Berita Hot Terkini

2 Qari Cemerlang Terpilih mewakili Malaysia

Filed Under ( ) by pisau on 9.4.09

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa


MALAYSIA AKAN MENGHANTAR 2 WAKIL QARI TERBAIK NEGARA UNTUK MENYERTAI MAJLIS TILAWAH AL QURAN PERINGKAT ANTARBANGSA 2009.




WAKIL PERTAMA Ustaz GOBALA KRISNAN.



WAKIL KEDUA MURSHIDUL NGA KOR MING

Dengan penyertaan 2 qari yang berwibawa ini.diharap malaysia akan dapat menjuarai sekali lagi majlis tilawah al quran untuk 2009.

di harap kaum puak PAS SESAT dapat memberi sokongan sepenuhnya ketika majlis berlangsung
,jangan lupa bawak bendera PAS SESAT & Gambar tok guru,beri sokongan moral kepada mereka semoga beroleh kejayaan.

sila baca: mursyidul nga

sila baca : al quran & allah for sale

sila baca: islam wajib undi pas

Comments:

12 Responses to “2 Qari Cemerlang Terpilih mewakili Malaysia”

  1. SALAM BRO...
    HUA..HUA..HUA...
    INILAH WAKIL PAS YANG SEMEMANGNYA ARIF DALAM MENYAMPAIKAN AJARAN SESAT PAS TU.

    PAS SUDAH HILANG ARAH...
    PAS SUDAH SESAT..

    DIHARAPKAN TEAM ULAMAK AKAN MEMAINKAN PERANAN DALAM MENANGANI ISU NI....

    TERUSKAN PERJUANGAN KITA

  2. Pisau

    Cuba teliti semula apa yang Pisau tulis. Nilaikan semula wajar atau tidak.

    Pisau marahkan PAS, DAP, PKR, Anwar dan perkara yang berkaitan dengannya. Berbagai cercaan dan makian dilemparkan. Pisau persendakan mereka semua.

    Tapi mungkin akibat terbiasa mempersendakan sesuatu, pada pandangan saya, kali ini Pisau dah terlanjur. Kali ini Qari, ALQURAN, Majlis Tilawah dan Ustaz pun Pisau persendakan.

    Wajarkah QARI dijadikan bahan sendaan? Wajarkah ALQURAN dijadikan bahan lawak? Tidak wajar tetapi tidak sedar? Sedar tetapi tidak peduli? Tidak tahu?

    Atau mungkin dalam keghairahan perjuangan merobek pengkhianat agama, Pisau sendiri tenggelam dan lupa bahawa dalam perjuangan, matlamat tidak menghalalkan cara.

  3. Wong Pencen,

    Ini yang saya mahukan,kenyataan saudara ibarat meludah kelangit,terkena muka sendiri.

    Apabila mendengar mereka menjual kalimah suci quran betapa rasa terhina nya saya , tidak ada alim ulamak di dalam PAS atau PKR yang membantah,tambah menyokong pula dengan pelbagai dalil itu ini untuk menhalalkan asal kan haluan politik ke arah yang sama.

    kalau saudara sendiri merasakan qari & quran tidak elok menjadi bahan lawak, baik saudara tujukan kritikan kepada PAS terutama alim ulamak dan penyokong mereka,bersorak sakan apabila melihat sang kafir mengunakan al quran & allah sebagai modal politik .


    kalau matlamat tidak menghalalkan cara maka perkara menjual nama allah & ayat quran tidak harus berlaku,PAS harus pertahankan bukan menghalalkan dengan dalil dalil yang dangkal.

    Ya sorakan PAS sesat membuktikan mereka begitu bangga apabila sang kafir menjual ayat suci untuk modal politik.

    barangkali saudara sendiri setuju untuk jual nama ALLAH & Ayat Quran untuk politik?

