Jumlah RM366 bilion adalah satu angka yang besar, dan ia merupakan jumlah pelaburan yang dibawa masuk ke Malaysia oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sepanjang tempoh tujuh bulan ini, dari November 2016 hingga Mei 2017.
Jangan terkejut dengan angka berkenaan. Angka ini diperolehi hasil hubungan baik yang dijalinkan dengan negara negara terbabit.
Daripada jumlah berkenaan, RM175 adalah pelaburan dari China, hasil dua lawatan Najib ke negara berkenaan pada November tahun lepas dan beberapa hari lepas, manakala RM31 bilion pula adalah pelaburan dari Arab Saudi selepas kunjungan rasmi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud pada Februari lepas.
Sementara baki RM160 bilion pula dicapai hasil lawatan rasmi Najib ke India pada bulan April lalu. 
Ia merupakan satu usaha yang baik daripada Najib,  tatkala pertumbuhan ekonomi dunia perlahan ketika ini. Sewaktu pihak pembangkang ghairah mahu mensabotaj ekonomi negara, sebaliknya pelaburan terus masuk ke negara ini.
Dan ternyata jumlah pelaburan yang besar itu telah melenyapkan tuduhan bahawa Malaysia akan bankrap, hendak muflis dan negara gagal seperti yang bermain di mulut pembangkang selama ini. 
Apa yang pasti ia menunjukkan kemenangan politik bagi Najib tatkala beliau diserang oleh bertubi tubi oleh pembangkang.
Tuduhan-tuduhan tidak munasabah melibatkan 1MDB serta sumbangan derma RM2.6 bilion yang diterima daripada Arab dibuat pembangkang kerana cemburu dengan kejayaan yang dicapai oleh Perdana Menteri .
Apabila kejayaan itu dicapai, sudah tentu ia merupakan satu kegagalan kepada pembangkang yang selama ini menabur pelbagai cerita buruk. 
Sehingga kini tuduhan-tuduhan tidak masuk akal itu terus mereka sebarkan walaupun kita tahu semua tuduhan berkenaan telah diperjelaskan dan telah dijawab berkali kali.
Hakikatnya, melalui kerjasama dengan negara-negara seperti China, Arab Saudi dan India itu, ia menunjukkan bahawa negara luar menaruh keyakinan penuh terhadap kestabilan ekonomi dan politik di Malaysia.
Pemimpin negara luar percaya dan yakin dengan kepimpinan Datuk Seri Najib memimpin Malaysia. Maka benarlah ramalan Financial Times & Economist pada awal Januari 2017 lepas bahawa Barisan Nasional akan terus memenangi Putrajaya pada PRU14 nanti.
Oleh kerana yakin, Najib dan BN akan terus menerajui Putrajaya lah, China, India dan Arab Saudi melabur sampai RM366 billion di Malaysia.
Pada masa yang sama ia meletakkan hubungan dua hala antara Malaysia dengan negara luar pada kedudukan yang terbaik dan pada tahap yang tertinggi.
Jumlah pelaburan berkenaan dicapai dalam masa tujuh bulan sahaja, bayangkan kalau sampai hujung tahun? Tentu jumlahnya semakin meningkat dan bayangkanlah betapa banyak peluang pekerjaan yang dapat diwujudkan kepada rakyat.
Mengikut piawaian Bank Negara, Malaysia berada pada landasan yang betul dalam landskap ekonomi yang mampu bertahan dan pengurusan kewangan negara yang terkawal. 
Najib telah buktikan bahawa sifat sabar disusuli dengan strategi yang betul akhirnya menunjukkan hasil yang yang cukup impresif.
Tiada siapa boleh menafikan pelaburan yang dibawa masuk oleh beliau. Ia juga adalah tanda kemenangan kepada rakyat yang menyokong dan mempertahankan beliau daripada serangan pembangkang.
Najib menang lagi. Pembangkang terus lintang pukang di Selangor. Terus bergasak memilih logo, calon PM dan membentuk organisasi mereka. Najib terus mara ke hadapan, mencari pelaburan dan membina masa depan.- Beruang Biru

It's only fair to share...

pisau

No Comments

Leave a Comment



Hit Counter provided by Curio cabinets
Show Buttons
Hide Buttons