Berita Hot Terkini

Khas untuk PAS,renung renungkan lah

Filed Under ( ) by pisau on 4.3.09

Topic: RENCANA-petikan dari MYKMU.NET

Selepas Gerakan (BN) tewas di Pulau Pinang pada pilihanraya yang lepas (8 March 2008), Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberitahu Lim Guan Eng, selaku Ketua Menteri Pulau Pinang (dan beberapa orang kuat DAP) tentang;

1. PAS akan menyokong DAP dalam apa jua keadaan. PAS akan menjadi sahabat paling akrab dan membantu DAP dan PKR terutamanya dalam penubuhan kerajaan campuran diterajui oleh mana-mana parti dalam Pakatan.


Susah dan senang...PAS akan bantu DAP...



PAS akan 'berjuang' dengan DAP untuk menjatuhkan UMNO yang memonopoli sistem politik lebih 50 tahun..."


2. PAS akan pastikan orang Melayu beragama Islam-menjadi ahli PAS ataupun tidak menyokong dasar dan agenda DAP untuk kebaikan semua dalam semua aspek.


Harakah akan menjadi media dan lidah PAS dalam membentuk kefahaman tentang perjuangan DAP bersama PAS dalam Pakatan."

DAP melalui media rasmi seperti Roket perlu berbuat sedemikian.


3. PAS tidak akan membangkitkan dasar-dasar PAS sebelum ini terutama melibatkan soal hudud dan konsep membangun bersama Islam.


PAS akan memanipulasi isu-isu ini untuk menarik perhatian orang Melayu dan tujuan pengundian sahaja. Ini sahaja caranya PAS mengekalkan dominasi ke atas pemikiran Melayu.


4. PAS akan menjadi pemangking kepada kegagalan Islam Hadhari dan memastikan dasar berkenaan dibenci oleh orang PAS; dan DAP perlu menjadikannya sebagai propaganda di kalangan masyarakat Cina supaya membenci BN.

Parti kompenan Cina dalam BN seperti Gerakan dan MCA sebenarnya gagal berbuat demikian.


5. PAS akan memastikan DAP tidak dihina dan diaibkan dengan 'keburukan' pada pandangan orang Melayu dan DAP perlu memastikan PAS juga dipandang mulia oleh kaum Cina.

Sokongan DAP dan PAS akan memastikan kaum Cina dan India memandang buruk kepada BN kerana gagal dalam perjuangan bangsa masing-masing melalui saluran politik.


6. DAP dan PAS akan menyokong kepimpinan Anwar Ibrahim-sebagai PM nanti.

Kejayaan Anwar Ibrahim untuk memancing calon dari Sabah secara pintu belakang dan lompat parti perlu disokong oleh PAS dan DAP.

Tujuannya hanya satu- memastikan BN jatuh.


7. DAP akan mengekalkan dominasi dalam beberapa perkara seperti ekonomi dan PAS akan memastikan orang Cina mendapat hak mereka seperti sediakala.

PAS juga bersetuju dan menyokong dasar untuk Merakyatkan Ekonomi-dengan menghapuskan ekuiti 30% milik bumiputera selaras dengan Islam- menggalakkan persaingan dalam bidang ekonomi.

PAS menentang sebarang bentuk penindasan yang dilakukan oleh UMNO terhadap orang Cina dalam bidang ekonomi dan politik.


8. PAS akan menyokong PKR untuk mengurangkan penguasaan orang Melayu dalam pentadbiran Awam. Hak sama rata diberikan kepada bangsa India dan Cina tanpa melihat komposisi kaum.


Siapa yang pandai akan mendapat hak mereka tanpa melihat kaum dalam pentadbiran awam di malaysia supaya generasi sekarang dan akan datang melihat Pakatan sebagai parti adil untuk semua.


9. Dasar penggunaan bahasa Mandarin tidak akan diperkecilkan. PAS mengutamakan Islam bukan bahasa dan bangsa. Mandarin boleh bersaing dengan mana-mana bahasa termasuk BM.


10. PAS SETUJU DAN MENYOKONG PENUBUHAN MAJLIS PERUNDINGAN SILATURAHIM ANTARA AGAMA yang akan diterajui oleh DAP dan disokong oleh PKR.