  4. apalah wong pencen. dok nampak salah orang saja.

    pisau bukan mempermain-mainkan qari. dia dok cakap pasal dua orang cina dan india tu.

    cina dan india ni dok cemar islam dan ayat quran, lagi punya teruk tapi hang halalkan.

    sepatutnya kita kena pertahankan kesucian islam.

    kalau yang cakap tu ustaz ridhuan tee dan ustaz ravi abdullah, saya tak kisah pasal mereka memang islam.

    ini pasal dua orang kafir cuba mempermainkan ayat suci al-quran. depa tak masuk islam pun. hang agak depa percaya ke apa yang depa sendiri cakap. kalau depa percaya, saya guarantee depa terus masuk islam.

    si india tu siap ada satu lagi nama, jugan anak jugah. orang iban. macam sesumpah punya manusia.

    depan pas, dia jadi islam. belakang pas & depan iban, dia jadi iban.

    depa ikut anwar ibrahim yang memang sesumpah pun.

    sampai gila tahap gaban puak pas ni kerana nak kan kuasa.

    di kelantan tu, semua cina dan india dah masuk islam ke? dah 20 tahun pas perintah, sepatutnya semua dah masuk islam.

  5. Salam Perjuangan Saudara,

    Kami baru menubuhkan sebuah blog untuk ahli-ahli UMNO yang mempunyai blog.

    Jika saudara berminat, silalah ziarah blog kami.

    www.umnoblogger.blogspot.com

  6. Megat

    Tidak langsung salah sekiranya Megat rasa terhina apabila mendengan orang menjual kalimah suci ALQURAN. Patut juga sekiranya Megat marah apabila hanya kerana politik, ada orang yang Megat rasa patut menegur sebaliknya malah menyokong perbuaan menjual kalimah ALQURAN.

    Pun demikian, adakah Megat berpandangan bahawa Qari dan ALQURAN wajar dijadikan bahan lawak? Adakah perbuatan Megat menjadikan Qari dan ALQURAN suatu bahan lawak satu perbuatan yang betul?

    Jika ia, maka di mana perbezaan antara Megat dan mereka yang Megat kecam ini? Janganlah hanya kerana marah, kita hilang pertimbangan lalu melakukan perkara yang melampau dan menyamai orang yang kita marah. Kalaupun tahap kesalahannya tidak sama, yang salah tetap salah.

    Jika mereka bersorak bangga padahal mereka sepatutnya menghentikan perbuatan salah, maka kitalah sepatutnya mengingatkan mereka. Mereka tidak bakal menerima usaha kita sekiranya usaha kita sendiri dicemari unsur yang kotor.

    Jangan juga menuduh saya bersetuju nama ALLAH dan ayat ALQURAN di jual untuk kemenangan politik sedang Megat tidak langsung mengenali saya dan saya tidak pernah menyokong tindakan sedemikian.

    Hanya kerana ulasan saya tidak menyokong cara Megat belum cukup membuktikan bahawa saya bersama pihak orang yang Megat marah. Hanya kerana ulasan saya tidak menghentam pihak yang Megat marah juga bukan bermakna saya tidak pernah menegur mereka.

    Jangan sesekali menganggap orang yang memberi teguran sebagai musuh kerana orang yang memberi teguran mungkin penyokong paling baik kerana memberikan sokongan di mana kelihatan ada kelemahan. Matlamat perjuangan kita mungkin sama, hanya cara sahaja yang berbeza.

    Walaupun saya sentiasa berusaha untuk melakukan dengan cara yang betul tidak juga bermakna saya sentiasa betul. Sebagaimana seorang manusia biasa, saya juga tidak pernah lepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Hanya saya berharap, apabila saya suka memberi teguran kepada orang lain, akan ada orang lain yang akan nampak apabila saya berbuat silap dan salah lalu berani pula menegur saya.

