30 % Ekuiti Bumiputra di hapuskan? jawapan & pendapat PISAU.
Filed Under ( BN, melayu rasis, UMNO ) by pisau on 24.4.09
1. Kerajaan telah menghapuskan 30% syarat ekuiti bumiputra untuk 27 jenis perkhidmatan sub-sektor dengan serta merta selaras liberalsasi perdagangan Asean untuk merancakkan lagi industri sektor perkhidmatan.Ini adalah salah satu strategi menarik lebih ramai pelabur untuk membuat FDI ke dalam pasaran negara kita.
2.Antara sektor perkhidmatan yang terlibat antaranya kesihatan & perkhidmatan sosial,perkhidmatan pelancongan,perkhidmatan pengankutan,perkhidmatan perniagaan ,perkhidmatan consultant komputer dsb.
3. Sub sektor kebanyakkan nya terdiri daripada perniagaan kecil,setengahnya di kuasai majoritinya oleh bumiputra dan sebahagian lagi bumiputra hanyalah sebagai sleeping partner yang tidak aktif.
4. Apakah yang di maksud kan 30 % ekuiti bumiputra? contoh nya jika syarikat Tesco atau pun Jusco ingin melabur di Malaysia,sebelum ini mereka perlu memenuhi syarat pemilikan bumiputra sebanyakan 30% sebagai syarat sebelum membuat pelaburan.
Ini tidak termasuk syarikat yang terlibat dengan kontrak kontrak atau tender kerajaan( yang harus ada bumi status) atau pun perkhidmatan yang mempunyai sensitiviti politik seperti perkhidmatan penerbangan, utiliti & peruncitan.
(WSJ) Mr. Najib Wednesday told reporters in Malaysia's administrative capital Putrajaya that foreigners investing in parts of the service sector would no longer be required to take ethnic-Malay partners, who currently must own 30% of any joint venture. The newly opened sectors include health, tourism, and business and technology services, but don't include areas in which there is heavy state-involvement or which are politically sensitive, such as air travel, utilities and retail, where companies such as France's Carrefour SA and Britain's Tesco PLC have pushed for more access.Syarat untuk bumi status masih kekal untuk mana mana syarikat yang ingin menyertai tender kerajaan
(Reuters-March 12)Deputy Prime Minister Najib Razak, who is slated to become premier on March 31, told the Financial Times that Malaysia could embrace some reforms such as liberalising the services sector but was not able to dismantle policies favouring ethnic Malays.
“We cannot have too drastic a move until people are ready for it,” Najib said in an interview published on Thursday
"SYARAT"
5. Yang di hapuskan hanyalah syarat 30 % bumiputra, bukannya hak bumiputra, kita harus jelas tentang isu ini, jangan lah membabi buta terus menyerang tanpa usul periksa.rata rata dari ruangan blog & komen kebanyakan hanya melaungkan UMNO & DS Najib mengadaikan hak bumiputra.
6.Adalah tidak adil membuat tuduhan secara melulu seolah olah DS Najib telah membuat satu dosa besar.Barangkali rakyat tertanya tanya akan perihal nya isu ini tanpa penjelasan mengikut bahasa orang kebanyakan,yang ada cuma petikan penjelasan dari akhbar2 yang bahasa nya terlalu ilmiah hingga ada yang tersalah faham.
7. Salah satu tujuannya adalah didalam kerangka 1Malaysia yang menjadi moto DS Najib, ini menunjukkan DS Najib merealisasikan rancangan nya,cakap serupa bikin.
8.Kita harus tahu DS Najib sekali lagi telah checkmate PR melalui konsep kesamarataan Malaysia Malaysian,dengan tidak sama sekali mengadaikan hak bumiputra.
9.Pisau berharap rakyat berlapang dada dan jelas akan isu ini,kita tidak kehilangan apa apa cuma selepas ini syarat pemilikan 30% tidak ada,dan ini adalah salah satu faktor untuk merancakkan ekonomi & FDI.
Penjelasan DS Najib 23APR09,(utusan)
JAKARTA 23 April – Perdana Menteri memberi jaminan kaum bumiputera tidak akan terjejas berikutan dasar liberalisasi sektor perkhidmatan yang dilaksanakan kerajaan.
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kaum bumiputera boleh mengambil bahagian dalam persaingan terbuka dan beliau yakin golongan berkenaan mampu melakukannya.
“Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah mengadakan perbincangan dengan kumpulan berkenaan (pengusaha bumiputera). Mereka telah dan boleh mengambil bahagian dalam persaingan lebih terbuka. Bumiputera ada kemampuan dan tidak rasa bimbang mereka akan pupus dan kalah dalam persaingan,” tegasnya.
Beliau berkata demikian kepada wartawan Malaysia selepas mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono di Istana Merdeka di sini hari ini.
Semalam kerajaan memutuskan untuk meliberalisasikan 27 subsektor perkhidmatan berkuat kuasa serta-merta tanpa sebarang syarat ekuiti dikenakan.
Ini bermakna syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan tidak lagi terpakai.
Keputusan berkenaan juga tegas beliau, bukan dibuat secara terburu-buru, tetapi dilakukan selepas kajian yang lama, selaras komitmen Malaysia terhadap perjanjian dengan ASEAN.
Berbanding negara lain, ujar beliau, Malaysia terbelakang dalam melaksanakan komitmen itu dan liberalisasi sektor perkhidmatan akan meletakkan Malaysia setanding dengan negara ASEAN lain kerana ia bukan hanya sehala, tetapi pelbagai hala.
“ASEAN pun akan buka, Malaysia ke belakang, Indonesia lagi terbuka, Indonesia boleh bersaing, apa yang tidak kena dengan Malaysia,” katanya.
P/S
SETELAH BEBERAPA TAHUN LAUNGAN OLEH PEMIMPIN SUPAYA MELAYU BERSEDIA ERA GLOBALISASI,MASA NYA TELAH TIBA,SAMA ADA BERSEDIA ATAU TIDAK KITA HARUS BANGUN & BERUBAH UNTUK BERSAING DIDALAM EKONOMI YANG LEBIH TERBUKA.
Dalam isu ini ada pro dan kontra nya,Pisau berharap kita dapat sama sama memberi pandangan yang membina.
sebahagian sumber artikel di terjemah dari: turtle investor.
Popular Posts
-
Dahulunya Anwar jaguh dimata penduduk bandar,golongan ini yang celik IT dan lebih up to date tentang isu semasa sentiasa tahu apa yang berla...
-
Berlaku satu kes di Lembah Pantai apabila satu program meraikan Tahun Baru Cina di Brickfield mendapat sambutan yang hambar.Kehadiran pada m...
-
Saifudin yang terkenal dengan kerja putar belit dan membuat provokasi sudah kehabisan modal.Kita pernah dengar bagaimana para penyokong paka...
-
Umno bahagian Wall Street disahkan terlibat membuat fitnah terhadap Anwar.Menurut sumber Azmin, beliau telah mendapat maklumat bahawa Umno ...
-
Bayangkan selepas ini jika berlakunya tangkapan terhadap pasangan yang berzina atau yang sedang membuat maksiat.Penguatkuasa agama yang men...
-
Debat diantara Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng mendedahkan belang sebenar apa yang dicita citakan oleh DAP didalam politik negara ini. Kerata...
-
MP Balik Pulau,YB Yusmadi sekarang ini sudah dilihat sebagai bebanan dan tidak popular buat pakatan rakyat . Yusmadi yang terkenal dengan ...
-
Anwar menipu ramai orang,bukan saja ahli parlimen pakatan malah seluruh penyokong pakatan terpalit dengan kencing raja pembohong. Road Put...
-
Seperti yang dilaporkan oleh Utusan,walau pun cubaan untuk sabotaj program ceramah mengenai akidah ini,namun kehadiran lebih 15,000 hadir me...




Pisau,
realiti nya apabila salah satu tongkat di tarik,menjerit jerit melayu marah..
haiii..apa la nak jadi sekarang ni, sampai bila nak tongkat.
penjelasan serba ringkas oleh penulis blog ni dah cukup untuk orang macam kami ni nak faham
apa pendapat pisau soal MECD pulak? kenapa di hapuskan
Salam Pisau,
1. Secara peribadi saya berpendapat, golongan yang mempertikai kan tindakan DS Najid menghapuskan syarat 30% Bumiputera didalam syarikat jelas menampak mereka-mereka ini masih lagi bersikap bermalas-malas dan tidak mahu berusaha untuk maju.
2. Mereka masih mengharapkan bantuan dan tongkat, tidak mahu bekerja bersusah-payah dan menetaliti mereka ialah kalau boleh hendak makan pun orang lain tolong suapkan.
