March 22, 2017

Biarpun baru enam bulan dilancarkan, *Parti Pribumi Bersatu (PPBM) Baling* seakan-akan sudah goyah apabila ada dalam kalangan ahli kawasan itu hari ini mengisytiharkan keluar parti berkuatkuasa serta merta.

Difahamkan tindakan tersebut berpunca rasa tidak puas hati 13 ahli PPBM berkenaan berhubung pelantikan jawatankuasa baharu PPBM kawasan itu pada Februari lepas.

Salah seorang ahlinya, Ali Ahmad, 57, yang juga merupakan bekas Pengerusi PPBM Baling  berkata, mereka terkilan apabila jawatankuasa penggerak PPBM yang ditubuhkan pada Oktober tahun lalu dinafikan hak mereka.

Dakwanya, kira-kira 500 daripada 800 ahli PPBM kawasan tersebut akan mengikut jejak mereka tidak lama lagi.

“Jawatankuasa kami dinafikan hak untuk menerima watikah perlantikan penajaan dari pucuk pimpinan sedangkan segala gerak gempur, sesi dialog dan ceramah serta merekrut keahlian kami jayakan berpandukan misi dan visi parti.

“Kami merasa amat berkecil hati apabila watikah yang sepatutnya menjadi milik kami diserahkan kepada seorang yang tidak pernah terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam gerak kerja parti sejak awal penubuhannya di sini,” kata Ali ketika sidang akhbar  pengumuman keluar parti PPBM di Dewan Baling Inn, hari ini.
Pisau kata “haih.. Belum apa apa dah keluar parti..”

It's only fair to share...

pisau

No Comments

Leave a Comment



Hit Counter provided by Curio cabinets