Raja Drama

Posting Terkini

PAS: Alim Alim Kucing,Serakah Sex Serupa Binatang,Salahkan UMNO?

Filed Under ( ) by pisau on 25.3.10



Ustazah Siti, isteri kpd KETUA DEWAN ULAMA PAS PERLIS Abd. Rashid Rahman mendakwa beliau hanya sekali diberi RM 300 sejak mereka berkahwin 10 tahun lalu & selalu di pukul (termasuk dikepala) & dirotan atas sebab2 yg kecil. Malah ketika "dalam pantang" sekalipun Abd. Rashid Rahman memaksa Ustazah Siti melayan kehendak sex beliau.


Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi

KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung.

Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60.

Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks.

"Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala-selanjutnya sini


Inilah akhlak mereka yang berkopiah putih berhati hitam,buruk hati mereka,buruklah kelakuan mereka,serban dan jubah hanyalah perhiasan.Moral dan akhlak mereka langsung tidak melambangkan tawadhuk.

Jika anda membaca blog blog PAS atau pun suara rasmi lidah bercabang PAS Haprak Daily terlalu banyak iklan iklan ubat kuat,ubat tahan lama dsb di promosi oleh kaum puak ini.

Tidak hairanlah jika mereka mereka ini berkelakuan seperti binatang,rogol anak sendiri dan pelbagai macam lagi kerja kotor yang dilakukan.Tetapi yang menariknya mereka akan tetap menyalah kan UMNO.

Pisau kata ;" Patut lah dalam harakah dan blog blog PAS banyak sangat iklan iklan kuat anu ,iklan kuat batin,rupanya puak ni alim alim kucing,tapi akhlak macam haram jadah,sikit pun tak boleh pakai."

Comments:

25 Responses to “PAS: Alim Alim Kucing,Serakah Sex Serupa Binatang,Salahkan UMNO?”

  1. Kopiah ada busat, janggut ada panjang tapi kuat seks macam kambing...UMNO juga yang disalahkan...inilah PAS - Parti Anak Setan...sesat lagi menyesatkan

  2. lagak alim ala PAS belum tentu warak dan boleh dipercayai ibarat kokok berderai2 pungkur ada tahi.
    Moga Allah beri hidayah padanya jadi lelaki budiman dan bertanggung-jawab. Jgn salah UMNO pula jika org UMNO segak tampan dan tidak hipokerit...tiung mas

  3. Pisau pandai menilai akhlak orang lain, mengatakan orang lain sebagai berhati hitam, dan buruk, buruk kelakuan dan sebagainya tetapi tidak dapat menilai diri sendiri yang terlibat menyebarkan FITNAH. Mengapa ya?

  4. salam.

    ha ha ha!

    wassalam.

  5. Kah Kah Kah . . Seks For All. . Kah Kah Kah

  6. wong...

    kan dah ada bukti laporan polis oleh isteri "lebai" fitnah ape pulak ni??

    fitnah najib bunuh altantuya mcm mana pulak?? tuduhan kerajaan sekular??

  7. Pak lebai pas tu nampak alim cuma luaran sahaja sebagai untuk mengabui mata penyokong bangang mereka tetapi hakikat sebenarnya sekiranya perkara itu melibatkan duit,kuasa dan perempuan..ketayap dan semungtal dibuang ketepi oooo...kalau tak tu takde la kisah mat sabu kena tangkap khalwat dengan muslimah isteri orang...bekas speaker kelantan tak bagi nafkah kat bini dan ketua penerangan pemuda kelantan bawak lari anak dara orang...sebenarnya banyak lagi perkara yang disimpan dibawah karpet oleh puak pas ni dikalangan mereka.

  8. wong pencen tu tongong. jangan dilayan, diorg je yg betul.
    kalau ditanya kat org kuat pas mesti dicakapnya: "ustazah tu dah kena beli dengan umno. oleh itu, ustazah berkenaan mesti letak jawatan dan diadakan pemilihan baru disekolah tempatnya mengajar utk kepentingan rakyat di sana.selain itu, rakyat juga mesti paham bahawa kenyataan ustazah itu adalah cubaan umno merosakkan imej pas kerana hanya org umno saja yg jahil, sekular, rasuah, kroni, seleweng dll,".kalau tak percaya cuba sapa-sapa pergi tanya. jangan dijilatnya bisul tu sudahlah, awww...masyuuuk!

