Home / Berita Utama / ​Peranan Tabung Haji (TH) Dalam Musim Haji: APA RAKYAT MALAYSIA PERLU TAHU?

​Peranan Tabung Haji (TH) Dalam Musim Haji: APA RAKYAT MALAYSIA PERLU TAHU?

——————————————-

Selama ni, saya anggap TH seperti travel agent, urus visa, hotel dan flight. Namun saya, dan mungkin ramai yang silap. Saya terpanggil untuk bercerita apa pengalaman saya sepanjang berurusan dgn TH dalam musim haji ini.
Saya akan tulis mengikut timeline, mengikut perjalanan.

1. LAPOR DIRI.

-Mula saja saya turun kereta, staf TH tolong unload bagasi dan tarik ke tempat beg.
-Kami dibawa ke kaunter pendaftaran, bagi setiap 1 jemaah, akan diiringi 1 staf TH.
-Kami diberikan 2 pengenalan diri. Tag nama, dan rantai besi di tangan berukir nombor siri.
-Semasa pergerakan ke airport, beg akan jalan dulu, termasuk hand luggage. Dimana jemaah dibawa, di situ beg sedia menunggu. Semasa naik bas ke airport, hand luggage kami tersedia atas seat bas, mengikut tempat duduk atas bas. 
-Bas jemaah diiringi kereta dan motor polis sampai ke airport. Tak tunggu traffic light. Sampai saya terfikir, ini Jemaah Haji ke Jemaah Menteri.
2. PENERBANGAN.

-Flight charter, cabin crew daripada MAS, fasiliti sama macam normal International flight.
-Penerbangan kami direct ke Madinah, tanpa melalui airport Jeddah. Ia lebih cepat dan tak penat.
-Staf TH akan guide setiap jemaah kerana ramai kali pertama menaiki pesawat. 
-Staf TH di airport lebih ramai daripada staf Airlines sendiri. Mereka akan bantu setiap jemaah yang memerlukan.
-Seating dalam flight: Tak seperti perjalanan melalui travel agent, biasanya bermasalah dari segi tempat duduk suami isteri. TH susun suami dgn isteri dan pastikan tiada lelaki/perempuan bukan muhrim di sebelah setiap jemaah. Pergi dan balik sama. Saya tak sangka TH prihatin sampai ke tahap itu.

-Di Madinah airport, kami hanya bawa bagasi sendiri untuk pemeriksaan kastam. Selepas itu serah balik kpd TH untuk diuruskan. Jemaah hanya berjalan membawa hand luggage.

-Jemaah diiriingi staf TH hingga ke dalam bas.

3. PERJALANAN KE HOTEL.

-Di setiap checkpoint kerajaan Saudi, akan ada staf TH akan tunggu untuk bantu jika ada masalah dgn pihak berkuasa tempatan.

-Begitu juga di hentian R&R, ada staf TH yang akan memeriksa setiap bas memastikan semua bas selamat sampai ke R&R. Sebelum berlepas, mereka akan mengira jemaah dalam bas.

-Staf TH ada di mana-mana. 

4. CHECK IN HOTEL.
-Jemaah telah diberitahu Nama Hotel, No. Bilik dan Aras semasa di Malaysia lagi. Satu pelekat berisi maklumat bilik ditampal pada lencana nama yg dipakai setiap jemaah.

-Sampai di hotel, terus naik ke bilik. Kunci bilik tersedia di atas meja setiap bilik.

-Beg bagasi tak perlu diangkat, ianya sedia berada di depan lif di aras bilik setiap jemaah apabila kami sampai.

-Hotel yang diberi atas nasib. Kami dapat Hotel Movenpick di Madinah, 5 bintang bersambung dgn pintu Masjid Nabawi. Saya check dalam Agoda, harga 2k semalaman.

5. MAKANAN
-Makanan diberikan dalam pek 2 kali sehari. Lunch dan dinner. 
-Jemaah takkan takkan berlapar. Hanya cari breakfast sendiri. Jarang-jarang boleh juga makan di luar.

