Berita telus dan seimbang..

Monthly archive

February 2009

Apabila Anwar dan Ulama PAS memperlecehkan Allah SWT…mengapa PAS diam???

in berita pisau by

Posting yang menarik di laman blog perisik rakyat,

petikan dari komentar Anonymous :

Apabila Anwar dan Ulama PAS memperlecehkan Allah SWT…mengapa PAS diam???

Menghairankan mengapa puak Kristian mahu gunakan kalimah ALLAH dan Bahasa Malaysia didalam penerbitan majalah mereka selepas lebih 50 tahun merdeka. Adakah ini peluang terbaik bagi mereka apabila melihat orang Melayu yang beragama Islam sesama sendiri berbalah. Adakah disebabkan sokongan ( lampu hijau )yang diberikan oleh Khalid Samad,Anwar dan Dewan Ulama Pas untuk menggunakan nama Allah membuatkan mereka semakin besar kepala.

Tidakkah mereka-mereka ini manusia yang bertopengkan ugama boleh dianggap petualang bangsa dan ugama sehingga membuatkan puak Kristian sudah berani cuba memijak kepala umat Islam dinegara ini . Adakah dengan kemenangan mereka didalam pru-12 lepas memberi mereka ” lesen besar ” untuk menyakitkan umat Islam dinegara ini? Ditambah pula dengan sokongan hebat petualang-petualang bangsa dan ugama ini?

Khalid Samad ( Parlimen Shah Alam ) tanpa segan silu semasa berceramah di dalam sebuah gereja Kristian di Shah Alam selepas kemenangannya, menyatakan bahawa masyarakat Kristian tidak perlu takut dan gentar untuk menggunakan terjemahan ‘Allah’ untuk merujuk kepada kalimah ‘God’ dalam Kristian dan ajarannya. Khalid juga berpendapat bahawa perkataan ‘Allah’ hanyalah terjemahan kepada perkataan ‘God’.

“Anwar berkata sejak generasi rakyat Malaysia membesar menggunakan Bahasa Malaysia sebagai medium komunikasi, beliau melihat tiada sebab mengapa penganut Kristian Malaysia tidak boleh menggunakan istilah Bahasa Arab untuk Tuhan- ‘Allah’ dalam ritual mereka.”

Satu kenyataan paling berani Anwar, bukan berkaitan isu ekonomi, isu sosial, tetapi isu agama yakni berkenaan kalimah Allah.

Kenapa tiba-tiba penganut Kristian di Malaysia begitu terdesak memohon menggunakan istilah Arab “Allah” menggantikan “Tuhan”? Kenapa minta di depan Anwar ? Kenapa baru sekarang dan tidak dari dahulu lagi ?

Kenapa Christian Federation of Malaysia (CFM) tidak memohon kalimah Arab “Rab” yang bermaksud “Tuhan” dan kenapa hanya pohon kalimah “Allah” ?

Penulis melihat semua ini mempunyai agenda tersirat yang berniat jahat. Apakah ini bermaksud untuk mengelirukan orang-orang Melayu Islam supaya tidak dapat membezakan kalimah “Allah” dalam Bible dengan kalimah “Allah” dalam Al Quran ? Motifnya seperti mahu merencanakan projek mengkristiankan Melayu secara besar-besaran.

Ya benar seperti didakwa Irene Fernandez, tidak dinafikan bahawa Allah digunakan di dalam Bible Bahasa Arab. Sebenarnya penggunaan Allah telah wujud sejak zaman sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW lagi. Kebanyakan Nasrani (Kristian) pada masa itu berpegang kepada syariat nabi Isa – bukan seperti Kristian zaman sekarang.

Rata-rata orang Arab Kristian memegang kepada kepercayaan Christian Orthodox , seperti di Palestine, Lebanon , Syria , Jordan dan sebagainya.

Namun begitu, majoriti Kristian menafikan kewujudan ‘Allah ‘ terutamanya Bible dalam bahasa Hebrew atau pun Greek.

Maka jelaslah penafian ini menidakkan hujah Sheikh Ahmed Deedat bahwa kewujudan perkataan Allah di dalam Bible sejak dari dahulu lagi.

Persoalannya;

1) Mengapa Irene Fernandez dan sekutunya beria-ria mahu menggunakan perkataan ‘Allah’ walhal di dalam masyarakat Kristian sendiri, menolak kalimah “Allah” di dalam Bible asal?

2. Adakah Kristian Malaysia dari negara Arab atau Barat ? Kalau dari negara Barat, kenapa tidak menggunakan kalimah Tuhan yang biasa digunakan oleh majoriti penganut Kristian di sana, kenapa perlu ditukar kepada Allah ?