  9. pas bukn shj serakah sex, tp juga pelacur parti. korg tgok sj haprakdaily, muka depannya, mana ada logo pas. sbb haprakdaily pon dorang dah lacurkan kat pkr dan dap. berita2nya lebih kpd pkr dan dap.
    almaklumlah, pelacur hny ptingkan nafsu dan duit. maruah(logo) diri tak penting!

  10. Kepada Wong Penchen & others setaraf pemikiran Wong Penchen are just PAS/PKR hardcore yang mindset mereka tidak boleh berfikiran panjang & jauh. Orang2 sebegini kalau Nik Aziz atau Anuar tebukti ada apa2 kesalahan. Mati2 depa tak percaya punya dan aspect nyata sebagai hardcore mereka sebegini dgn cepat akan tuduh menuduh dan selalu bersangka buruk dan bukan hendak menyiasat perkara sebenar!

  11. azreen, memang patutlah azreen menyokong Pisau, sama-sama tak nampak atau tak tahu atau tak kenal dengan FITNAH. Jangan sekadar melihat kepada bukti lapuran polis atau paparan yang ini sahaja. Perhati sekeliling, isi kandungan laman blog Pisau ini. Kalau masih tak nampak yang mana FITNAH, maka wajarlah belajar dulu sebelum membuta tuli menyokong orang lain. Melainkan azreen seorang yang masih belum baligh, samaada tahu atau tak tahu, dosa tetap dosa dan dosa berkaitan FITNAH ini sebenarnya satu dosa yang kita tak mampu nak tanggung.

  12. Ustazah tu ejen UMNO yg dibayar, laporan polis tu palsu, pun UMNO bayar. Engko orang apa tau, semua tu fitnah UMNO tu. Ustaz tu dah dijanjikan SYURGA (Yg mana tak pasti...kena tanya Tuan guru Nik Aziz), ada betul ka Wong Pencen.

  13. Anonymous 25/3/10 7:01 PM
    Dalam tongong saya, saya masih boleh menilai menggunakan sempadan yang jauh lebih luas berbanding sempadan sokongan atau bantahan terhadap satu parti politik. Dalam tongong saya, saya masih mampu menulis dengan berhemah tanpa menggunakan perkataan atau ungkapan kotor dan kesat. Dalam tongong saya, saya masih sangat peka kepada kebenaran dan hak serta tidak pernah percaya bahawa saya sentiasa betul, sebagaimana saya tidak pernah percaya bahawa ada seorang pun apatah lagi sekumpulan manusia yang hidup pada hari ini, tidak pernah melakukan kesilapan dan kesalahan.

  14. Anonymous 25/3/10 9:39 PM
    Saya atau saudara yang bertindak tanpa kemampuan berfikiran panjang dan jauh? Saya atau saudara yang selalu bersangka buruk dan cepat menuduh tanpa penelitian?

    Saya mengatakan FITNAH kerana bukti yang terpampang di hadapan mata. Mungkin saudara tidak nampak apa yang saya nampak, makanya saudara tidak faham apa yang saya maksudkan.

    Saudara pula menuduh saya PKR/PAS hardcore. Saudara juga menuduh saya berfikiran singkat. Atas dasar apa? Bersangka buruk dan cepat menuduh tanpa usul periksa?

  15. Wong Pencen,
    Rasa terharu pulak dengan kata2 tu. Sebaiknya Sdr Wong Pencen tak perlu menjawab/menyoal/mengeluar apa2 kenyataan sekiranya tidak mahu terlibat dengan FITNAH. Sebabnya, pada hemat saya bila sdr tulis "....tetapi tidak dapat menilai diri sendiri yang terlibat menyebarkan FITNAH...." pun boleh dikira FITNAH juga. Wallahualam.

  16. wong pencen dah monopose tu

    biasa la dah nak expired memamg macam tu...

  17. AnNasia

    Memang saya boleh memilih untuk tidak menjawab, menyoal dan mengeluarkan kenyataan dan dengan itu saya tidak terlibat dengan FITNAH. Namun demikian saya memilih sebaliknya kerana tindakan seperti cadangan AnNasia bukan tindakan yang terbaik.