  7. Wong Pencen,

    terima kasih kerana memberi teguran yang membina dan dengan rendah diri saya terima dengan hati terbuka.

    namum berkenaan pengunaan Qari & quran hanyalah semata mata sindiran kepada orang yang di sebelah sana.

    selepas membaca artikel bersih dan kotor menyedarkan akan khilafan yang berlaku.

    terima kasih tuan wong pencen.

  8. Agama dipolitikkan, inilah jadinya. Yang salah diagungkan, yang tak bersalah difitnah semahu-mahunya hingga membawa masuk wartawan asing dan menyogok orang asing dgn berita2 dan gambar2 yg diada2kan, semuanya DENGARCAKAP sahaja. Sumpah muhabalah sebut nama Allah SWT, tak nak terima. Surat akuan bersumpah RM5 senang2 diterima. Mengaku orang ISLAM apa begini? Kata tak percaya mahkamah, tak percaya hakim2 Malaysia tp surat akuan bersumpah cap mahkamah Malaysia , boleh pulak terima????

    'Double standard' mainan pembangkang jelas terserlah terutamanya bila keputusan mahkamah tidak menyebelahi mereka. Kalau mereka menang, mereka benar, kalau kalah semua orang lain salah, hakim salah, pendakwaraya salah, polis salah, orang tu salah, orang ni salah...susahnya hidup mereka di bumi Allah ni kerana mereka sendiri menyulitkan keadaan...kerana ada orang yg tutup dua2 belah mata mereka.

    Memang benar perbuatan beberapa kerat ahli UMNO di T'ganu menderhaka kpd Sultan TIDAK mendapat sokongan ahli UMNO di akarumbi. Kami juga terkejut melihat kebiadapan sesetengah orang UMNO ni tetapi kami tidak terikut dan merestui mereka. Bagi ahli UMNO yg masih waras, kami menyuarakan rasa kesal dgn perlakuan melampau mereka itu. Bukan semua ahli UMNO buta hati!!

    Mengenai pengundi hantu pula, ia adalah ciptaan pembangkang yang dari dulu suka menuduh orang lain. Tidak ada istilah itu dalam SPR dan pilihanraya yang dulu2, yg ada cuma nama2 pengundi yg meninggal atau berhijrah ke luar negara tetapi ahli keluarga mereka tidak memberi maklumat untuk membatalkan nama2 mereka. Masalahnya, perayu undi pun jadi pengundi hantu bagi pembangkang!!! Kalau dah hidup penuh syak wasangka...

    Pasal rasuah ni, sama saja dlm PR. Mungkin ada pengikutnya yg tak dapat bahagiannya sebab tu lah ada yg dok teriak2 dlm blog Tun ni!!! Kalau dapat laba, takkan nak bising2 di sini? Pemimpin2 PR ramai yg bila jumpa pemimpin2 kerajaan bertukar2 senyum ada makna, bersalam2 mesra makan semeja, tetapi pengikut2 mereka di bawah mereka api2kan membenci pemimpin kerajaan. HIPOKRIT!!! Sumbangan2, derma2 dari luar negara terutamanya dari US yg mendokong parti mata dajal tu, lumayan sekali dan org2 atasan PKR selama ni dpt duit raya tak kira musim. Bila ke kampung2, mereka minta derma dari ahli2 yg tak teragak2 menderma lagi biarpun anak2 tak berapa cukup nak beli buku...Semakla senarai pemberian dari badan2 amal US nun...

    Tuduhan tanpa bukti adalah fitnah. Kalau kerajaan bertindak seperti yg didakwa menggunakan unit khas membunuh orang yg kerajaan tak suka, dah lama pemimpin pembangkang tu tak wujud!!! Tapi sepatutnya dah lama tak wujud sebab kerajaan masa tu dah racun dia dgn arsenik??? Lamanya kesan arsenik tu berjalan ye??? Cakap pakai lutut!

