Rata-rata mereka sudah mula beratur di stesen minyak itu sejak pukul 12 tengah hari tadi bagi mendapatkan petrol percuma sebanyak RM5 seorang meskipun pemberian tersebut hanya bermula pada pukul 2 petang.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Rafizal Abdul Rahim berkata, pihaknya terpanggil mengadakan program itu sebagai salah satu cara mendekati dan menyumbang kepada masyarakat setempat.

Kata beliau, pihaknya juga memilih memberi petrol percuma kepada penunggang motosikal kerana menyedari golongan kurang bekemampuan mungkin terkesan dengan ketidaktentuan harga minyak berkenaan ketika ini. -utusan