    Ulasan saya "...tetapi tidak dapat menilai diri sendiri yang terlibat menyebarkan FITNAH...." memang boleh dikira FITNAH juga sekiranya ianya tanpa bukti. Apabila ianya saya buat dengan bukti nyata yang terpampang di hadapan mata, setiap kali menjengah laman blog ini, ianya menjadi sebahagian dari tindakan untuk melaksanakan tanggungjawab saya. Berdiam diri bermakna saya tidak berusaha untuk membantu membetulkan kepincangan masyarakat yang berleluasa.

    Saya memilih untuk terlibat dengan FITNAH tetapi bukan sebagai yang membuat atau menyebarkan tetapi sebagai yang berusaha menghentikan. Saya yakin tindakan sebegini jauh lebih baik dari memilih untuk berdiam diri dan melihat sahaja saudara-saudara saya terus menerus berbuat salah.

  18. Wong Kerjo

    Saya tidak tahu dan tidak mengatakan bahawa "Ustazah tu ejen UMNO yg dibayar, laporan polis tu palsu, pun UMNO bayar. Engko orang apa tau, semua tu fitnah UMNO tu. Ustaz tu dah dijanjikan SYURGA (Yg mana tak pasti...kena tanya Tuan guru Nik Aziz)".

    Bukakan sedikit minda Wong Kerjo supaya dapat melihat sesuatu dari sudut-sudut yang jauh lebih luas dari sudut politik sempit. Hanya kerana Wong Kerjo menyokong satu pihak dan menentang satu pihak yang lain bukan bermakna semua orang lain juga seperti Wong Kerjo.

    Dalam jutaan rakyat Malaysia, terlalu ramai yang dapat menilai sesuatu dari sudut hak (betul) tanpa dipengaruhi pandangan mana-mana parti politik.

  19. wong sekolah

    Ulasan setara yang saudara berikan kelihatan begitu bercanggah dengan nama saudara. Ulasan sedemikian menunjukkan saudara sebenarnya tidak ada sebarabg idea bernas. Yang ada sekadar kata-kata yang tidak tersusun yang biasanya datang dari orang yang tidak cukup bersekolah.

    wong pencen dah monopose tu

    biasa la dah nak expired memamg macam tu...

  20. Kepada Wong Pencen,
    Bahasa anda halus, bravo..
    Tapi dalam masa yg sama,anda juga sebenarnya tak layak memberi komen. Sebabnya anda juga buta. Anda menyokong sebelah pihak juga. Anda juga berada di dalam puak2 yang menyebar fitnah. Anda juga tidak menegur perbuatan2 yg di lakukan oleh juak2 anda, so..mana hemah anda. Di sebelah pihak yg melakukan anda berhujah,menasihat tapi dipihak sendiri anda diam? itukah keadilan.

    Ini bermakna anda juga HAMPAS. Sorry to say lahh...Orang yg bijaksana dan berfikiran dan takut akan membuat fitnah akan menegur segala perbuatan, tidak kira disebelah mana ia berpihak.

    Adakah anda berani katakan bahawa pengakuan Zulkifli Noordin itu satu fitnah? terangkan disini.Kalau anda kata itu satu fitnah, nyata anda sebenarnya di dalam golongan sedap bercakap,tetapi kosong pemikiran.

    Sebenarnya juak2 anda takut akan hakikat kebenaran, kerana terlalu banyak tahi di dalam lipatan. Itu sudah terang, tapi anda masih tidak boleh menerima? pelikkan?

    BN/UMNO akan selongkar semua perbuatan yg tidak boleh diterima dan heret mereka ke mahkamah. Tetapi tak pernah dengar PAS berbuat begitu kepada Ahlinya? kenapa ya?. Adakah mereka langsung tidak bersalah?..

    Bila di korek, rupa-rupanya mereka lagi lah teruk perangainya. Jadi sekiranya nak berhujah dan menasihat..Pi nasihat juak2 anda dahulu, Pi bersihkan najis2 di perkarangan rumah sendiri sebelum ingin mencuci sampah di rumah orang.