Buktinya:

Anwar Ibrahim terlibat secara langsung dalam forum mengenai kebebasan beragama yang dianjurkan oleh NGO.

PAS dalam Pakatan 'tidak kisah' sekiranya kitab bible diterjemah dalam BM dan boleh digunapakai oleh semua bangsa termasuk orang Melayu.

(PAS hanya perjuangkan Islam, bukan bangsa-Melayu).


Kalau Islam boleh diterjemah dalam BM, kenapa tidak lain-lain agama dalam BM.

Kenapa orang Melayu tidak boleh memahami agama lain? Salahkan?

Dalam Perlembagaan ada mengatakan kebebasan beragama, kenapa ia disekat dan dihalang oleh pemerintahan diktator UMNO?

Negara lain-Indonesia, Arab, US, Filipin ..mereka satu bangsa tetapi mempunyai pelbagai kepercayaan. Kenapa orang melayu tidak boleh seperti mereka?

Kita memerlukan tokoh reformasi yang hebat pada abad ini, iaitu Anwar Ibrahim supaya perkara ini dibawa ke tengah dan menghapuskan amalan yang dipelopori oleh UMNO- kononnya- Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam.

Melayu adalah bangsa dan Islam adalah agama. Ia tak sama. Sejarah menunjukkan orang Melayu pernah menganut agama HINDHU dan Buddha. Ada amal kepercayaan ananisma.

Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan, kalau Bahasa Inggeris menjadi bahasa kebangsaan nanti, adakah kitab Bible akan diharamkan kerana menggunakan bahasa Inggeris? (Lim Kit Siang)

PAS menyokong dasar-dasar berlainan yang diterajui oleh UMNO-terutamanya untuk menjaga kepentingan Melayu dan Islam seperti anti-D.E.B. dan anti-sekolah wawasan.

DAP tidak akan mengemukakan dasar Malaysia-Malaysian kerana Anwar Ibrahim sudah menjadikan slogan Pakatan- Harapan baru Untuk Rakyat. Persamaannya tidak jauh ketara.

PAS akan memberi 100% sokongan sekiranya orang Melayu bebas memeluk sebarang agama.

Bagi PAS, perjuangan mereka ialah untuk Islam. (Melayu adalah bangsa dan tidak diterima oleh Allah-Nik Aziz). PAS akan menyokong semua dasar dan forum yang akan diadakan bertujuan untuk menjalin kerjasama antara agama dilakukan.

PAS juga menentang sebarang parti untuk kepentingan bangsa tertentu seperti UMNO, MIC dan MCA. Semua bangsa adalah sama. Islam melarang seseorang khalifah mengutamakan bangsanya sendiri. Mereka perlu berlaku adil.


Disesuaikan)

Petikan dari kenyataan
Shabudin Yahaya,
ADUN Permatang Berangan, Tasik gelugur
YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP)

Comments:

3 Responses to “Khas untuk PAS,renung renungkan lah”

  1. engkau cukur abis masuk poket engkau, baru semua betul...Pppuuuiithhh!.. tuihhh...

  2. zainab,
    ko ni dua alam ker?
    kalau jantan..pakai la nama jantan,jangan selindung nak jadi perempuan.

    pisau mmg menantikan komen komen mcm saudara,
    seronok tgk gelagat jumud hati busuk PR ni

  3. SALAM SDR MEGAT
    RAKYAT SEBENARNYA DH MUAK DGN GELAGAT PAKATAN RAKYAT!. X ABIS2 DGN HASAD DENGKI DGN KERAJAAN. CONTOH MCM SI ZAINAB @ 2 ALAM TU. SUKE2 MAIN TUDUH TANPA BUKTI? SKRG NI PN ADA ORG2 DLM PAKATAN DH BERBELAH BG SAMADA NK TERUSKAN PERJUANGAN YG X BERFAEDAH NI ATAU TIDAK. PD MEREKA YG DH SEDAR TU ALHAMDULLILAH TP PD MEREKA YG X NAK SEDAR TU KENA LA RENUNG2KN BALIK. APE PN SY PASTI LMBT LAUN MATA HATI MEREKA AKAN CELIK JUGAK!..WALLAHUALAMM

Artikel Hot Minggu Ini

Followers

Anda Setuju Guan Eng Pembohong?

Join FB Pisau

www.pisau.net