongkar cerita sebalik tabir Dat...
-
Sebelum ini Pisau malas untuk komen mengenai isu terbaru muzakarah diantara PAS dan Umno.Sejak dari awal lagi Pisau tidak pernah bersetuju U...



Post a Comment