    Sekian

  21. Wong Pencen,

    Kalau dah anggap blog pisau semuanya fitnah, jangan masuk tengok. Kalau libatkan diri itu subahat namanya. Kalau dah jwb menjwb itu subahat juga. Kalau kes ustad dan ustazah yg ada laporan polis itu dikatakan fitnah sila beritau pada mereka bukan pada En.Pisau. Pisau cuma melaporkan kejadian laporan polis.

    Agak-agak dah kenal pasti blog2 yg sebar fitnah anda jangan masuk . Anda orang baik2. Dan tunjuk pada kami blog2 yg maksum dan suci. Kita pun tak suka fitnah itu pasal
    kita suka Pisau.Net.

    Hang pi jumpa pasangan yg nak bercerai tu dan damaikan mereka. Suami tak patut buat zalim pada isteri dan isteri berdosa fitnahkan suami melalui laporan polis. Hang pi kasi tau polis ini semua fitnah. Lepastu kita tengok siapa yg kena.

  22. Anonymous 26/3/10 10:34 AM

    Sekiranya ada kelapangan dan sedikit kerajinan, sila baca siri paparan saya bertajuk Betul dan Salah di laman blog kelolaan saya, http://wongpencen.blogspot.com
    Mungkin dengan itu saudara akan dapat lebih memahami pandangan saya berhubung perkara yang kita bincangkan.

    Mungkin dengan itu saudara tidak terburu-buru membuat tuduhan-tuduhan tanpa asas. Umpamanya, tuduhan saudara bahawa saya berada bersama puak-puak dan juak-juak sedangkan saudara tidak pernah kenal pun dengan saya. Apa bukti yang menunjukkan saya bersama puak-puak dan juak-juak yang saudara katakan? Adakah saudara membuat tuduhan-tuduhan tersebut hanya berdasarkan ulasan saya yang menegur Pisau?

    Bukakan sedikit minda. Jangan terlalu taksub dengan pihak yang saudara sokong dan jangan terlalu mencerca pihak yang satu lagi sehingga tertutup minda untuk melihat dunia yang luas. Dunia yang juga di diami oleh manusia-manusia lain yang tidak tergolong dalam mana-mana parti politik.

    "Adakah anda berani katakan bahawa pengakuan Zulkifli Noordin itu satu fitnah?"

    Adakah saudara yakin bahawa segala yang dikatakan oleh Zulkifli Noordin itu benar? Saya sendiri tidak tahu dan mungkin tidak akan tahu walaupun saya ingin tahu. Namun yang saya yakin, tidak ada seorang pun manusia yang hidup pada hari ini yang terlepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Maka dengan itu, saya gunakan minda saya yang saudara katakan sebagai kosong ini untuk menilai segala maklumat yang saya dapat dan saya tidak akan menghebahkan maklumat yang saya tidak yakin akan kebenarannya.

  23. pisau ulas laporan polis yg dibuat dan memang laporan polis itu ada(bukti). wong anggap itu fitnah, walhal laporan itu benar2 ada.
    tapi, tuduhan ds najib subahat bunuh altantuya,tidak ada bukti, knp wong tak berani cakap itu fitnah?
    heran, yg mmg ada dpn mata dia kata fitnah, yg tidak ada dia tidak berani kata itu bukanfitnah...

  24. Wong Pencen,
    Saya pasti sdr org terpelajar dr bahasa sdr. Apa yg sy maksudkan adalah jgn terkeliru antara komen org dan ulasan pisau. Ulasan pisau adalah berdasarkan laporan polis yg telah dibuat dan kes tersebut memang wujud dan beberapa akhbar dan juga tabloid. Sy bukan penyokong pisau. Kadangkala adalah lebih baik kita diam dari menghamburkan kata2 yg akan menjadi PUNCA kepada lebih banyak FITNAH. Ini adalah ingatan untuk sy dan juga sdr2 yg lain.

  25. salam sahabat,ketahuilah,kita hanya manusia biasa,bukan nabi yang maksum(terpelihara dari melakukan dosa)terimalah kenyataan,UMNO atau PAS,jika mereka boleh berlaku adil dan ikhlas dalam membela islam,KITA WAJIB SOKONG,kita sokong ISLAM.. mana-mana parti atau pertubuhan yg membela islam WAJIB kita sokong!!!INGATLAH!!MELAYU MULIA KERANA ISLAM,BUKAN ISLAM MULIA KERANA MELAYU.

Popular Posts