3) Adakah dengan menggantikan kalimah “Allah”, Irene menerima hujah bahawa Allah memang wujud di dalam Bible asal dan menerima kewujudan ‘prophecy of Nabi Muhammad’ di dalam Bible ?. baca disini…

Maka jelaslah, pada penulis, usaha penukaran istilah Tuhan di dalam Bible di Malaysia iaitu Tuhan kepada Allah sememangnya mempunyai agenda tersirat yang berniat jahat.

Mereka mahu orang Melayu Islam di Malaysia jadi keliru, melihat tiada perbezaan antara Bible dan Quran. Jadi dengan itu, orang-orang Melayu Islam yang akan mudah terpengaruh dan tertipu dengan kalimah Allah di dalam kitab Bible.

Selain itu, hakikat yang perlu kita lihat dari sudut pandangan lain juga iaitu penggunaan dan penukaran istilah di dalam Bible secara sewenang-wenang itu membuktikan bahawa “Bible is Corrupted”.

Bolehkah kitab yang kononnya dipercayai sebagai ‘words of God’ sewenang-wenangnya ditukar mengikut citarasa manusia ?

Bolehkah kitab sebegini dianggap suci dan ‘holy’?

Berlainan dengan AlQuran sebagai Kitab Suci Umat Islam di mana seluruh umat Islam di dunia ini menggunakan hanya satu Al Quran tetapi diterjemahkan ke dalam bahasa asing tanpa menggangu atau mengubah konteks dan susunan serta makna ayat-ayat Al-Quran itu.

Sesungguhnya Bible yang wujud sekarang ini adalah bible yang telah di’edit’ dan dikotori oleh tangan manusia. Malangnya manusia yang dulunya berjuang Islam, bernama Anwar Ibrahim sendiri, menyokong tindak-tanduk musuh Islam kononnya atas dasar “FREEDOM OF EXPRESSION”

Apakah niat sebenar Anwar, untuk kebenaran atau untuk mendapat saham politik ? Wajarkah semata-mata mahu meraih sokongan dan populariti, agama dan kalimah “Allah” diperjudikan ?

Bertambah parah apabila Pas yang dikatakan berjuang untuk menegakkan Islam Pas di negara ini secara tidak disangka-sangka tanpa berdolak-dalik juga memberi ” lampu hijau ” kepada puak Kristian ini. MasyaAllah..adakah mereka mengetahui akan akibatnya kelak. Sepatutnya jika mereka mengatakan yang mereka adalah penegak Islam dinegara ini, merekalah yang sepatutnya berdiri dibarisan hadapan untuk menghalang segala usaha dari pihak Kristian. Ini tidak malah menyokongnya lagi.

Adakah Pas mengetahui jika puak Kristian dibenarkan menggunakan khalimah Allah dan Bahasa Malaysia didalam buletin Kristian secara tidak langsung Pas juga merestui upacara ” pengkristianan ” orang Melayu Islam secara perlahan-lahan dan Pas dan Anwar jangan terkejut akan ramai anak muda Melayu Islam akan menjadi murtad kerana tidak boleh membuat perbezaan antara Islam dan Kristian.

Tidak Salah Penganut Kristian Guna Kalimah ALLAH – Dewan Ulamak PAS Pusat

Ditulis oleh Harakah , Thursday, 03 January 2008, Oleh: Azamin Amin

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, YB Dato’ Ustaz Haji Mohamed Daud Al-Iraqi menjelaskan, tidak menjadi kesalahan kepada penganut Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah ‘Allah’ malah ia sering digunakan oleh umat Krristian dan Yahudi sejak dari dahulu.

“Cuma jika Allah itu dikaitkan dengan perbuatan dan pemujaan syirik seperti mendua atau mentigakan Tuhan, itu adalah bertentangan dengan agama dan syarak dan dilarang umat Islam mengikut serta; tetapi jika mereka merujuk Tuhan yang sama tidak mengapa,” katanya ketika dihubungi Harakah.

Kontroversi berhubung penggunaan kalimah ‘Allah’ timbul apabila akhbar rasmi Gereja Katolik Malaysia, Herald The Catholic Weekly menggunakan perkataan ‘Allah’ bagi merujuk kepada ‘God’ dalam seksyen bahasa Melayu akhbar tersebut.

Pemilik akhbar itu juga menghadapi masalah untuk memperbaharui permit penerbitannya akibat isu tersebut.

Menurut Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Johari Baharom, keputusan itu dibuat berasaskan ‘kepada satu laporan yang dikemukakan kepada Bahagian Kawalan Penerbitan kementerian berkenaan.