    Tindakan Tun menahan bantuan sekolah agama dulu mungkin ada baiknya kerana apa guna memberi kepada yg tak reti menghargai dan bersyukur, berterima kasih kepada yg memberi?? Anak2 kecil di pasti dan sekolah agama mereka diajar menghina pemimpin2 kerajaan terutamnya Tun sebagai PM, menggelarnya dgn gelaran2 yg terlalu kesat, gambar2 Tun diconteng2, dikoyak2 dan dipijak2 dan Tun dimakihamun semahu2nya. Saya pernah melihat gambar2 Tun diperbuat begitu kerana saya dah lama bertugas di Pantai Timur, dan lebih 26 tahun. Anak2 mereka ini bila naik sekolah menengah, otak mereka dipasak lg dgn fitnah2 dan mereka ditegah mengikuti berita arus perdana, tv haram dan akhbar arus perdana haram. Yg halal berita2 fitnah yg mereka sendiri ada2kan. Kalau kerajaan dianggap taghut, zalim, kejam, tidak Islamik, mengapa terhegeh2 meminta bantuan dari kerajaan? Nak makan share duit dari kerajaan taghut, zalim dan kejam?? Baik jangan subahat saudara saudari.

    PR lagi teruk. Bukan setakat cedok bagi, mereka sendiri yang pergi kaut guna jentolak. Bekas TimbKM PP juga ada bahagian dlm kuari...tu yg diberitahu. yg kita tak tahu??? Sama2la kita lihat apa lg yg pembangkang terutamanya pemimpin no1 mereka yg semakin kuat temberang, berbohong, berangan tak sudah...Hingga hari ini gagal membuktikan dirinya suci, tak bersalah walhal member2 dia di MCKK dulu semua tahu benar siapa dia di kalangan mereka...

    Mereka kata PR telus? Terlalu telus hingga aksi di bilik tidur pun dihidangkan, hubungan dengan suami orang beragama Islam pun dihalalkan 'my dedicated boyafriend' kunun!. Ramai yang berjuang untuk terus menikmati gaji lumayan menjadi MP, MB, EXCO dan sebagainya. Apa jadi dgn MB Selangor? Kenapa hanya isytihar gajinya saja tp tidak kesemua aset yg lain termasuk apa yg isterinya ada? Ingat saham2nya dlm Guthrie shj beratus juta RM. Apa dah jadi dgn beberapa MP dan ADUN PR yg lain? Kes2 mereka pun mencerminkan nafsu lbh besar dari perjuangan untuk rakyat . Yg bersekedudukan dgn perempuan lain sedangkan isterinya ada, yang main gila dgn suami orang dari lain bangsa dan agama, yg dah pasang lebih isteri sedangkan dulu mereka marahkan pemimpin2 UMNO bila ini berlaku? Dan ada yg rakus menghambat persen2 dari ahli2 perniagaan disekeliling mereka. Tolonglah celik2 mata tengok orang2 PR jugak. Kalau rajin memeriksa orang2 kerajaan, sila periksa juga dibelakang tabir org2 PR ni sebab mereka bukan MAKSUM, tak pernah buat salah, tak ada nafsu atau tak terliur dgn duit senang dapat???

  9. megat terus kan perjuangan,
    mesej artikel kamu jelas,

    dan saya percaya sifat rendah diri kamu mencerminkan kamu ikhlas.

    wong kamu tu dah pencen patut pun ayat orang pencen ni lain macam sikit,dunia blog bukan untuk orang pencen macam kamu.

  10. Tahniah Megat kerana kesediaan Megat menerima teguran. Sebenarnya kesediaan menerima teguran merupakan salah satu sifat pemimpin yang berwibawa. Semoga dengan kesediaan Megat, Megat akan dapat meneruskan usaha dan mencapai matlamat perjuangan yang murni.

    "...namum berkenaan pengunaan Qari & quran hanyalah semata mata sindiran kepada orang yang di sebelah sana..."