3. Jika kita amati bahawa kerajaan telah banyak membuka ruang kepada peniaga dan pengusaha tempatan untuk menceburi bidang perniagaan. Namun pada hakikatnya sebilangan daripada kita orang Melayu bukan jenis darah peniaga yang cekal tetapi bernafsu besar hendak kaya melalui jalan mudah tanpa berusaha gigih.
4. Dalam pada masa yang sama, ahli-ahli perniagaan kita bilaman telah berjaya tidak menunjukkan sikap untuk membantu terutam kepada mereka-mereka yang baru memulakan perniagaan.
Gitulah kita....
Khairul Nazri,
begitulah "orang kita" memang hakikat nya masih menjerit jerit mintak di suap & pasungkan tongkat,
walaupun artikel sebelum ini saya cukup mempertahankan hak kita,mana mana hak kita tiada kompromi, namun dalam isu SYARAT kouta bumi kita harus sedar akan hakikatnya sampai bila harus kita di tongkat, budaya malas harus di kikis,mengaku saja lah melayu semua adalah pemalas,yang rajin hanya segelintir sahaja.
Isu SYARAT kouta ini ,ibarat kan orang lain susah payah buat business tiba tiba kalau nak bukak business di malaysia MELAYU dapat free 30 %,best melayu di malaysia ni.. amacam sambil tidor pun boleh orang suap makan
Masa Melayu beri kerakyatan pada bukan Melayu dulu pun ada yang tersirat. Sekaran bukan Melayu makin kurang ajar dan ibarat kacang lupakan kulit.
Masa Melayu beri Singapura pada Cina pun alasannya ada yang tersirat. Sekarang Singapura ketawakan Melayu.
Buang dulu tongkat UMNO yang PM gunakan tu. KAMI INI TONGKAT UMNO. Pergi tubuh parti baru Satumalaysia.
Pembelaan untuk bangsa bukan tongkat. Suka2 je kata orang Melayu bertongkat, org Melayu tak boleh bersaing.
Sebab Cina India dapat TONGKAT KERAKYATAN tulah yang buat kami susah bersaing. Bodoh!
AKU CABAR KAU BUANG TONGKAT BUKAN BUMIPUTERA TU DULU. AMBIL SEMULA KERAKYATAN TANAH MELAYU. APA? LAHIR DI MALAYSIA? ANAK AKU PUN LAHIR DI USA TAPI KERAKYATAN MALAYSIA. TIDAK ADA MASALAH PUN.
KAN DAH KAYA. DUIT BANYAK. BOLEH BERSAING. PERGILAH KE NEGARA LAIN MOHON KERAKYATAN. KALAU TAK TAHU AKU AJAR.
Buang tongkat besar kerakyatan yang Melayu beri pada kaum Cina India tu. Baru boleh buang semua keistimewaan orang Melayu. ADA FAHAM?
BodohTakBolehDiajar kau orang ni. Pergi tubuh parti SatuMalaysia. Keluar dari tongkat UMNO.
*orangkuat UMNO Johor*
UmnoJohor,
pendapat anda ada pro & kontra nya,
soal maruah & hak memang perlu kita pertahankan tiada kompromi tentang hal ini, isu tongkat ini maksud nya kita perlu lebih berani & mampu berdiri.
ada yang perlu kita pertahankan kita perjuangkan, ada yang perlu kita longarkan kita harus berani untuk bangun bersaing, kalau ini tidak bermula dari sekarang,bila lagi?
takkan melayu selemah itu? kalau hal yang sebegini pun kita dah takut ,sampai bila kita harus begini?
ini bukan bermakna kita tunduk kepada tekanan cina atau india,kebetulan pula dengan suhu politik negara memang panas sejak pru12, di tambah tekanan oleh kesamarataan perjuangan PR.
kita tidak memberi secara total,ada yang boleh kita bagi kita bagi la,yang tak boleh beri,kita pertahankan lah
kalau seluruh MP Umno yang ada mampu beri 2/3 didalam parlimen tak apa lah.
kenyataan saudara bercakap seolah olah kita menguasai semua,kalau ya,persetankan lah MIC & MCA,
agak kurang sesuai apabila kita bercakap tentang soal ini apabila kita dalam keadaan lemah dari segi sokongan kaum lain.
natijah nya melayu perlu ada Jihad ekonomi,bersatu dalam hal ini, buying power ada di tangan kita,kalau ini tidak seiring sampai bila kita takkan mampu bersaing & berdiri.