Home / Berita Utama / DAP / 2 Lagi Pemimpin Kanan Bakal Keluar Parti,Guan Eng goyang pendedahan lagi pemimpin keluar DAP

2 Lagi Pemimpin Kanan Bakal Keluar Parti,Guan Eng goyang pendedahan lagi pemimpin keluar DAP

Inilah dividen anti rasuah yang diterima oleh DAP apabila 4 wakil rakyat mereka keluar parti,kerana keterlaluan mempertahankan penyelewengan dan rasuah Lim Guan Eng mereka telah lupa prinsip ketelusan dan akauntabiliti.

 

Lim Guan Eng dan DAP sebuah parti yang disekarang ini dilihat sebagai syarikat korporat yang berasaskan keuntungan,mesra kontraktor dan menindas rakyat. Banglo terlajak murah yang diperolehi oleh ketua menteri sekarang ini telah membuatkan ramai buka mata betapa korupnya kepimpinan DAP yang dipenuhi dengan rasuah.

 

Pendedahan dibuat oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berhubung ura-ura dua lagi pemimpin kanan akan keluar daripada parti itu menimbulkan resah Lim Guan Eng.

Setiausaha Agung DAP itu terpaksa mengarahkan satu laporan lengkap dibuat dari DAP Johor dan Selangor susulan pendedahan terbaharu Tunku Aziz tersebut.

Berucap dalam program Dialog Bersama Pemimpin DAP Melaka malam ini, Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata beliau akan merujuk Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua serta Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong bagi mendapatkan bukti dakwaan Tunku Abdul Aziz itu.

Guan Eng dilihat turut memperkecilkan pendedahan dibuat tokoh berkenaan, namun tidak menyembunyikan kerisauannya apabila mengeluarkan arahan sedemikian semalam.

“Kita ada lihat kenyataan dibuat ‘orang’ Barisan Nasional (BN). ‘Orang kanan’ BN, iaitu Tunku Abdul Aziz ada cakap dua lagi pemimpin kanan akan ikut ‘Geng Empat’. Satu dari Johor, satu dari Selangor.

“Dia dakwa pemimpin kanan (DAP). Malam ini ada Pengerusi DAP Johor, ada Pengerusi DAP Selangor, nanti saya akan minta mereka beri jawapan kepada saya selepas perjumpaan ini. Benar atau tidak, kita akan tunggu,” katanya.

Dalam suatu kenyataan hari ini, Tunku Abdul Aziz mendakwa dua lagi pemimpin kanan DAP dijangka bertindak keluar parti dalam masa terdekat.

Beliau dilaporkan berkata, langkah itu akan dibuat tidak sampai 48 jam selepas empat pemimpin DAP Melaka berbuat demikian.

Terdahulu, empat bekas pemimpin DAP Melaka mengumumkan keputusan keluar parti, sekali gus mengakibatkan parti itu berada dalam keadaan goyah. Mereka yang mengumumkan keputusan keluar parti adalah Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him; serta ADUN Duyong, Goh Leong San; Lim Jak Wong (Bachang), dan Chin Choong Seong (Kesidang). – BNBBC

DAP hanya tahu menyalahkan orang lain,hingga terlupa ekor mereka sendiri terpalit dengan taik,kesana kemari dengan busuk rasuah sambil jari menunding ke pihak lain.Memalukan!

 

Pisau kata ” di Pulau Pinang..ramai yang dah nampak DAP cukup rakus”

It's only fair to share...

About pisau

Leave a Reply

Your email address will not be published.


x

Check Also

Bangsa DAP Anjur Candle Light Vigil Lahirkan Kemarahan Apabila Salah Seorang Daripada Mereka Mampus Di Langgar! Bila Melayu Mati Di Langgar Lari.. Apa Yang Terjadi?

Bangsa DAP turun ke jalan raya apabila suku kaum mereka yang menjadi ...


Hit Counter provided by Curio cabinets