Berita Hot Terkini

Dilema PPSMI Selepas 6 tahun

Filed Under ( ) by pisau on 9.3.09


Seperti yang kita sedia maklum,pelbagai artikel & nukilan didalam blog blog BPN & PR,berkenaan Isu PPSMI yang di politik oleh juak juak PR,hingga kemuncak penyerahan memorandom kepada YDP Agung baru baru ini yang mencetus perhimpunan yang melanggar permit polis.

Sedarkah mereka apa yang hendak di perjuangkan,hingga pembelajaran untuk anak anak di sekolah sanggup di politik kan.

Kenapa baru sekarang mahu membantah,kenapa tidak 6 tahun sebelum PPSMI dilancarkan.

1.Untuk melaksanakan PPSMI Kementerian Pelajaran telah membelanjakan ratusan juta ringgit dari segi

:-prasarana - laptop,pc,makmal & projektor

:-system pembelajaran- pengeluaran CD untuk aplikasi mata pelajaran

:-kursus kepada guru guru (di beri elaun )untuk pembelajaran Bahasa Inggeris didalam Matematik & sains

2. Pembelajaran didalam matematik & sains di dalam bahasa inggeris bermula dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5,

-pemahaman subjek tersebut adalah lebih berkesan berbanding daripada bahasa melayu.(fakta ini diperolehi daripada guru panitia matematik yang mempunyai latar belakang sebagai pembuat kertas soalan matematik tambahan SPM.)

3. Tahun pertama pelancaran Bahasa Inggeris didalam Matematik & sains keputusan amat buruk.

4.Selepas tahun pertama peningkatan dari segi keputusan amat bagus untuk matematik & sains,namun harus di ingat ini tidak langsung mengugat keputusan peperiksaan didalam bahasa melayu.

5.Setiap kertas soalan SPM ,pelajar di beri pilihan sama ada untuk menjawab sama ada didalam bahasa melayu atau pun didalam bahasa inggeris.

6.Dalam 'survey' yang dijalankan rata rata anak anak lebih selesa menjawap didalam bahasa inggeris, adakah anda semua tahu ini menunjukkan peningkatan pemahaman anak anak di sekolah,adakah anda tidak berasa bangga akan keboleh anak anda yang boleh dan faham didalam bahasa inggeris.

7.Hasil keputusan pemeriksaan keputusan dari luar bandar seperti di Sabah dan Sarawak untuk keputusan matematik tambahan ramai yang mendapat keputusan A dan harus di bangga apabila 100% keputusan semuanya lulus.di mana justifikasi anak anak kampong gagal?

8.Cara pemberian markah terdiri dari:

- Kemahiran,kefahaman dan Jawapan

-Bukti anak anak di sekolah mempunyai kemahiran dan kefahaman didalam bahasa inggeris yang baik -

Kelulusan 100% di Sabah & Sarawak, di manakah bukti yang menyatakan anak anak luar akan ketinggalan?

9: Apabila di beri pilihan untuk menjawap sama ada didalam BM atau BE,peratusan yang menjawap di dalam BE lebih tinggi daripada BM

Ini lah serba sedikit fakta yang Pisau dapat apabila melihat kekalutan golongan anti PPSMI yang mengundang kekecohan di ibu Negara baru baru ini,

Adakah mereka ini sedar, apa yang mereka perjuangkan amat membodoh kan diri sendiri,kenapa harus kita sekat akan niat dan tujuan baik kerajaan,

Kalau di perhatikan rata rata anak melayu lepasan universiti tidak mendapat pekerjaan, kenapa? Ini kerana betapa lemah nya mereka didalam bahasa inggeris,

Tujuan pelaksanaan PPSMI ini bukan untuk membelakangkan bahasa ibunda kita, apa kah anda fikir betapa bodoh nya mereka di kementerian pelajaran untuk mengadaikan bahasa sendiri,

Kenapa harus bertindak ke belakang,tidak memandang ke depan, ini adalah sebahagian daripada K ekonomi yang di sebut sebut oleh Tun Mahathir dulu, datuk seri hishamudin hanya merealisisakian perancangan Tun M untuk bangsa melayu yang kita tahu bebal , pemalas dan ketinggalan,

Ada melayu melayu yang begitu bangga apabila menghantar anak ke sekolah aliran cina,kenapa tidak di sekat sahaja?

