Masing masing sudah gila merebut jawatan. Bukan sahaja berebut takhta sebagai Perdana Menteri, malah mereka juga sudah gila kuasa merebut jawatan sebagai Ketua Menteri di Pulau Pinang.

Inilah yang sedang berlaku dalam Pakatan Harapan. Bila pakatan yang dibuat hanya berdasarkan hendak berebut kuasa dan tiada perjanjian kukuh yang menyatukan mereka, maka bila bila masa sahaja mereka boleh bergaduh dan membelot sesama sendiri. 

Ada pemimpin yang naikkan nama pemimpin lain puji melambung kata mereka sesuai untuk jawatan tertentu, ada guna proksi hendak menyatakan bahawa mereka yang lebih layak untuk jawatan itu. Ini menunjukkan ramai pemimpin dalam Pakatan Harapan sudah dijangkiti penyakit gila kuasa.

Di peringkat pusat, Zaid Ibrahim yang pernah digelar pemabuk oleh Mahathir telah menyokong Kit Siang sebagai Perdana Menteri. Dulu Zaid Ibrahim ini sokong Mahathir, sudah bertukar nampaknya sokongan itu kepada Kit Siang.

Nampak sangatlah Mahathir sudah tidak kuat lagi. Sokongan Zaid itu bukti DAP adalah “top dog” sebenar dalam Pakatan Harapan. P.Ramasamy pun turut sokong Kit Siang.

Namun sokongan P. Ramasamy itu ada udang di sebalik batu. P. Ramasamy sebenarnya hendak pujuk Kit Siang agar melantiknya sebagai Ketua Menteri jika Guan Eng ke penjara. Itu maksud sokongan P. Ramasamy itu.

P Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang gunakan proksi untuk mempromosi diri sendiri untuk menjadi Ketua Menteri ketika bosnya, Lim Guan Eng terlibat dalam kes rasuah sampai dituduh di mahkamah.

Pada Julai 2016, bersepah kain rentang dipasang di Pulau Pinang  tertera perkataan ‘P Ramasamy, Ketua Menteri kita yang seterusnya’ dalam bahasa Inggeris. Kemudian, P Ramasamy, kata beliau tidak layak dan hanya Guan Eng yang layak terus kekal jadi Ketua Menteri walaupun melakukan rasuah.  Sifat gelojoh nak kuasa itu terlalu ketara, sampai sanggup habiskan duit beli kain rentang puji diri sendiri.

Ketua Pembangkang, Dr Wan Azizah Wan Ismail pun tidak mahu ketinggalan apabila baru-baru ini ada seorang penulis kata beliau bakal cipta sejarah jika dilantik Ketua Menteri wanita pertama negeri itu.

Hasmi Hashim petik dalam manifesto pakatan pada 2008 bahawa mereka akan tukar Ketua Menteri setiap dua penggal. Nampaknya taraf Wan Azizah hanya layak sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang sahaja lah. Wan Azizah pun tidak menolak cadangan itu.

Nampak sangatlah PKR sudah yakin Guan Eng akan bersalah bila dihadapkan ke mahkamah kerana kes rasuah pada November ini. Malah dalam tulisan yang melambung Wan Azizah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang itu, penulis itu turut mengutuk Guan Eng dan DAP sebagai kerajaan yang tidak menjaga kepentingan umat Islam di Pulau Pinang. 

“Saya rasa ada keperluan (tukar Ketua Menteri Melayu) jadi sejarahlah kalau mulut saya masin, pintu langit terbuka, kalaulah Dr Wan Azizah jadi Ketua Menteri, dia jadi Melayu, wanita pertama  yang jadi Ketua Menteri,” kata Hasmi promosikan Dr Wan Azizah. 

Di samping itu, Wan Azizah yang dijangka akan bertanding di DUN Penanti pada PRU14 nanti untuk menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, nama nama lain turut disebut sama teringin menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu Zairil Khir Johari dan juga Mujahid Yusuf Rawa. 

Drama berebut kuasa ini dulu pernah terjadi di Selangor dalam strategi yang disebut sebagai “Langkah Kajang” yang direncanakan oleh Rafizi untuk gulingkan Khalid Ibrahim. Kali ini “Langkah Penanti” pula dibuat untuk gulingkan Guan Eng sebagai Ketua Menteri di Pulau Pinang.

Di Selangor pun sudah ada kedengaran orang yang teringin menjadi Menteri Besar selain daripada Azmin Ali. Ada calon calon lain daripada PKR dan DAP sudah mengintai jawatan untuk gantikan Azmin sebagai Menteri Besar.  PAS juga tidak ketinggalan mahukan jawatan Menteri Besar di Selangor.

Nik Abduh disebut sebut bakal bertanding di Selangor. Lagi pun ramai pengundi luar Kelantan berada di Lembah Klang. Di Kelantan, Husam Musa masih lagi gila kuasa hendak menjadi Menteri Besar Kelantan. Husam terpaksa berhadapan dengan kawan lamanya, PAS di sana.

Masing masing berebut hendak berkuasa sahaja. Lihat apa yang sudah terjadi di Selangor. Dulu PKR dan DAP di bawah Khalid Ibrahim, sekarang proksi Azmin Ali pula bersama dengan PKR dan DAP di Selangor. Masalah rakyat masih sama tetapi pemimpin pembangkang terus gila mengejar kuasa semata mata. 

Samalah situasi pembangkang di pusat, mereka juga masih berebut kuasa dan tidak ikhlas antara satu sama lain. Mahathir mahu anaknya jadi PM. Anwar yang duduk dalam penjara pun hendak jadi PM. Kit Siang pun ada hati hendak jadi PM. Azmin juga ada menyimpan perasaan untuk ke jawatan itu.

Siapa calon Perdana Menteri dan barisan kabinet bayangan bagi Pakatan Harapan pun masih belum diumumkan lagi secara rasmi. Mereka tidak boleh umumkan kerana mereka gila kuasa. Masing masing ada agenda tersendiri untuk merampas kuasa semata mata.

Banyak benda gila dalam dunia ini, namun penyakit “gila kuasa” adalah penyakit yang susah hendak diubati. Tiada ubat. Hospital pun tidak terima pesakit yang gila kuasa. Pesakit ini akan menyusahkan rakyat dan orang sekelilingnya kerana gila hendak jawatan untuk kepentingan peribadi dan kroni sahaja – BeruangBiru

It's only fair to share...

pisau

No Comments

Leave a Comment



Hit Counter provided by Curio cabinets
Show Buttons
Hide Buttons