“Herald boleh guna perkataan lain tetapi bukannya ‘Allah’; itu akan mengelirukan orang ramai,” Johari dipetik sebagai berkata.

Mengulas lanjut, Dato’ Mohamed berkata, ayat-ayat al-Quran turut menyatakan bahawa orang bukan Islam juga memperakui keesaan dan penciptaan dunia oleh Allah SWT termasuk menyebut kalimah Allah.

Dalam pada itu, beliau menegaskan jika akhbar Herald mempunyai agenda tertentu seperti mengelirukan orang ramai bahawa Allah juga meredai agama mereka, maka itu adalah dilarang.

Menurutnya, Islam mengakui Kristian dan Yahudi adalah agama langit (samawi) tetapi setelah Islam dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w., ajarannya memansuhkan agama-agama samawi sebelumnya.

Akhbar terbabit sebelum ini pernah menyelitkan sebuah rencana di seksyen bahasa Melayu pada Mei lalu di bawah tajuk “Kasih Allah: Tidak membeza-bezakan” di muka surat 23 yang dilihat cuba mempengaruhi orang Melayu yang beragama Islam terutama golongan remaja.

Herald diterbitkan oleh The Archbishop of Kuala Lumpur bagi pihak The Bishops of Peninsular Malaysia, yang beralamat di Petaling Jaya.

Sumber: http://ulamak.pas.org.my/
Jangan jadi semut diseberang laut anda semua nampak, tetapi gajah didepan mata buat-buat tak tahu..wallahuallam..

 

Ini pula jawapan balas dari saudara mat s

 

Sapa le yg tulis or copy paste panjang2 ni…
Nak kecoh pasal kalimah Allah..
1.Bukankah ALLAH itu adalah pencipta dan empunya iaitu Tuhan untuk semua umat manusia,makhluk dan alam semesta ini?
2.Bukankah dgn penggunaan kalimah itu akan mendekatkan mereka kepada Islam?
3.Tidakkah penggunaan tersebut bermakna mereka secara tidak langsung mengiktiraf ALLAH itu tuhan yg sebenar dan bukannye Jesus?
4. Ini adalah peluang memudahkan kita menerapkan ISLAM kepada generasi muda mereka.
ALLAH tidak meredhai agama selain dari Islam, bukankah telah di sebut di dlm Al-Quran sedemikian? Jika generasi muda Islam terkeliru, cara yg mudah ialah dengan membandingkan kedua2 kitab iaitu antara Quran dan Injil atau, bukankah kedatangan Nabi Muhammad selepas Nabi Isa, secara logiknya kita tahu bahawa yg terkemudian itu adalah untuk membetul,mencukup dan melegkapkan yg terdahulu..
Bermakna Islam adalah untuk membetulkan Kristian..
Yang sebenarnye, yg mengelirukan org kafir dan org Islam adalah penentangan hukum-hakam dan sistem Islam oleh org2 yg mengaku Islam itu sendiri..Kununnye pemerintah beragama Islam tapi maksiat,arak,judi,riba,rasuah dll. berleluasa dan “digalakkan”. Ada pemimpin yg pecat mufti,ada yg hina hukum ALLAH,ada yg kaki zina dan bermcm2 lagi..
Org kafir pun pening, agama ISLAM pun boleh buat ini macam ka??..
Ikuti sirah Rasulullah, tidak pernahkah Baginda berlembut dgn pihak kafir sehingga mereka tertarik dan memeluk Islam?
Sesungguhnya,ada hikmah penggunaan kalimah Islam oleh ugama lain..
Jika mereka berniat jahat, pasti perancangan mereka akan “menikam” mereka kembali..
“Mereka merancang, ALLAH juga merancang….”
Alaah..mcm yg terkena pada AMNO Perak tu le….

Petikan posting tu menarik nya datang dari Sumber: http://ulamak.pas.org.my/

tetapi kenapa takde langsung orang PAS pertahankan,kenapa di sokong pulak,

 

Ini la hujah paling dangkal yang membuta tuli,barangkali saudara Mat S  tak baca betul2 akan fakta kenapa  di pertahankan penggunaan nama ALLAH hanya untuk muslim tambah menarik posting itu sumbernya dari harakah dan ulamak PAS sendiri tidak membenarkan jika untuk tujuan dakwah kristian , pengunaan perkataan ALLAH dalam majalah Herald Tribune tujuan nya untuk apa? kenapa ?