Kenapa tidak disekat sahaja sekolah tamil & sekolah cina,kenapa harus double standart,KENAPA TIDAK MENENTANG SISTER TERASA KOK & KHALIFAH LIM GUAN ENG YANG TERNYATA MEMPROMOSI BAHASA CINA PADA NAMA JALAN? kenapa tidak perjuang kan yang ini, yang berdemonstrasi Nampak nya amat hipokrit! Lihatlah siapa di belakang mereka ini,

Rata rata mereka ini siapa? Bagaimana nak memimpin Negara jika bahasa inggeris pun tak faham,kalau macam tu bagi je kepada cina sebagai PM,yg pastinya mereka tahu berbahasa Manglish.

Jangan lah membantah perkara yang baik, jangan terlalu fikirkan dengan bahasa kalau diri sendiri tak maju,

PAS kata bangsa itu tidak penting,ugama lebih penting,tetapi kenapa juak juak PAS lebih ramai?

PISAU AMAT TIDAK SETUJU APABILA MEMBACA KENYATAAN PAKLAH DI AKHBAR BARU BARU INI, KENAPA PAKLAH TERLALU TAKUT KEPADA TEKANAN,KALAU DAH NAK TURUN TU TURUN JER LA KENAPA HARUS TAKUT KEPADA MEREKA , KALAU BOLEH PAKLAH DUDUK DIAM DIAM,SAMPAI MASA TURUN,TAK PAYAH KELUARKAN KENYATAAN LANGSUNG!

Jika kerajaan bubarkan PPSMI maka kita akan kerugian dari segi kos pelaburan untuk melaksanakan PPSMI

Kes ini ibarat seperti pemberian subsidi minyak, poket kanan keluar,akhirnya poket kiri pun kena keluar jugak,

Kemana harus di buang segala perolehan asset PPSMI kalau dibubarkan,buku buku teks?masa?komputer?

Kalau dibubarkan kerajaan akan bertambah rugi Cuma dapat menjimatkan elaun kepada guru iaitu

berjumlah 5-10% daripada gaji pokok.

Kenapa tidak ditentang 6 tahun lepas???

kenapa sekarang dipolitikkan?

Kesimpulannya apabila bangsa melayu menentang ,PISAU hanya melihat betapa bangsa melayu menuntut akan perkara yang merugikan bangsa sendiri,lain lah kalau kerajaan menghapuskan subjek Bahasa Malaysia dan sastera di sekolah.

RAJIN RAJIN LAH! BELAJARLAH!FAHAMLAH!

Kalau tak faham faham jugak memang bebal lah anak anak melayu!DAN YANG BERDEMONSTRASI SAMA BEBAL JUGAK!




Comments:

3 Responses to “Dilema PPSMI Selepas 6 tahun”

  1. Apo nk jadi kat Melayu sekarang..

    Orang bagi ilmu, di tentang..

    Raja sokong puak ni..dia baring atas jalan.. (siap pegang bendera Palestin)

    Gapo la masalah demo ning..

    Rusuhan PPSMI..di bawa bendera Perak..

    Bawa anak2 pula tu.. sepatutnya ibubapa menggalakkan ilmu, tapi mereka menerapkan kejahilan (kejahil-tukillan) kepada anak2..

    Bila anak2 besar esok2.. anak2 ni pula akan baring atas jalan..

    Soalan untuk mak bapak yang bawa anak mereka menyertai rusuhan PPSMI.. "Mahukan anda melihat anak anda jahil seperti anda?"

  2. ANWAR AL JUBURI PUNYA KERJA LA NI, DIALAH DALANG DISEBALIK SEMUA WAYANG TAMIL DI MALAYSIA NI....

  3. kamu ni bcakap mcm dah hilang tatasusila.. baru2 di sek saya buat hari terbuka, 90% parent terang-terangan menolak PPSMI.. NAK TAU X KENAPA? MESTI RASIONAL DAN WARAS dulu... kaop langsung x boleh dibawa berbincang xpe, mungkin ini sikap kalian.. jgn kata anak pas,pkr,dap.. yang umno pun sama menolak ppsmi..

    baca sini dulu...

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengajaran_dan_Pembelajaran_Sains_dan_Matematik_dalam_Bahasa_Inggeris

    wassalam..

Artikel Hot Minggu Ini

Followers

Anda Setuju Guan Eng Pembohong?

Join FB Pisau

www.pisau.net