Raja Drama

Posting Terkini

Masyarakat Dayak halau Anwar di Batang Ai

Filed Under ( ) by pisau on 28.3.09



Bukan sahaja penyokong kempen PKR yang dihalau dan tidak disenangi penduduk Batang Ai malah Pemimpin tertinggi mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menerima nasib yang sama. Hampir separuh daripada penghuni Rumah Lepang Gerang, Sayat, Engkilili bertindak meninggalkan rumah panjang mereka apabila Penasihat Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim mahu mengadakan pertemuan dengan penduduk di sana pada petang 23 Mac 2009.


Rata-rata penghuni Lepang, Sayat terbabit meninggalkan rumah panjang mereka kerana tidak mahu dianggap sebagai penyokong parti pembangkang terbabit. Seorang penghuni rumah panjang terbabit menjelaskan bahawa kebanyakan daripada mereka pergi ke pekan Lubok Antu dan Engkelili manakala selebihnya mendiamkan diri di rumah.

Ada di antara mereka bertindak menghadiri majlis rasmi yang diadakan pihak BN di Lubok Antu sebagai protes terhadap kehadiran Anwar bersama penyokong PKR di situ. Mereka menegaskan mereka adalah penyokong kuat BN selama ini.

Justeru, kehadiran Anwar di sini sememangnya tidak disukai sesetengah penghuni rumah panjang di sini. Ini juga menunjukkan bahawa majoriti penyokong kuat Jawah Gerang tidak menyokong kemasukan beliau ke PKR berdasarkan jumlah kehadiran penyokongnya yang berkurangan semalam.


Bayangkanlah, betapa kuatnya semangat BN di hati penduduk tempatan sehinggakan seorang penyokong setia PKR menerima nasib dihalau ketika cuba menganggu rombongan ahli BN dalam menyebar dasar pembangunan Kerajaan di rumah panjang terbabit tengah hari pada 21 Mac 2009 lepas oleh ketua rumah panjang berkenaan.


Kejadian ‘Halau PKR’ oleh penduduk setempat ini membuktikan bahawa orang Sarawak tidak mempunyai pemikiran taksub kepada pemimpin yang terkenal sebagai pencanang cerita-cerita burukkan orang lain. Sememangnya ia adalah satu kejutan budaya yang cuba disematkan oleh Anwar kepada orang Iban yang tidak menyenangi perbuatan tersebut.


Dalam cerita yang dinyatakan tadi, penyokong setia PKR berkenaan sebenarnya merupakan salah seorang daripada penduduk tempatan yang tinggal tidak jauh dari kawasan rumah panjang terbabit iaitu dari rumah panjang Munan, Ensawang, Lubok Antu .

Sumber juga menjelaskan ketika dalam perjalanan, kumpulan ahli BN ini telah diekori oleh seorang lelaki dengan menggunakan keretanya sendiri dan telah dikenalpasti sebagai salah seorang penyokong setia PKR di Lubok Antu.


Penyokong kuat PKR terbabit mengekori dan cuba untuk menyelinap ke dalam rombongan ahli BN sehingga ke rumah panjang berkenaan sebelum kehadirannya disedari oleh Tuai Rumah Munan yang bertindak mengusir penyokong setia PKR terbabit kerana tidak mahu sebarang gangguan terhadap rombongan BN di rumah panjang tersebut.


Dalam memperjuangkan parti dan memperjuangkan nasib rakyat setempat, tidak perlu berlakunya cerita fitnah dan hasut menghasut. Apa yang ingin didengarkan oleh penduduk adalah potensi dan harapan yang lebih tinggi kepada calon yang bertanding untuk memajukan kawasan mereka, bukannya mendengar cerita fitnah dan cerita burukkan orang lain

sumber - Rajahmas

Comments:

3 Responses to “Masyarakat Dayak halau Anwar di Batang Ai”

  1. SALAM BRO

    NMPKNYA PEMBANGKANG SEMAKIN X BERNAFAS. RAKYAT DI SABAH DH MUAK DGN RETORIK FITNAH PKR. ALHAMDULLILAH KERANA INI JUGA MEMBUKTIKAN BAHWA WADAH POLITIK SEMPIT PKR TIDAK MENDAPAT TMPT DLM HATI RAKYAT SABAH KESELURUHANNYA.

    WALLAHUALAM

  2. Salam Perkenalan Megat,

    Sepatutnya rakyat di semenanjung nie perlu contohi orang sarawak..Rakyat Bukit Selambau dan Bukit Gantang kena halau Anwar Juburi macam anjing...penyemak masyarakat.

  3. W'salam

    Jefry & garamanis
    Kalau kaca dan permata dapat di bezakan ini lah jadinya.

    sepatutnya apa bila timbul kesedaran begini wajar di jadikan contoh,jangan beri ruang penfitnah & politik jumud PR

Popular Posts