Tak terpikir ker tujuan nya untuk dakwah kristian? apa mereka begitu bodoh sekali nak guna nama ALLAH tanpa sebab?kita sedia maklum terlalu byk kes murtad, dakyah & dakwah tanpa henti oleh mubaligh kristian mengunakan apa cara sekali pun,termasuk la komik2 untuk kanak kanak ..nah sekarang ni bagai mengantok di sorong bantal, orang macam saudara dan PAS menyokong pula. Kemana prinsip PAS?kenapa tidak menentang bersama sama kerajaan ?adakah di sebabkan berbeza ideologi politik, ugama pun jadi soal kedua?

 

Saya rasakan artikel dari harakah itu tidak mendapat sambutan ahli ahli PAS,barangkali tak cukup ‘ummph’ sebab takde unsur fitnah dan cacian pada UMNO.

 

malang nya orang seperti MAT S malah ramai lagi di dalam PAS dan PR menyokong..kerana apa? atas dasar liberal, sedar atau tidak dari cara posting saudara MAT S mengambarkan betapa liberal nya islam anutan ANUAR dan kaum Puak Erdogan,ini la penerapan cara halus tanpa sedar.

saya menantikan komen komen yang menyokong betapa nama ALLAH di bolehkan untuk di guna pakai oleh kristian untuk melihat sejauh mana sokongan PR terhadap tuntutan itu.

ketika entry ni di tulis saya terbaca pula di akhbar penggunaan nama ALLAH di benarkan,Utusan

petikan dari utusan:

Perintah tersebut berbunyi : ”Percetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran dan pemilikan sebarang dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan Allah, Kaabah, Baitullah dan Solat adalah dilarang melainkan di muka hadapan dokumen dan penerbitan itu ditulis dengan perkataan ‘Khusus Untuk Penganut Agama Kristian’.”

barangkali itu saja yang mampu di lakukan oleh pihak kerajaan setelah di tekan luar dan dalam,,malah orang seperti Mat S dan PAS sendiri membenarkan, sedih bila memikirkan situasi ini,kita dah tak jauh beza dengan indonesia..kenapa soal ugama kita tidak dapat bersatu?sebab berbeza idiologi politikkah?

MENGAPA PAS DIAM? mahukan sokongan sampai kedalam gereja pun sanggup beri ceramah,nama ALLAH pun boleh dijual…!!!

 

DAP MEMANG CELAKA!!

in DAP by


Beberapa hari lepas kita sedia maklum akan isu panas panggilan celaka oleh karpal singh kepada pemuda umno di dewan negara,situasi ini mengundang kemarahan ,setelah di desak beliau menarik balik tetapi terlajak perahu boleh di undur,terlajak kata binasa,ini la di kategori kan tak sayang mulut.

senario pertembungan antara ketua ketua pemuda bahagian selangor dengan karpal singh di parlimen mengamatkan pihak PR,wah.. pemuda umno tunjuk samseng serang OKU,tak hormat MP, heboh di malaysiakini,harakah dan semua blog2  PR. PEMUDA UMNO TUNJUK SAMSENG!
konon nya ketika kejadian ketua ketua pemuda ini menyerang dan bertumbuk, 
TAHNIAH ANDA BERJAYA MEMBUAT SATU LAGI FITNAH!

bersorak sakan PR,berbagai komentar di blog2 pakatan rakyat menuduh ketua2 pemuda umno berlagak samseng di parlimen!

siapa lebih samseng dan kurang ajar?Karpal baling batu sembunyi tangan malah
 N Gobalakrishan (PKR-Padang Serai) dan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) membuat provokasi ,malah sempat di leraikan sebelum kejadian BERTUMBUK.kalau bertumbuk dah jadi kes polis takkan tak faham faham lagi..alamat kesemua ketua ketua pemuda boleh di dakwa.
mana dakwaan? mana report polis?

tak terjadi pun kejadian bertumbuk malah kejadian itu lebih kepada bersifat provokasi oleh 2 pemimpin PR,

aku kena baling batu..aku pi marah orang yang baling batu tu ,tapi aku pulak di tuduh samseng? apa punya style ni? 

Kesimpulannya DAP & PR memang celaka !

Kritis Permulaan

in Berita Utama by

Terlalu lama aku menahan diri untuk menulis , mengkritik & mempertahankan bangsa & ugama ku, bergelojak & merodak dalam pemikiran sendiri melawan tafsir akan atas pendapat & natijah perjuangan politik tanah air,aku hanya sekadar sebagai komentar dalam laman blog kegemaran aku.

saranan oleh teman teman seperjuangan menaikkan semangat untuk menjadi sebahagian daripada pejuang politik tanah air di alam cyber .

Bermulanya episod PISAU menoreh,menikam,mencantas & merobek pengkhianat bangsa,agama dan negara.


Hit Counter provided by Curio cabinets
Pergi ke Atas