6. DI ARAFAH DAN MINA
-Arafah dan Mina merupakan tempat paling mencabar.
-Ianya diuruskan kerajaan Saudi melalui syarikat/muassasah yang dilantik.
-TH bantu juga sekali, namun dalam banyak hal, TH tak boleh campur kerja-kerja pihak muassasah.
-Susah senang di sini, TH tempat kami mengadu. Bagi staf TH, setiap permintaan jemaah adalah tanggungjawab mereka.
-Depan khemah saya ialah khemah klinik TH. Satu hari, ada orang tua miskin yg sakit. Bila nurse TH tanya kenapa, PakCik tu cakap dia tak lalu makan makanan arab. Nurse tu pun bagitahu apa ada makanan dijual di luar. Pakcik tu nak roti canai dan kopi. Nurse tu berjalan keluar belikan makanan dgn duit poket dia sendiri. Boleh dikatakan setiap staf TH memang begitu, jemaah yg tua mereka buat macam ibu ayah mereka sendiri.
-Pengalaman saya sendiri di Mina, saya tak tahan dan maklum kpd TH nak Nafar Awal (balik sehari awal ke Makkah) naik teksi. TH tanya saya, berapa harga teksi? Saya bagitau 1 ribu riyal sehala. Staf TH minta nama dan nombor bilik hotel saya, mereka akan dapatkan bas. Katanya rugi bayar 1k hanya untuk perjalanan 10km. Teksi sini cekik darah bila tahu ramai sanggup bayar untuk balik awal. Alhamdulillah memang keesokan harinya kami naik bas TH sediakan.
-Bagi yg sakit dan tak mampu melontar di jamrah, ada perkhidmatan upah melontar, 300 riyal setiap orang. Namun TH akan mencari jemaah lain yg sihat untuk membantu melontar secara percuma. Jika bilangan sukarelawan mencukupi, maka pesakit tak perlu keluarkan duit upah. Saya di Maktab 82 semasa di Mina, jumlah sukarelawan melebihi jumlah jemaah uzur. 

7. PERSOALAN AGAMA.

-Setiap tempat samada di Makkah, Madinah, Arafah dan Mina, TH akan ada ustaz dan ustazah di pejabat khas untuk urusan persoalan membabitkan ibadah. Mereka sangat membantu. Jawapan lebih cepat dan tepat, mengalahkan carian Google.

8. PERJALANAN MADINAH-MAKKAH

-Sama seperti perjalanan lain, bagasi akan diangkat turun oleh TH lebih awal. Jemaah hanya perlu letak bagasi depan lift.
-Sampai sahaja di hotel di Makkah, naik terus ke bilik. Nama Hotel, Aras dan No Bilik di Makkah diberi semasa di Madinah. Seperti biasa, stiker maklumat penginapan ditampal di belakang tag nama menggantikan stiker hotel yg lama.
-Bagasi telah tersedia depan lift di aras bilik jemaah. Hanya tarik masuk dalam bilik jer.

9. UMRAH DAN PERJALANAN KE MIQAT.

-Apabila datang umrah, kita akan naik teksi ke miqat (tempat niat umrah) dengan harga RM50 sekali pergi. So, kalau nak buat umrah 20 kali, kena habis RM1000 juga.
-Tetapi semasa haji, jemaah ada masa 30-40 hari di Makkah. Maka bagi yang rajin boleh buat umrah banyak kali.
-Maka TH sediakan bas setiap hari ke miqat hanya dengan bayaran 10riyal seorang. Jimat 80% berbanding teksi.

-Ibadah lebih murah dan senang.

10. PERJALANAN BALIK KE MALAYSIA.

-Seperti biasa, bagasi bergerak sehari lebih awal.
-Paling istimewa, urusan check in dan menimbang bagasi adalah di setiap aras di hotel masing-masing. Jemaah hanya keluarkan beg dari bilik, staf TH dan Malaysia Airlines akan berada depan lif untuk menampal tag, timbang dan terus dibawa ke airport.
-Tiada lebih VIP di dunia sebegini. Jemaah berjalan ke airport berlenggang dengan hand luggage sahaja. Kita hanya jumpa semula beg kita di Malaysia.
-Di Jeddah Airport, penuh dengan staf TH. Mereka conquer semua area dan jaga jemaah seperti jaga kanak-kanak. Setiap permintaan dilayan, semua ditunjuk ajar sehingga selamat masuk ke dalam kapal terbang.

SEBAGAI KESIMPULAN, sepanjang saya melancong keluar negara, tiada layanan sebegini baik pernah saya terima. Jika anda fikir TH hanya kerja uruskan duit anda di Malaysia sebagai tour agent, anda silap. 

Bagi saya, Tabung Haji bukan sekadar travel agent. Mereka adalah CARETAKER DHUYUFUR-RAHMAN.

***********

Saya menulis coretan ini sepanjang berada atas pesawat balik dari Jeddah ke Kuala Lumpur. 

Nik Saiful Adli & Dr Nurul Ain

KT19D, MH29. Jemaah 1438H/2017M

It's only fair to share...

About pisau

Leave a Reply

Your email address will not be published.


x

Check Also

Tindakan Shahrir Samad Gagalkan Mimpi Basah Rafizi Amat Dikesali !!

Pisau berasa kesal dengan tindakan Tan Sri Shahrir Samad yang mendedahkan Rafizi ...


Hit Counter provided by Curio cabinets