    Saya sendiri pun melihat nada sindiran dalam posting Megat. Maka itulah saya terpaggil membuat teguran. Bukankah ALQURAN diwariskan kepada manusia sejagat untuk dibaca, difahami dan diamalkan ajarannya. Biarlah kita menggunakannya dengan tujuan itu sahaja.

    Apabila kita diajar membaca ALQURAN, kita bukan sahaja akan belajar membacanya malah kita juga belajar adab dan akhlak membaca. Kita belajar bagaimana memegang, mambawa, meletakkan dan sebagainya. Kita belajar untuk sentiasa meletakkan pada tempat yang betul.

    Kita belajar untuk tidak membuang walaupun secebis mukasurat ALQURAN yang rosak ditempat sampah apatah lagi dimerata tempat. Begitu rapinya kita belajar supaya kita tidak berlaku ZALIM terhadap AYAT-AYAT ALLAH.

    Saya berpandangan bahawa meletakkan ALQURAN sebagai bahan sindiran adalah perkara yang tidak adil dan tidak wajar dilakukan oleh seorang Muslim apatah lagi seorang Muslim yang sedang berjuang ke arah JALAN ALLAH.

    Walaubagaimanapun sesuatu kesalahan walau yang dilakukan secara sengaja sekalipun, masih satu kesilapan. Manusia memang tidak lepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Maka itulah saya katakan sifat terbuka menerima teguran merupakan satu sifat kepimpinan yang akan meningkatkan kewibawaan.

    Seorang pemimpin yang sentiasa bersedia menerima teguran akan sentiasa dapat memperbaiki tindakannya dan terhindar dari mengulangi kesilapan yang dilakukan. Ini jelas lebih baik dari seorang pemimpin yang sentiasa mengulangi kesilapan yang dilakukan.

    "din kk said...
    wong kamu tu dah pencen patut pun ayat orang pencen ni lain macam sikit,dunia blog bukan untuk orang pencen macam kamu.
    13/4/09 3:47 AM"

    din kk

    Cuba jelaskan dimana salahnya ayat yang saya gunakan sehingga din kk mengatakan ianya "lain macam sikit". Saya juga akan sangat berterima kasih sekiranya din kk dapat menjelaskan untuk siapa "dunia blog" ini.

    Adakah ianya hanya untuk masyarakat muda seperti din kk yang tidak mahu atau tidak tahu menggunakan cara yang betul untuk menulis? Adakah dunia blog ini sekadar untuk mereka yang hanya mampu menulis beberapa ayat pendek dalam satu-satu masa?

    Adakah dunia blog ini hanya untuk orang yang sudah tidak tahu atau tidak mahu menghormati orang lain samaada orang itu muda atau lebih berumur?

    Adakah dunia blog ini hanya untuk orang yang masih bekerja lalu ianya tidak boleh digunakan oleh orang yang sudah berpencen? Sekiranya ia, siapa pula yang membuat ketetapan sedemikian? Lalu apa pula matlamat pengasingan pengguna dunia blog ini?

    Sebelum din kk dapat menjawab persoalan-persoalan yang saya kemukakan diatas, saya kira din kk belum layak membuat kenyataan bagawa dunia blog ini bukan untuk orang seperti saya.

  11. ini lah di katakan paria melayu,PAS & PKR paria melayu

    celaka PR,ptuiii

  12. salam wong pencen..angger wes pencen meneng wae...koyo wong nyanyok orak ngerti ndi seng bener endi seng salah..wong kui arek nyender..yo kapok..kok seneng2 uthuk islam pande2 mboco ayat suci alquran...teko neng sabah...delok dewek paderi di ajar nyeleweng ke ayat suci al quran...kabeh wong pecoyo..wong malaysia sukak seng sesat...wak wak..ngapuro yo wak

Artikel Hot Minggu Ini

Followers

Anda Setuju Guan Eng Pembohong?

Join FB Pisau

www.pisau.net